NUBHAN hanya duduk sejak dari tadi. Ikutkan hati dia tidak mahu menghadiri majlis itu, namun atas permintaan rakan niaganya Datin Marina, dia tetap menghadirkan diri.
Sedang leka memerhati tetamu dimajlis malam itu, mata Nubhan terhenti pada susuk tubuh yang sedang menari dengan seseorang. Gadis itu amat dia kenali. Dengan perlahan Nubhan menghampiri gadis yang begitu jelita memakai gaun merah bertahta berlian berwarna hitam, sangat padan dengan dirinya yang memakai baju kot hitam bertali leher merah.
Perlahan pinggang gadis itu diraih kedalam pelukannya, kini tarian itu berganti pasangan dan digantikan dengan dirinya.
Nubhan dan Merlieana berpandangan. Waktu umpama terhenti. Airmata sudah berada ditubir mata. Merlieana cuba menahan sebak didada. Ya Allah kenapa dia datang lagi disaat ini. Ya Allah tuntunlah hati hamba ini.
"Liena" Sapa Nubhan lembut. sejurus itu airmata menitis dipipi gadis itu.
"Han." Merlieana menjawab sepatah. Dia mengawal debar didada. Setelah hampir setahun menghilang akhirnya kini kau muncul jua Han. Kenapa kau tiba disaat aku tidak lagi mengharapkan kedatanganmu disini.
"Liena sihat?"soal Nubhan lembut. Harapannya untuk mengelak dari bertemu Merlieana gagal. akhirnya dia yang berserah untuk bertemu gadis itu.
"Liena sihat."jawab Merlieana perlahan. Dia menolak perlahan jemari Nubhan yang kemas meraih pinggangnya. Dia berlari meninggalkan kawasan majlis dengan gaun labuh merahnya. Pantas meninggalkan kesan tanpa dapat dikesan walau sedikit oleh Nubhan.
Hampir semput mengejar jejak Merlieana akhirnya Nubhan berhenti. Dalam beberapa dia hilang sekali lagi bidadari itu. Kenapa kau melarikan diri wahai puteri? Nubhan berjalan dengan perlahan menuju kemajlis itu semula.
MEREMBES airmata dipipinya. Saat ini dia benar-benar memerlukan kekuatan. Hatinya begitu walang. Kenapa saat setiap kali ada disamping Nubhan dia terasa aman, mengapa disaat setiap kali lelaki itu berbicara hatinya diruntun debar tanpa henti. Merlieana menangis lagi dan terus menangis. Dia cuba untuk membuang perasaan itu sejauh-jauhnya. Merlieana tidak mahu jatuh hati pada lelaki itu, kerana pemergian Zahiril bukan sebagai alasan untuk dia memberi hati pada yang lain dengan sesuka hati.
Merlieana melihat fotonya bersama Zahiril yang berada diatas meja kecil sebelah katilnya.
Ril kenapa Ril tinggalkan Liena. Liena sunyi tanpa Ril. Tangisannya sudah tidak mampu ditahan lagi. Pertemuannya dengan lelaki itu membuatkan dirinya menjadi lemah selemah-lemahnya.
BIARPUN sudah menginjak hampir dua tahu perkahwinannya dan Nubhan. Nubhan masih seperti dulu. Cuma lelaki itu sudah tidak lagi meninggikan suara dengannya. Hari ini Najihah menjaga Nubhan yang sedang mengalami demam panas. Pada mulanya lelaki itu menolak dari menerima bantuan isterinya namun apabila melihat kesungguhan Najihah akhirnya diturutkan jua.
Nubhan merenung Najihah yang sedang mengelap tangannya. Kenapa kau tetap baik dengan aku walau dah banyak cara aku buat untuk kau bencikan aku. kuat benar hatimu Jihah. Apakah hatiku sekuat hatimu wahai gadis.
"Abang, Jihah harap abang cepat sembuh. Biarpun abang tak pernah cintakan Jihah. Namun hati Jihah hanya Allah yang maha mengetahui. Hanya Allah yang maha mengetahui betapa dalamnya cinta Jihah untuk abang. Jihah boleh kuat selagi abang didepan Jihah. Tapi Jihah tak kuat untuk hadapi kehidupan ini tanpa abang. Jihah tak kuat." Najihah benar-benar berharap pengertian suaminya. Dia berlari keluar dari biliknya. Dan terduduk dibirai tangga itu. Menitis air mata harapan.
Tiba-tiba Najihah terasa bahunya diraih seseorang. Dia pantas menoleh melihat kearah suaminya yang berusaha untuk duduk disebelahnya. Dengan rela hati dia membantu Nubhan.
"Maafkan saya Jihah. Maafkan saya. Berikan saya lagi sedikit waktu. Hanya sedikit." Nubhan merayu agar dimengerti. ada sesuatu yang perlu diselesaikan sebelum dia menerima gadis itu sebagai isteri dalam kata erti sebenar. Nubhan meraih Najihah kedalam pelukannya. Menitiis airmatanya saat mengingati kembali kata-kata yang keluar dari bibir Najihah tadi.
No comments:
Post a Comment