Sunday, 16 December 2012

Aku Penganti Itu Episod 5




NUBHAN sudah bertekad untuk melupakan Merlieana dari kehidupannya. Kini dirinya begitu sedar akan cinta suci Najihah. Sudah genap dua tahun perkahwinan mereka namun Najihah tetap menghormati dirinya dan melayani dirinya dengan penuh sabar. 
Hari ini Nubhan mahu membuat kejutan untuk Najihah bersempena dengan ulang tahun hari perkahwinan mereka yang kedua. Dia memandu dengan berhati-hati untuk pulang kerumah. Sempat memandang sekilas pada bunga mawar yang baru dibeli untuk isteri tercinta. Cincin baldu berwarna emas putih disimpan kemas didalam poket seluar. Sejak dari tadi senyuman tidak pernah putus dibibirnya.
Jihah maafkan abang kerana selama ini abang terlalu banyak mengasari Jihah. Abang janji akan cuba mencintai Jihah setulus hati abang. Mungkin Jihah bukan cinta pertama abang, namun InsyaAllah Jihah cinta terakhir untuk abang.
Pemanduan Nubhan hilang kawalan apabila sebuah kenderaan berat cuba untuk memotongnya. Dengan kelam kabut Nubhan memutar stearing kereta kearah bahu jalan. Kerana tidak dapat menekan pedal brek kereta yang dipandu Nubhan tersasar kearah gaung yang dalam disitu.

TERDUDUK Najihah dilantai ruang tamu rumahnya setelah menerima panggilan dari hospital. Berita mengenai Nubhan yang ingin sekali diterima namun akhirnya dia terpaksa menerima.
Puan Zaini menghampiri anaknya. Kedatangannya tadi sekadar untuk menghantar buah tangan dari Penang. Namun kerana Najihah meminta untuk dia tidur disitu buat beberapa malam, Puan Zaini memutuskan untuk tidak pulang.
"Jaja, pasai apa hang dok longlai lagu ni?" soal Puan Zaini lemah. 
"Mama, Abang Han ma.." hatinya dipagut sembilu, memanjat doa agar tidak ada perkara buruk yang berlaku pada Nubhan.
"Nubhan? Pasai pa dengan Nubhan? Hang jangan dok lagu ni boleh tak Jaja. Cakap tu bagi habis boleh tak!" Puan Zaini naik angin dengan perangai Najihah yang bercakap separuh jalan.
"Abang Han masuk hospital mama, sebab kemalangan."jelas Najihah.
"Ya Allah, hospital mana? Mai kita pi tengok dia. Hidup lagi ka apakah. Mai" Puan Zaini memimpin tangan anaknya. Najihah kelihatan begitu lemah saat ini.


MERLIEANA bersiap untuk ke kelas pada hari ini. Hampir setahun dia meninggalkan Malaysia kerana menuntut pelajaran di New Zealand, dan inilah tahun terakhir dia disini. Memori pilu di Malaysia juga telah lama dilupakan.
Sedang elok menyimpan dairinya kedalam laci meja, tiba-tiba sekeping gambar jatuh dilantai. Merlieana mencapai gambar itu dengan perlahan. Gambarnya bersama Zahiril ketika mereka sedang hangat berkasih. Membuatkan Merlieana tersenyum.

Zahiril, kini Liena sudah kuat dengan kehidupan Liena yang baharu. Liena dah tak macam dulu. Liena doakan Ril aman disana, dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
Dia mencapai beg dan buku belajar lalu keluar dari perkarangan rumah sewanya.
Hampir terlepas buku ditangannya ketika membuka pintu dan melihat sesusuk tubuh yang amat dibenci.
"Kau nak apa Zack???" tengking Merlieana. Dia berjalan melepasi lelaki itu. Namun lelaki itu lebih pantas meraih tangannya.
"Kenapa dari dulu sampai sekarang kau tak pernah beri aku peluang?? Kenapa kau benci sangat dengan aku? Eh, kau masih lagi hidup dengan bayangan jantan tu ke? Merlieana Zahiril dah lama mati kau tahu tak!!" Tempiak Zack, kerana kasihnya yang terlalu dalam terhadap gadis itu membuatkan dirinya seperti itu. Zack terlalu obses terhadap Merlieana. Dia memendam sayang terhadap gadis dari sejak dibangku sekolah menengah, namun Merlieana tidak pernah memberi peluang buat dirinya.
"Kau jangan nak buat gila dekat sini eh! Lepaskan aku." Merlieana merentap tangannya dari terus digenggam oleh Zack. Dan terus berlari pantas meninggalkan lelaki itu. Sakit benar hatinya bila mendapat tahu mengenai lelaki itu yang sanggup menyambung pelajaran disini semata-mata kerana mendapat tahu bahawa dirinya ada disitu.
Aku takkan lepaskan kau Merlieana. Takkan. 





NAJIHAH menggenggam jemari suaminya. Sejak dari semalam Nubhan masih tidak sedarkan diri. Perasaan risau benar-benar menyesakkan jiwanya saat ini. Mata juga sudah hampir sembap kerana terlalu banyak menangis. Kata doktor, Nubhan berada dalam keadaan tidak sedar ketika ditemui. Kerana disebabkan hentakan yang kuat dikepalanya. Nubhan disahkan patah kaki kanan dan perlu menjalani kemoterapi yang tepat setelah sedar dari koma nanti.
Najihah mencapai kotak baldu yang mengandungi cincin didalamnya. Menitis airmatanya. Sehinggi kini dia masih tertanya untuk siapakah cincin itu. 
Abang, Jihah janji akan sentiasa berada disamping abang walau apa pun yang berlaku. Najihah merebahkan kepalanya bersebelahan bahu kiri Nubhan.

No comments: