Najihah menyambut lembut huluran tangan suaminya. Dengan lembut dia menkucup jemari jejaka itu. Setitis airmata keharuan jatuh ketangan sasa lelaki itu.
Nubhan menkucup ubun isterinya dengan penuh rasa terpaksa. Bayangan Merlieana sering menguasai dirinya. Dengan terpaksa dia menyarung cincin dijemari Najihah. Tiada sebarang senyuman yang dihadiahkan untuk Najihah. Namun gadis itu begitu ramah dengan senyuman.
Sebaik sahaja majlis batal air sembahyang dan persandingan selesai. Nubhan berkurung didalam bilik pengantin. Dia tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan Najihah. Sehingga gadis itu sendiri memboloskan diri didalam kamar pengantin itu.
"Jihah." Tegur Nubhan perlahan. Timbul rasa hairan apabila dia direnung sebegitu sekali.Tak pernah tengok orang ke apa perempuan ni? Apa aku kahwin dengan patung bernyawa ke? Sempat lagi dia mengutuk isteri sendiri.Najihah tersedar dari lamunannya. Hatinya berdebar dasyat disaat melihat Nubhan didepannya. " Abang." sapa Najihah lembut.Nubhan pantas menoleh membelakangi isterinya apabila mendengar panggilan Najihah buat dirinya, terlalu menghormati. Hampir tersentuh hati kecilnya."Saya harap awak tak teruskan panggilan tu sebab saya tak bersedia lagi." Nubhan ingin berterus terang dengan Najihah. Dia tidak mahu melukai hati gadis itu dengan cinta palsu. Kalau ditakdirkan Najihah untuknya biarlah cinta itu datang dengannya sendirinya tanpa sebarang paksaan."Kenapa Abang? Bukankah memang itu panggilan yang layak untuk abang. Abang kan suami Jihah." Najihah sudah mula menanamkan rasa sayang dan hormat terhadap Nubhan dan dia akan taat pada Nubhan."Maafkan saya Jihah. Memang saya suami awak. Tapi saya tak sedia untuk menerima awak dalam kehidupan saya. Terus terang saya katakan, saya tak pernah setuju dengan perkahwinan kita. Dan sebelum awak hadir dalam hidup saya, ada seseorang yang telah mengisi ruang hati saya. Sehingga kini dia masih lagi terhuni dihati saya. Saya tahu kata-kata saya mengguris hati awak.Tapi saya tak nak awak lagi teluka bila mengetahui hal ini bila mana saya dan awak dah bina hidup baru. Saya akan terima awak, tapi bukan sekarang. Berikan saya sedikit masa. Maafkan saya." Nubhan menarik nafas panjang. Terasa sedikit kelegaan bertamu dihati. Dia masih lagi membelakangi Najihah.Tiba-tiba Nubhan terasa dirinya didakap seseorang dari belakang."Seluruh hidup Jihah adalah masa untuk abang. Jihah janji Jihah takkan bersuara dalam bertanyakan penerimaan abang terhadap Jihah. Sebaliknya Jihah akan setia menunggu abang meluahkan cinta terhadap Jihah. Cuma Jihah merayu pada abang, jangan buang Jihah setelah Jihah menerima abang didalam hidup Jihah. Jihah merayu." Najihah merayu dalam esakan. Pilu memang pilu disaat mendengar luahan hati Nubhan namun kuasa cinta mengajar dirinya untuk bersabar. Dia yakin pasti ada sinar dalam hidupnya dan Nubhan suatu saat ini.Nubhan menarik lembut tangan Najihah dan memeluk gadis itu dari depan."Terima kasih Najihah." Ucap Nubhan dengan titisan airmata.
Nubhan duduk dibirai katil. Dan memandang pada Najihah yang sedang berbaring di sofa.
"Jihah kenapa awak tidur situ?" Soal Nubhan hairan.
"Jihah tahu abang takkan setuju kalau kita tidur sekatilkan, jadi Jihah tidurlah dekat sini. Jihah minta maaf sebab Jihah takkan pindah bilik sebab walaupun kita dirumah sendiri nanti. Sebab Jihah taknak terusan dihina malaikat sehingga pagi hari. Cukuplah dengan apa yang Jihah dah tanggung ni. Jihah harap abang tak marah." Najihah tidak mahu berasingan kamar, kerana itu hanya semakin membuat kekeruhan perhubungannya dan Nubhan.
"Bukan. Maksud saya lebih baik kita tidur diatas katil yang sama. Saya tak sekejam yang awak sangka Najihah, Lagipun saya takkan sentuh awak kalau saya tak mampu berikan cinta saya pada awak. Itu janji saya." Nubhan sedikit tersinggung dengan kata-kata Najihah. Kejam sangatkah aku pada pandangan dia??
NUBHAN terbangung dari tidur yang panjang. Segala ingatan mengenai hari pernikahan dan malam pertama lenyap dari ingatan. Keadaan sekeliling memberi kesukaran untuk dia berfikir. Namun bila melihat wajah lembut Najihah yang sedang lena disebelahnya dia tersenyum. Tapi kenapa Jihah tidur atas kerusi. Nubhan memandang sekelilingnya sekali lagi. Dia berada dimana. Dan kenapa begitu banyak wayar ditubuhnya?
"Jihah." Panggil Nubhan lemah. Kepala dan seluruh tubuhnya terasa begitu lemah sekali.
Najihah tersedar dari lena setelah mendengar suara orang memanggilnya. Dia memandang Nubhan yang sudah sedar. Serta-merta matanya menjadi segar. Dia duduk dengan posisi sebenar.
"Abang. Alhamdulillah, abang dah sedar. Sekejap Jihah panggil doktor." Najihah berura untuk bangun namun tangannya lebih pantas diraih oleh Nubhan.
"Jihah, abang dekat mana?" Soal Nubhan. Sengaja dia menekankan perkataan 'abang' kerana dia ingin Najihah sedar, yang kasihnya mula berputik buat dirinya.
"Abang?"soal Najihah, dia hampir terduduk mendengar kata-kata yang terluah dari bibir suaminya.
"Abang dekat mana Jihah?" Sengaja dia tidak mahu melayan soalan isterinya. Dia tidak mahu menunjukkan kasihnya diwaktu sakit seperti ini.
"Abang dekat hospital, abang kemalangan minggu lalu. Dah seminggu abang koma dan sekarang abang baru sedar." Najihah cuba untuk mengawal perasaan gembiranya.
Nubhan mengangguk faham, kerana dia juga telah mengingati detik terakhir ketika dia sedar dulu. Namun dia matanya terpacu pada kakinya yang tergantung. Apabila dia cuba untuk menggerakkannya terasa begitu sakit sekali.
"Jihah kenapa dengan kaki abang?"Soal Nubhan cemas.
"Abang bersabar okey, dengar dulu apa yang Jihah nak beritahu. Doktor sahkan kaki kiri abang patah kerana menerima hentakkan yang sangat kuat ketika kemalangan, tapi kaki abang boleh pulih seperti sedia kala. Sebab doktor dah membuat pembedahan kemasukan besi untuk membantu pemulihan kaki abang seperti sedia kala. Abang pasti akan pulih cuma abang kena menjalani beberapa latihan, dan kemu.."kata-kata Najihah terhenti apabila Nubhan meletakkan jari telunjuk dibibir mongelnya.
"Okey. Abang faham. Najihah dah terlalu banyak bercakap." Usik Nubhan. Dia tersenyum melihat wajah cemas Najihah. Gadis itu terlalu mengambil berat mengenai dirinya.
"Jihah cuma takut abang tak boleh hadapi ini semua."Najihah meluahkan jua apa yang difikirkan sejak dua menjak ini.
"Abang tak takut sayang. Sebab abang tak hadapi benda ini semua seorang diri. Abang ada seorang isteri yang tak pernah putus asa mendekati abang disini. Didepan mata abang." Terang Nubhan. Dia mengelus lembut pipi itu. Senyuman yang begitu ikhlas dihadiahkan buat siisteri.
Najihah terkesima melihat senyuman Nubhan. Untuk jangka masa dua tahun, inilah buat pertama kali dia melihat senyuman itu. Tanpa sedar airmatanya mengalir.
Nubhan pantas menepis lembut airmata itu dari terus mengalir. Dia meraih Najihah kedalam pelukannya.
No comments:
Post a Comment