Wednesday, 19 December 2012

Aku Pengganti Itu Episod 7


NAJIHAH menolak kerusi roda yang diduduki Nubhan dengan penuh berhati-hati. Sejak sedar dari koma, Nubhan sering mengadu milu dan bisa dibahagian kakinya yang dimasukkan besi ketika pembedahan. Mungkin kerana sekarang musim hujan dan sejuk menyebabkan kakinya menerima tindak balas.
Yang membuatkan Najihah bertambah berseri kerana layanan yang diberi oleh Nubhan terhadap dirinya. Nubhan tidak lagi seperti dulu. Layanan Nubhan terhadap dirinya benar-benar seperti layanan seorang suami dalam erti kata sebenar. Nubhan ternyata seorang lelaki yang romantis.
Najihah membantu suaminya baring dengan cara yang betul diatas katil. Pandangan tajam Nubhan pada dirinya membuatkan Najihah berpeluh. Hatinya tidak tenteram setiap kali dipandang begitu oleh Nubhan.
"Sekarang ni abang jadi rindu pada Najihah."Tiba-tiba Nubhan bersuara. Dia ingin mengusik Najihah, kerana baru dia sedar wajah Najihah pasti berona merah apabila dia mengusik gadis itu dengan kata-kata yang sensitif.
"Maksud abang? Kan Jihah ada depan abang ni?" Najihah keliru dengan kata-kata suaminya. Bukankah dirinya kini berada didepan lelaki itu. Dan sejak-sejak ini, setiap masa dia berada disamping Nubhan. Kenapa ada perasaan rindu pula dihati lelaki itu?
"Abang rindukan kata lawan Jihah. Dulu pantang abang ajak bertingkah ada je kata-kata pedas yang Jihah nak balas pada abang. Tapi sekarang abang cakap sikit Jihah senyum. Cakap sikit Jihah dah ketawa." Jelas Nubhan. Dia tersenyum puas melihat wajah Najihah yang mula merona merah.
"Dulu tu abang ajak Jihah bertingkah, memanglah Jihah balas dengan kata-kata pedas. Tapi sekarang kata-kata yang keluar dari bibir abang adalah kata-kata manis. Takkan Jihah nak bagi kata-kata pedas tak tentu pasal pula." Sengaja Najihah membalas usikan Nubhan. Senang hatinya bila diusik seperti itu.
Nubhan mula tergelak besar dengan jawapan isterinya.
Najihah mula berlalu meninggalkan suaminya berehat seorang diri dikamar. Dia ingin menyiapkan bubur ayam untuk suaminya. Najihah bertekad akan menjaga suaminya dengan sebaik mungkin.
Mata Nubhan hanya menghantar langkah kaki Najihah sehingga keluar pintu. Dan dia tersenyum sendiri.Kenapa aku menjadi bodoh membazirkan masa dua tahun dengan begitu sia-sia? Kenapa selama dua tahun aku tak pernah sedar kebaikan dirinya terhadap aku? Kenapa aku membutakan mata dan hati dari melihat dirinya dan menerima cintanya? Kenapa ya Allah? Ya Allah berilah peluang untuk aku membahagiakan dirinya. Sesungguhnya mungkin dialah bidadari yan glayak bertahta dihati ini ya Allah. Setitis air jernih menitis dipipinya. 
Nubhan mengesali kebodohannya kerana tidak memberi peluang pada siisteri untuk menuai cinta bersama dirinya.

MAKAN malam Nubhan dan Najihah hanya bubur ayam dan air suam. Menjadi tanda tanya pada Nubhan. Kalau buat dirinya tak apalah lagi. Tapi takkan Najihah pun makan bubur ayam sahaja?
"Jihah." Panggil Nubhan. Najihah sejak dari tadi sibuk melayan perasaan dengan mendiamkan diri.
"Ya abang. Mari makan."Ajak Najihah, dia melemparkan senyuman pada suaminya. Mula untuk menyuapkan bubur ke mulut Nubhan, namun Nubhan terlebih dahulu menolak.
"Jihah kalau abang yang makan bubur ayam ni abang boleh accept tapi Jihah?" Soal Nubhan pelik. Mana mungkin dia membiarkan isterinya cuma makan bubur ayam itu sahaja. Najihah tak sakit dan tak sesuai untuk santapan malam macam tu buat Najihah.
"Abang, apa yang abang tak boleh accept? Kan Jihah makan juga ni?" Najihah pelik dengan pertikaian suaminya. Kenapa salah ke dia juga makan bubur ayam bersama Nubhan.
"Sayang. Sayangkan tak sakit, takkan nak makan benda macam ni. Sayang makanlah nasi dengan lauk yang lebih baik dari ni. Kesian Jihah. Takkan nak makan macam orang sakit juga." Nubhan benar-benar tidak tahan melihat perbuatan isterinya. Mengapa begini besar pengorbananmu wahai cinta?
"Abang, Jihah tak peduli itu semua. Jihah isteri abang, dan Jihah dah janji akan menghadapi susah senang dengan abang. Apa yang abang lalui itulah yang akan turut Jihah lalui. Jihah nak merasakan kepahitan yang abang hadapi bersama Jihah. Jika diizin Tuhan biarlah kesakitan abang itu Jihah turut rasai. Tapi Jihah tak mahu terlalu kejam, jika Jihah juga turut sakit, Jihah tak dapat merawat kesakitan abang. Jihah ingin kita saling melengkapi abang." Najihah menyuarakan keikhlasannya yang lahir dari hatinya. Matanya merenung tepat kemata Nubhan.
"Jihah." Tak ada kata yang mampu diungkapkan oleh Nubhan saat ini. Airmata terlebih dahulu menitis dipipi.

MERLIEANA menamatkan pelajarannya di New Zealand dengan keputusan yang begitu cemerlang. Datin Marina memberi kepercayaan kepada dirinya untuk meneruskan legasi syarikat keluarganya Beuty Holding. Namun Merlieana terlebih dahulu menolak dari menerimanya. kerana dia ingin melanjutkan lagi pelajarannya di United Kingdom. 
Bagi dirinya pada usia dua puluh tahun ini, dia masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu. Lagipula dia punya alasan yang masih kukuh kerana tidak mahu menetap diMalaysia untuk sementara waktu. Dia tidak mahu memori lama mengusik ingatannya. Merlieana tekad mengkuburkan seluruh cerita lama.
Bukan setakat mengingati bahkan untuk menyebut nama lelaki-lelaki itu juga dia tidak mahu.
Bukan setakat mahu mencari ilmu dibumi itu namun juga mencari sebuah ketenangan.
Datin Marina terpaksa bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Merlieana. Datin Marina terpaksa bersabar buat masa ini. Ini kerana Merlieana satu-satunya puteri tunggal dan pewaris tunggal Beuty Holding. Apatah lagi selama gadis itu membesar tidak sedikitpun memberi kesusahan pada orang sekelilingnya. Merlieana seorang anak dan orang yang paling menyenangkan dan tak pernah memberi orang disekelilingnya merasa susah.
Datin Marinan membuat keputusan akan menanti kepulangan Merlieana pada usia gadis itu mencecah dua puluh tiga tahun.
Kadang-kadang termuncul persoalan pada dirinya. Andainya jodoh dia dan Zahiril itu ada, apakah Merlieana mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri pada ketika umurnya baru berusia tujuh belas tahun.
Mungkin punya hikmah mengapa Merlieana tidak berkahwin ketika itu.


No comments: