Sunday, 23 December 2012

Aku Pengganti Itu Episod 8


NAJIHAH tersenyum melihat Nubhan yang tergopoh-gapah menutup pintu rumah dan menyarung kasut. Namun disebalik senyuman itu tersimpan debar didada. Sejak Nubhan pulih dari sakitnya banyak perubahan yang dapat dilihat. Bahkan tiada lagi kata-kata yang mampu mengguriskan hati gadisnya kedengaran.
Kini Nubhan mengarahkan dia untuk bersiap buat menemani suaminya itu kesuatu tempat. Dan Najihah sendiri tidak tahu dimana destinasi suami tercinta.
"Sayang cepat masuk kereta, fligth dah nak sampai time ni!" Suara Nubhan mematikan lamunan Najihah. Dia terlebih dahulu membukakan pintu buat isterinya. Semenjak pulih dari sakit, dia sudah mula beranikan diri untuk memandu, meskipun agak gabra kadang-kadang.
"Baik." Najihah tidak banyak bertanya dan terus mengikuti kehendak suaminya.
Sepanjang perjalanan tiada sebarang perbualan. Tambah pening kepala Najihah bila melihat pemanduan mereka mengalah ke Lapangan terbang KLIA.
Sebaik sahaja tiba dilapangan Nubhan terlebih dahulu mengeluarkan beg pakaian mereka. Dan pantas memberikan kunci kereta kepada seseorang serta memberi beberapa arahan pada orang itu. Apabila melihat Najihah yang masih terdiam didalam kereta, Nubhan bertindak membuka pintu kereta dan memaut lembut jemari Najihah.
"Abang kita nak kemana ni?" Soal Najihah cemas. Dia semakin hairan apabila melihat suaminya mengeluarkan dua tiket penerbangan dan diberikan kepada pengawal disitu. 
Nubhan sekadar memberi senyuman. Dia memberi troli bagasi kepada orang yang telah diarahkan untuk membawa bagasi penumpang yang bakal berlepas sebentar lagi. Setelah menggenggam jemari Najihah dengan lembut dan berlalu kearah kapal terbang seperti yang diarahkan oleh pengawal disitu.

PUAN ZAINI dan Emak Nubhan Mak Jah sibuk menikmati buah durian yang diambil oleh Pak Dollah bapa Nubhan, dikebun durian. Suanan petang pada hari itu begitu memberi ketenangan pada mereka. Puan Zaini juga begitu teruja berada dirumah besannya. Sudah hampir dua tahun juga tidak melawat besannya di Negeri Sembilan ini.
"Lama juga Aini tak datang sini ye kak." Puan Zaini sengaja memulakan bicara. Dia tahu Mak Jah agak berkecil hati dengannya kerana sudah lama tidak bertandang disitu. Tapi siapa tak kenal Mak Jah, rajuknya tak pernah kemana.
"Lah ingatkan Aini tak sedar. Agaknya kalau akak ni dah pejam mata pun Aini tak tahu." Mak Jah berpura-pura masih merajuk dengan Puan Zaini. Padahal rajuknya sudah hilang serta-merta sebaik sahaja melihat kedatangan Puan Zaini. Puan Zaini sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Perkenalan yang sudah memakan tempoh tiga puluh tahun itu terlalu sebati dalam hidupnya.
"Akak janganlah cakap macam tu. Aini ada kerja kak. Jika tidak kerana kerja Aini pasti akan datang. Akak janganlah cakap soal mati. Tak sanggup Aini mendengarnya." Mohon Puan Zaini. Dia tidak pernah bermimpi kehilangan Mak Jah. Dia  begitu menyayangi wanita tua itu.
"Lain kali jangan buat akak macam tu lagi. Janji??" Pinta Mak Jah. Dia tersenyum dan terus memeluk Puan Zaini.
Pak Dollah yang sedang menghampiri pangkin rumah tua itu, tersenyum melihat kemesraan mereka. Puan Zaini dan Mak Jah sejak dulu tak boleh dipisahkan. Meskipun Puan Zaini duduk di Penang dan Mak Jah duduk di Negeri Sembilan, Puan Zaini tetap melawat Mak Jah sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
"Amboi, adik kakak berdua ni bukan main lagi, kalau ye pun rindu janganlah peluk lama-lama, cemburu saya melihatnya." usik Pak Dollah berserta dengan ketawa. Dia duduk bersebelahan dengan Mak Jah.
"Sudah tua-tua begini pun cemburu juga ke Pak Dollah oi.." Usik Mak Jah pula. sejak berkenalan sehinggalah kini tak pernah mahu mengalah dalam berbicara dengan Pak Dollah, mesti dia sahaja yang mahu menang.
Pak Dollah malas untuk melayan kerenah isterinya. Sekadar tersenyum.
"Macam-macamlah abang dengan akak ni, dari muda sampai dan beranak pinak ni tak pernah berubah." Puan Zaini begitu lali melihat pasangan suami isteri itu, terkadang timbul perasaan rindu pada arwah suaminya.
"Cakap pasal anak, dengar cerita Nubhan bawa Najihah ke Istanbul ye?" Puan Zaini baru teringat yang pagi tadi Nubhan ada memberi khidmat pesanan ringkas padanya dan mengatakan yang dia akan membawa Najihah ke Istanbul untuk berbulan madu.
"Ye, pagi tadi dia ada telefon akak, dia beritahu yang dia nak bawak si Jihah tu pergi mana.. Bul Tambul..apatah nama tempat tu. Dah bergerak dah." Mak Jah baru teringat akan panggilan yang diterima dari Nubhan.
"Tidak disangka sudah genap dua tahun perkahwinan mereka baru sekarang mereka nak pergi berbulan madu." Sangkal Pak Dollah, masih lagi dia teringat sewaktu Nubhan merayu agar tidak dinikahkan dengan Najihah. Namun kini alhamdulillah Nubhan sudah boleh menerima Najihah seadanya.
"Mana tidaknya sekarang baru mereka dapat pergi berbulan madu. Baru sekarang hati sama-sama sudah terketuk. Jadinya baru nak menuai kasihlah anak-anak kita tu." Tambah Mak Jah, dia tersenyum puas. Akhirnya jodoh yang ditetapkan bersama Puan Zaini sudah diterima baik oleh kedua-duanya.
"Sekarang ni umur Nubhan sudah dua puluh empat tahun dan Najihah sudah berusia dua puluh tiga tahun. Wah, bolehlah mereka merancang untuk mempunyai cahaya mata ye kak. Tak sabar pula rasanya Aini nak bercucu." Ujar Puan Zaini dengan senyuman manis.
"Amboi, tak menyabar ye nak bergelar nenek. Sebenarnya akak pun begitu juga. hehehe" Mak Jah pun tidak sabar untuk menimang menantu rupanya.
Akhirnya ketiga-tiga besan itu tertawa dan berbual kosong sambil ditemani angin bayu.

MERLIEANA meniup udara segar ditepi balkoni bilik penghinapannya. Sudah hampir sebulan dia menetap di situ. Kursus perawalan dikolejnya yang membawa dia ke Istanbul. Tidak pernah tersangka yang dia akan singgah dinegara indah ini.
Hari ini Merlieana bersiap-siap dengan memakai seluar jeans ketat berwarna putih dan baju putih bertali halus. Gadis itu memang tidak pernah memikirkan pesanan Zahiril untuk memakai baju yang lebih tertutup. Pakaian yang terdedah masih lagi menjadi kegemarannya.
Rambutnya yang ikal dan perang semula jadi dibuat sanggul. Dia menyarung sandal bertali putih pilihannya untuk hari ini sudah semestinya jenama Nike.
TAMAN BUNGA yang penuh warna-warni begitu menarik perhatian Merlieana untuk mengambil gambar menggunakan kamera digital Nikkonnya. Baginya pemandangan Istanbul begitu memberi sebuah ketenangan dan kedamaian. Jiwanya yang terkadang mendapat gangguan terus hilang apabila melihat pemandangan disitu.

No comments: