Thursday, 3 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 9



NAJIHAH merasa terharu menerima layanan baik dari suaminya. Semenjak tiba di Istanbul, Nubhan tidak mahu berenggang dengan dirinya. Namun ada sesuatu yang masih membuat dirinya tertanya-tanya. Biarpun hubungan mereka semakin mesra tapi tiada tanda-tanda yang menunjukkan Nubhan ingin menyentuh dirinya dan menjadikan diri dia isteri dalam kata erti sebenar.
Nubhan begitu menghormati kehormatannya, suami dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya. Meskipun begitu, Najihah telah lama bersedia menyerahkan segala-galanya untuk Nubhan.
Pemandangan diluar tingkap bilik penginapannya yang menampakkan Istanbul, benar-benar menarik perhatian. Istanbul, negara yang dia benar-benar impikan untuk dijejaki, akhirnya dijejaki bersama insan yang tersayang. Najihah ingin menjadikan tempat itu sebuah kenangan terindah buat dirinya.
Sedang ralit melayan perasaan, tiba-tiba terasa tubuhnya didakap seseorang dari belakang. Bau tubuh badan yang amat dikenali itu membuatkan dirinya membiarkan sahaja diperlakukan begitu.
"Jihah." Sapa Nubhan dengan nada suara yang begitu romantik. Dia mencium bahu dan leher Najihah berulang kali dengan perlahan.
"Hurm." Jawab Najihah sepatah. Dia menutup mata menahan debar didada. Untuk pertama kali sepanjang perkahwinannya, dia diperlakukan sedemikian rupa.
"Terima kasih kerana bersabar selama dua tahun dengan sikap abang yang begitu dingin terhadap sayang." Nubhan memusingkan tubuh isterinya agar berdiri berhadapan dengan dia.
Najihah masih lagi menutup matanya menahan debar dan malu. Sehingga membuatkan Nubhan tersenyum melihat wajah merahnya.
Nubhan menkucup dahi, pipi, hidung dan mata isterinya berulang kali. Lalu leher gadis itu menjadi sasaran bibirnya mendarat. Satu gigitan cinta melekat dileher Najihah. Dengan perlahan tubuh isterinya dicempung, dibawa kekatil dan dibaringkan diatas katil dengan cermat.
Najihah sedar apa yang diinginkan Nubhan, dan dia rela menyerahkan segalanya pada lelaki itu. Kerana dia adalah hak mutlak lelaki itu dan hakikatnya dia sendiri memerlukan belaian asmara suaminya.
Nubhan membawa Najihah melayari bahtera cinta mereka. Malam itu mereka melayari bahtera mahligai asmara sebagai suami isteri dalam kata erti yang sebenar.

MERLIEANA terjaga dari mimpi yang memberi kejutan buat dirinya. Peluh menguasai tubuhnya, penghawa dingin yang berfungsi dikamarnya tidak mampu mendinginkan tubuh gadis itu pada saat ini.
Mimpi itu benar-benar terlihat pelik dipemikirannya. Mimpi itu menunjukkan dirinya cuba menyelamatkan Nubhan dari ditikam seseorang, sehingga menyebabkan tikaman itu terkena pada tubuhnya.
Merlieana menangis ketakutan. Kenapa Nubhan muncul didalam hidupnya lagi meskipun sekadar dalam mimpi? Apa maksud mimpi itu? Kenapa dirinya dengan rela hati menyelamatkan jejaka itu dari terkena musibah? Mengapa Nubhan muncul kembali dalam kamus hidupnya? Ya Allah berilah petunjukMU kepadaku ya Allah.

No comments: