Monday, 21 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 19


SINAR menusuk kekamar Merlieana, gadis itu sudah lama meninggalkan katilnya, tapi Nubhan masih lagi terlena. Cahaya matahari yang memancul kearah wajah tampan Nubhan, membuatkan mata lelaki itu terpisat-pisat nak dibuka.
Suasana kamar itu begitu asing bagi Nubhan, dia memerhatikan sekeliling bilik itu. 'Ini bukan rumah aku! Macam mana aku boleh ada dekat sini?' Dengan pantas Nubhan bangun dari pembaringan. Kot, tali leher tidak dibadan lagi, baju kemejanya pun terbuka sedikit. Nubhan mula berasa cemas, ditambah dengan bunyi deruan air dikamar mandi. Dia tidak bergerak walau seinci pun dari katil itu. hatinya gementar dan fikirannya bercelaru memikirkan siapa yang berada didalam kamar mandi itu, dan siapa yang membawanya ditempat ini.
Hampir lima belas minit menunggu, jantung Nubhan hampir gugur melihat Merlieana yang keluar dari kamar mandi dengan hanya berkemban. 
Merlieana yang tidak menyangka Nubhan sudah sedar dari tidur yang lena pantas berlari masuk semula kedalam kamar mandi.
"Nubhan! Tolong ambil pakaian saya atas meja solek tu!" Jerit Merlieana. Terasa merah wajahnya saat ini.
Dengan perlahan turun dari katil dan mencapai baju Merlieana lalu diketuk bilik mandi itu.
Merlieana membuka sedikit pintu bilik air itu dan merampas dengan pantas pakaiannya, lalu ditutup semula pintu itu. 
Nubhan duduk semula dibirai katil sambil menunggu Merlieana keluar dari kamar mandi. Banyak perkara yang perlu disoalkan pada gadis itu.
Merlieana keluar dari bilik air dengan wajah yang agak muram. Dia memakai baju dress pendek kembang bawah berwarna merah kegemarannya. Dengan rambut yang kusut dia menuju kearah meja solek tanpa memandang sekilas pun kearah Nubhan.
Nubhan menghampiri Merlieana dia berdiri disebelah meja solek menghadap Merlieana.
"Macam mana Han boleh ada dekat sini?" Soal Nubhan lembut.
"Saya yang bawak awak kesini semalam." Jawab Merlieana sepatah, dia meneruskan dandanan rambutnya tanpa mempedulikan Nubhan yang merenung tajam kearah dia.
"Apa yang jadi dengan Han semalam?" Soal Nubhan. Pelik juga, apa yang jadi pada dia sehingga Merlieana boleh membawa dia kesini tanpa dia sedari.
"Awak pengsan, awak pengsan sebab awak tak makan, perut kosong. Then saya minta tolong driver saya bawak awak kesini." Terang Merlieana. Dia berdiri dan menghampiri Nubhan.
"Kenapa Mer bawak Han kesini? Kenapa Mer tak bawak Han pergi klinik atau hospital?" Dada Nubhan mula berdebar apabila Merlieana berdiri benar-benar dekat dengannya sehingga deruan nafas mereka saling dirasai.
"Kenapa? Saya tak boleh jaga awak ke Han?"
"Bukan tak boleh, kan menyusahkan Mer je, kena jaga Han." Nubhan cuba mengawal imannya. Bau haruman tubuh gadis itu benar-benar menarik perhatiannya.
"Tak ada yang menyusahkan kalau berkenaan awak Han." Pantas Merlieana menkucup pipi lelaki itu sebelum berlalu mengemas tempat tidur yang digunakan Nubhan.
Nubhan tergamam seketika dengan tindakan Merlieana. Dia menghampiri gadis itu. Dan memerhatikan sekeliling kamar itu.
"Mana Zahiril?" Soal Zahiril, ingin sekali dia bertemu dengan lelaki yang bergelar suami pada Merlieana itu.
Merlieana menoleh pantas kearah Nubhan. Airmatanya juga hampir menitis saat mendengar nama itu.
"Perlukah awak tanya pasal dia?" Marah Merlieana dan terus keluar dari kamar tidur itu.
Nubhan menghampiri gadis itu, kali ini dia nekad untuk tahu kenapa Merlieana pasti berubah emosi saat nama Zahiril diungkapkan.
"Mer, please jangan marah macam ni. Han cuma tanya je." Nubhan cuba memujuk Merlieana agar tidak terusan bersikap dingin. Dia duduk si sofa ruang tamu yang hampir dengan Merlieana.
"Untuk apa bertanyakan mengenai orang yang dah tak ada." Jawab Merlieana ringkas. Dia ke dapur mengambil sarapan pagi yang dimasak sebelum mandi tadi. Berlalu kedepan dan menghidangkan nasi goreng serta milo suam untuk Nubhan.
"Apa maksud Mer, yang Zahiril dah tak ada?" Nubhan kaget mendengar luhan Merlieana tadi.
Merlieana tidak menjawab pertanyaan lelaki itu sebaliknya mencedok nasi kedalam pinggan dan duduk bersebelahan dengan Nubhan. Dia menyuapkan nasi kemulut jejaka itu.
Pada mulanya Nubhan agak keberatan. Tapi bila melihat wajah Merlieana yang memberi sinar dia tersenyum sebelum menerima suapan gadis itu.
Setelah habis menyuap Nubhan, Merlieana menghulurkan dua biji pil demam dan air suam.  Nubhan tidak membantah dan terus menelan ubat itu. Apabila melihat Merlieana ingin berlalu, dia pantas meraih lembut jemari Merlieana. Merlieana duduk menghadapnya.
"Mer, Han mohon jelaskan pada Han mengenai Zahiril. Apa maksud Mer yang Zahiril dah tak ada?" Nubhan berharap agar Merlieana tidak menyembunyikan apa-apa darinya.
"Han, awak tahu tak saya tak jadi nikah dengan Zahiril." Jawab Merlieana sepatah sambil merenung tepat ke mata Zahiril. Airmatanya suda mula bergenang.
"Mer.. Kenapa ni? Beritahu Han?" Pujuk Nubhan. Dia mengesat air mata gadis itu dan menarik Merlieana kedalam pelukannya.
"Zahiril kemalangan ketika dalam perjalan ke Masjid tempat kami nak dinikahkan. Dan dia meninggal ditempat kejadian." Terang Merlieana. Dia menangis semahunya didada bidang Nubhan.
Nubhan tergamam mendengar penjelasan Merlieana. Ternyata selama ini Merlieana bukan milik siapa-siapa. Dan bererti dia yang melepaskan cinta gadis itu.
"Mer. Sabar ye. Ini takdir Illahi." Pujuk Nubhan. Dia mengeratkan pelukannya.
"Han tolong jangan pergi tinggalkan saya. Saya tahu tindakan saya saya kejam, menolak cinta awak. Tapi saya tak tahu yang ternyata perasaan saya memang pada awak. Awak dah curi hati saya Han. Tolong jangan pulangkan selagi saya tidak meminta. Saya cintakan awak Han, dan saya yakin cinta awak masih untuk sayakan?" Laju kata-kata itu meniti dibibirnya. Dia tidak mahu Nubhan meninggalkan dirinya dan memilih yang lain.
Nubhan menjadi serba salah. Dia baru teringat yang dia adalah hak kepada Najihah. Ye Najihah yang sedang menanti dirinya dirumah.


No comments: