Wednesday, 30 January 2013
Aku Pengganti Itu Episod 28
NUBHAN membawa masuk bagasi-bagasinya sambil dibantu oleh Najihah. Sebaik sahaja dia menutup pintu rumahnya, Najihah memeluk tubuhnya dari belakang.
"Abang, tolong jangan buat Jihah macam ni lagi bang. Cukuplah abang hukum Jihah hampir dua minggu ni. Jihah tak sanggup diuji macam ni." Najihah masih lagi mendakap erat tubuh suaminya.
"Sayang, maafkan abang okey. Abang bukan sengaja buat macam tu, abang betul-betul busy." Pujuk Nubhan. Dia memegang tangan isterinya.
"Jihah betul-betul risau dengan keselamatan abang disana tau." Najihah merenung suaminya sebaik Nubhan memusingkan tubuhnya.
"Tak payah risau sangatlah sayang, abang okey je dekat sana. Tak ada apa-apa pun. Okey? Jom teman abang naik atas. Abang penat sangat-sangat, nak rehat." Nubhan meminpin Najihah keatas.
"ABANG jumpa kakak?" Najihah terpempam dengan kata-kata Nubhan sebentar tadi.
"Ye, sayang. Tapi betul ke Nuur tu kakak sayang?" Soal Nubhan. Dia masih berasa was-was dengan apa yang diberitahu Nuur kelmarin.
"Ye bang. Nuur kakak Jihah. Dia tak dapat balik masa kita bersanding dulu. Sebab dia kerja dekat Jordan." Najihah tidak sangka sampai begitu marah Nuur padanya sehingga kepulangan gadis itu sedikit pun tidak diberitahu padanya.
"Oh, i see. Yang sayang ni, muka masam mencuka tu kenapa?" Soal Nubhan sambil mencubit pipi Najihah.
"Tak ada apa-apalah bang. Abang nak makan?" Najihah tidak mahu Nubhan tahu mengenai kebencian Nuur pada suaminya itu.
NAJIHAH menyiapkan sarapan pagi kegemaran Nubhan. Lega rasanya apabila Nubhan turut serta sarapan pagi ini.
"Hurm, sedapnya bahu roti bakar ni. Dah lama tak makan." Nubhan mengambil sekeping roti bakar lalu disapu mentega diatasnya.
"Tulah lain kali sarapan jelah dekat luar. Kan dah rindu." Sindir Najihah sambil tersenyum.
"Yelah-yelah. Sayang, mungkin abang tak balik tengah hari. sebab ada metting dengan client." Jelas Nubhan. Pdahal dia ada temujanji makan tengah hari dengan Merleiana.
"Alah, abang ni, Jihah baru ingat nak buat makan tengah hari yan gspecial untuk abang." Najihah berura ingin merajuk.
"Sorry sayang, lain kali kita makan tengah hari bersama okey." Nubhan melemparkan senyuman dan menkucup dahi Najihah. Dia meminta izin untuk beransur pergi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment