SEJAK pulang dari makan tengah hari sehinggalaj malam itu di banglo milik Datin Marina. Merlieana tidak bertegur sapa dengan mamanya. Hingga membuatkan Datin Marina berasa hairan.
Datin Marina menghampiri anak gadisnya dengan membawa milo panas keruang tamu.
Merlieana sedar tentang kehadiran mamanya diruang tamu itu. Tapi dia sengaja membuat tidak tahu. Matanya ditumpukan kepada telivisyen.
"Sayang." Sapa Datin Marina lembut. Dia duduk bersebelahan Merlieana, namun pantas sahaja Merlieana beralih kesofa yang lain.
"Sayang, anak mama. Kenapa ni? Tiba-tiba nak menjauh dari mama ni kenapa?" Soal Datin Marina lembut. Dia menghampiri Merlieana sekali lagi. Dan duduk bersebelahan dengan Merlieana, anak gadis itu tidak beralih tempat duduk lagi cuma beralih memandang ketempat lain membelakangi mamanya.
"Kenapa tiba-tiba Mer emosi dengan mama ni sayang? Cuba beritahu mama." Pujuk Datin Marina.
"Mama tanyalah dengan diri mama sendiri." Bidas Merlieana pantas, tanpa menoleh walau sekilas pada mamanya.
"Mama tak tahu apa kesilapan mama sayang. Sebab tu mama tanya pada Mer. Janganlah macam ni sayang." Datin Marina masih bingung dengan kedinginan anak gadisnya itu. 'Ya Allah kenapalah dengan puteriku seorang ni.'
"Mama boleh tak jangan buat-buat tak tahu! Siapa yang pandai-pandai lantik Mer sebagai pengarah syarikat? Kalau bukan mama kan??" Soal Merlieana pantas menoleh pada Datin Marina dengan pandangan tajam.
"Sayang dengar dulu apa yang mama nak jelaskan ye." Datin Marina sudah mengerti sekarang. 'Patutlah dia jadi macam ni! Siapalah yang buka mulut dengan anak aku ni!'
"Penjelasan? Penjelasan apa ma? Dah cukup jelaskan semua ni?" Merlieana tidak menyangka Datin Marina akan membuat keputusan tanpa pengetahuan dirinya.
"Merlieana mama buat semua ini adalah untuk masa depan Merlieana. Lagipun Merlieana dah tak belajar di oversea kan? Tak salah kalau mama lantik Merlieana sebagai pengarah syarikat." Datin Marina berdoa agar anaknya akan mengerti dengan keputusan yang telah dibuat.
"Mama memang Mer takkan ke oversea lagi. Tapi itu tak bermakna Mer tak nak belajar lagi! Mama umur Mer baru dua puluh satu tahun Ma! Mer nak study lagi. Mer tak sedia nak galas tanggungjawab ni." Merlieana masih lagi mempertahankan keinginannya.
"Kalau Mer masih nak belajar lagi, Mer kerja sambil belajar. Kan boleh, mama boleh uruskan. Nak?" Cadang Datin Marina penuh bersemangat.
"Tapi ma, Mer nak belajar je dulu." Mer seakan sudah berputus asa, dia dapat merasakan Datin Marina amat memerlukan dirinya saat ini.
"Tak apalah sayang. Mama sedar mama tak layak nak buat sebarang permintaan pada anak mama. Tak apalah esok mama akan batalkan nama Mer dari pengarah syarikat." Datin Marina seakan merajuk dengan Merlieana. Sebenarnya dia benar-benar mengharapkan Merlieana menggalas tanggungjawab itu. Hanya Merlieana satu-satunya waris yang dia punya.
"Ma jangan macam ni....." Merlieana mula tekad untuk membantu mamanya. Dia tidak sanggup melihat wajah Datin Marina yang kelihatan sedih.
"Tak apalah. Mer kan nak belajar. Mama faham. Mama minta maaf sebab desak-desak Mer." Datin Marina bangun untuk meninggalkan Merlieana namun anak gadis itu lebih pantas meraih tubuhnya dari belakang.
"Ma jangan macam ni. Okey-okey. Mer akan galas tanggungjawab tu, Mer janji akan buat yang terbaik." Merlieana memeluk erat tubuh mamanya. Dia tidak sanggup melihat kesedihan Datin Marina.
Datin Marina sebagai ibunya jarang membuat permintaan terhadap dirinya. Jadi apa salahnya dia menunaikan permintaan mamanya, malah itu memang tanggungjawabnya.
"Terima kasih sayang." Datin Marina pantas membalas pelukan Merlieana.
"Mama satu-satunya yang Mer ada dalam dunia ni. Jadi tak salahkan kalau Mer tunaikan permintaan mama. Mer sayang mama."
NUBHAN pulang lewat malam itu, kerana membuat beberapa kertas kerja untuk diperbentangkan ketika bertemu dengan Pengarah urusan pelaburan projek baru disyarikatnya itu. Dia melonggarkan talo lehernya yang terasa menyesakkan dada dan berlalu keruang tamu setelah memastikan pintu rumahnya berkunci.
Melihat wajah Najihah yang terlena disofa, lenyap segala penat lelah yang dirasai sebentar lagi. Sempat Nubhan tersenyum sebelum menghampiri isterinya itu.
Menatap wajah isterinya yang sedang terlena. Baginya Najihah kelihatan mempersona ketika tidur.
"Jihah" Nubhan mengejutkan isterinya dengan lembut dan perlahan. Dia menkucup ubun isterinya dan membelai rambut wanita itu. Melihat gadis itu benar-benar terlena, Nubhan tidak sampai hati untuk mengejutkan isterinya.
Dengan perlahan dia mecempung tubuh Najihah dan dibawa naik keatas. Dibilik Nubhan meletakkan Najihah dikatil dengan perlahan-lahan, takut pula jika wanita itu tersedar. Dia baring disebelah Najihah, dan membelai lembut rambut gadis itu. 'Jihah maafkan abang andai abang tidak sempurna dan akan menjadi tidak sempurna terhadap Jihah. Sesungguhnya abang manusia biasa yang tak pernah sempurna. Maafkan abang jika membuat Jihah terluka dan akan membuat Jihah terluka suatu hari nanti. Najihah jujur abang belajar mencintai Najihah setulus hati abang. Tapi terkadang abang terfikir, benar kata Mar. ada Merlieana diantara kita. Abang akan belajar melupainya demi cinta kita sayang. Kerana abang ingin bahagiakan Najihah hingga hujung nyawa.' luah Nubhan sekadar didalam hati.
Entah mengapa sejak pulang dari tempat kerja tadi, fikirannya mula bercelaru. Dan asyik memikirkan kata-kata Kamarudin. Apakah benar masih wujud Merlieana didalam hatinya?
Dia berlalu keluar ke balkoni biliknya. Dan mengeluarkan tablet Note II dari poket seluar. Nubhan merenung wajah Merlieana yang masih menjadi penghias skrin tabletnya.
'Mer adakah Mer masih bertahta didalam hati Han? Milik siapakan sekeping hati ini?' Soal Nubhan didalam hati.
Dengan perlahan gambar Najihah menjadi pengganti gambar Merlieana yang menjadi penghias skrin tablet itu selama ini.
No comments:
Post a Comment