Wednesday, 30 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 27



NUUR tidak menyangka Farish dapat menjejakinya sehingga ke Cameron Highland. Namun bukan niatnya untuk terus melarikan diri dari Farish. Dia ke situ pun atas dasar kerja. Cuma saat ini dia cuba menghindari perasaan yang bermukim dihatinya.
"Nuur." Sapa seseorang dari belakang. Nuur menoleh dengar rasa debar, dia amat mengenali suara itu.
"Nubhan.." balasnya lemah. Sungguh tak disangka dia akan bertemu dengan lelaki yang pernah menggamit sebuah memori bersamanya.
"Awak buat apa dekat sini?" Sapa Nubhan lembut. Dia meniliti wajah gadis bertudung litup itu dari bawah hingga keatas. Gadis itu tidak kelihatan berbeza, cuma kecantikan semakin terserlah dan kematangan semakin menonjol.
"Apa saya buat, dan kenapa saya ada dekat sini. Bukan urusan awak." Tingkah Merlieana, sambil melepas pandang kearah lain.
"Awak memang seorang yang tegaskan? Sejak dari dulu sampai sekarang. Saya minta maaf kalau tersalah cakap. Tapi tak salahkan sekadar nak ambil tahu?" Seolorh Nubhan. Dia yakin dan pasti, ada sesuatu yang terbuku dihati wanita itu. Dahulu renungan dan pandangan gadis itu semuanya berbaur kasih namun kini cukup menampakkan kedinginan dengan tingkahnya.
"Saya dah cakap awak tak perlu tahu. Sebaliknya saya yang patut tanya apa yang awak buat dekat sini? Mana adik saya?" Soal Nuur tegas. Sejak tadi dia mencari kelibat Najihah.
"Saya dekat sini bekerja. Adik awak? Siapa?" Nubhan menjadi hairan dengan pertanyaan gadis itu.
"Najihah." Jawab Nuur sepatah.
"Najihah, adik awak? Saya tak tahu pun. kenapa masa kami bersanding awak tak ada pun." Nubhan tidak yakin kalau yang berdiri didepannya kini adalah kakak iparnya. Gadis yang jauh lebih muda darinya adalah kakak iparnye sendiri.
"Saya ada atau tidak waktu hari perkahwinan itu tidak penting. Jawab pertanyaan saya mana Najihah?" Soal Nuur lagi. Malas sungguh dia mahu berbasa-basi dengan lelaki ini.
"Dia tak ada dekat sini. Dia dekat KL, saya tak bawak dia sebab outstation lama dekat sini." Terang Nubhan.
"Awak dengar sini Nubhan, pertama saya memang tak pernah suka awak sejak apa yang terjadi. Yang kedua saya tak pernah suka awak berkahwin dengan Najihah. Cukup awak buaya darat pada saya suatu ketika dahulu, jangan ulanginya lagi pada Najihah. Seandainya awak ulangi apa yang pernah awak buat kat saya, pada Najihah, saya takkan lepaskan awak sampai hujung nyawa.!" Nuur memandang hanya sekilas pada Nubhan.
"Awak tolong jangan salah sangka. Tolong dengar apa yang saya nak jelaskan mengenai perkara tu. Awak salah sangka wak." Nubhan amat berharap Nuur memberi peluang buat dirinya bagi menerangkan segala-galanya.
"Cukup Nubhan. Tiada apa lagi yan gperlu dijelaskan. Takdir sudah menetapkan awak dan saya memang tidak pernah berjodoh. Ingat pesan saya, jaga Najihah!"Nuur berlalu tanpa memberi ruang pada Nubhan untuk menjelaskan padanya.

No comments: