NUBHAN terasa begitu penat hari ini. Bukan penat kerana seharian bekerja, tetapi kerana seharian mengejar Merlieana.
Nubhan terasa pelik dengan sikap Merlieana. Terkadang manja tidak terkata, terkada pendiam tak mampu berkata-kata. Merlieana seorang perahsia tegar. 'Baru aku tanya khabar suami dia, dah lari hilangkan diri. geram betul aku dengan minah ni!'
Ruang tamu kelihatan sedikit berlainan hari ini. Seolah-olah ada majlis yang berlangsung. Ada belon, dan pelbagai perhiasan diruang tamu. Namun hidangan yang terhidang dimeja makan hanya untuk dua orang.
Nubhan berjalan menuju ke meja makan, terhidang makanan-makanan kegemarannya. Namun seleranya benar-benar tidak ada malam ini. Cuma ada Merlieana didalam pemikirannya saat ini. Dia mahu merehatkan diri. Ingin membersihkan diri dan menunaikan solat sebelum melelapkan mata.
Belum sempat dia melangkah ketangga, tiba-tiba rumah menjadi gelap. Nubhan mula resah dan mencari kelibat isterinya.
"Jihah?? Jihah! Jihah!" Berulang kali dia memanggil Najihah namun orangnya tidak kunjung tiba.
Baru hendak melangkah mencari Najihah, tiba-tiba lampu terbuka semula. Dan terlihat Najihah yang mermakai dress singkat berwarna merah. pakaian yang lebih kurang seperti Merlieana, cuma kali ini berlainan corak.
Nubhan mengeluh dan menghampiri isterinya. "Jihah apa semua ni?" Soal Nubhan lembut. Dia menarik lembut jemari Najihah dan membawa isterinya duduk disofa yang berada diruang tamu.
"Jihah nak jadikan makan malam ni, makan malam yang paling bermakna. Dan Jihah pasti abang pun takkan dapat melupakkannya." Najihah berura untuk mengajak Nubhan keruang makan, namun suaminya lebih pantas menahan.
"Jihah, abang mintak maaf sayang. Abang dah makan kat luar tadi. Abang penat, nak rehat." Nubhan tidak sanggup berdepan dengan Najihah. Sedang dia belum menjamah nasi pun hari ini. 'Maafkan abang sayang.'
" Tapi Jihah ada benda nak beritahu abang." Najihah masih berusaha memujuk suaminya, meskipun dia agak kecewa dengan keputusan dan permintaan Nubhan.
" Kita cakap esok ye sayang. abang betul-betul penat. Abang nak rehat." Balas Nubhan lemah. Dia mengusap rambut Najihah dan mencukup dahi isterinya sebelum berlalu keatas..
Najihah mengeluh kecewa. 'Penat aku masak banyak-banyak. Dress up lawa-lawa macam ni!' Hati Najihah merintih.
MERLIEANA merenung keluar tingkap kamar pejabatnya. Kini bilik pengarah syarikat itu telah didiami oleh dia. Bayangan Nubhan menguasai matanya. Hatinya dipagut rindu. Dia menjadi begitu bersemangat untuk bekerja. Merlieana tekad untuk memiliki Nubhan. Dia begitu yakin Nubhan masih lagi mencintai dirinya.
Pandangan lelaki itu cukup menjelaskan segala-galanya. Merlieana dibuai kelembutan lelaki itu. Pelukan dan kucupan itu masih segar diingatannya.
NAJIHAH menyiapkan sarapan untuk suaminya. Teh tarik dan roti bakar yang begitu digemari Nubhan ketika bersarapan menjadi hidangan. Pagi itu dia tekad untuk memberitahu Nubhan mengenai kandungannya.
Nubhan sudah pun bersiap untuk ke tempat kerja. Kemeja biru, tali leher ungu dan kot hitam. Sungguh kelihatan kacak. Dia membimbing beg bimbitnya kebawah. Dan terus berlalu keluar.
"Abang!!" Jerit Najihah sebaik melihat Nubhan yang terus berlalu keluar rumah. "Abang, abang tak makan? Marilah sarapan dulu. Jihah ada buat sarapan untuk abang." Pujuk Najihah lembut. 'Suami aku ni kenapa agaknya?' Pekik Najihah didalam hati.
"Tak apalah sayang. Abang sarapan dekat pejabat. Lagipun abang ada kerja penting yang nak kena siapkan." Nubhan terpaksa mencipta alasan. Semakin menatap wajah tenang si isteri semakin dia dihimpit rasa bersalah.
"Tapi Jihah ada buat roti bakar dengan teh tarik. Tentu abang suka. Jihah bekalkan ya." Najihah berura untuk masuk kedalam, namun ditegah oleh Nubhan.
"Tak apa sayang. Sayang makan ya. Abang sarapan dekat luar nanti." Nubhan cuba memujuk isterinya.
"Betul ni? Abang janji ya, jangan tak makan tau, nanti perut sakit." Pesan Najihah ikhlas.
Pesanan Najihah membuat dada Nubhan sesak dan sebak.
"Okey sayang, abang pergi dulu ya." Nubhan perlu pergi sebelum airmatanya menitis.
"Abang, salam." Pantas Najihah mencium jemari suaminya. Dan dibalas kucupan hangat dari Nubhan didahinya..
Dengan pantas Nubhan masuk ke dalam kereta. Dia tidak mahu Najihah melihat airmatanya. 'Maafkan abang Jihah. Abang keliru dengan perasaan abang sendiri. Maafkan abang."
No comments:
Post a Comment