Friday, 4 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 11



"ABANG!!" Najihah menghampiri suaminya yang terduduk dibatu penghadang jalan. Kebuntuhan menunggu Nubhan, menyebabkan dia membuat keputusan pergi mencari suaminya. Tadi bukankah lelaki itu berjanji untuk pergi kekedai sekejap sahaja, tapi Najihah menunggu di taman mini itu sudah begitu lama.
Najihah berasa hairan melihat wajah murung Nubhan. Sebelum dia berlalu meninggalkan Nubhan tadi, wajah lelaki itu kelihatan ceria. Apakah yang berlaku sepanjang ketiadaannya disisi sisuami tadi?
Nubhan tersedar dari lamunan apabila terdengar suara Najihah memanggilnya, pantas dia memasukkan seutas rantai milik Merlieana yang terjatuh akibat insiden tadi, kedalam kocek seluarnya.
"Abang! kenapa dengan abang ni? Kenapa seluar abang koyak? Muka abang ni kenapa lebam-lebam?" Soal Najihah cemas sebaik sahaja terlihat wajah suaminya yang lebam-lebam dan seluar Nubhan yang terkoyak dibahagian lutut. 
"Tak ada apa-apa sayang. Abang cuma terjatuh tadi. Maaf ye abang lambat. Air kita pun habis tertumpah masa jatuh tadi. Kita beli air dekat taman mini jelah. Jom." Nubhan mula meraih tangan isterinya untuk meninggalkan kawasan itu. Namun Najihah terlebih dahulu menahan perjalanan meeka.
"Betul abang tak apa-apa ni? Jihah risaulah bang. Jomlah kita pergi klinik. Manalah tahu ada apa-apa ke." Najihah menyentuh perlahan pipi Nubhan yang agak bengkak itu.
Nubhan tersenyum sebelum menjawab, "Sayang abang just jatuh je, bukannya apa pun. Sayang punya risau tak pernah berubah. Macam-macam cadangan merapu. Don't worry honey. I'm okay." Nubhan berusaha meyakinkan isterinya, agar Najihah tidak mengesyak sesuatu pada dirinya.
"Betul?" Soal Najihah sambil memeluk erat lengan kanan Nubhan.
Nubhan sekadar tersenyum nipis dan berjalan beriringan dengan isterinya. Bayangan Merlieana begitu menguasai dirinya. Membuatkan dirinya tidak selesa dengan Najihah, kerana terasa berdosa terhadap gadis itu. 
Najihah dapat merasakan suatu kelainan pada layanan Nubhan terhadap dirinya, namun sengaja dia membiarkan sahaja seperti tidak berlaku apa-apa. Dia tidak mahu syakwasangkanya akan merencatkan 'bulan madu' mereka.

MERLIEANA mengemas semua pakaian dan dimasukkan kedalam beg pakaian, dia membawa segala barang-barang penting untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Setelah mengetahui Nubhan berada di Istanbul dan dekat dengan dirinya, Merlieana tidak mahu berlama disitu, dia takut perasaannya terhadap Nubhan yang sering dinafikan tidak dapat dinafikan lagi. Dia nekad untuk menamatkan pelajarannya di Istanbul dan sekadar menyambung di Malaysia. 
Merlieana tekad untuk menjahui Nubhan. Terkadang dia tertanya pada dirinya, mengapa dia perlu menjahui lelaki itu sedangkan hatinya tidak pernah merelakan. Setiap kali Nubhan berada dekat dengannya Merlieana berasa selamat, namun setiap kali berjauhan hatinya terasa begitu kosong. Perasaan apa yang melanda hatinya saat ini? Mengapa begitu dia menjahui lelaki itu, mereka tetap dipertemukan akhirnya? Apakah yang sedang Allah aturkan buat dirinya dan lelaki itu? Mengapa Merlieana tidak pernah mencari pengganti Zahiril? Apakah Zahiril masih bertahta utuh dihatinya?

NAJIHAH diulit perasaan bahagia yang tidak terhingga. Bahagia yang ingin sekali dirasai bersama Nubhan kini telah mereka kecapi bersama. Layanan mesra Nubhan sering membuat dia lupa seketika alam nyata. Berada disisi Nubhan membuatkan Najihah merasa sebuah kedamaian yang hanya Illahi sahaja mengetahui.
Hari itu dia ingin membuat kek kegemaran Nubhan yang pernah dipelajari dari Mak Jah emak Nubhan, untuk santapan petang mereka di bilik penginapan yang telah menyediakan kelengkapan untuk memasak.
Sedang asyik memecahkan telur kedalam mangkuk, tiba-tiba pinggangnya dicucuk oleh seseorang menyebabkan diterkejut dan mencampakkan telur kearah Nubhan yang berada dibelakangnya.
Nubhan terkejut diperlakukan begitu. Aku baru mandi, dah wangi-wangi! Tak pasal-pasal jadi bau telur je badan aku ni. Memang nak kena minah ni! Pantas Nubhan mengambil segenggam tepung yang telah dimasukkan kedalam mangkuk yang berada diatas meja, lalu dilemparkan kerambut Najihah.
"Abang!!!" Sakit benar hati Najihah. Dia belum sempat menjelaskan insiden tersebut, tak pasal-pasal jadi hantu tepung dek perlakuan Nubhan. Habis rambut aku!
"Padan muka! Abang baru je lepas mandi. Dah handsome-handsome, wangi-wangi. Tak pasal-pasal dapat penangan telur dari Jihah." Nubhan berpura-pura merajuk dan memandang kearah peti ais.
"Bukannya Jihah sengaja! Siapa suruh abang terkejutkan Jihah!" Jelas Najihah. Dia mempertahankan dirinya dari dipersalahkan lelaki itu.
"Talk to my hand." Jawab Nubhan selamba sambil menayangkan tapak tangannya di depan Najihah.
Mamat ni memang nak kena ni! Najihah mencapai serbuk koko yang diletakkan didalam mangkuk tadi. Lalu dilemparkan kebadan Nubhan.
Nubhan naik berang dan melempar telur pada baju Najihah pula. Bermulalah adegan lempar-melempar. Maknanya hari itu tak jadilah kek kegemaran Nubhan, bila mana semua bahan dah jadi senjata mereka berlawan.

Cinta indah bila bersamamu...
Terasa hilang kehidupan yang sayu...
Kasihmu yang mekar buatku sering rindu...
Wahai derita hilang jua kau dari hidupku...

No comments: