Sunday, 20 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 18




MERLIEANA menyuapkan bubur ayam yang dibelinya tadi kemulut Nubhan. Dia tidak membawa Nubhan keklinik ketika lelaki itu pengsan sebaliknya dia membawa Nubhan pulang ke kondominiumnya. Rumah yang telah dihadiahkan Datin Marina kepada dia.
Nubhan berasa kepalanya masih lagi berat. Dia mengunyah sedikit demi sedikit bubur yang disuapkan kemulutnya tadi. Nubhan masih tidak dapat mengenal pasti dia berada dimana saat ini.
"Mer, saya dekat mana ni?" soal Nubhan lembut. Dia cuba memfokuskan pandangannya, namun tetap kabur.
"Nubhan please. Awak rest dulu. Awak betul-betul demam ni. Saya dah bagi awak makan bubur, sekarang awak makan ubat. Lepas tu saya nak awak rehat okey. Badan awak masih lemah." Merlieana membantu Nubhan makan ubat dan dia menyelimutkan lelaki  itu.
Setelah Nubhan terlena, Merlieana duduk dibirai katilnya sambil merenung lelaki yang sedang tidur itu. 'Nubhan tahukah dirimu, aku amat mencintaimu. Kini jiwa dan ragaku adalah milikmu. Aku tidak dapat menafikan lagi perasaanku terhadapmu.' Detik Merlieana didalam hati. Dia mengesot sedikit menghampiri Nubhan, dan menyandarkan kepalanya dibahu lelaki itu. 'Nubhan jangan pergi meninggalkan daku.'

FARISH DAN NUUR tiba dilapangan terbang Kuala Lumpur pada petang itu. Pasangan itu berjalan beriringan untuk ke kenderaan berserta pemandu yang telah disediakan bapa Farish. Setelah melihat nama mereka yang dipegang oleh seorang lelaki yang agak berusia disitu, mereka menghampiri dengan perlahan.
"Ni Cik Nuur dan Cik Farish ke?" Soal Pak Akob penuh berhemah.
Farish dan Nuur melemparkan senyuman dan mengangguk. Farish dan Nuur membantu Pak Akob memasukkan bagasi-bagasi mereka kedalam bonet kereta. Dan kemudian bersama-sama masuk kedalam kereta.
Sejak dari tadi Nuur tidak berbicara sedikit pun dengan Farish, begitu juga lelaki itu. Itulah Farish dan Nuur yang bertunang kerana mengikut kehendak keluarga. Farish cuba menerima Nuur didalam kehidupannya namun egonya tercabar dengan sikap keras kepala dan panas baran wanita itu. Lagi pula Najihah masih lagi bertahta dihatinya.
Ya Najihah gadis yang pernah bercinta dengannya ketika zaman persekolahan. Cintanya terhadap Najihah begitu utuh, namun mereka terpaksa berpisah apabila Puan Zaini memutuskan untuk menjodohkan Nuur dan Farish.
Tanpa Farish ketahui kehendak keluarga, dia terpaksa menurutkan. Setelah sahaja mereka ditunangkan, Nuur terus terbang ke Jordan untuk bekerja disana, dan dia pula bekerja di London sebagai seorang doktor. Nuur adalah kakak kepada wanita yang terlalu dia cintai. Farish cuba belajar mencintai Nuur, namun nuur tidak pernah menganggap Farish sebagai tunangannya, sebaliknya dia menganggap lelaki itu adalah orang luar.
Farish tidak tahu sepanjang pemergian dia meninggalkan Malaysia pelbagai perkara telah melanda Najihah. Wanita itu terluka kerana dia menerima kehendak ibu bapanya yang menjodohkan dia dengan orang lain. Namun disebalik kelukaan Najihah hadir seorang lelaki bernama Zahiril, tapi kasihnya tidak kesampaian apabila ternyata Zahiril sudah mempunyai tunang. Tidak cukup dengan kelukaan itu Puan Zaini mengatur perkahwinannya secara paksaan.

NAJIHAH dihantui kebimbangan. Nombor Nubhan cuba dihubungi berulang kali. Namun tidak berjawab. Jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam. Namun Nubhan tetap tidak pulang. Najihah tekad untuk menghubungi Kamarudin.
"Asalamualaikum, Abang Mar."
"Walaikumusalam, siapa ni?" Kamarudin pelik melihat nombor yang tiada penama menelefonnya di waktu malam begini. Perempuan pula tu.
"Ni Jihah, isteri abang Han." Najihah terasa menyesal pula kerana menelefon Kamarudin dimalam begini.
"Oh, Jihah. Kenapa Jihah?" Segar terus mata Kamarudin yang layu, setelah mengetahui bahawa Najihah yang menelefonnya. Kenapa bini kawan aku ni telefon aku malam-malam ni?
"Maaflah ganggu abang malam-malam macam ni. Jihah cuma nak tanya kalau-kalau abang tahu Abang Han dekat mana." Airmata sudah hampir gugur.
"Maksud Jihah Nubhan tak ada dekat rumah lah ni?" Kamarudin benar-benar tidak percaya dengan apa yang diberitahu Najihah.
"Kalau Abang Han ada dekat rumah buat apa Jihah tanya Abang. Sejak dari pagi tadi dia keluar kerja sampai sekarang tak balik-balik."
"Sabar jihah, abang pun tak tahu dekat mana Nubhan berada, sebab tadi lepas metting dia tak balik ke pejabat. Abang call dia pun tak dapat. Jihah bawa bertenang ya, abang try cari dia." Kamarudin pantas bangun ingin menukar pakaian.
"Terima kasih bang. Tolong ye cari abang Han." Najihah bersyukur kerana Kamarudin sudi membantunya.

No comments: