Thursday, 3 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 10




MERLIEANA bangun begitu awal pada pagi itu. Mimpi yang melanda dirinya malam tadi begitu mengganggu fikiran. Kerana asyik memikirkan maksud mimpi itu, fikiran Merlieana menjadi tidak keruan.Wajah cemas Nubhan mengganggu benak fikirannya.
Pertanyaan demi pertanyaan masih mengganggu benak fikiran Merlieana. Walaupun diluar masih gelap, Merlieana memaksa dirinya berjalan mengambil udara diluar agar hilang sebentar wajah jejaka itu dari fikiran.
"Nubhan apa yang telah melanda dihati ini?" Menitis sekali lagi airmat gadis itu.

NUBHAN terbangun lena, awal subuh itu. Berulang kali dia beristighfar. Menoleh sekilas kearah Najihah yang sedang lena dibaluti selimut.
Merlieana! Kenapa Mer hadir kembali dalam hidun Han? Setelah Han melupakan segala-galanya? Atau apakah Han sendiri tidak mampu melupakan Mer didalam hidup Han? Ya Allah berilah petunjukMU? 
Setelah berjaya belajar melupai gadis itu, sekali lagi Merlieana muncul didalam bayangannya.
Nubhan berlalu kebilik air dan membersihkan diri.Kemudian mengejutkan Najihah untuk menunaikau fardu Subuh bersama-sama. Meskipun pada mulanya Najihah kelihatan agak malu dengan Nubhan namun setelah dipujuk oleh suaminya, dia cuba membiasakan diri.
Melihat wajah si isteri Nubhan cuba melupakan gadis itu sebentar. Dan berharap wajah gadis itu tidak muncul lagi.

NAJIHAH menggenggam erat lengan suaminya. Suasana Istanbul pagi itu agak dingin. Namun mood ingin berjalan bersama suami tercinta di tempat yang begitu romantik lebih menarik perhatian.
"Sayang tunggu dekat taman mini depan sanatu sekejap. Abang nak pergi beli air. Dahagalah." Arah Nubhan, tiba-tiba pula tekak terasa dahaga. Baru berura untuk berlalu meninggalkan Najihah namun terlebih dahulu gadis itu meraih semula lengannya.
"Abang nak pergi mana?" Soal Najihah manja, dia memberi renungan menggoda pada Nubhan.
"Abang nak beli air kejap sayang. Sayang tunggu abang dekat taman tu okey. Abang pergi kejap je, lepas beli air je abang terus pergi dekat Jihah okey." Nubhan jadi geli hati melayan kerenah manja Najihah. Rupanya manja gila isteri aku ni.
"Okey, jangan lambat tau." pesan Najihah sebelum berlalu. Baru kau tahu manja aku macam mana. Tergugat tak iman kau. Heheheh.
Nubhan menuju kekedai yang berhampiran dan membeli dua botol air minuman isotonik. Minuman yang sering menjadi pilihan mestilah 100 plus.
Sedang ingin melintasi jalan raya, Nubhan mendapat sms dari Najihah. Tanpa disedari ketika melintasi jalan raya ada kenderaan laju yang menghampirinya. Namun Nubhan terlebih dahulu ditolak ketepi oleh seseorang.
Seluar jeans yang dipakai Nubhan koyak apabila terkena pada batu jalan.Wanita yang menyelamatkannya tersembam didepannya. Dahi wanita itu terkoyak kerana terkena pada sesuatu yang tajam.
Nubhan bangun dari pembaringan dan menghampiri wanita itu.
"Miss, are okay?" soal Nubhan lembut, dia berharap agar tidak ada berlaku kecedaraan serius pada gadis itu.
"Do u want...." Bibir menjadi kelu saat dua mata bertembung. Masa seakan terhenti bila dua hati sedang berbicara.
Mengapa engkau hadir disaat ini?
Bukan aku yang meminta untuk dipertemukan.
Apakah ini takdir Illahi?
Takdir itu rahsia Illahi.
"Awak buat apa dekat sini Mer?" Terpacul soalan itu dibibir Nubhan. Tubir matanya mula direnangi airmata.
"Tak penting untuk awak tahu. Apa yang penting sekarang ni, tolong jaga sikit nyawa tu!" Arah Merlieana dia bangun dengan pantas dan ingin berlalu meninggalkan lelaki itu.
"Mer." 
"Anggap semua ini suatu singgahan mimpi. Dan anggap ia tidak pernah berlaku, selamat tinggal Han." Merlieana pantas berlari meninggalkan lelaki itu.

Mengapakah cinta hadir ketika kita tidak memerlukannya?
Mengapa cinta hilang ketika kita mula mengharapkannya?
Cinta itu adalah apabila kita bertemu dan harus membuat pilihan yang tepat.

No comments: