Friday, 18 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 15


NUBHAN meniliti kertas-kerja kerja yang akan diperbentangkan sebentar lagi dipejabat rakan kongsi syarikatnya. Entah kenapa sejak dari pagi tadi, hatinya berdebar tidak menentu dan tidak teratur. Sepertinya ada sesuatu yang akan berlaku. Namun dia lebih perbanyakkan istighfar.
Kamarudin yang sejak tadi memerhatikan langkah kawan baiknya itu turut berasa hairan. Dia menghampiri Nubhan yang sudah bersiap untuk bertolak.
"Han, kau kenapa? Okey tak ni?" Soal Kamarudin hairan. dia memandang tepat kewajah Nubhan, cuba mencari punca kegelisahan lelaki itu.
"Aku okey je Mar, cuma nervous sikit." Nubhan cuba untuk meyakinkan sahabatnya.
"Betul ni? Kau nak aku hantar driver untuk kau tak? Kalau kau nak aku boleh panggil Pak Mat hantarkan kau ke syarikat tu." Cadang Kamarudin. Dia tidak mahu berlaku sesuatu pada sahabatnya.
"Eh, tak payah Mar. Aku okey. Aku boleh drive sendiri. Kau jangan risau okey." Nubhan menghargai sikap ambil berat sahabatnya, namun dia masih mampu untuk memandu sendiri ke tempat mesyuarat.
"Betul ni?" Soal Kamarudin lagi. Dia mahu memastikan Nubhan benar-benar tiada masalah.
"Betul, Mar. Aku pergi dulu okey." Nubhan meminta diri untuk meninggalkan kawannya itu.
"Okey. Baik-baik Han."

DATIN MARINA terkejut melihat pakaian anaknya pagi itu. Merlieana sekadar memakai dress pendek berwarna merah yang menampakkan separuh dadanya dan peha gebunya. Pantas dia menghampiri Merlieana yang baru melangkah masuk kelobi.
"Merlieana! Kenapa pakai macam ni??" Marah Datin Marina.
"Kenapa ma? Okey ape?" Merlieana pelik dengan sikap mamanya yang semakin hari, semakin suka mengkritik pemakaiannya.
"Okay kamu cakap? kamu pakai ni dah macam nak pergi pub, pergi disco! kamu tahu??? Ni tempat kerja, nak ke mesyuarat dengan pakai pakaian macam ni?? Kamu ni waras ke tak Mer??" Ikutkan hati mahu sahaja Datin Marina memaksa Merlieana balik dan munukar pakaian.
"Mom, please. Mer dah sampai pun kan? Tak payahlah nak bising-bising pasal baju ni. Okey?" Merlieana menarik tangannya mamanya berlalu kedalam, dia tidak mahu dipertikaikan lagi mengenai pakaiannya.

Datin Marina membawa Merlieana kebilik mesyuarat, namun dia meminta Merlieana menunggu diluar dahulu sebelum dipanggil.
"Morning. Bagus semuanya dah ada. Baiklah kepada semua my staff and Encik Nubhan saya perkenalkan anak saya, sebagai pengarah syarikat ini dan ketua pengurusan projek terbaru kita, persilakan Merlieana." Datin menunjukkan isyarat pada Merlieana agar masuk kedalam bilik mesyuarat.
Dengan penuh debar didada, Merlieana melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat itu dengan perlahan. Dia benar-benar menjadi perhatian sesiapa sahaja yang berada disitu. Bukan sekadar kerana keterampilannya yang seksi tapi juga disebabkan kejelitaannya yang begitu memukau.
Pandangan Merlieana terhenti pada seorang lelaki yang berdiri memandangnya tanpa berkerdip. Waktu seakan terhenti saat dua mata itu bertembung. Jantungnya turut tudak berasa stabil.
Nubhan menghampiri Merlieana dengan cuba mengawal ketenangannya saat ini. Pakaian Merlieana yang begitu menyesakkan dadanya menambah kegelisahan dihati.
"Nubhan." Sengaja dia memperkenalkan diri seolah-olah tidak mengenali diantara satu sama lain. Nubhan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Merlieana. Namun renungan Merlieana yang dia terima.
Kerana terlalu terkejut Merlieana tidak mampu mengimbangi dirinya, tiba dia jatuh pengsan. Namun sempat disambut oleh Nubhan.
"Mer."

PRANG!!!
PIRING yang dibawa Najihah tiba-tiba jatuh kelantai dan terbelah dua. Dengan perlahan dia membersihkan  serpihan kaca itu, secara tidak sengaja salah satu serpihan kaca yang tajam telah terkena pada jarinya dan menyebabkan pendarahan.
Hati Najihah merasakan sesuatu yang tidak enak. Wajah Nubhan tiba-tiba mengganggu difikiran." Ya Allah lindungi suamiku ya Allah. Perkuatkanlah imannya, dan selalu ingatkanlah dia terhadap perkahwinan kami ya Allah. Jauhilah dia dari segala malapetaka ya Allah." Sempat dia berdoa didalam hati sebelum menyambung membersihkan serpihan kaca itu.

MERLIEANA sedar dari pengsan. Dia duduk dari pembaringannya. Dan memastikan dia berada dimana, ternyata didalam bilik pejabat Datin Marina. Merlieana cuba mengingatkan apa yang berlaku sebelum dia pengsan sebentar tadi.
Nubhan! Ye kehadiran lelaki itu yang membuatkan dia tidak tenang. Ternyata selama ini dia begitu mencintai Nubhan. Kerana itulah sejauh mana pun dia berlari dari lelaki itu, dia tidak mampu melupai Nubhan. Sempat Merlieana berharap pertemuan tadi sekadar mimpi.
"Mer."
Tersentap terus jantungnya saat mendengar suara itu, lenyap sudah harapan untuk menganggap kehadiran lelaki itu sebuah mimpi. Lelaki itu berada didepannya kini, dan tak mungkin dia dapat terus-terusan menyembunyikan perasaannya terhadap lelaki itu.
Merlieana merebahkan semula tubuhnya disofa. Kelibat Datin Mariam langsung tidak kelihatan. Hanya dirinya dan Nubhan. Ye lelaki itu yang terusan menghuni dihati.
"Mer awak tak apa-apa?" Soal Nubhan lembut. Dia duduk disofa yang berhampiran gadis itu.
"Awak rasa?" Soal Merlieana selamba. Dia masih melelapkan matanya. Cuba mengawal debar didada.
"Maksud awak?" Nubhan yakin ada sesuatu yang gadis itu sembunyikan dari dirinya sehinggakan gadis itu bersikap dingin dengannya.
"Memang saya tak okey Han! Semenjak kita berjumpa di Istanbul lagi, awak buat jiwa saya jadi tidak tenang! jiwa saya tak pernah tenang! Awak faham tak???" Tengking Merlieana, pantas bangun dari pembaringan. Takut peha gebunya terus-terusan menjadi perhatian Nubhan. Dia merenung tajam kearah lelaki itu.
"Apa yang Han dah buat Mer? Tolong jelaskan pada Han." Mohon Nubhan, turut membalas tenungan gadis itu. Saat sahaja melihat mata gadis itu, hatinya menjadi resah gelisah tidak menentu.
"Sudahlah Han. Lupakan mengenai itu." Merlieana bangun dari tempat duduk dan berlalu untuk keluar dari bilik itu, bagi dirinya tidak sepatut Nubhan dimarahi begitu. Sedangkan lelaki itu tidak mempunyai salah apa pun terhadap dirinya.
"Mer tolonglah Mer. Jangan terus-terusan bersikap dingin dengan Han. Apa silap Han? Kenapa Mer buat Han seolah-olah macam musuh Mer? Bertahun Mer, bertahun mer menjauh dari Han. Kalau Mer tak nak terima Han dalam...." Nubhan tidak dapat menghabiskan kata-katanya saat bibir Merlieana terlebih dahulu menkucup bibirnya.
Merlieana amat berharap Nubhan masih lagi untuknya. Dia memeluk lelaki itu seerat-eratnya. Dan Nubhan turut membalas pelukan dan kucupan gadis itu. Lama mereka berkeadaan begitu.
Dengan perlahan Merlieana meleraikan kucupannya, "Awak tak salah apa-apa Han. Tolong jangan kata apa-apa lagi. Setiap persoalan yang keluar dari bibir awak, begitu sukar untuk dijawab Han. Tolong." Merlieana menangis didada bidang Nubhan semahu-mahunya.
Nubhan memluk erat tubuh gadis itu dan membelai lembut rambut Merlieana. Terhapus rindu dendamnya, terasa lapang didada saat ini. Dia menyarungkan kot hitamnya dibadan Merlieana. Dia tidak mahu tubuh gadis yang disayanginya itu diperlihatkan lelaki lain.
"Mer." Tegur Nubhan lembut. Merlieana masih didalam dakapannya.
"Ye." Jawab Merlieana sepatah. Dia masih lagi memeluk Nubhan. Terasa selamat disamping lelaki itu.
"Zahiril apa khabar?"

No comments: