Friday, 18 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 17


"APA???" Kamarudin seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Nubhan. Dia mengehempaskan tubuh di kerusi berdepan dengan Nubhan. Kamarudin merenung tajam kearah Nubhan.
"Ya Allah takkan aku nak tipu kau pula?? Asal kau tak beritahu aku yang syarikat tu syarikat mama dia?" Marah Nubhan pula.
"Astarfighrullahal-azim! Aku manalah tahu tu syarikat mama Merlieana! Syarikat tu bernama Beauty Holding bukan Merlieana Holding! Kalau nama dia terpampang dekat nama syarikat tu, senang pula aku! Kalau aku tahu syarikat tu ada kaitan dengan Merlieana aku takkan biarkan kau yang buat urusan dengan pihak sana." Kamarudin kesal dengan apa yang terjadi. Dia benar-benar mahu Nubhan melupai Merlieana dan memulakan hidup dengan Najihah. Tapi akhirnya dia menjadi penyebab kepada pertemuan pasangan itu.
"Tak apalah Mar, nasi dah jadi bubur. Aku dah pun bertembung dengan dia. Tapi kalau tak kerana projek ni dan pertemuan kami semalam, mungkin sampai sekarang aku tak tahu dimana dia berada." Nubhan melepas pandang ketempat lain.
"Maksud kau?"
"Hampir dua tahun dia menghilangkan diri. Dan selama dua tahun, aku tak pernah berputus asa mencari dia. Aku tak sangka akhirnya kami bertemu juga. Mungkin ini dinamakan takdir." Nubhan mula mengingatkan detik pertemuannya semalam.
"Aku harap pertemuan kau dengan dia tidak menimbulkan masalah pada hubungan kau dan isteri kau." Kamarudin sudah dapat mencium sesuatu yang telah berlaku diantara Nubhan. Merlieana dan Najihah.
"Cakap pasal isteri aku. Sejak berjumpa dengan Merlieana semalam aku tak berani berdepan dengan dia." Nubhan mula mengadu keluh kesahnya pada Kamarudin.
"Maksud kau?"
"Entahlah, bila kami bertembung je dekat dalam rumah tu, hati aku jadi tak menentu. Aku rasa bersalah terhadap dia." Terang Nubhan perlahan.
"Rasa bersalah? Salah apa pula yang kau dah buat?" Soal Kamarudin berbaur tegas.
" Aku sendiri tak pasti. Setiap kali terpandang dia, wajah Merlieana yang mengganggu fikiran aku. Aku jadi takut dan bersalah dengan Najihah." Jelas Nubhan lagi.
" Kau takut dan rasa bersalah, atau hati kau dah mula berpaling tadah Nubhan? Aku ni kenal kau bukan baru sehari dua tau Han. Aku kenal kau daripada kita kecil lagi. Kan aku dah cakap, dalam hati kau tu masih ada Merlieana!" Kamarudin sudah mula melenting.
"Dengar dulu apa yang aku nak cakap ni Mar." Nubhan berharap diberi peluang untuk bersuara.
"Cakap apa lagi Han? Aku tak nak dengar apa-apalah! Yang aku nak tahu, kau jangan nak teruskan niat kau bersama Merlieana! Jaga sikit hati Najihah. Jangan nak seksa dia! Inikah ke balasan diatas setiap pengorbanan dia terhadap kau??? Ubah sikit sikap tu Nubhan. hargai orang yang menghargai kita!" Kamarudin merasakan tahap kesabarannya tercabar dengan sikap Nubhan yang seolah-olah begitu menerima kehadiran Merlieana buat kali kedua dalam kehidupannya. Dia pantas bangun dari tempat duduk.
"Kejap lagi kau ada metting dengan minat saleh celup tu! Siapkan kertas kerja ni." Dia meletakkan kertas kerja itu dengan begitu kasar diatas meja Nubhan, dan berlalu kepintu. Namun sempat memandang kearah Nubhan sambil berpesan. "Ingat eh Nubhan! Metting! Bukan Datting!". Sambil berlalu keluar menghempas pintu.
Nubhan sekadar menghantar pandangan pada sahabatnya. 'Betul-betul marah mamat ni. Naik meremang bulu roma aku.'

NAJIHAH melipat semula sejadah yang digunakan tadi, lalu digantungkan ditempat yang sepatutnya. Dia berlalu duduk dibirai katil sambil merenung gambar perkahwinannya bersama Nubhan. Tangan kanannya mengusap perut yang masih belum menampakkan buncit. Sesungguhnya dia berkecil hati dengan kedinginan Nubhan.
Najihah sendiri tidak pasti sama ada ini sekadar perasaannya sahaja yang memerlukan perhatian Nubhan atau Nubhan benar-benar berubah.
Sebelum ini walau sepenat mana, walau sesibuk manapun lelaki itu tidak pernah berkelakuan begitu. 'Ya Allah, apa yang sedang melanda rumah tanggaku ini yaAllah. Mengapa sikap suamiku begitu dingin terhadap diriku? Apakah ini sekadar perasaanku sahaja? Ya Allah berilah aku petunjukMu.'

MERLIEANA DAN NUBHAN melangsungkan mesyuarat pembukaan kerjasama Herba Holding dan Beauty Holding. Perbincangan yang dibincangkan berjalan dengan begitu lancar.  
Merlieana kelihatan begitu serius pada mesyuarat pagi itu, begitu juga Nubhan. Masing-masing begitu profesional. Mereka tidak membawa segala hal peribadi ketika bekerja. Tiada sebarang kelakuan yang dapat menimbulkan syakwasangka pada kakitangan-kakitangan yang terbabit.
Seusai mesyuarat Merlieana tidak terus meninggalkan bilik mesyuarat seperti rakan-rakan kerja yang lain. Nubhan yang perasan tindakan gadis itu tidak jadi berlalu keluar dari bilik itu, semua pekerja yang lain sudah keluar meninggalkan mereka.
"Buat apa tu?" Tegur Nubhan lembut, sambil menghampiri gadis itu.
"Tengah check balik kertas-kertas kerja ni, takut ada yang tersilap." Jawab Merlieana ringkas tanpa berbalas pandang dengan Nubhan. Matanya tertumpu pada kertas-kertas kerja diatas meja itu, meskipun hati seperti diawang-awangan ketika Nubhan menyapa.
"Oh, tak lunch ke?"
"Tak kot."
"Jom lunch." Tiba-tiba kepala Nubhan terasa berat, mungkin akibat perut kosong. Semalam dia tidak menjamah sebarang makanan, begitu juga pagi ini.
" Tak apalah, awak lunch dulu. Saya ada kerja nak diuruskan." Jawab Merlieana. Dia bangun untuk berlalu, namun tangannya lebih pantas diraih oleh Nubhan.
"Mer tolong..." Belum sempat menghabiskan cakap, Nubhan rebah tak sedarkan diri.

No comments: