Tuesday, 29 January 2013
Aku Pengganti Itu Episod 24
"SIAPA dia dan apa tujuan awak jumpa dia Nuur?!!" Marah Farish. Dia tidak sangka akan bertemu dengan tunangnya di restoran itu.
"Kenapa awak perlu menyoal benda ni semua pada saya Farish?" Soal Nuur sambil memandang kearah luar tingkap kereta lelaki itu.
"Kenapa? Sebab saya wartawan artis yang suka menerjah dan menanyakan soalan hangat macam tu. Saya ni tunang awak Nuur!! Jadi awak nak pertikaikan lagi ke saya perlu atau tidak perlu menyoal awak?" Soal Farish yang sempat berseloroh. Wajahnya masam mencuka bila membayangkan senyuman manis yang diberikan Nuur pada lelaki itu. 'Dengan aku senyum pun susah!'
"Maafkan saya Farish, saya mohon maaf sangat-sangat. Kadang-kadang saya lupa yang awak tunang saya. Lelaki tu Kamarudin, dan dia bekas tunang saya. Saya jumpa dia sebab nak bagi hadiah hari jadi dia. Dan dia minta saya teman dia makan tengah hari." Jelas Nuur dengan jujur. Dia tidak menyembunyikan sesuatu pun dari tunangnya.
"Bekas tunang? tak ada bekas lain ke? Bekas letak lauk ke, bekas minuman ke?" Seolorh Farish menahan marah.
"Awak, sayakan dah minta maaf."
"Kenapa awak jumpa dia untuk ucap hari jadi? Facebook kan ada, twitter ke. Tak boleh ucap dekat situ je ke? Nak teman dia makan buat apa? Saya sendiri susah awak nak teman." Farish sempat mengeluh sambil merenung ke arah jalan raya.
"Boleh saya tanya awak sesuatu sebelum menjawab pertanyaan awak?" Nuur begitu hairan dengan sikap Farish sejak pulang dari Jordan. Sikap Farish sungguh berlainan dengan sebelum ini. Lelaki itu seolah-olah setiap masa mengekori dirinya.
"Apa dia wak?" Soal Farish, nada suaranya kembali lembut.
"Siapa saya dihati awak? Walaupun hakikat realiti saya tunang awak. Tapi hakikat sebenar, apa status saya dihati awak?" Wajah Nuur kelihatan benar-benar serius saat ini.
"Awak dihati saya terlalu banyak Nuur, sehingga tiada ruang untuk orang lain huni. Kadang-kadang awak kawan sebab awak sudi mendengar saya. Kadang-kadang awak lawan, sebab awak suka meningkah apa yang saya cakap. Kadang-kadang awak adik saya, sebab sikap keanak-anakkan awak. Dan terkadang awaklah kekasih saya yang sering mencari dimana letaknya kasih saya untuk awak." Jujur Farish. Entah kenapa begitu mudah airmatanya gugur saat meluahkan kata-kata itu pada Nuur.
"Ye saya kawan awak yang boleh mendengar awak. Ye saya lawan awak yang suka meningkah kata-kata awak. Ye mungkin adik awak dengan sikap keanak-anakkan saya. Dan benar Muhd Farish Iskandar saya Nuur Ameelina mencari dimana kasih awak untuk saya. Dan maafkan saya kerana saya masih meragui awak. Sehingga kini dan mungkin sehingga awak belum membuktikan pada saya, tiada Najihah dihati dan fikiran awak." Tegas Nuur yang turut menitiskan airmata.
Masing-masing terus terdiam sambil melayan perasaan masing-masing, lagu percaya padaku kumpulan ungu yang keudara diradio itu menggamit lagi emosi mereka berdua.
NUBHAN masih tidak percaya dengan apa yang telah dia ingat sebentar tadi. Mana mungkin perkara itu boleh terjadi. Tapi ada benar kata Merlieana, bukan dia yang mabuk tapi gadis itu. Kenapa perlu dia yang lupa tentang kejadian itu. Namun apakah benar Nubhan lupa atau dia menafikan kejadian itu.Nubhan mengurut kepalanya yang terasa penat. Sudah hampir dua minggu dia di Cameron Highland. Sekali pun dia tidak menghubungi isterinya. Perasaan bersalah begitu menghimpit dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment