Tuesday, 29 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 23



FARISH Menjadi semakin resah apabila panggilan yang dibuat dan mesej-mesej yang dia hantar, sedikit pun tidak dapat sebarang tindak balas dari Nuur. Dia menjadi gelisah apabila bertandang kerumah yang sedang Nuur diami tidak berpenghuni. Kemanakah perginya jantung hati dia saat ini. Sudah hampir tiga hari Farish cuba menjejaki Nuur, tapi keputusannya tetap sama.

KAMARUDIN terkejut dengan kehadiran Nuur kepejabatnya. Ya, Nuur bekas tunangnya. Nuur gadis yang masih berlabur dihatinya tika ini. Kehadiran nuur menimbulkan tanda tanya saat ini.
"Nuur?" Sapa Kamarudin lembut.
"Abang." Jawab Nuur perlahan.
"Silakan duduk Nuur." Kamarudin mempersilakan gadis itu duduk disofa pejabatnya itu. Gadis itu kelihatan ayu mengenakan baju kurung tanpa corak bewarna merah jambu dan tudung bewarna ungu.
"Terima kasih."
"Nuur apa khabar?" Tanya Kamarudin sambil melemparkan senyuman manis pada Nuur. Dia turut duduk disfa yang berhampiran dengan gadis itu.
"Alhamdulillah, Nuur baik. Nuur harap abang pun begitu. Maaf kehadiran Nuur mungkin mengganggu abang. Tapi Nuur harap abang tak marah." Nuur amat berharap kehadirannya kali ini tidak akan mengungkit masa lalu mereka.
"Syukur, abang pun sihat Nuur. Nuur tak mengganggu abang pun, kebetulan memang abang tengah lapang masa ni. Apa tujuan Nuur kemari?" Kamarudin cuba mengawal perasaannya saat ini. Kenangan yang meragut kebahagiannya itu mula belayar difikiran.
"Kedatangan Nuur kemari sebab nak ucapkan selamat harijadi pada abang dan nak bagi ni pada abang." Terang Nuur, dia menghulurkan kotak yang bersampul hadiah itu pada Kamarudin.
Kamarudin menyambutnya dengan senyuman. "Terima kasih Nuur. Nuur masih ingat hari ni harijadi abang?" Kamarudin tidak menyangka walaupun sudah hampir enam tahun mereka memutuskan pertunangan, gadis itu masih mengingati harijadinya.
"Nuur tak mungkin lupa bang. Walau hampir lima tahun kita tak jumpa, Nuur tak pernah lupa pada harijadi abang. Nuur tahu Nuur masih hutang lima hadiah pada abang." Sepanjang mengenali Kamarudin Nuur tidak pernah lupa menghadiahkan hadiah buat Kamarudin setiap kali harijadi lelaki itu tiba. Walau lelaki itu tidak pernah memberi hadiah buat dirinya, tapi dia tidak pernah meminta lelaki itu membalasnya.
"Agak-agaknya bila abang akan dapat kelima-lima hadiah tukan?"

"AWAT mama tak gitau nak mai hari ni?" Najihah tidak sangka yang Puan Zaini akan datang kerumahnya pada hari ini.
"Awat mama tak boleh mai ka? Kalau tak gitau kat hang?" Puan Zaini sengaja menguji anaknya, lalu tersenyum. Dia mencari kelibat menantunya Nubhan.
"Mama tidur sini ka?" Soal Najihah sebaik sahaja membawa masuk bagasi-bagasi mamanya.
"Nampak gayanya macam tulah Jaja. Ni, Nubhan mana? dari tadi mama tak nampak?" Soal Puan Zaini, sambil merenung anaknya.
"Abang Han tak dah sini mama. Dia outstation seminggu." jawab Najihah ringkas. Dia menyusun bantal-bantal kecil yang menghiasi sofa itu, kerana kelihatan agak bersepah.
"Oh, yekah? Hang dah masak belum Jaja? Kalau tak masak jom pi makan kat luar. Mama ni terasa nak makan makanan baratlah."

MERLIEANA melihat kearah Nubhan yang kelihatan gelisah tiba-tiba. Tanpa dipinta Nubhan menghampirinya.
"Mer. Apa yang kita dah buat seminggu yang lalu?" Soal Nubhan cemas. Dia menggenggam bahu kekasihnya itu.
"Buat? Sepatutnya saya yang tanya awak apa yang kita dah buat seminggu yang lalu." Soal Merlieana. Dia membalas renungan lelaki itu.
"Mer, Han serius ok."
"I'm too."
"Mer! Han tak tahu apa-apa. Han sedar-sedar, tak seutas benang pun ditubuh Han. Apa sebenarnya yang kita dah buat?" Soal Nubhan lagi, kali ini kelihatan lebih tegas.
Wajah Merlieana turut berubah serius. "Han, malam tu yang mabuk saya. Not you! Remember?? Saya rasa awak lebih tahu dari saya. Dan jawapannya ada pada awak." Tegas Merlieana. Dia berlalu meninggalkan jejaka itu. Namun langkahnya terhenti dan menoleh sebentar kearah Nubhan.
"One more Encik Nubhan. Saya tak suka hal peribadi dibawa masuk kedalam hal bisnes. Sekarang ni waktu bekerja, jadi jangan ulanginya lagi okey!" Merlieana berlalu pergi dari situ.

No comments: