KAMARUDIN bertandang kerumah Najihah setelah diminta sendiri oleh wanita itu. Dia menghampiri gadis itu yang memasang muka muram ditaman mini banglo itu.
"Asalamualaikum" Sapanya lembut.
"Walaikumusalam." Najihah tidak sedar bila masa Kamarudin sampai.
"Jihah buat apa dekat luar ni?" Kamarudin mencari bayang sahabatnya. 'Mana si mamat sorang ni! Aku nak sekel kepala dia!'
"Jihah tunggu abang Han. Silakan duduk bang. Jihah buat air sekejap." Najihah berlalu kedalam dan keluar semula membawa seteko minuman panas lalu dihidangan dimeja.
"Minum bang."
"Terima kasih. Nubhan tak balik lagi ke?" Soal Kamarudin.
"Tak. Sejak dari semalam lagi. Jihah takut sesuatu yang tak baik berlaku pada dia. Dia tak pernah macam ni. Kalau dia balik kerumah mak, dia tak pernah tinggal Jihah. Jihah risau bang. Jihah ingat nak buat report." Najihah tekad untuk membuat laporan polis jika hari ini Nubhan tetap tidak pulang kerumah.
"Eh, jangan Jihah. InsyaAllah Nubhan tak ada apa-apa. Abang yakin dia selamat. Mungkin dia ada kerja luar, sebab tu sampai tak sempat balik kerumah untuk beritahu Jihah." Kamarudin tidak mahu kehilangan Nubhan dicampur oleh pihak polis.
"Tapi takkan sampai tak boleh call bang?" Tingkah Najihah.
"Mungkin batery dia habis." Pantas Kamarudin mencipta alasan.
"Entahlah bang, Jihah dah tak tahu nak buat apa. Semua kerja Jihah dah tak betul dah ni." Najihah benar-benar risau mengenai keadaan Nubhan.
"Patutlah air ni pun terlebih manis." Kamarudin membuat mimik muka dengan rasa air koko yang dibuat oleh Najihah.
"Ya Allah manis sangat ke bang." Malu sudah bertandang kedalam hati.
" Macam lori gula tumpah. Tak percaya cuba Jihah rasa. Manis teramat-amat." Arah Kamarudin, sambil membuat riak muka seakan-akan nak muntah.
Najihah cuba merasa air koko itu, riak wajahnya berubah. 'Rasa biasa-biasa je, kenapa abang Mar cakap manis sangat, "bang rasa dia okey je." Tingkah Najihah.
"Eh, okey ye? perasan abang je lah kot." jawab Kamarudin selamba.
Najihah tergelak dengan kata-kata Kamarudin.
"Ah, macam tulah. Senyum, ketawa. Jangan muram, InsyaAllah Nubhan selamat. Abang pergi cari dia dulu okey. Nubhan dah besar, dah jadi suami orang. Tak lama lagi kalau ada rezeki jadi bapa orang. Tahu dia jalan balik." Pujuk Kamarudin. Dia bangun dan ingin berlalu.
"Abang, terima kasih ye." Najihah terharu melihat sikap Kamarudin yang begitu mengambil berat terhadap dia dan Nubhan.
"Sama-sama kasih." Kamarudin menghadiahkan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Najihah.
FARISH menjemput tunangnya Nuur dirumah gadis itu. Mereka diarahkan oleh Puan Zaini untuk pergi membeli beberapa barang hantaran untuk persandingan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sepanjang perjalanan Nuur hanya berdiam, tapi Farish yang banyak bercakap.
"Rasa macam bercakap dengan stearing ni pula." Sakit betul hati melihat Nuur yang seolah-olah bisu.
"Dah gila ke apa cakap dengan stearing tu? Lebih baik cakap dengan cermin tu terus." Seloroh Nuur selamba. Dia melepas pandang keluar tingkap.
"Ingatkan dah bisu tadi. Baru nak bawak pergi hospital je." Bidas Faris, dia sengaja mengajak Nuur bertekak.
"Awak jangan nak melampau eh Farish! Dah lah bawak kereta macam badut!" Sengaja Nuur mengutuk tunangnya itu.
"Eh, biar jadi badut jangan jadi bisu tau! Tuhan bagi mulut suruh cakap, dia duduk membisu. Entah pekak ke bisu saya pun tak tahulah." Tingkah Farish pula.
Nuur berasa panas dengan ayat terakhir lelaki itu. "Suka hati je kan mengutuk orang! Ni bukan macam bercakap dengan stearing, ni macam nak makan stearing je!"
"Mak ai garangnya makcik ni. Takut-takut." Sengaja dia menambah lagi sakit hati gadis itu.
"Dia nikan!" Nuur melemparkan telefonnya kearah Farish.
"Oi! Awak nikan, namanya je pakai tudung! Tapi garang mengalahkan mama dengan papa sayalah! Nasib tak kena kepala, kalau kena kepala saya hilang kawalan, silap haribulan kita sarung baju hospital tau bukan baju kahwin!" Farish mengurut dadanya. 'Kalau kena kepala aku tadi. Fuh!
No comments:
Post a Comment