Wednesday, 16 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 13


TASHA bertandang kerumah Najihah, untuk menikmati makan tengah hari besama. Kata Najihah dia amat merindui gadis itu setelah hampir sebulan lebih tidak bertemu kerana Najihah banyak menghabiskan masa bersama Nubhan.
"Apa mimpi kau ajak aku makan tengah hari ni Jaja? Dah habis ke 'honeymoon' kau dengan si Nubhan? Ah, Nubhan mana? Dia tak makan tengah hari sekali ke?" Soal Tasha, mengisi perbualan sambil menikmati makanan yang dihidangkan oleh Najihah.
"Aku dengan Nubhan hari-hari 'honeymoon'. Ajak makan pun dikatakan mimpi! Dia kerja. Sibuk sangat hari ini, sebab tu tak boleh balik makan tengah hari.Selalunya memang dia akan balik makan tengah hari dekat rumah." Jawab Najihah tenang, sambil menyuapkan nasi kemulut. Wajahnya yang kelihatan ceria dapat ditangkap oleh Tasha.
"Yang kau ni nampak ceria sangat hari ni kenapa? Macam ada something yang buat kau happy sampai merah-merah pipi." Tasha tekad mengorek rahsia sahabatnya itu.
"Kau tak payah nak korek-korek rahsia aku, aku memang nak beritahu kau sebab apa aku happy sangat-sangat hari ni." Jawab Najihah selamba. Seolah dapat membaca akal fikiran sahabatnya itu.
Tasha menghampiri Najihah dan menghentikan santapannya, "Oh yeke? Beritahulah. Tak sabar aku nak dengar ni." Tasha mula mendesak sahabatnya.
"Pagi tadi masa aku balik dari pergi pasar, aku singgah dekat klinik yang dekat depan sana tu. Aku sajalah nak buat ujian, sebab bulan ni aku tak datang haid lagi. Kau tahu tak apa keputusan dia?" Najihah ingin Tasha memberi tekaan, hatinya begitu berbunga saat ini.
"Kau jangan cakap yang kau dah..." Tasha seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dikatakan Najihah. Dia turut bergembira, meskipun Najihah belum menjelaskan namun dia yakin apa yang sahabatnya akan beritahu sebentar lagi.
"Yes Tasha! I'm Pregnant! I will be a mother. And Nubhan will become a father." Najihah menjerit kegirangan.
Tasha sempat tergamam dan memeluk Najihah. Dia tidak sangka dalam usia Najihah yang baru mencecah dua puluh tiga tahun, gadis muda itu bakal bergelar ibu. "Are you serius?" Tasha percaya namun dia mahu Najihah meyakinkan dirinya.
"Ya Allah takkan aku nak bohong kau! Betullah." Najihah masih lagi tersenyum gembira. Makanan diatas meja tidak lagi menjadi keutamaan mereka.
"Alhamdulillah, jadi Nubhan dan family dia dah tahu? Mama kau dengan Kak Nuur dah tahu?" soal Tasha. Dia berharap cahaya mata itu bakal menyerikan lagi keluarga mereka.
"Tak. Kau orang pertama yang aku beritahu. Aku tak beritahu sesiapa pun lagi mengenai hal ni." Jelas Najihah secara jujur.
"Kenapa kau tak beritahu?" Soal Tasha pelik.
"Aku nak buat suprise sikit. Mula-mula aku nak beritahu abang Han, lepas tu aku dengan Nubhan sama-sama beritahu parents kami. Okey tak?" Najihah meminta pendapat sahabat baiknya itu.
"Hurmm, okey juga tu. Aku sokong kau. Tapi yang penting, kau tu jaga kesihatan." Tasha tidak mahu Najihah terlalu aktif sehingga memudaratkan kandungan. Dia tahu itu sesuatu yang akan mengundang kesedihan sahabatnya.
" Okey sahabat baikku. Hurm, Tasha kau boleh bagi cadangan sikit tak untuk design bilik tidur aku? Aku ingat nak tukar sikit msa buat suprise dekat abang Han tu." Najihah ligat memikirkan persiapan untuk memberitahu suaminya soal kandungan dia yang baru berusia dua minggu.
"Ops, sorry. Soal design aku tak tahu. Apa kata kau telefon kak Nuur dan tanya pada dia. Dia kan pakar designer dekat Jordan sana. Mesti pendapat dia jauh lebih baik." Cadang Tasha.
"Kau cakap senanglah. Aku mana baik dengan dia. Sejak aku kahwin dengan abang Han, dia buat keras tak nak tegur aku. Jangan cakap telefon, sms pun dah tak ada lagi. Satu hari tu ada juga aku hubungi dia melalu facebook, hurm haram nak balas. Dia buat tak tahu saja." Najihah mula muram mengenangkan sikap kakaknya Nuur yang begitu dingin dengan dia sejak dia dijabkabulkan dengan Nubhan.
"Sebab apa dia jadi macam tu? Kau ada buat salah kot." Tasha tak pernah menyangka hubungan Nuur dan Najihah begitu rumit. Sebelum ini Najihah dan Nuur tidak boleh dipisahkan, mereka saling melengkapi.
"Kau tahukan Nubhan bukan jodoh pilihan aku, tapi pilihan mama. Kak Nuur tak setuju, katanya dia takut aku akan dikecewakan seperti mana aku dikecewakan oleh abang Zahiril dulu. Tapi mama degil nak kahwinkan aku dan aku pun pakai ikut je cakap mama. Kak Nuur kecil hati dan merajuk ke Jordan. Sebab tu dia tak balik-balik Malaysia sampai sekarang." Jelas Najihah. Menitis airmata dipipi gebunya. Sesungguhnya dia begitu merindui Nuur. 'Kak, kenapa akak buat Jaja macam ni kak? Akak tak sayang pada Jaja ke?'
"Sabarlah, Jaja. Aku betul-betul minta maaf. Aku tak tahu pun yang kau dengan Nuur ada masalah. Sabar okey. Kita berdoa semoga Nuur akan terima hakikat ya. Kalau macam tu aku cadangkan kau semak imbas blogger dia. Sebab tak silap aku, dia ada lampirkan rekaan design bilik tidur kat dalam blog tu. Cuba kau tengok nanti." Pujuk Tasha.
"Aku harap dia akan terima aku Tasha. Tak apalah, nanti bila ada kelapangan aku tengok. Apa pun terima kasih sebab kau cadangkan aku dapatkan pendapat dari dia." Najihah kembali senyum, dia tidak mahu Tasha menjadi serba salah bila melihat perubahan dirinya.

MERLIEANA menunggu Datin Mariam diruang lobi syarikat mamanya. Dia yang hanya memakai dress pendek berwarna ungu menjadi tarikan sesiapa yang memandang. Termasuk beberapa pekerja lelaki yang lalu lalang disitu.
Sedang duduk menunggu, dia disapa lembut oleh Shilah kerani yang bertugas di pintu utama syarikat itu. "Cik Muda."
"Ye," Jawab Merlieana sepatah. Dia memberi senyuman manis pada gadis yang berumur lingkungan tiga puluhan itu.
"Cik Muda tunggu Datin ke?"
"Ye, Datin sibuk ke?"
"Tidak. Dia pun memang dah nak turun dah. Cik Muda nak keluar makan tengah hari dengan Datin ye?" Soal Shilah, cuba beramah mesra dengan anak majikannya itu. 
"Ye, memang Mer nak ajak mama makan tengah hari. Awak nak ikut sekali ke? Jomlah." Merlieana dengan ramahnya memperlawa wanita itu. Itulah sikap gadis itu. Kerana sikap ramahnya ramai pekerja Datin Mariam yang ingin mengenalinya lebih-lebih lagi jika lelaki.
"Eh tak apalah Cik Muda. Mengganggu je." Shilah menjadi segan pula dengan Merlieana. Dari tadi tak putus dia merenung gadis itu. Kejelitaan gadis itu memang tidak dapat dinafikan.
"Alah, janganlah macam tu. Marilah. meriah sikit kalau makan ramai-ramai." Merlieana masih cuba memujuk kalau-kalau pekerja mamanya akan ikut menemani makan tengah hari mereka.
"Tak apalah Cik Muda. Lagipun Cik Mudakan pengarah syarikat, banyak lagi masa. Nanti bila ada masa kelapangan bolehlah kita makan tengah hari bersama." 
"Pengarah syarikat???" Merlieana terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh wanita itu.
"Ye, pengarah syarikat." jelas Shilah sekali lagi.
Merlieana hanya tersenyum sebelum berlalu meninggalkan Shilah dikaunter pertanyaan. 'Sejak bila aku jadi pengarah syarikat ni???'

No comments: