Wednesday, 30 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 26


MERLIEANA keluar untuk menikmati makan tengah hari. Penat seharian meneliti kertas-kertas kerja masih menguasai tubuhnya. Dia mengurut-urut sedikit tengkuknya yang terasa sengal. Entah bagaimana akibat kelalaiannya dia terlanggar seseorang.
"Ya Allah, awak ni jalan pakai mata ke pakai eye?" Sindir Farish. Terlepas sudah kelibat Nuur. Puas dia mengejar gadis itu, namun akibat berlanggar dengan wanita didepannya ini terus hilang insan yang dicari.
"I'm sorry. I'm so sorry." Pohon Merlieana, dia membetulkan bajunya yang agak tidak kemas akibat pelanggaran tadi. Lalu memandang kearah lelaki yang asyik memarahinya.
"Kau????" Farish tidak menyangka akan bertemu dengan insan yang amat dibenci ini.
"U????" Merlieana terpana melihat insan yang berada didepannya kini.
"Sibuklah kau, aku cakap 'kau', kau sibuk nak cakap 'u'. Ingat lawa sangat ke muncung kau tu." Sindir Farish. hatinya mula panas apabila mengingatkan peristiwa dibangku sekolah bersama gadis itu.
"Suka hati i lah! Anyway, what you do here?" Merlieana sengaja ingin menyakitkan hati lelaki itu. Dia tahu Farish teramat membenci dirinya.
"Jap aku nak pastikan aku dekat Cameron Highland Malaysia ke, dekat Chicago, United Kingdom?? Macam ye-ye loghat orang putih. Suka hati akulah nak buat apa dekat sini. Yang kau sibuk sangat dekat sini kenapa?" Meluat-luat dia melihat wajah gadis itu. Ye wajah gadis itu pernah menyelimuti segenap ruang dihatinya.
"Marah sungguh kau dengan aku. Dah tua-tua macam ni pun nak marah-marah lagi ke? Apalah sebenarnya yang kau tak puas hati dengan aku nikan?" Soal Merlieana dengan senyuman sinis.
"Kau ni buta ke rabun, aku belum tua lagi oleh, dua puluh lima baru. eh, budak kecik! Asal kau muncul balik dalam hidup aku? Buat semak otak aku je!" Marah Farish. Dia memeluk tubuh merenung tajam kearah gadis itu.
"Takdir, takdir yang menemukan kita. Mungkin dia nak kau jatuh cinta sekali lagi dengan aku kot." Usik Merlieana. Jauh sekali dihati dia mahu perkara itu berlaku. Kerana kini Nubhan sahaja raja dihatinya.
"Dalam mimpi pun takkan pernah aku jatuh cinta dengan perempuan gila macam kau ni lagi. Cantik, kau memang cantik. Perfect segala-galanya. Tapi aku dah ada tunang merangkap bakal isteri yang hanya aku sahaja yang akan melihat kecantikan dia. Bukan macam kau yang sudah terlalu ramai melihat kecantikan kau." Farish merasa umpama dia bakal membunuh diri sendiri andai membuang Nuur dan memilih Merlieana sebagai teman hidup. Mana mungkin dia membuang sebuah anugerah Illahi yang sudah cukup buat dirinya. Lagi pula dia sedar, mana mungkin dia mampu mencapai awan untuk bergandingan dengan gadis ini.
"Beatiful philosopher. But more beautiful if you love in i never existed. Right" Sindir Merlieana sambil melimpar senyuman sinis. Entah kenapa gemar pula dia mengusik lelaki itu. Padahal dia bukan gadis seperti itu.
"Kau jangan buat sampai aku rasa menyesal jatuh cinta dekat kau suatu ketika dahulu, Merlieana!" Farish mula menjadi tegang saat ini.
"Jadi kau tak pernah menyesal pun menyintai aku selama nikan?" soalan Merlieana memerangkap Farish.
"Soal menyesal atau tidak, itu kerja aku dengan Tuhan. Kau tak berhak nak pertikaikan soal hati dan perasaan aku. Yang aku nak kau tahu, sekarang ni sekelumit cinta pun dah tak wujud lagi terhadap kau. Apa yang ada dalam hati aku ni terhadap kau adalah benci dan benci! Faham??" Farish merasa tercabar melihat senyuman manis Merlieana.
"Aku tetap bersyukur Farish Iskandar, meskipun hanya perasaan benci yang kau ada untuk aku, sekurang-kurangnya aku masih ada dalam hati kau." Sesungguhnya dia berasa terkilan dengan kata-kata Farish. Mengapa lelaki itu sungguh membencinya, sedangkan dia tidak pernah menyangka hal itu boleh berlaku. Sebenarnya dia amat menyayangi lelaki itu. Lelaki itu telah dianggap sebagai teman baiknya suatu ketika dahulu. Tapi dia tidak menyangka Farish menyimpan perasaan terhadapnya, sehingga membuatkan dirinya terpaksa membuat sesuatu agar Farish membencinya.
"Kenapa kau nak bersyukur sebab kau bertahta dihati aku berlandaskan benci? Perlukah, dan tak malu ke kau sebab aku bencikan kau?" Farish hairan dengan sikap Merlieana yang seolah-olah menerima sikap dinginnya.
"Ye aku bersyukur Farish. Sekurang-kurangnya, masih ada sekelumit perasaan kau terhadap aku meskipun sekadar benci. Sesungguhnya aku tak pernah lupakan kau, dan posisi kau sebagai orang yang aku sayang tak pernah berubah walau sekelumit Farish. Ye aku malu, aku malu untuk berdepan dengan kau. Tapi apa gunanya malu, kalau malu itu akan membuatkan kau bertambah membenci aku?" Merlieana menahan airmatanya dari menitis. Dia tidak mahu menjatuhkan egonya untuk Farish sekiranya lelaki itu masih berdegil.
Farish melepas pandang kearah lain, "Aku tak tahu kenapa kau boleh cakap macam ni. Dan aku tak tahu apa yang ada difikiran kau. Tapi cuma satu aku harap, aku harap suatu hari nanti kau boleh merubah perasaan benci aku pada kau agar menjadi sayang atau terus kosong dan hilang!" Farish berlalu sambil mengesat airmata ditubir matanya.
'Aku boleh melakukan Farish, tapi layakkah lagi aku bersahabat dengan kau, sedangkan aku sudah melukai kau.' Menitis jua airmatanya kala ini.

Memori lama mengimbas kembali...

FARISH membeli sejambak bunga untuk Merlieana. Dia mahu memujuk gadis itu agar tidak marah lagi pada dirinya kerana meluahkan perasaan cinta pada gadis itu.
Namun langkahnya terhenti saat dia mendengar perbualan Merlieana dengan seseorang.
"Gila dia nak sayang dekat aku lebih dari seorang kawan? Wei, aku ni budak lagilah. Dia tu dah tua, kejap lagi dah nak ambil SPM. Macam bodoh je nak suruh aku bercinta dengan dia."
Farish menghampiri Merlieana yang sedang asyik melayan panggilan ditelefon bimbit itu, dia mencampakkan bunga mawar didepan Merlieana.
"Memang aku bodoh sebab jatuh cinta pada orang macam kau. Kau memang cantik Merlieana tapi kau tak reti menilai kasih sayang seseorang!" Tempiak Farish lalu berlalu meninggalkan gadis itu yang masih terpinga-pinga.

No comments: