Saturday, 12 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 12


SUDAH seminggu Nubhan bekerja semula dipejabatnya, setelah hampir sebulan bercuti dengan kekasih hati merangkap isterinya. Bunga-bunga yang tersemai diantara mereka begitu membahagiakan. Bagi Nubhan, Najihah begitu sempurna. Najihah seorang insan yang tidak pernah memprotes kekurangan atau kesilapan dirinya. Dan Najihah juga tidak pernah lepas dari sering mengingatinya agar tidak lupa pada cinta utama iaitu cinta Illahi.
Sedang asyik mengingati insan tercinta, tiba-tiba ketukan dipintu bilik mengejutkan dirinya.
"Masuk." Jawab Nubhan malas. Dia merenung cincin perkahwinan yang tersemat indah dijari manisnya. Ada senyuman manis nan indah dibibirnya. Terasa mahu melayangkan diri disisi Najihah saat ini.
Kamarudin duduk dikerusi yang berhadapan dengan meja kerja Nubhan. Dia memandang pelik kearah Nubhan. Bulan lalu dia diberi kejutan dengan kepergian Nubhan untuk ber'bulan madu'. Sekarang Nubhan membuat kejutan dengan merenung cincin perkahwinan bagai nak rak? Apa kena dengan kawan aku ni? Dah gila ke biul?
"Han kau ni kenapa? Aku dekat sini duduk tercanguk depan kau. Kau selamba je belek cincin kahwin kau tu. Kau gila ke apa?" Soal Kamarudin geram. Dia mencampakkan dokumen yang ingin diberi pada Nubhan tadi keatas meja.
"Kenapa apa? Aku duduk belek cincin pun salah. Sampai hati kau pula cakap aku gilakan?" Nubhan berpura-pura tidak memahami maksud soalan kawan baiknya itu. Suka hati kau je cakap aku gilakan?? Aku debik kau kejap lagi, apa pun tak boleh.
"'Bulan Madu' selepas dua tahun berkahwin, dah cukup buat orang pening kepala jika dia tak tahu situasi rumah tangga kau. Tapi aku tahu jadi taklah pening sangat. Tapi yang kau dah macam orang gila bayang belek cincin kahwin tu apasal?" Jelas Kamrudin.
"Memang aku sedang gila bayang. Gila bayang dengan cinta Najihah." Jawab Nubhan selamba. Jauh disudut hati dia mahu sahabat baiknya itu mengerti.
"Kalau hati kau sudah benar-benar mencintai Najihah, aku memanjat kesyukuran terhadap Illahi. Kau fahamkan maksud aku Nubhan." Kamarudin ingin Nubhan sedar bahawa masih ada bayangan Merlieana didalam hidupnya.
"Apa maksud kau ni Mar? Takkan kau tak percaya dekat aku? Ni, aku tengah sms dengan isteri aku lagi. Sedangkan kami baru berpisah dua tiga jam. Tapi hati dah rindu dude." Nubhan bengang dengan sikap syakwasangka Kamarudin. Dia mencampakkan gajet Samsung Note II pada Kamarudin. Pantas Kamarudin menyambutnya. Almaklumlah penjaga gol bola sepak terbaik ketika disekolah dulu.
"Nubhan bukan aku tidak mempercayai kau. Atau meragui kau. Kau adalah satu-satunya sahabat aku yang paling aku sayang. Aku taknak sebuah kesilapan perasaan akan mengundang duka dipengakhir kisah kau. Tapi aku mahukan kau menikmati kebahagian. Jika betul hati kau ada pada Najihah mengapak bingkai-bingkai gambar yang menghiasi wajah Merlieana masih ada lagi diatas meja kerja kau ni? Jika benar Najihah cermin hati kau, kenapa wajah Merlieana menjadi penghias latar telefon kau ni? Kau tak boleh bayangkan ke perasaan Najihah bila dia tahu benda ni semua? Kau masih lagi dibayangi Merlieana Nubhan. Tidak sepenuhnya cinta kau terhadap Najihah. Nubhan sesungguhnya cinta pertama itu sukar dihapus dek hati." Jelas Kamarudin panjang lebar. Dia amat berharap Nubhan mengerti maksud bicaranya. buka dia sengaja menyuarakan pandangannya, sebaliknya dia mahu Nubhan menyedari kesilapan diri.
"Mar, aku faham maksud kau. Dan aku nak ucapkan terima kasih pada kau sebab selalu beri nasihat pada aku. Aku akui Mar aku belum dapat melupai Merlieana. Tapi aku sedang belajar mencintai Najihah sepenuh hati aku Mar. Dulu aku buta akan ketulusan cinta Najihah dek kerana tulus mencintai Merlieana. Aku ingin menghargai insan yang menghargai aku Mar. InsyaAllah, cinta aku akan setulusnya buat Najihah." Nubhan mahu menyakinkan Kamarudin mengenai perasaannya kini. Dia mencapai bingkai-bingkai gambar Merlieana lalu dimasukkan kedalam laci meja.
"Alhamdulillah. Aku bukan berniat mencampuri urusan peribadi kau Nubhan. Tapi kau dah macam adik aku sendiri. Aku taknak diri kau susah dikemudian hari." tambah Kamarudin lagi.
"Terima kasih Mar. Sebelum aku terlupa, kenapa kau masuk bilik aku tadi?" Soal Nubhan yang mula memikirkan tujuan Kamarudin masuk kebilik pejabatnya.
"Aku datang ni nak serahkan dokumen berkenaan projek pelaburan baru kita. Tahun ni kita bakal mengutip keuntungan paling besar dari sebelum tahun-tahun lalu, sekiranya projek kita ni berjaya. Projek kita kali ini, gandingan produk kita bersama dengan produk kecantikan dari salah sebuah Syarikat kecantikan yang begitu terkenal di Malaysia dan juga luar Malaysia. Jadi Boss nak kau menguruskan hal kerjasama dengan pengurus syarikat kecantikan tu." Jelas Kamarudin panjang lebar. Dia meneliti dokumen yang ingin diserahkan pada Nubhan terlebih dahulu. Takut-takut kalau ada yang tersilap. Itulah Kamarudin jejaka yang begitu menitikberatkan aspek pekerjaannya.
"Okey, tapi apa kena mengena produk syarikat kita dengan produk syarikat kecantikan tu?" Nubhan menjadi bingung dengan penjelasan yang diberikan oleh Kamarudin.
"Tulah bulan madu tak ingat dunia," sempat Kamarudin memerli Nubhan sebelum menyambung. "Syarikat kecantikan tu sedang mengeluarkan produk baharu mereka. Produk baharu mereka tu berlandaskan kecantikan dan kesihatan. Jadi, mereka ingin menggabungkan produk kesihatan kita dengan produk kecantikan mereka untuk dijadikan produk baharu. Sebab tulah boss suruh kau jadi pengurus dalam projek kita kali ini. Sebab ini adalah pelabuaran terbesar kita sepanjang syarikat ini dibina. Boss tak nak peluang ini terlepas. Ada faham?" Jelas Kamarudin panjang lebar.
"Oh. Baru aku faham. Tapi kenapa bapak kau suruh aku yang uruskan projek ni?" Soal Nubhan lagi. Kata Kamarudin itu adalah projek penting, tapi kenapa dia diberi kepercayaan untuk menggalas projek itu? Kenapa tidak Kamarudin sendiri sebagai anak pemilik syarikat selaku pengarah besar tidak membuat pengurusan itu?
"Kau pun tahukan Han, aku dan papa aku mempercayai kau dan kagum dengan kebolehan yang kau miliki. Kau yang banyak membantu kami membangunkan syarikat ini sehingga ketahap kita sekarang. Jadi aku dan papa sudah membuat keputusan untuk memberikan kepercayaan sepenuhnya pada untuk menguruskan projek ini. Harap kau fahamkan maksud aku ni." Kamarudin benar-benar yakin bahawa hanya Nubhan yang layak melaksanakan tugasan ini berbanding pekerja-pekerja lain. Kerana sejak syarikat itu ditubuhkan Nubhan, dia dan papanya yang banyak menguruskan hal ehwal syarikat. Dia percaya dengan kebolehan yang ada pada Nubhan.
"Terima kasih Mar, sebab beri aku kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini. Aku akan cuba yang terbaik untuk syarikat kita." Nubhan berjanji akan memberikan yang terbaik dalam projek besar itu.
"Itu yang aku nak dengar. Aku yakin kau noleh. Okeylah, kalau tak ada apa-apa aku keluar dulu. Sebab ada meeting kejap lagi." Kamarudin memberi senyuman pada sahabatnya dan berlalu keluar dari kamar.
Nubhan mula menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya serta dokumen projek baru yang perlu diuruskan. Hilang sebentar wajah Najihah didalam kesibukkan bekerja.

No comments: