MAKAN malam yang agak membosankan. Nubhan lebih banyak berdiam, dari bercakap. Kebiasaannya dia suka memberi komen kepada masakan Najihah.
"Abang, sedap tak masakan Jihah?" Najihah memulakan perbualan. Dia tidak mahu makan malam ini kelihatan seperti terlalu formal."Isteri abang yang masak, mestilah sedap." Jawab Nubhan ikhlas. Dia tidak tahu kenapa dirinya diganggu bayang Merlieana. Setiap tingkah manja gadis itu menhantuinya. Sehingga apa yang dia buat serba tidak kena.
"Abang, Jihah tanya sikit boleh?" Najihah nekad untuk menyoal perubahan suaminya. Hatinya tidak tenang. Apatah lagi dia belum memberitahu Nubhan mengenai kandungannya.
"Apa dia sayang." Soal Nubhan, sambil menyuapkan nasi kemulutnya.
"Abang ada masalah ke?"
"Masalah? Tak adalah." Wajah Nubhan berubah. Dia menjadi gelisah saat ini. Nubhan takut Najihah dapat menghidu kecurangannya terhadap wanita itu.
"Tapi Jihah tengok abang sejak dua menjak ni, banyak diam dari bercakap. Selalunya abang gemar ajak Jihah berborak. Kalau abang ada masalah cuba bincang dengan Jihah." Najihah cuba memujuk suaminya agar dapat memberi penjelasan yang mampu melegakan hatinya.
"Abang cuma letih sikit sayang. Sebab baru-baru ni, syarikat tempat abang kerja tu sedang bekerjasama sebuah syarikat kecantikan. Kami membuat satu pelaburan yang besar. Abang dilantik sebagai pengurus dan pengarah dalam projek tu. Jadi kerja abang banyak dan amat berisiko. Tu yang abang agak penat kebelakangan ni." Terang Nubhan. Dia berharap sekali isterinya memahami dan tidak menabur syakwasangka padanya.
"Oh. Baru Jihah faham. Abang, kerja-kerja juga. kesihatan tu kena juga jaga. Ni tidak, abang tu kadang-kadang tak sarapan pun, terus p[ergi kerja. Jihah risau tau tak." Najihah meluahkan rasa khuatirnya pada Nubhan.
"Okey sayang. Abang akan jaga pemakanan abang selepas ni okey." Pujuk Nubhan.
"Macam tulah suami Jihah. Abang Jihah ada benda nak beritahu abang ni." Emosi Najihah sudah berubah. Dia kelihatan gembira kali ini.
"Apa dia? Macam important sangat ni." Soal Nubhan dengan senyuman, geli hati benar melihat emosi Najihah yang mudah berubah sejak-sejak ni.
"Jihah..." Kata-kata Najihah terhenti apabila telefon Nubhan berdering tiba-tiba.
"Sekejap ye Jihah." Nubhan berlalu keluar dari rumah, dan baru menjawab telefon. Setelah agak lama berborak didalam telefon barulah dia masuk kerumah. Itu pun seperti kelam kabut.
"Jihah, abang minta maaf sangat-sangat. Abang kena keluar sekarang. Ada hal penting yang abang kena buat." Nubhan menkucup dahi Najihah dan berlalu keluar dari rumah.
FARISH mencari kelibat tunangnya di kedai baju lelaki itu. Perasaannya begitu yakin kelibat gadis bertudung litup itu adalah tunangnya. Tapi apa tujuan gadis itu ke kedai baju lelaki itu. Takkan beli baju untuk dia. Sedangkan sikap Nuur yang begitu dingin menidakkan.
Puas ditawap satu kedai itu, tapi kelibat Nuur tetap tidak kelihatan. Farish berputus asa dan berlalu keluar dari kedai itu. Sewaktu keluar dari kedai itu secara tidak sengaja dia melanggar seseorang.
"Aduh." Gadis yang dilanggar Farish itu mengaduh sakit dikepala akibat tergantuk dengan kepalanya.
"Maaf cik." Farsih kesal dengan kecuaiannya.
"Awak ni...." Kata-kata Nuur terhenti sebaik melihat wajah lelaki didepannya. "Awak?????"
"Nuur?" Akhirnya jumpa juga sayang aku ni. Lega hati Farish saat melihat wajah tunangnya berubah merah dan seperti mahu memarahinya.
"Awak? Awak ni buta ke? Dah salah bukan nak minta maaf! Boleh senyum-senyum lagi??? Awak tahu tak kepala saya rasa nak pecah dah ni?" Marah Nuur.
"Nasib tak pecahkan?" Jawab Farish selamba. Dia memandang sedikit kearah dari tunangnya itu. Ada sedikit kesan lebam didahi si comel itu.
"Awak ni, kalau sehari tak menyakitkan hati saya, memang tak bolehkan?" Nuur mengeluh lemah.
"Kejap awak datang sini buat apa? Beli apa?" Soal Farish tegas.
"Ya Allah nama pun shopping complex takkan saya mesyuarat dekat sini. Saya beli baranglah."
"Beli barang apa dekat butik baju lelaki ni? Beli baju untuk saya ke?" Farish berjaya memerangkap tunangnya kali ini.
Wajah Nuur berubah serta-merta. Dia membetulkan sedikit tudungnya. "Hurm, saya beli barang untuk bapa sedara saya." Jawab Nuur perlahan.
"Bapa saudara? Setahu saya awak tak ada bapa saudarakan?" Soal Farish lagi, masih lagi menguntum senyuman.
"Mana awak tahu yang saya tak ada bapa saudara?" Soal Nuur pula sambil tersenyum sinis.
"Najihah tak pernah beritahu saya....." Kata-kata Farsih terhenti apabila dia teringat yang dia baru menyebut nama gadis itu. Wajah Nuur dilihat berubah serta-merta. Ada airmata dimata gadis itu. Seolah-olah menahannya dari menitis dipipi.
"Najihah yang beritahu awakkan? Yes. Najihah, Farish. Your girlfriend. Macam mana saya boleh lupa yang Farish Iskandar tunang saya adalah kekasih kepada Najihah, adik sayakan??" Menitis jua airmata dipipinya. Dia berlalu meninggalkan Farish yang sedang menanggung perasaan serba salah.
MERLIEANA menyisip rambut kebelakang, dia sungguh asyik merenung wajah Nubhan yang sedang menutup mata. Baring dengan lena disebelahnya. Akhirnya Nubhan kini menjadi milikku. Aku akan pastikan Nubhan milikku hingga hujung nyawa.
Merlieana berlalu turun dari katil dan berlalu kekamar mandi dengan membungkus tubuh menggunakan selimut.
No comments:
Post a Comment