KAMARUDIN memarkirkan keretanya dihalaman rumah. Kereta Nubhan yang terparkir dibahagian luar, menimbulkan tanda tanya pada dirinya. Dengan pantas dia berlari masuk kedalam rumah. Melihat Nubhan yang terlena di sofa ruang tamunya, benar-benar mendatangkan kelegaan.
Dia menghampiri Nubhan, dan mengejutkan lelaki itu. Terpisat-pisat mata Nubhan dan duduk dari pembaringan.
"Kau pergi mana?! Bini kau macam orang gila dekat rumah, nasib baik tak gila je. Kau entah ke mana-mana pergi! Kau pergi mana? Cuba cakap dengan aku!" Tengking Kamarudin.
"Aku tak pergi mana pun." Jawab Nubhan selamba. Dia merenung kearah telivisyen.
"Kalau kau tak pergi mana-mana, asal kau tak balik semalam? Kau jangan cakap dengan aku ni macam kau bercakap dengan budak empat tahun boleh tak! Air liur aku ni naik kering nak banyak tanya. Cuba kau cakap tu strait je!" Marah Kamarudin.
"Okey, aku akan beritahu kau. Tapi kau kena janji jangan beritahu siapa-siapa. Dan jangan marah." Ugut Nubhan. Sebenarnya dia memang tidak mahu memberitahu Kamarudin dimana dia berada semalam, tapi dia percaya akan Kamarudin dan dia yakin rahsianya takkan dapat disimpan lama kalau dengan Kamarudin.
"Eh, dah macam menteri pula nak kena janji-janji. Janji menteri harus ditepati. Janji aku, aku tak janji akan menepati." Seloroh Kamarudin selamba dan membuatkan Nubhan ketawa.
"Janjilah cepat!"Tingkah Nubhan.
"Macam pasangan kekasih pula nak janji-janji. Yelah-yelah aku janji." Rungut Kamarudin.
"Semalam aku pengsan masa dekat company Merlieana. Lepas tu aku tak ingat apa dah. Tiba-tiba aku sedar pagi tadi, aku dekat rumah dia." Terang Nubhan perlahan. Dia menundukkan kepalanya.
"Apa?!!!!!!!!!!!" Tengking Kamarudin. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarnya saat ini.
"AWAK ni boleh tak jangan garang sangat. Saya rasa dah tak macam tunang dengan orang, dah macam tunang dengan naga, awak tahu?" Bentak Farsih, sakit benar hatinya apabila dilayan dnegan begitu dingin oleh Nuur.
"Suka hati je kan cakap orang naga! Asal tak cakap harimau je terus? Senang sikit saya baham terus awak!" Tempiak Nuur. Dia berjalan kearah tempat parkir keretanya. Malas dia hendak menerima pelawaan Farish yang mengajaknya keluar makan.
"Alah, awak temanlah saya makan. Saya tak makan tengah hari lagi ni." Farish mula merayu dengan tunangnya. Siap memasang muka sedih lagi.
"Awak ni kan Farish! Saya ada metting dengan client tau! Takkan saya nak cancel metting saya tu??" Tengking Nuur. Memang benar sebentar lagi dia ada mesyuarat penting dengan pelanggannya.Tapi hati dia mula dipagut simpati melihat wajah Farish yang benar-benar ingin dia menemani.
"Bolehlah awak. Awak tak kesian dekat saya ke?" Farish masih tidak berputus asa.
"Yelah-yelah! Nak makan kat mana??" Nuur beralah jua akhirnya. Takut kerana kedegilannya, Farish akan kelaparan.
"Betul ni? Awak lunch dengan saya ni?" Farish seakan tidak percaya dengan keputusan Nuur.
"Yelah, kalau awak nak saya ubah fikiran pun boleh juga." Nuur mula melangkah semula ke keretanya. Namun Farish sempat memaut tangannya.
"Okey-okey. Jom."
Nuur merentap genggaman lelaki itu, wajahnya berubah merah menahan marah. 'Nasib baik beralas kain kalau tak, dah batal air sembahyang aku!' Tempiaknya didalam hati.
"Awak ni kalau tak pegang tak boleh ke? Awak tu baru tunang saya tau! Belum jadi suami lagi." Marah Nuur, wajahnya yang putih kelihatan merah.
"Okey. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya khilaf." Dengan cepat Farish memohon maaf. Dia terlupa yang tunangnya tidak suka bersentuhan dengan yang bukan muhrimnya.
Nuur hanya diam dan mengekori Farish.
NUBHAN masuk kedalam rumah secara senyap kerana tidak mahu didengari oleh Najihah akan kehadirannya. Sangkanya Najihah berada didapur, dia berlalu keatas. Namun langkahnya sekadar terhenti didepan pintu bilik, apabila mendengar doa Najihah.
"Ya Allah, kau lindungilah suamiku walau dimana dia berada. Ya Allah lindungilah dia dari segala malapetaka. Ya Allah teguhkanlah imannya. Ya Allah kuatkanlah semangatnya. Ya Allah sesungguhnya dia adalah anugerah yang tidak terhingga yang telah engkau hadiahkan buat diriku. Amin amin ya Rabil Alamin." Najihah mengaminkan doanya dengan lenangan airmata.
Nubhan terduduk disitu. 'Ya Allah apa yang telah aku lakukan padanya? Betapa hinanya aku ya Allah, aku tidak layak berada disampingnya ya Allah.' Nubhan masuk kedalam bilik dnegan perlahan, dia menghampiri Najihah yang masih lagi duduk dan mengaji.
"Asalamualaikum." Sapa Nubhan perlahan.
Najihah tersentak dan seperti tidak percaya dengan apa yang sedang didengar. Dia menoleh kebelakang dengan perlahan. Hatinya tidak menipu malah hatinya juga tidak menipu, benar saat ini Nubhan yang berada didepannya.
"Walaikumusalam. Abang!" Najihah pantas bangun dan memeluk tubuh sasa Nubhan.
Dengan perlahan Nubhan membalas pelukan itu. Dia berasa malu dengan dirinya sendiri. Pantaskah gadis itu didalam dakapannya? Sedangkan hatinya sudah menyambut cinta Merlieana?
"Abang, abang pergi mana? Kenapa abang tak balik semalam?" Soal Najihah cemas. Dia merenggangkan pelukannya.
"Abang tidur holet semalam, sebab abang pergi jumpa client dekat Melaka. Masa nak balik tu dah malam jadi abang buat keputusan tidur dekat hotel." Pantas Nubhan mereka alasan.
"Abang tak apa-apa ke? Kenapa badan abang panas? Abang demam ke?" Najihah mula dihimpit kerisauan.
"Tak sayang, abang tak demam. Abang okey. Abang mandi dulu ye." Nubhan berlalu ke kamar mandi.
Najihah memanjat kesyukuran diatas kepulangan suaminya, walaupun hatinya masih tertanya dengan sikap Nubhan.
No comments:
Post a Comment