Wednesday, 30 January 2013

Aku Pengganti Itu Episod 25



"ABANG takkan tak tahu bila abang Han balik? Abangkan boss dia." Najihah menjadi semakin hampa bila Kamarudin tidak dapat memberitahu tarikh kepulangan Nubhan.
"Abang minta maaf Jihah. Memang abang boss dia, tapi sekarang ni dia yang handle jadual kerja dia, sebab dia ketua pengurus projek terbaru kami. Dia boleh pergi dan balik sesuka hati sepanjang melaksanakan tugas ni, jadi abang tak tahu bila dia akan balik. Maafkan abang Jihah." Kamarudin menjadi serba salah. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu Najihah mengenai kepergian Nubhan dengan Merlieana. 
"Dah dekat dua minggu abang Han pergi bang. Satu panggilan atau sms pun dia tak bagi pada Jihah. Setiap call yang Jihah buat satu pun dia tak jawab. Setiap sms yang Jihah bagi satu pun dia tak balas. Takkan sibuk sampai tak boleh nak beritahu khabar berita??" Soal Najihah, dia menghempaskan tubuh di sofa pejabat Kamarudin itu.
Kamarudin duduk disebelah gadis itu. "Jihah, sabar ye. Abang akan cuba hantar orang untuk arahkan Nubhan balik dengan segera. mungkin terlalu banyak kerja dekat sana sampai dia tak ada masa nak call Jihah. Harap Jihah janganlah fikir bukan-bukan pasal dia okey. Tak baik." Kamarudin tidak mahu Najihah mencipta sebuah dosa dengan menyangka yang bukan-bukan pada Nubhan.
"Jihah tak pernah fikir yang bukan-bukan pasal Abang Han. Cuma sekarang ni Jihah risaukan keselamatan dan kesihatan dia dekat sana. Jihah betul-betul risau bang." Jelas Najihah, meskipun dia pernah menaruh syakwasangka pada Nubhan suatu ketika dahulu, tapi kini tidak. Dia hanya memikirkan keselamatan suaminya saat ini. Tidak lebih dari tu.
'Sungguh murni dan tulus hatimu Najihah. Seandainya Nubhan memilih untuk melukai hatimu, dia adalah insan yang paling bodoh.' Luah Kamarudin didalam hati.
"Jihah dikir soal kesihatan Nubhan, yang Jihah ni sihat ke tidak? Abang tengok pucat je muka ni." Soal Kamarudin. Sejak dari tadi, kehadiran wanita itu diperhatikan dari atas kebawah. Kelainan Najihah kali ini adalah paras wajah yang pucat.
"Jihah sihat bang, cuma mungkin perut Jihah kosong kot. Sebab tulah nampak pucat sikit." Njaihah hampir terlupa yang dia tidak menjamah sebarang makanan sebelum bertandang kepejabat Kamarudin tadi. Segala-galanya kerana kerisauan yang teramat berkenaan Nubhan.
"Astarafigrullahal-azim, Jihah. Kenapa sampai macam ni? Abang tak peduli apa nak jadi. Sekarang ni Jihah ikut abang pergi makan. Boleh tak risaukan orang lain jangan sampai memudarat diri?? Jihah boleh bayangkan tak masa dalam perjalanan tadi Jihah pengsan ke apa?" Marah Kamarudin. Geram sungguh dia dengan sikap Najihah yang selalu lalai dengan kesihatan sendiri.
"Alah bang, nanti balik Jihah makan ye." Pujuk Najihah. Sesungguhnya selera dia hilang saat ini, hanya wajah Nubhan yang menghuni dihati dan fikirannya.
"Nur Najihah isteri kepada Nubhan, awak boleh tak jangan melawan cakap saya? Nubhan dahlah tak ada dekat sini. kalau awak sakit sekarang siapa yang susah? Saya juga tau." Marah Kamarudin. Sengaja dia menggunakan 'awak saya' dengan Najihah, supaya gadis itu tahu yang dia benar-benar serius dengan arahannya.
"Abang ni garang sangatlah. Sebab tulah tak kahwin sampai sekarang!" Ejek Najihah manja. Dia bangun dan mengekori langkah Kamarudin.
'Abang takkan kahwin selagi Nuur Ameelina bertahta kukuh dihati Najihah.' Luah Kamarudin dihati.

IKAN BAKAR itu benar-benar menaikkan selera Najihah. Begitu selera dia menikmati makan tengah hari itu. Hampir dua kali dia tambah nasi untuk menikmati bersama ikan bakar sahaja. Najihah sendiri tidak tahu dengan perubahan seleranya yang asyik berubah-ubah. Tadi baru selera makannya mati, tapi bila dah menghadap ikan bakar itu tiba-tiba seleranya datang mendadak. Sedangkan sebelum ini dia tidak pernah menggemari ikan bakar.
"Tadi cakap tak ada selera, ni abang tengok siap tambah dua kali." Usik Kamarudin. Dia tersenyum gembira melihat Najihah makan dengan selera. Dia tidak mahu wanita itu jatuh sakit. Wajah Najihah yang beransur hilang pucatnya direnung dalam.
"Abang ni jahat tau. Jihah tengah makan ni janganlah kacau." Tingkah Najihah. Dia tidak mempedulikan usikan Kamarudin asalkan dia dapat menikmati ikan bakar itu.
Kamarudin tertawa kecil sebelum menyambung usikannya, "Agak-agakkan, berapa ekor lagi nak suru abang tu bakar?"
"Abang ni.." Marah Najihah dia menepuk kasar bahu Kamarudin, sehingga lelaki itu mengusap berulang kali ditempat yang dipukulnya.
"Jihah ni tadi cakap abang yang garang sampai tak kahwin, entah-entah Jihah lagi garang sebab tu Nubhan tak balik rumah." Usik Kamarudin lagi.
Jihah berhenti menyuapkan nasi kemulutnya, "Kalau betul Jihah ada kekurangan, Jihah akan perbaiki bang. Apa sahaja akan Jihah lakukan asalkan Abang Han dapat menerima Jihah." Ujar Najihah dengan penuh emosi.
'Nubhan tidakkah kau sedar hati suci isterimu ini? Hinakah dia wahai sahabatku?' Kamarudin menahan airmatanya dari menitis.

No comments: