Thursday, 13 December 2012

Aku Penganti Itu episod 2

DALAM sekelip mata, kini Najihah dan Nubhan sah bergelar suami dan isteri. Pernikahan yang tak pernah diimpikan mereka.

Sejak dari selepas majlis batal air sembahyang tadi, Nubhan tidak menegur isterinya mahu pun memandangnya. Terasa umpama die melakukan kesalahan besar dengan menikahi gadis itu. Saat ini hatinya masih untuk Merlieana dan mana mungkin Najihah dapat menggantikan tempat itu. Ya Allah cubaan  berbentuk apa ini ya Allah? Nubhab meraung didalam hati.
Najihah masuk ke dalam kamar pengantin setelah diarahkan oleh Puan Zaini. Hari pun dah lewat malam, nanti apa pula kata orang tuanya jika dia masih lagi berada diruang tamu itu.
Hati Najihah tersentuh saat melihat Nubhan yang sedang khusyuk solat sunat. Menitis air mata keharuan dipipi gadis itu. Kesungguhan Nubhan dalam menunaikan solat itu diperhatikan sehingga tamat solat. Tanpa sedar Nubhan menyedari yang dia direnung lama oleh Najihah.
Nubhan menghampiri Najihah yang masih merenung kearahnya.
"Jihah." Tegur Nubhan perlahan. Timbul rasa hairan apabila dia direnung sebegitu sekali.Tak pernah tengok orang ke apa perempuan ni? Apa aku kahwin dengan patung bernyawa ke? Sempat lagi dia mengutuk isteri sendiri.
Najihah tersedar dari lamunannya. Hatinya berdebar dasyat disaat melihat Nubhan didepannya. " Abang." sapa Najihah lembut.
Nubhan pantas menoleh membelakangi isterinya apabila mendengar panggilan Najihah buat dirinya, terlalu menghormati. Hampir tersentuh hati kecilnya.
"Saya harap awak tak teruskan panggilan tu sebab saya tak bersedia lagi." Nubhan ingin berterus terang dengan Najihah. Dia tidak mahu melukai hati gadis itu dengan cinta palsu. Kalau ditakdirkan Najihah untuknya biarlah cinta itu datang dengannya sendirinya tanpa sebarang paksaan.
"Kenapa Abang? Bukankah memang itu panggilan yang layak untuk abang. Abang kan suami Jihah." Najihah sudah mula menanamkan rasa sayang dan hormat terhadap Nubhan dan dia akan taat pada Nubhan.
"Maafkan saya Jihah. Memang saya suami awak. Tapi saya tak sedia untuk menerima awak dalam kehidupan saya. Terus terang saya katakan, saya tak pernah setuju dengan perkahwinan kita. Dan sebelum awak hadir dalam hidup saya, ada seseorang yang telah mengisi ruang hati saya. Sehingga kini dia masih lagi terhuni dihati saya. Saya tahu kata-kata saya mengguris hati awak.Tapi saya tak nak awak lagi teluka bila mengetahui hal ini bila mana saya dan awak dah bina hidup baru. Saya akan terima awak, tapi bukan sekarang. Berikan saya sedikit masa. Maafkan saya." Nubhan menarik nafas panjang. Terasa sedikit kelegaan bertamu dihati. Dia masih lagi membelakangi Najihah.
Tiba-tiba Nubhan terasa dirinya didakap seseorang dari belakang.
"Seluruh hidup Jihah adalah masa untuk abang. Jihah janji Jihah takkan bersuara dalam bertanyakan penerimaan abang terhadap Jihah. Sebaliknya Jihah akan setia menunggu abang meluahkan cinta terhadap Jihah. Cuma Jihah merayu pada abang, jangan buang Jihah setelah Jihah menerima abang didalam hidup Jihah. Jihah merayu." Najihah merayu dalam esakan. Pilu memang pilu disaat mendengar luahan hati Nubhan namun kuasa cinta mengajar dirinya untuk bersabar. Dia yakin pasti ada sinar dalam hidupnya dan Nubhan suatu saat ini.
Nubhan menarik lembut tangan Najihah dan memeluk gadis itu dari depan.
"Terima kasih Najihah." Ucap Nubhan dengan titisan airmata.


http://www.youtube.com/watch?v=sWVtCinCaxs


"ZAHIRRIILLLLLLLLLLLL!!!!!!!!"
MERLIEANA terduduk lemah disaat mendengar berita kemalangan yang menimpa bakal suaminya. Dalam sekelip mata dia kehilangan lelaki yang begitu bermakna dalam hidupnya.
Saat ini sepatutnya dia sudah pun sah bergelar isteri pada lelaki bernama Zahiril namun, kepergian Zahiril menghantar penderitaan disaat bahagia ingin singgah.
"Bawa bersabar nak." Datin Marina cuba menenangkan puteri tunggalnya.
"Mama" panggil Merlieana sebelum rebah menyembah bumi.
"Merlieana!!!!!" Jerit Datin Marina. Pantas dia menghampiri tubuh kecil Merlieana.
Merlieana dipapah oleh sepupunya Zack.

http://www.youtube.com/watch?v=Aias_WiKOGw

No comments: