Saturday, 15 December 2012

Aku Penganti Itu Episod 3



HATI Najihah terasa bagai dipagut duri sembilu apabila terlihat gambar mesra Nubhan dengan seseorang. Wajah gadis itu ditatap penuh dengan rasa kepiluan. Sungguh ayu dan sangat sempurna. Kecantikan mata gadis itu mampu memaut semua yang memandang. Adakah ini gadis yang bertahta dihati abang Han? Inikah gadis yang telah menyebabkan hati abang Han menjadi sangat beku untuk menerima daku. Sudah enam bulan pernikahan kami, abang Han tetap tidak berubah.
Gambar yang terjatuh dari dairi Nubhan itu dimasukkan semula kedalam buku tersebut.
Najihah terkejut saat pintu bilik tidurnya diketuk, terpacul wajah lesu Nubhan.Baru balik kerjalah tu.
"Jihah buat apa dengan dairi saya?"soal Nubhan pelik. Dia merampas kasar dairinya yang berada ditangan Najihah.
"Tadi ada gambar yang terjatuh dari dairi abang masa Jihah terlanggar, jadi Jihah ambil gambar tu dan masukkan balik dalam dairi abang balik. Jihah tak buat apa pun." Terang Najihah perlahan. Dia sudah lali dengan sikap dingin Nubhan. Lelaki itu bukan sahaja sering bersikap dingin namun dia juga sering meninggi suara dengan Najihah. Najihah tidak pasti sama ada itu protes yang Nubhan memang tidak mahu menerima dirinya atau sekadar mahu menguji.
"Dah berapa saya cakap! Jangan usik barang saya! Awak faham tak??"Nubhan sudah mula menengking Najihah. Sudah pasti akan ada pertelingkahan diantaranya dan Najihah sebentar lagi.
"Jihah bukan sengaja nak usik barang abang. Lagipun Jihah tak teringin nak tahu apa yang ada dalam dairi tu"  Najihah cuba mempertahankan dirinya dari dimarahi Nubhan.
"Jihah awak tak payah pura-pura boleh tak??Cakap jelah yang awak memang nak tahu sangat isi kandungan dairi ni kan?" Hilang terus penat bekerja bila melihat wajah isterinya. Ada sahaja bahan untuk dijadikan punca pertelingkahan.
"Abang Jihah penat nak bergaduh dengan abang. Jihah ni isteri abang tahu tak. Tapi kenapa abang layan Jihah macam orang luar?" Kesabarannya benar-benar tercabar saat ini. Melihat sikap suaminya yang tak pernah melayan dirinya sebagai seorang isteri dalam kata erti sebenar hatinya semakin diimpit rasa sakit.
"Jihah awak sendiri yang janji takkan ungkit soal nikan? Jadi jangan nak dipersoalkan semua ni pada saya sekarang. Jangan nak tambah lagi sakit hati saya pada awak!" Nubhan masih cuba mempertahankan diri biarpun sebenarnya sudah terang dirinya memang bersalah.
"Memang bang. Memang Jihah janjikan seumur hidup Jihah adalah masa untuk abang terima Jihah. Tapi berfikirlah secara rasional. Kita ni dah berdosa bang Berdosa sebab terlalu banyak pertelingkahan yang tak ada penyelesaiannya. Jihah tetap isteri abang. Dan tolonglah bang. Belajar lupakan masa lalu. Jihah mampu menerima abang didalam hidup baru Jihah. Tapi kenapa terlalu sukar untuk abang menerima Jihah? Hina sangat ke Jihah ni bang?" Soal Najihah dengan linangan air mata. Dia berlalu meninggalkan Nubhan yang tergamam bersendirian didalam kamar.











MERLIEANA memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai ke majlis syarikat mamanya Puan Marina. Gaun merah bertahta berlian berwarna hitam menarik hatinya. Tiba-tiba fikirannya teringat pada Nubhan. Memori ketika Nubhan memberikan gaun itu padanya berlegar diruang mata.

"Nubhan harap Liena sukakan hadiah ini." Nubhan menghulurkan kotak bungkusan hadiah itu pada Merliena, gadis itu kelihatan sangat jelita pada malam itu. Nubhan memanjat kesyukuran kerana Merlieana sudi menerima temu janji mereka pada malam itu.
"Terima kasih Han. Liena pasti akan menghargai pemberian Han. Ni ada apa Han nak jumpa Liena dekat sini?" soal Merlieana. Hatinya berdegup kencang saat ada dekat dengan lelaki itu. Dia takut andai pertemuannya ini diketahui oleh Zahiril. Tapi Zahiril pun terlalu banyak teman wanita yang dia nak jumpa, bila ditanya semuanya teman biasa. Kalau teman biasa takkan masa untuk aku pun tak ada? Sempat lagi dia marah didalam hati.
"Sebenarnya Nubhan nak cakap sesuatu pada Liena. Nubhan tahu Liena dengan Zahiril pasangan kekasih. Tapi tak salahkan kalau Nubhan nak luahkan perasaan Nubhan. Sekurang-kurang perasaan ini akan kurang tertekan." Jelas Nubhan. Dia cuba mengumpul semangat untul meluahkan perasaan.
"Maksud Nubhan?" Merliena cuba mengawa perasaannya. Dia cuba meneka apa yang ingin diluahkan oleh Nubhan, namun semakin dia yakin dengan firasatnya semakin perit hatinya untuk menerima.
"Liena, maafkan Nubhan sebab biarkan hati Nubhan mencintai Liena. Perasaan ini tak dapat dibendung lagi Liena. Maafkan Han." Nubhan melutut didepan Merlieana yang sedang duduk dikerusi yang disediakan ditaman mini itu.
Merlieana memegang lembut pipi lelaki itu. Menitis airmata keharuannya. "Han andai Han yang Liena temui sebelum Zahiril, cinta ini sudah pasti milikmu. Namun Zahiril terlebih dahulu bertahta dihati ini. Dan tak dapat lagi Liena menolaknya.Liena harap Han dapat hakiskan perasaan itu dari hati Han." Merlieana mencium lembut pipi Nubhan sebelum berlalu meninggalkan jejaka itu.

MERLIEANA tersedar dari mengingati memorinya terhadap Nubhan. Tersenyum sebentar mengingati lelaki itu. sudah hampir setahun lelaki itu menghilang. Merlieana berdoa semoga Nubhan bertemu dengan insan yang dapat membuat Nubhan melupakan dirinya. Jika mampu dia memang tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki itu, dia tidak mahu Nubhan mengetahui berita mengenai kepergian Zahiril keramatullah.
Merlieana menarik nafas panjang sebelum mencapai gaun pemberian Nubhan. Dia tekad untuk memakai gaun itu.





No comments: