Thursday, 13 December 2012

Aku Pengganti Itu Episod 1

NUBHAN memasukkan beg pakaian dan semua peralatan yang ingin dibawa pulang kekampung. Sejam lagi dia bakal berangkat kekampungnya dengan menaiki kereta vios toyota kesayangan warna putih itu.                           Sedang ralit mengemas kenderaannya, Nubhan terpandang pada Selendang Putih milik seorang gadis yang sedang ralit berteman dihatinya. Kenangan semalam terimbas kembali. "Maafkan Liena Nubhan. Ini bukan suatu keputusan yang boleh dibuat dengan sesuka hati. Liena dah pun menjadi tunangan Zahiril. Dan Liena tak mampu merubah cinta Liena terhadap Zahiril. Zahiril terlalu baik bagi Liena. Liena rasa Nubhan pun kenal siapa Zahirilkan? Dah terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan demi Liena." Merlieana amat berharap Nubhan akan memahami keputusannya. Mana mungkin dia membatalkan pernikahan yang hampir dekat untuk menerima cinta Nubhan, sedangkan hatinya memang milik Zahiril."Nubhan terlalu cinta kan liena, tolonglah fahami Liena. hanya Liena yang ada pada hati Nubhan. Please." Nubhan cuba lagi merayu pada Merliena. dia tahu perbuatannya kelihatan bodoh pada malam itu. Namun perasaan kecewanya disaat ini hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.                                              "Liena harap Nubhan dapat menghormati pendirian Liena. Asalamualaikum." Merlieana berlalu meninggalkan jejaka itu didalam kepekatan malam. Dia benar-benar tidak dapat menunaikan permintaan Nubhan.Nubhan terkejut mendengar deringan telefon bimbitnya, terus mati lamanunannya sebentar tadi. Nubhan mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan itu.     
 
"Nubhan ekau kek mano ni? Pukul bapo nak sampai sini ah! Naik kematu kaki omak ni tunggu ekau kek luar ni. Tadi ekau koba dah nak sampai! Ni batang hidung ekau pun omak tak nampak!" jeritan emak Nubhan begitu kuat sekali.                              Nubhan menepuk dahi sebelum menjawab pertanyaan emaknya. Ini semua kerana Nubhan banyak terleka dalam melakukan kerja menyebabkan dia begitu terlewat hari ini. "Omak, tak payahlah tunggu. Poghi yo duduk kek dalam tu. Kojap laghi den sampai den terus yo poghi kek omak yo." pujuk Nubhan. Aduh camnelah aku boleh leka sampai macam ni sekali. Ini semua sebab kau Liena. Nubhan sempat merungut didalam hati. Dia pantas menutup pintu rumah dan masuk kedalam keretanya. "Omak tunggu yo, ekau tu jangan lambat pulak. Asalamualaikum." "Walaikumusalam." Nubhan memulakan pemanduan dengan berhati-hati. Dia tidak tahu mengapa keluarganya ingin sekali dia pulang ke kampung. Nubhan tahu memang sudah lama dia tidak pulang kekampung, namun kali ini dia tidak dapat menolak permintaan keluarganya, kerana permintaan itu kedengaran sangat penting."WHAT?????? Mama apa ni????" Najihah benar-benar tidak berpuas hati dengan kehendak ibunya. Mengapa jodohnya perlu dijodohkan dengan orang yang tak tentu??? Kenapa dia tak boleh nak tetapkan perjodohan dia sendiri ke??. "Najihah please jangan nak tinggi suara dekat mama! Sat gi mama tampar hang baru hang tau. Mama tak peduli hang kena nikah dengan pilihan mama. Jangan dok ketegaq." Puan Zaini tetap bertekad dengan keputusannya. Sama ada Najihah setuju atau tidak dia tetap mahu Najihah dijodohkan dengan anak sahabatnya."Mama, Jaja belajar lagi ma. Kenapa mama desak Jaja macam ni? Jaja ada buat salah dengan mama ke? Sampai mama nak hukum Jaja macam ni?" Menitis airmata kekecewaan dipipinya. Najihah benar-benar tidak bersedia nak memikul tanggungjawab seperti itu.Puan Zaini menarik Najihah kedalam pelukannya. Dia tahu apa yang sedang dialami anaknya. namun dia tidak mahu anaknya ditemani kesepian. Dia mahu melihat Najihah bahagia. Dia tidak mahu Najihah terus-terusan melayan perasaan kecewa kerana cinta yang tidak berbalas terhadap Zahiril."Maafkan mama sayang. Apa yang mama lakukan untuk kebahagian Jaja dimasa akan datang. Harap Jaja terima dengan hati yang terbuka ya nak. Suatu hari nanti Jaja pasti berterima kasih dengan mama. Percayalah nak. Emah mana yang nak tengok anaknya derita?" Puan Zaini yakin jika dipaksa dengan kekerasan hati Najihah tidak akan lembut, sebaliknya kelembutanlah yang akan membuat Najihah tidak melawan."OMAK den tak sedio laghi nak pikul tanggungjawab ni. Kalaulah den tahu sobab ni yang omak beriyo suruh en balek. Den takkan balek." Nubhan kesal dengan tindakan drastik emaknya. Tak disangka dia kini bergelar tunangan orang tanpa pengetahuannya. Dan hujung bulan ini pernikahannya akan berlangsung dengan gadis yang langsung dia tidak kenali. "Nubhan, selamo ni, omak tak ponah, mintak apo pon dari ekau. Ni yo satu-satu eh permintaan omak yang  omak harap ekau dapat tunaikan. Tolonglah Nubhan." Mak Nab tak pernah berputus asa memujuk anaknya. Dia tahu keputusannya salah namun inilah perjanjiannya dengan Zaini yang ingin ditepati.
Nubhan terduduk lesu memikirkan permintaan ibunya.



No comments: