EPISOD 23
PAKCIK BADRUL dan Badruzaman masuk kedalam bilik Badariah dengan penuh debar disana. Dia melihat Badariah yang sudah sembuh sepenuhnya, sihat, dan kelihatan sangat bertenaga.
Airmata Pakcik Badrul berlinang tidak disengaja. Melihat Badariah menyedarkan dirinya, betapa selama ini dia sudah lama tidak memandang Badariah selama ini. Merenung anaknya dia berasa segala kebimbangannya menjadi tenang. Semua ketakutannya hilang.
Dia teringat disaat, Badariah jalan bertatih-tatih kearahnya, ketika dia pulang dari kerja. Menyuapkan nasi kemulut anak kecil itu, menemani anak gadis itu tidur, kerana takut akan guruh.
Setelah berhari-hari diceramahkan oleh Shah dirumahnya, dia mula sedar diatas segala salah silapnya. Dia menyedari betapa zalimnya dia terhadap anak sendiri. Betapa bodohnya diri dia kerana menzalimi diri sendiri, dengan menjadi seorang penagih.
Dia menghadapi Badariah sambil diekori oleh Badruzaman. Melihat Badariah yang seperti membantu diatas katil, hatinya dipagut kelukaan.
"Nak, kau sihat?" Soal Pakcik Badrul lembut.
"Kau sihat Badariah? Bila kau boleh keluar?" Soal Badruzaman pula. Dia juga khilaf diatas segala salah silapnya.
Bad hanya buat tak tahu dan melepaskan pandangan kearah lain, termenung seperti tiada sesiapa yang ada disitu.
"Badariah, kau jaga diri baik-baik ye nak. Maafkan bapak diatas segala dosa-dosa bapak selama ni pada kau. Bapak sedar, bapak ni, bapa yang zalim. Bapak tahu nak, seberapa banyak bapak minta maaf pada kau, belum tentu bapak dapat keampunan kau dan paling penting belum tentu bapak dapat kembalikan apa yang pernah bapak ambil dari kau dulu. Tapi bapak ni dah tak lama hidup, bapak tak nak minta banyak dengan anak-anak bapak, selain dari keampunan." Luah Pakcik Badrul sebak.
"Maafkan kami Badariah, kerana selama ini, kami menjadi seorang zalim terhadap kau. Kami sepatutnya melindungi kau, tapi sebaliknya kami yang buat bukan-bukan pada kau. Maafkan kami Badariah, maafkan kami." Luah Badruzaman juga.
Bad masih diam tidak berkutik, hanya mata yang berlinangan airmata, tapi reaksi muka seperti tiada apa-apa.
"Maafkan bapak, bila bapak gagal menjadi bapak yang baik untuk Badruz dan Badariah. Bapak gagal mendidik Badruz dan Badariah dengan baik. Maafkan bapak. Ampunkan segala dosa-dosa bapak nak." Pakcik Badrul mula melutut didepan Badariah.
Badariah yang melihat bapanya telah melutut didepan katil dengan tangisan yang teresak-esak, dengan pantas turun dari katil dan mendapat Pakcik Badrul. Tubuh Pakcik Badrul dipeluk sekuat hati. "Maafkan Badariah bapak. Bapak telah ampunkan segala-galanya, Badariah terima segala-galanya. Ampunkan Badariah bapak, kerana tak jadi anak yang baik untuk bapak. Ampunkan Badariah bapak." Terhinjut-hinjut tubuh Badariah menangis. Badruzaman juga memeluknya dari belakang.
"Terima kasih nak, kerana sudi memaafkan bapak dan memeluk bapak sekali lagi. Rindunya bapak pada anak bapak. Ya Allah, berapa banyak masa yang telah aku abaikan." Pakcik Badrul memeluk anaknya dengan tangan yang begitu menggigil. Perlahan dahi Badariah dikucupnya. Terasa seakan itulah kali terakhir buat dirinya. Airmata tua itu menitis lagi.
Cahaya Qaseh yang wajahnya kelihat pucat, pantas menepis airmata kesyukuran. Dengan perlahan dia mengangguk kearah anggota polis tanda mengizinkan anggota-anggota polis untuk menahan Pakcik Badrul dan Badruzaman atas dua tuduhan iaitu menagih dadah dan merogol.
Anggota-anggota polis masuk kedalam dan menahan dua beranak itu dengan berat hati.
Pakcik Badrul mencium sekali lagi dahi Badariah. Dia merelakan dirinya digari kerana memang dia sudah bersedia untuk menerima hukuman. Begitu juga dengan Badruzaman.
Badariah berulang kali menarik tangan bapanya, tetapi pihak polis melarang dia melakukan begitu. Terduduk Bad melihat bapa dan abangnya dibawah pergi oleh pihak polis. Bercucuran airmata menitis.
SHAH menjaga Amel tanpa sedikit keluh, malah dia sentiasa melayani sikap Amel yang seperti orang hilang akal baru-baru ini. Dia banyak melakukan solat hajat meminta agar diberikan kemudahan didalam hidup Amel.
"Amel, sekarang masa makan ubat." Shah duduk didepan Amel sambil memegang ubatnya. Dia diperhatikan oleh Cahaya Qaseh, Badariah, Ikhwan, Najihah, Emah, Niea, Najihah, Najwa dan Faiz.
"Untuk apa makan ubat? i bukannya sakit Shah, asyik nak makan ubat. I penatlah." Rungut Amel. Dia membelai rambutnya dengan penuh kelembutan.
"Ubat ni bukan untuk orang sakit, tapi ubat ni untuk kecantikan. Amelkan nak selalu cantik."
Pujuk Shah dengan senyuman manis.
"Ubat untuk cantik? I tak cantik ke?" Marah Amel. Dia membelek-belek mukanya.
"Amel cantik, cantik sangat. Tapi ubat ni, untuk tambah lagi kecantikan." Hati Shah terlalu sakit untuk menipu Amel hampir saban hari.
"Yeke? Betul jugakan? I kenalah cantik-cantik. Nanti Faiz tak tinggalkan i lagi. Mesti dia sayang i lagi. Kan Shah?" Amel menghampiri Shah dengan senyuman manisnya.
Shah hanya mampu tersenyum untuk menahan sebaknya. Dia menghulurkan ubat itu dan Amel makan dengan elok.
"Shah, Faiz mana? U janji dengan Amel, nak bawak Faiz datang sini." Soal Amel sambil merenung Shah.
Faiz mahu menghampiri Amel, namun Cahaya Qaseh melarang tindakan Faiz. Dia tidak mahu itu semua menyebabkan Amel lagi suka bermain dengan imaginasinya.
"Nanti Faiz datang ye, dia sibuk." Bohong Shah.
"Dia sibuk dengan Najwa ye? Kalau dia sibuk dengan Najwa, tak payahlah Shah. Shah jangan panggil lagi. I'm okay." Jawab Amel lemah. Dia merenung kelopak-kelopak bunga yang bertaburan diatas katilnya.
"Amel, kan ramai lagi lelaki dekat dunia ni, biarlah Faiz dengan kak Najwa. Ye?" Shah mencuba memujuk Amel.
"Memang banyak lelaki dalam dunia ni Shah. Tapi Faiz, orang yang pertama ajar i erti sayang. Faiz orang yang pertama ajar i erti menghargai. Faiz orang yang pertama buat i rasa takut nak hilang dia. Faiz ajar i hidup, Faiz ajar i sayang menyayangi. I sayang sangat dekat Faiz. Tapi dia bukan untuk i, dia untuk Najwa. It's okay, i tak kisah. Sebab i pun dah biasa kena tinggal. Mama, papa mereka pun tinggalkan i. Najihah dah tak macam dulu, dia pun tinggalkan i. Emah, Niea and Bad pun sama. Ikhwan, dah tak macam dulu, dulu dia selalu tolong i hantar i pergi kerja, ambil i pergi kolej. Sekarang i sorang-sorang. I cuma ada Shah dengan Cahaya je. But i still sayang mereka semua, but nasib bukan untuk." Sayu Amel meluahkan. Airmatanya menitis lagi. Kemudian dia ketawa dan bermain dengan rambutnya.
"Amel, perjalanan hidup awak masih panjang, masih banyak yang awak kena lalui. Awak tak boleh macam ni. Awak kena kuat." Pujuk Shah, suaranya serak menahan sebak.
"Shah, u baikkan dengan i. U tahu tak, dulu Ikhwan pun baik dengan i. But now tak. I tak tahu memandu, but i tak mahu belajar memandu, sebab i takut. Dulu i pernah kemalangan dengan mama and papa. So now, i jalan kaki. Sebab i tak tahu nak minta tolong siapa. I bodohkan Shah?" Airmata Amel menitis lagi, sambil merenung kedalam mata Shah.
Ikhwan menitiskan airmata, bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisannya. Mahu sahaja dia keluar dari bilik itu.
"Awak tak bodoh Amel, awak baik. Awak baik sangat." Shah bukan sahaja mengatakan itu untuk memujuk Amel, tapi memang itulah yang dia akui.
"I bukan perempuan baik, i dah tak ada apa-apa. Zero! Semuanya musnah. I perempuan kotor Shah. I dah tak ada mahkota diri. Siapa yang nak kan i? Apa yang i nak buat?" Amel berhenti menangis dan tersenyum sambil bersuara.
Cahaya Qaseh duduk disebelah Amel, sambil memeluk bahu gadis itu. "Amel, kamu perlu tahu satu hal. Meskipun satu dunia menolak kamu, kamu masih ada yang menyayangi." Pujuk Cahaya Qaseh.
Amel memeluk lengan Cahaya Qaseh. "Siapa Cahaya?" Soal Amel lembut.
"Allah. Dia tetap menyayangi kamu, dan tak kan pernah berhenti menyayangi kamu."
"Layakkah i ni disayangi yang maha agung? Sedangkan manusia pun menolak i, takkanlah Tuhan yang lagi agung tu, nak sayang i?" Amel mula menitiskan airmatanya.
"Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Dia menciptakan kamu bukan untuk kamu dibenci. Tapi Dia ciptakan kamu, atas bukti cintaNya buat hambaNya." Pujuk Cahaya Qaseh.
"Macam mana nak buat Allah sayangkan kita, walaupun satu dunia tak pedulikan kita?" Soal Amel lagi.
Shah mencapai serban yang diletakkan diatas bahunya sejak tadi. Kemudian dihulurkan kepada Cahaya Qaseh.
Cahaya Qaseh tersenyum tanda faham dan menyambut serba itu dari Shah. Dia memakaikan Amel serban milik Shah, dia membuat serban itu seperti tudung yang membaluti kepala Amel.
"Kita boleh mulakan dari sekarang Amel." Ujar Shah lembut. Hatinya merasa tenang melihat wajah Amel yang amat anggun bertudung.
Faiz memejam matanya seketika. Perasaan bersalah didalam dirinya mendesak agar dirinya memohon keampunan dari Amel.
"Maafkan saya kerana mengganggu." Tiba-tiba doktor masuk kedalam bilik dengan membawa sebuah fail.
"Tak mengapa doktor, ada apa ye?" Cahaya Qaseh menjawab bagi semua pihak.
"Cik Cahaya Qaseh, saya ingin memaklum hasil pemeriksaan terbaru keatas mangsa." Jelas doktor itu.
"Baiklah silakan."
"Diatas pemeriksaan mangsa, mangsa disahkan mengandung, usia kandungan sudah masuk dua minggu." Terang doktor itu dengan nada yang berat.
"Law hawla wala quwata illah billah." Cahaya Qaseh hampir rebah namun Emah dan Niea pantas menapung badannya dari belakang.
"Saya harap, pihak mangsa dapat membantu kami untuk mencari siapa perogolnya. Agar, pihak polis boleh bertindak dan membantu menyelesaikan hal ini. Terima kasih." Doktor tersebut berlalu keluar dari bilik itu.
Faiz terduduk mendengar penerangan doktor tersebut, namun itu hanya seketika. Langkahnya pantas memaut tubuh Najwa yang rebah akibat terkejut.
Amel yang mendengar, pada mulanya dia ketawa, menangis dan terus pengsan.
BADARIAH minum petang bersama-sama Emah, Cahaya Qaseh, Shah, Niea, Najwa, Najihah, Ikhwan dan Faiz. Mereka meninggalkan Amel dihospital untuk mendapatkan sedikit ruang untuk bersendiri.
"Tahniah bang, kak." Ucap Niea ikhlas. Dia tak sangka rupanya Kak Najwa juga sedang mengandung tiga minggu.
"Terima kasih." Jawab Najwa lembut. Dia tahu suaminya diam sejak tadi memikirkan keadaan Amel dihospital bukan keadaan dirinya. Tapi dia tidak marah, malah dia faham keadaan suaminya.
"Dari hari tu nak anak buah, dapat juga aku merasa anak buah." Ujar Najihah dengan senyuman bahagia.
"Kau ingat anak buah kau sorang? Anak buah aku juga." Tambah Badariah.
"Jangan nak perasan, ni Mama Emah. Tentulah anak buah Mama Emah." Sampuk Emah, juga ketawa bersama mereka.
"Anak buah Aunty Niea ni. Tak nampak ke muka suci aku ni?" Niea pula menjual modal.
"Habis aku nak campak mana? Aku ni, Papa Ikhwan. Mesti dia sayang lebih dekat aku." Ikhwan pun nak cuba nasib. Mereka tertawa bersama, kecuali Shah dan Cahaya Qaseh. Mereka berdua berada didalam dunia masing-masing.
Faiz hanya tersenyum pahit, fikirannya kembali memikirkan keadaan Amel dihospital. Rasa bersalah amat menggunung didalam hatinya. Dalam satu masa, dua wanita sedang mengandungkan anaknya. Dia beristigfar berulang kali didalam hati, memohon keampunan dari yang maha kuasa.
"Cahaya, aku nak tanya kau sikit boleh?" Soal Badariah, setelah keadaan agak stabil.
Cahaya Qaseh masih termenung dengan wajah pucatnya. Dia merenung kearah sudut yang agak jauh.
"Cahaya?" Panggil Badariah lagi.
"Qaseh." Sapa Shah lembut. Dia merenung wajah pucat tunangnya. Dia memanggil lagi, bila melihat Cahaya Qaseh masih termenung. "Cahaya Qaseh."
"Ye." Cahaya Qaseh tersedar dari lamunannya, bila mendengar nama penuhnya disebut oleh Shah.
"Aku nak tanya ni." Ujar Badariah lagi sekali.
"Kamu nak tanya apa Badariah?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
"Apa hukum bagi perempuan yang menyerupai lelaki? Maksu aku tomboy" Soalan Badariah mengejutkan rakan-rakannya. Masing-masing merenung Badariah.
"Hukum bagi wanita yang menyerupai lelaki, atau lelaki menyerupai wanita itu adalah haram. Bahkan Rasulullah saw melaknat orang-orang yang begini.
"Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah saw melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita. (HR al-Bukhari).
"Maksud hadis tu termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya." Terang Cahaya Qaseh lembut.
"Macam mana cara kalau nak tebus semua tu?" Soal Badariah lagi penuh minta.
"Taubat! Taubat dalam kata erti yang benar-benar taubat. InsyaAllah, Allah meredhai." Jawab Shah pula. Dia bersemangat mahu Badariah berubah.
Badariah hanya tersenyum.
Cahaya Qaseh turut tersenyum. Dia terbatuk-batuk sedikit sebelum minum air suam yang dipesan tadi.
CAHAYA QASEH tidak mampu berbuat apa-apa sebaik menerima berita Amel melarikan diri dari hospital dan tidak dapat dikesan sehingga kini. Fikirannya buntuh mengenangkan gadis itu.
ENAM BERLALU
SETELAH bertunda tiga bulan, akhirnya pertunangan Najihah dan Ikhwan berakhir dengan sebuah ikatan pernikahan. Wajah Najihah yang disolek tidak berapa tebal seperti yang disarankan Cahaya Qaseh, kelihatan begitu berseri dan senyuman yang diukirkan menambahkan lagi kecantikan diwajahnya. Dia diiringi oleh Emah dan Niea menuju ke tengah-tengah masjid.
Yang hadir hanya Shah, Niea, Emah, Najwa, Faiz, dan Badariah. Dia tidak menjemput ramai pihak, kerana berniat untuk menjemput ketika kenduri doa selamat. Najihah dan Ikhwan juga memilih untuk mengikut saranan Shah untuk membuat kenduri doa selamat sahaja. Itu semua bagi mengelakkan tabaruj yang akan terkena kepada Najihah jika membuat majlis persandingan.
Ikhwan segak dengan baju melayu putih gadingnya, duduk didepan tok kadi dengan penuh debar. Tidak menoleh kearah Najihah walau sekali. Dengan penuh gementar tangan dihulur kearah tok kadi.
Sekali lafaz yang lancar, Najihah sah menjadi isteri kepada Ikhwan. Airmata keharuan menitis tepi mata wanita itu. Meskipun usianya masih muda, dia menerima jodohnya tiba seawal ini.
Ikhwan menghulurkan tangannya untuk disalam oleh Najihah. Ubun-ubun Najihah menjadi sasaran bibirnya mendarat.
Najwa yang mendapatkan adiknya dengan perlahan kerana perutnya yang agak besar menyukarkan perjalanannya.
Najihah memeluk erat tubuh Najwa, menghamburkan tangisan kegembiraan dibahu kakaknya.
"Jadi isteri yang baik dan mendengar perintah suami." Bisik Najwa, dia mencium kedua belah pipi adiknya dan dahi adiknya. Wajahnya kelihatan berseri sejak usia kandungannya masuk lima bulan. Pipinya juga semakin berisi.
Najihah bersalaman dengan Niea, Emah dan Badariah. Badariah kini sudahpun berhijrah selepas dituntun oleh Shah dan Cahaya Qaseh. Dia sudah berpakaian yang menutup aurat, bahkan menjaga batas-batas pergaulan dan adab-adab sebagai seorang wanita muslimah.
"Cepat-cepat, bagi kami anak buah." Usik Badariah sambil mencuit perut Najihah.
Najihah tersenyum malu. Pipinya kemerah-merahan. Apatah lagi disaat sisuami merangkul dia dipinggang.
Mereka berjalan keluar dari masjid dengan penuh kesyukuran selepas menunaikan solat sunat nikah.
Shah memeluk Ikhwan dengan penuh erti persahabatan. "Pegang amanat tu sebaik-baiknya bro. Isteri adalah pakaian kita, salah pimpinan kita, maka coretlah pakaian kita." Bisik Shah perlahan.
"InsyaAllah, Shah. Terima kasih diatas segala pengorbanan yang kau buat untuk aku selama ni." Sebak berkalung ditangkai hati. Terasa berat untuk dia melangkah pergi meninggalkan Shah, sahabat sejatinya.
"Pengorbanan aku tak mampu menandingi nilai kasih sayang aku kepada kau."
Najihah berpelukan dengan Cahaya Qaseh, airmatanya tidak berhenti menitis sejak tadi.
"Jadilah isteri yang menjadi penyejuk mata dihati suami, jadilah isteri yang menjadi cermin untuk sisuami, jadilah isteri yang menjadi penenang suami didunia dan diakhirat kelak. InsyaAllah."Pesan Cahaya Qaseh.
"InsyaAllah Cahaya. Saya tak mampu menjanjikan yang terbaik untuk Ikhwan, tapi saya akan cuba." Balas Najihah lembut.
"Dengan ni aku nak ambil kesempat sikit." Shah mula bersuara agak tinggi agar didengar oleh rakan-rakan yang lain.
"Empat bulan lagi, insyaAllah kalau tak ada aral melintang. Jemput datang ke walimatul urus aku dan Cahaya Qaseh." Tenang Shah menyampaikan.
"Wah, dalam diam rupa-rupanya." Usik Badariah.
"Tak adalah, sebenarnya kami dah lama bertunang." Jelas Shah.
"Asal tak beritahu?" Soal Niea seakan marah.
"Kau tak tanya." Jawab Shah selamba, sambil tersenyum.
Disaat mereka meraikan kebahagian, ada insan yang memerhati dari jauh. Turut mendoakan kebahagian itu kekal hingga selamanya.
Ikhwan segak dengan baju melayu putih gadingnya, duduk didepan tok kadi dengan penuh debar. Tidak menoleh kearah Najihah walau sekali. Dengan penuh gementar tangan dihulur kearah tok kadi.
Sekali lafaz yang lancar, Najihah sah menjadi isteri kepada Ikhwan. Airmata keharuan menitis tepi mata wanita itu. Meskipun usianya masih muda, dia menerima jodohnya tiba seawal ini.
Ikhwan menghulurkan tangannya untuk disalam oleh Najihah. Ubun-ubun Najihah menjadi sasaran bibirnya mendarat.
Najwa yang mendapatkan adiknya dengan perlahan kerana perutnya yang agak besar menyukarkan perjalanannya.
Najihah memeluk erat tubuh Najwa, menghamburkan tangisan kegembiraan dibahu kakaknya.
"Jadi isteri yang baik dan mendengar perintah suami." Bisik Najwa, dia mencium kedua belah pipi adiknya dan dahi adiknya. Wajahnya kelihatan berseri sejak usia kandungannya masuk lima bulan. Pipinya juga semakin berisi.
Najihah bersalaman dengan Niea, Emah dan Badariah. Badariah kini sudahpun berhijrah selepas dituntun oleh Shah dan Cahaya Qaseh. Dia sudah berpakaian yang menutup aurat, bahkan menjaga batas-batas pergaulan dan adab-adab sebagai seorang wanita muslimah.
"Cepat-cepat, bagi kami anak buah." Usik Badariah sambil mencuit perut Najihah.
Najihah tersenyum malu. Pipinya kemerah-merahan. Apatah lagi disaat sisuami merangkul dia dipinggang.
Mereka berjalan keluar dari masjid dengan penuh kesyukuran selepas menunaikan solat sunat nikah.
Shah memeluk Ikhwan dengan penuh erti persahabatan. "Pegang amanat tu sebaik-baiknya bro. Isteri adalah pakaian kita, salah pimpinan kita, maka coretlah pakaian kita." Bisik Shah perlahan.
"InsyaAllah, Shah. Terima kasih diatas segala pengorbanan yang kau buat untuk aku selama ni." Sebak berkalung ditangkai hati. Terasa berat untuk dia melangkah pergi meninggalkan Shah, sahabat sejatinya.
"Pengorbanan aku tak mampu menandingi nilai kasih sayang aku kepada kau."
Najihah berpelukan dengan Cahaya Qaseh, airmatanya tidak berhenti menitis sejak tadi.
"Jadilah isteri yang menjadi penyejuk mata dihati suami, jadilah isteri yang menjadi cermin untuk sisuami, jadilah isteri yang menjadi penenang suami didunia dan diakhirat kelak. InsyaAllah."Pesan Cahaya Qaseh.
"InsyaAllah Cahaya. Saya tak mampu menjanjikan yang terbaik untuk Ikhwan, tapi saya akan cuba." Balas Najihah lembut.
"Dengan ni aku nak ambil kesempat sikit." Shah mula bersuara agak tinggi agar didengar oleh rakan-rakan yang lain.
"Empat bulan lagi, insyaAllah kalau tak ada aral melintang. Jemput datang ke walimatul urus aku dan Cahaya Qaseh." Tenang Shah menyampaikan.
"Wah, dalam diam rupa-rupanya." Usik Badariah.
"Tak adalah, sebenarnya kami dah lama bertunang." Jelas Shah.
"Asal tak beritahu?" Soal Niea seakan marah.
"Kau tak tanya." Jawab Shah selamba, sambil tersenyum.
Disaat mereka meraikan kebahagian, ada insan yang memerhati dari jauh. Turut mendoakan kebahagian itu kekal hingga selamanya.