Tuesday, 22 April 2014

Ini Buku Cinta Kita


EPISOD 18

IKHWAN berjalan melepasi pintu masuk kolej, dengan perasaan yang masih dihujani rasa bersalah. Hari ini  dia menaiki LRT ke kolej kerana kereta Amel rosak menyebabkan dia tidak dapat menjemput Amel ke kolej. 
               Hatinya sangat walang saat ini, setiap bait-bait kata Shah dan Cahaya Qaseh semalam, masih terngiang-ngiang ditelinganya. Dia mengingati segala perbuatannya dengan Amel dan Najihah. Dia dulunya gemar memuji segala jenis apa yang dipakai oleh Amel. Dan setiap pakaian yang dipakai Amel itu adalah pakaian-pakaian yang tidak menutup aurat. Tapi dia gemar memuji, dia gemar mencadangkan itu ini jenis pakaian kepada Amel. 
                   Dia juga gemar memeluk dan mencium dahi Najihah, serta dia juga gemar membelai rambut gadis itu. Betapa selama ini, dia terlalu banyak salah. Dia bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrimnya, dia menggalakkan sahabat baiknya memakai pakaian yang begitu terdedah.
                    Lamunannya terhenti apabila salam diberi dari Shah yang baru menepuk bahunya.
                    "Kau dah kenapa jalan kaki pergi kolej ni? Aku tak perasan pula kau jalan kaki, aku sampai tadi baru nampak. Asal tak cakap pagi tadi? Boleh aku tumpangkan." Ujar Shah lembut.
                     "Tak apalah Shah, aku tak nak susahkan kau. Lagipun kan kau masih marahkan aku, takkan aku nak tunjuk muka dekat kau pula." Ikhwan bersuara perlahan. Dia tidak sanggup berdepan denga insan yang telah menyedarkan dia dalam sekelip mata.
                      "Ikhwan, kau kawan aku. Kita dah kenal lama, sejak kecik lagi. Kau masih tak boleh nilai aku ke?Marah aku pada kau tak boleh tandingi, hebatnya tali persahabatan kita." Shah memaut tubuh Ikhwan kedalam pelukannya. 
                     Bahu Ikhwan terhinjut-hinjut didalam pelukan Shah. Dia terharu dengan apa yang dilakukan oleh Shah. Sesungguhnya dia amat merindui sahabatnya itu. Sikap baik Shah terhadapnya yang dirindui kini sudah terubat.
                         "Terima kasih Shah, sebab kau tak buang aku. Aku ingat kau dah berpihak habis-habisan pada Najihah dan buang aku dari hidup kau." Luah Ikhwan sebaik mereka meleraikan pelukan.
                            "Mana mungkin aku berat sebelah Ikhwan. Aku nilai setiap perbuatan kau dan Najihah. Mana mungkin aku buang kau dan back up Najihah. Kau orang semua kawan aku, dan aku nak betulkan apa yang dah salah." Balas Shah. Dia menepis airmatanya. 
                           Ikhwan kembali menunduk, ingatannya berkenaan ceramah semalam mula kembali.
                           "Kau kenapa Ikhwan?" Soal Shah lembut. Dia memegang bahu sahabatnya Ikhwan.
                           "Aku nak tanya sesuatu pada kau boleh tak Shah?" 

CAHAYA QASEH mendatangi Emah yang sedang duduk termenung di kafeteria kolejnya. Dia perasan sejak didalam kelas tadi lagi, Emah banyak berdiam diri. Sehingga membuatkan dia tertarik mendekati gadis yang mempunyai rambut lurus itu.
                          "Assalamualaikum, Emah." Sapanya lembut.
                          "Waalaikumusalam Cahaya, duduklah." Emah menepis airmata yang jatuh di pipinya tadi.
                          "Kamu ada masalah ke Emah?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
                          "Cahaya, apa yang aku buat selama ni, betul ke? Aku tak pakai tudung, aku pakai pakaian singkat macam ni. Betul ke?" Soal Emah dengan suara yang sebak, airmatanya sudah mula bergenang.
                           "Kamu nak saya menipu ataupun jujur Emah?"
                           "Please, jujur Cahaya. Please." 
                        "Seperti apa yang saya katakan semalam di ceramah, ia salah Emah. Dan akan tetap menjadi salah jika awak masih meneruskannya. Tapi masih boleh diubah, selagi awak bernafas." Jawab Cahaya Qaseh perlahan.
                           "Mama, dan papa aku tak pernah suruh aku pakai tudung, tak pernah larang aku pakai pakaian macam ni Cahaya. Jadi aku terbiasa dengan pakaian macam ni. Apatah lagi berkawan dengan orang-orang yang tak pernah kata ni salah. Aku sekolah dulu pun, sekolah inggeris. Jadi sebab tak ada bimbingan macam ni, aku jadi bebas. Seolah-olah, aku bukan islam. Aku tak pernah dirikan solat. Dan aku akui semalam, aku tak solat dan hanya meniru perbuatan mereka yang bersolat. Aku teruja mendengar Shah melaungkan azan. Shah sahabat aku yang selama ni seorang pendiam, yang selama ni tak banyak bercakap. Baru sekarang aku perasan, setiap bait kata-kata sebenarnya menidakkan segala yang kami buat. Dan rupa-rupanya, apa yang ditidakkan tu, sebab kami buat salah. Cuma kami tak perasan. 
                             Tapi semalam Cahaya, Shah dan kau datang dalam hidup aku bagaikan sebuah cahaya. Membuatkan betapa aku sedar, betapa jahilnya aku. Betapa rosaknya aku selama ni. aku abaikan dua puluh tahun aku dalam mentaati ajaran islam.
                               Aku rasa dah macam, islam aku hanya di kad pengenalan, tapi tidak pada diri aku, Cahaya." Luah Emah, dengan lenangan airmata. Dia terasa jahilnya dia selama ini.
                             "Kamu masih ada peluang itu Emah, Allah membuka setiap pintu taubat untuk hambaNya setiap masa. Bahkan dia menyediakan solat sunat taubat buat hambaNya, bagi mempermudahkan perjalanan hambaNya dalam meniti ketaubatan. 
                             "Jika kamu benar-benar yakin untuk bertaubat dan kembali mengenal dia. Teruskan Emah, kerana sesungguh Allah permudahkan urusan makruf yang ingin dilakukan hambaNya." Terang Cahaya Qaseh dengan penuh ketenangan.
                            "Cahaya, kau boleh bantu akukan?" Emah memegang jemari runcing Cahaya Qaseh.
                            Cahaya Qaseh tersenyum dan mengangguk. Dia menarik Emah kedalam pelukannya. Dia menadah kesyukuran terhadap Illahi kerana telah memberi hidayah kepada Emah untuk berubah.

NAJIHAH menyekat laluan Ikhwan ketika lelaki itu berjalan menuju kearah luar kolej. Dia berasa pelik, kenapa lelaki itu tidak menaiki kenderaannya.
                       "Dah putus cinta ke dengan si Amel? Sampai balik jalan kaki?" Sindir Najihah pedas sebagai salam buat Ikhwan.
                        "Assalamualaikum Jihah." Sapa Ikhwan lembut.
                        "Waalaikumusalam Ustaz Ikhwan." Bidas Najihah.
                        "Saya dengan Amel bukannya ada apa pun, sampai nak kena putus pula. Kami kawan je, kereta dia rosak. Sebab tu saya jalan kaki." Terang Ikhwan dengan penuh tenang.
                         "Kawan konon, kalau kawan takkan sampai putuskan hubungan kitakan." Perli Najihah, dia tersenyum sinis, yang sebenarnya menahan rasa didalam.
                         "Awak masih cintakan saya tak Jihah?" Soal Ikhwan, langkahnya berhenti. Dan merenung kearah Najihah.
                            "Kenapa awak tanya?" Soal Najihah, wajahnya sudah berubah.
                            "Saya nak awak jawab saya Jihah, bukan soal saya."
                            "Awak tahu jawapannya Ikhwan." Najihah tidak memandang kearah Ikhwan. Perasaan sebak mula menguasai jiwanya.
                             "Saya nak awak tahu, saya tak pernah mencintai Amel, selepas saya cintakan awak. Cinta saya pada Amel, hanya kerana nafsu. Dan cinta itu ada sebelum cinta awak hadir. Selepas cinta awak hadir, segalanya padam terhadap Amel. Selama ni, apa yang saya lakukan dengan Amel hanya lakonan semata-mata. Saya buat macam tu, sebab saya takut Amel akan mengganggu gugat pembiayaan saya disini. Sebab dia ugut akan ganggu pembiayaan saya sekiranya saya tak ikut apa yang dia buat. Dia buat macam tu, sebab nak awak sakit hati dengan dia. Dia nak awak rasa apa yang dia rasa, bila abang Faiz jatuh hati pada Kak Najwa. Saya tahu perbuatan saya salah. Tapi apa yang saya nak awak tahu, perasaan saya pada awak tak pernah berubah." Terang Ikhwan dengan penuh kejujuran.
                            "Tapi kenapa baru sekarang awak berterus terang? Kenapa tak dari dulu Ikhwan?" Soal Najihah kesal. Dia begitu kesal dengan dirinya, terlalu banyak umpat keji yang dilemparkan kepada Ikhwan selama ini.
                            "Saya nak beritahu awak. Tapi awak bukan jenis yang boleh dengar dengan baik dan terima dengan baik. Awak jenis yang kelam kabut, saya takut apa yang saya rancang gagal. Saya beritahu awak sekarang, sebab kita dah habis exam akhir dekat sini. Jadi dah tak ada masalah bagi saya, jika saya mendekati awak semula." Jujur Ikhwan.
                             "Tapi, saya dah banyak buruk sangka dengan awak. Saya cakap awak macam-macam. Awak masih boleh terima saya ke Ikhwan?" gugur airmata Najihah mengakuinya.
                              "Cinta saya memekakkan telinga saya dari mendengar segala kata-kata tidak baik awak terhadap saya Najihah." Jawab Ikhwan ikhlas.
                              "Saya tak pernah berhenti mencintai awak Ikhwan." Najihah ingin memegang pipi Ikhwan, kerana dia terlalu merindui lelaki itu. Namun Ikhwan lebih pantas berundur kebelakang sedikit bagi mengelak sentuhan jemari Najihah.
                               "Maafkan saya Najihah. Untuk kali ini, saya akan sentuh awak selagi awak tidak menjadi yang halal bagi saya. Untuk kali ini, saya nak beritahu awak, yang saya nak ambil awak sebagai yang sah disisi saya. Bukan cinta cintun tanpa batas macam dulu. Dah terlalu banyak kesalahan yang saya lakukan pada awak. Dah terlalu berulang kali, kita bersentuhan. Sudah menjadi kewajipan bagi saya untuk bertanggungjawab. Dan saya nak awak tahu Najihah. Saya nak menikahi awak kerana Allah, dan saya akan jaga awak kerana Allah." Airmata Ikhwan turut menitis kerana berjaya melafazkan keinginan dia pada Najihah.
                               "Saya bersyukur diatas perubahan awak Ikhwan, dan saya menerima lamaran awak. Saya nak awak datang rumah Kak Najwa, dan beritahu niat awak. Selepas itu kita laksanakan kewajipan kita." Najihah tersenyum gembira dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Ikhwan.

FAIZ menjemput Shah menikmati makan malam sebaik mereka habis menunaikan solat fardhu Isyak dirumahnya. Shah benar-benar tidak menyangka, abang saudaranya itu turut menjemput Cahaya Qaseh juga.
                          "Makan Shah, Cahaya. Jangan malu-malu. Akak kau masak special hari ni." Tutur Faiz dengan senyuman. 
                               Mereka menikmati makan malam dan berkumpul diruang tamu selepas menikmati makan malam. Faiz dan Shah berbual di luar rumah, di taman mininya, Cahaya Qaseh dan Najwa berbual didalam rumah
                      "Abang bersyukur sebab kau guna diri kau sendiri bukan imej. Abang bangga dengan kau Shah. Sebenarnya kau seorang manusia yang mempunyai kelebihan ilmu agama, tapi kau biarkan dia terbang jauh dari kau." Tutur Faiz jujur. Dia kagum melihat perubahan drastik Shah.
                           "Saya baru sedar setelah menerima hidayah dari Allah swt, bang. Saya bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan saya sepanjang perubahan ni. Hati saya pun semakin tenang, tak seperti dulu." Luah Shah dengan penuh tenang.
                          "Tapi abang tak sangka, Shah yang abang kenal rupa-rupanya, ada didikan agama yang elok dan baik. Abang betul-betul tak sangka."
                            "Tak semua manusia, yang baik akan terus menjadi baik, kerana syaitan itu ada. Tapi tak semua manusia juga yang jahat akan terus jadi jahat, kerana Allah itu ada. Tak semua manusia  yang berlatar belakang baik, akan sentiasa jadi baik, tak semua manusia yang berlatar belakang buruk pula, akan sentiasa jadi buruk. Manusia ini mempunyai perasaan yang selalu berubah bang, dan manusia ni mempunyai fikiran yang selalu baru." Terang Shah tenang.
                             "Betul tu Shah. Abang akui. Tapi, apa yang membuatkan Shah mendapat hidayah Allah?" Soal Faiz lagi penuh minat.
                           "Qaseh bang. Qasehlah orang yang telah membuka mata Shah, sehingga Shah sedar, Shah dah jauh tersasar. Kata-katanya benar-benar menikam qalbu Shah, sehingga Shah nampak disitu ada sirna dari Allah swt yang memanggil Shah kesana. Dan tahu, itulah hidayah Allah. Sejak dari tu, sehingga kini, Shah belajar mencintai Allah. Shah dah lama lupakan dia, sampai Shah lupa, yang dia rindukan Shah, untuk bersujud padaNya, untuk menadah tangan memohon keampunan kepadaNya, untuk mendengar butiran zikir dalam memujiNya. Shah tekad untuk mencari cintaNya sebelum cinta hambaNya bang." Airmata keinsafan gugur ditubir mata Shah.
                          Faiz mengangguk, didalam hatinya, dia beristigfar berulang kali memohon keampunan. "Shah, abang nak minta tolong sikit." Tutur Faiz perlahan.
                             "Apa dia bang?" Soal Shah lembut, dia menepis airmatanya.
                             "Abang nak minta kau ajarkan abang agama, dan ajar abang mengaji. Abang dah jauh terpesong, abang nak balik kepangkal jalan Shah." Luah Faiz, akhirnya airmata dia gugur jua.
                             "Allahurabbi, alhamdulillah ya Allah, jika ini hidayahMu dan ini kemahuanMu, permudahkanlah urusan kami ya Allah." Shah menadah tangan menyusun doa kehadrat Illahi. Setelah mengaminkan doanya, dia memeluk tubuh Faiz seerat-eratnya. "InsyaAllah bang, kita sama-sama berusaha.


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

No comments: