Sunday, 6 April 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 16

HAMPIR dua minggu berada di Pulau, akhirnya masing-masing pulang ke Kuala Lumpur. Masing-masing membawa seribu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pelbagai perubahan terjadi dalam sekelip mata. Tamparan akidah, sahsiah, akhlak dan pendidikan dilemparkan kepada diri masing-masing. Mungkin Cahaya Qaseh adalah utusan Allah menjadi perantara untuk mereka yang sesat. Namun semuanya kurnian Allah yang maha penyayang, yang telah melemparkan hidayah kepada segenap beberapa hati. 
              Memberi kesedaran, penyebaran telah menjadi tugas yang amat rutin bagi Cahaya Qaseh. Tapi penerimaan itu bukan semua yang boleh menerima. Semuanya dengan kuasa yang berkehendak terjadinya sesuatu.
              Shah pulang dengan sinar hidup yang baru, menanam iltizam yang amat harus dikagumi yakni nekad untuk berjihad fisabilillah.
              Ikhwan pulang dengan seribu satu rasa terhadap Najihah. Nekad dihati mahu menghentikan sandiwara Amel yang selama ini mempergunakan dirinya.
               Niea dan Emah pulang dengan tekad yang satu, mahu menjadi kaunselor yang berwibawa. Agar dapat membantu kepada yang memerlu.
                 Bad pulang dengan seribu satu perasaan, perasaan kesal berbaur dendam. Segala hujah, dakwah dan kalam-kalam yang dilontarkan dari Cahaya Qaseh begitu tersemat didalam kotak fikiran, tertanam jauh didalam lubuk hati.        
                 Faiz dan Najwa pulang dengan sinar cinta yang indah. Mereka nekad menyemai cinta dengan penuh keikhlasan. Melupakan segala masa silam yang begitu kelam.
                    Najihah pulang dengan pelbagai rasa yang menghantui jiwa. Secara tiba-tiba menjadi seorang pendiam. Mungkin dia perlu diam, kerana selama yang terkeluar dari bibirnya hanyalah kata-kata berbisa penuh dusta.
                   Amel pulang dengan seribu satu dendam. Panahan cinta Najwa dan Faiz tercetus didepan mata membuat jiwa belas kasihannya mati, menghidupkan jiwa kekejaman didalam hati. Tekad membunuh cinta tersebar luas diseluruh nadi. Hanya ajal akan mematikan niatnya yang begitu pasti.
                    Cahaya Qaseh pulang dengan penuh harapan, agar dapat menyebar dakwah seberapa banyak yang boleh sepanjang sisa hidupnya yang tidak tahu berbaki berapa lama lagi. Dia tekad mengubah kemungkaran yang berada didepan matanya, dengan cara sentiasa berserah dan meminta kepada sang Agung pengakbul doa yakni Allah swt.

CUTI semester telah pun tamat, semua pelajar kembali menuntut di kolej masing-masing. Setibanya Emah dan Niea di kolej, mereka tercari-cari kelibat Cahaya Qaseh. Namun tidak ketemu. Apabila ternampakkan
Najihah yang duduk termenung dikafeteria, Shah yang begitu asyik menelaah sebuah buku tebal, Ikhwan yang asyik melayani nota-nota penting, dan Amel yang asyik dengan gajetnya serta Bad yang tak sudah dengan PS2, mereka berdua menghampiri.
                   "Wah! Masing-masing dengan dunia masing-masing nampak. Dah tak ada topik borak ke sampai nak kena layan dunia sendiri-sendiri." Sapa Emah sambil melabur punggung disebelah Amel. Niea pula melabur punggung disebelah Najihah.
                   "Kadang-kadang diam tu perlu, bila kita tak perlu bersuara." Ujar Najihah sepatah tanpa memandang. Dia hanya meneruskan menungnya. Tak ubah seperti orang mati laki.
                   "Cubalah hulur salam dulu, kalau aku ada lemah jantung dah lama keras." Sindir Shah selamba, juga tidak memandang. Mata hanya difokuskan kepada Buku ilmiah yang sangat tebal, tertulis tajuknya, 'Perjuangan Rasulullah dan para Sahabat'.
                    "Assalamualaikum ustaz Shah. Apa yang dikatakan Jihah, aku setuju. Tapi tak semestinya kena batukan dirikan?" Niea menghulur salam kepada Shah dan menyambung pertikaian Emah tadi.
                   "Waalaikumusalam." Jawab semua disitu serentak.
                   "Faham-faham jelah Niea, Emah. Taufan dah melanda hubungan persahabatan kita, memang sunyi sepilah lepas dilanda gelora." Jawab Bad pula tanpa memandang, dan meneruskan permainan PS2nya.
                   "Takkanlah selepas dilanda gelora nak dibiarkan sepi?" Soal Emah pula. Wajahnya mula berubah sugul.
                   "Mungkin. Mungkin kita harus benamkan semuanya menjadi kenangan je. Sebab apa yang terhadi macam menampakkan yang kita semua tak serasi." Tiba-tiba Ikhwan bersuara sambil menghentikan penulisan nota-nota ringkas untuk persiapan ujian semester akhir ini.
                   "Tak serasi? Selepas bertahun-tahun kita bina dan jaga hubungan ni, kau cakap tak serasi? Tak boleh ke mencontohi Rasulullah dan para sahabat? Yang persahabatan mereka berakhir hanya apabila mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Sebenarnya kita bukan tak serasi, tapi disebabkan ada diantara kita yang tidak boleh menerima takdir Allah, yang tidak mahu beriman kepada qada' qadar. Malah siap memasang api dendam, ada juga yang tak mahu beralah dan ada juga yang hipokrit." Sampuk Shah yang sejak tadi menelaah buku ilmiahnya. Sangka mereka lelaki itu tidak mengambil pusing dengan apa yang dipertikaikan, rupa-rupanya lelaki itu lebih peka.
                    "U perli i ke apa ni Shah?" Tempelak Amel secara tiba-tiba, padahal sejak tadi dia hanya diam.
                    "Ke kau cakap pasal aku Shah?" Soal Ikhwan pula.
                    "Atau awak cakap saya, Shah?" Bidas Najihah pula.
                    "Terpulang kepada siapa yang terasa, sebab tu pepatah ada menyebut, 'siapa makan cili, terasalah pedasnya'." Tutur Shah penuh yakin. Dia kini benar-benar sudah bersedia berdepan dengan semuan kenyataan. Ye kenyataan bahawa hubungan persahabatan mereka sudah retak menanti belah. Dan dia tekat untuk menjadi sipengawal dari membiarkan perhubungan itu retak.
                    "Jangan bercakap macam diri sendiri betul sangat bro." Tiba-tiba Bad menyampuk.
                    "Aku tak cakap diri aku betul Bad. Aku tak kata pun yang aku tak buat salah. Tapi tak salah kalau kita perbaiki hubungan kita semua. Betulkan balik apa yang salah." Shah masih lagi bersuara tenang. 
                    "Baru seminggu dua mendalami ilmu agama dah macam ustaz pulak si Shah ni aku tengok." Perli Emah selamba.
                    "Entah! Tak payah berlagak alimlah Shah, sebelum ni pun kau tahu ke nak jaga batas hubungan kita semua. Nama je kau ketua dalam persahabatan kita, tapi apa yang kau buat untuk persahabatan ni?" Bidas Niea pula.
                    "Ye, aku sedar itu semua silap aku. Aku bukan berlagak alim dengan kau semua, tapi inilah kesedaran yang aku dapat. Aku tahu, sebagai ketua persahabatan kita, tak patut aku biarkan diri kita hanyut. Aku sedar kesilapan aku, sebab tu aku nak baiki semuanya. Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk baiki diri kita dan perhubungan persahabatan kita. Jangan biarkan ia terus menjadi kelam." Shah tetap bertindak tenang berdepan dengan hinaan dan herdikan sahabat-sahabatnya.
                    "Kau rasa bila hati dah jadi hitam, boleh dicuci dengan begitu mudah ke Shah?" Soal Ikhwan selamba. Dia sengaja menguji tahap kesabaran sahabatnya itu. Dia mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran sahabatnya yang selama ini kelihatan sangat pendiam.
                    "Segala kekuasaan Allah diluar kotak jangkaan kita. Selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal padaNya, tiada yang mustahil Ikhwan. Kau tak sayangkan persahabatan ni ke?" Shah menahan sebak dihujung kata-katanya.
                    "Persahabatan yang penuh hina, awak rasa kita boleh sayang ke?" Soal Najihah pula.
                    "Mungkin bagi awak hina Najihah, tapi tidak bagi saya. Apakah segala kesusahan kita selama ini dianggap hina? Diwaktu Bad sakit, kita tolong dan jagakan dia, adakah itu hina? Disaat Ikhwan tak ada tempat tinggal, aku beri tempat tinggal adakah itu hina? Disaat Ikhwan tak ada pekerjaan, Amel beri pekerjaan adakah itu hina? Disaat Najihah dan Kak Najwa tiada tempat bergantung, Amel jadikan dirinya sebagai tempat Najihah dan Kak Najwa bergantung, adakah itu hina? Disaat Niea putus cinta, Amel, Najihah dan Emah bersatu padu menemani dan mengisi kekosongan Niea, adakah itu hina? Disaat Emah mengalami kemalangan dan koma, kita semua bersatu padu menenami dan memberi sokongan pada Emah sampai Emah sedar, adakah itu hina? Bukan niat aku untuk mengungkit tapi sekadar untuk menyedarkan." Kolam mata Shah mula hangat bila mengingat detik-detik disaat mereka bersatu padu suatu ketika dahulu.
                    "Kau rasa, setelah apa yang jadi, patut ke kita teruskan hubungan ni Shah?" Soal Ikhwan, mahukan kepastian. Amel hanya diam sejak tadi.
                    "Setiap apa yang terjadi adalah berpunca dari salah silap kita Ikhwan. Kita yang membuatkan semua ini terjadi. Apakah hanya kerana sesebuah kesilapan kita perlu buang segala kebaikan yang pernah kita semua lakukan bersama? Manusia tidak sempurna dan manusia tidak mampu untuk lari dari melakukan kesilapan." Tukas Shah tenang, kolam matanya semakin hangat.
                     "Tapi macam mana kita nak baiki Shah?" Soal Niea yang memang sudah menitiskan airmata. Hakikatnya dia mengiayakan segala apa yang diutarakan Shah tadi.
                       "Dan bila kita nak baiki Shah?" Begitu juga Emah, dia juga turut menangis.
                 "Sekarang! Sekaranglah masanya kita memperbaiki hubungan kita. Bagaimana caranya? Caranya kita sendiri perlu mengalah, rendahkan ego, hulurkan kemaafan, tadahkan tangan memohon keampunan kepada Sang Rabb. Sudah tiba masanya kita bersahabat untuk sesuatu yang pasti. Sahabat perlu sama mendukung, bukan keangkuhan yang harus diusung!" Titisan airmata bernama lelaki menitis jua dipipi Shah. Betapa dia merendahkan egonya yang begitu tinggi selama ini. 
                   Ikhwan dan Najihah tertunduk dan sedar diatas kesilapan masing-masing. Amel bangun untuk melangkah pergi.
                   "Tak ada yang abadi dengan dendam kesumat Amel. Tak ada kejayaan yang boleh diraih dengan dendam Amel. Tak ada keangkuhan yang mampu bertahan Amel. Satu saat, awak akan sedar semua ni." Tutur Shah tanpa memandang sedikit pun kearah gadis itu.
                      Bad tersentap dengan kalam akhir Shah itu. Tanpa sedar airmatanya turut menitis.

BAD termenung merenung kegelapan malam diluar rumahnya. Diatas bapanya sedang menonton telivisyen dengan penuh kusyuk, abangnya pula entah kemana. Yang pasti tiada hala tuju lain yang abang di tuju melainkan judi. 
                      Tiba-tiba kerinduan terhadap arwah ibunya bermukim dijiwa. Airmata kerinduan yang selama ini dipendam terluah juga melalui airmata. Semenjak peristiwa hitam dia diperkosa oleh bapanya dan abangnya, dia tidak pernah menangis. Tapi hari ini sudah dua kali dia menitiskan airmata. Semuanya kerana sentuhan hujah Shah. Segala kata-kata lelaki itu menyentap tangkai hatinya. 
                       Gugur segala kelakikan yang ditunjukkan selama ini, terhinjut-hinjut tubuhnya menahan tangisan. Dia tahu selama ini dia berlawan dengan takdir hidupnya. Dan kini dia sedar, sama ada dia lakukan dalam keadaan sedar atau tidak, hakikatnya dia telah memurtadkan dirinya setelah dia tidak memenuhi rukun iman dan rukun islam. 
                      Kerana bencinya dia dengan takdir hitam itu, dia mengubah imej seorang gadis bernama Badariah yang sangat jelita, ayu dan sopan santun. Menjadikan diri bernama Bad yang berperwatakan pengkid. 
                       Dia kesal diatas segala perbuatannya, namun baginya sudah tidak ada harapan untuk berpatah balik. Jadi dia pasrah hidup sebagai seorang pengkid.
                      "Mak, adik rindukan mak. Adik nak sangat ikut mak. Dunia ni kejam mak, dunia ni tak pernah adil. Allah sayang adik ke mak? Kalau Allah sayang adik, kenapa dia biarkan adik rosak? Kenapa dia tak lindungi adik saat jantan-jantan binatang buat tak senonoh dekat adik? Kenapa mak?" Bad bersuara seolah-olah emaknya ada didepan mata. 
                           Dia membiarkan dirinya menangis pada malam itu. Dia mahu menangis sepuas-puasnya. Dia mahu meratap sepuasnya.

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namu ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi 
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampukan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

No comments: