Monday, 21 April 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 17

CAHAYA QASEH bersedia membuka hujah pada malam ini. Dia membuat majlis ilmu disebuah masjid usang berdekatan rumah Amel. Itu memang hobinya, gemar mencari surau-surau dan masjid yang sudah lama ditinggalkan. Niatnya hanya satu, dia tidak mahu rumah Allah itu dibiarkan terus sepi.
             Malam ini dia tidak keseorangan dalam menyampaikan ilmu, dia ditemani tunangnya Shah disisi. Jika hari-hari sebelum ini Shah gemar menjadi pendengar, hari ini tunangnya itu memilih untuk berada disebelahnya untuk bersama-sama menyampaikan ilmu. Dan itu benar-benar mengejutkan Faiz, Najwa, Najihah, Amel, Emah, Niea, Ikhwan dan Bad. Orang yang duduk ditaman itu turut hadir kemajlis ilmu itu kerana mendapat jemputan dari Cahaya Qaseh melalui surau jemputan yang dihantar dari rumah kerumah. Dan hampir separuh dari pelajar kolej mereka yang beragama islam turut hadir memenuhi masjid usang itu. 
            "Assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh kepada muslimin muslimat yang dikasihi Allah sekalian. Besyukur kita kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, kita dapat bersatu didalam majlis ilmu pada hari ini. Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya, nama saya Muhammad Shah Solehudin Al-Ayubi bin Iman Syafie, disebelah saya insan yang begitu banyak pengalaman hidup sebagai seorang pendakwah muda, nama diberi  Cahaya Qaseh Binti Muhammad. Saya adalah bekas pelajar Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum, tapi tak habis belajar disana, saya menyambung kebahagian kaunseling disalah sebuah kolej Di Kuala Lumpur ni. Manakala Cahaya Qaseh adalah bekas pelajar dari Mesir dan menyambung pelajarannya dikolej saya baru-baru ni. Hari ini saya dan Qaseh serta beberapa rakan dari kolej mengambil kesempatan untuk mengongsi beberapa ilmu pengetahuan yang kami miliki untuk kita bersama-sama memafaatkan.
           Untuk itu saya mempersilakan Pendakwah Muda yakni Ustazah Cahaya Qaseh untuk memulakan hujaan beliau. Dan saya seru kepada semua hadiran sekalian, melontarkan soalan atau pendapat agar kita dapat sama-sama kupas berkenaan dengan topik yang akan diberitahu Ustazah Cahaya Qaseh sebentar lagi. Silakan Ustazah." Shah bertindak sebagai pembuka bicara pada majlis ilmu malam ini. Dia kelihatan sungguh kacak dengan bejubah putih dan berserban. Benar-benar berbeza personalitinya hari ini dengan sebelum-sebelum ini.
              "Bismillahiramanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi rabarakatuh. Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu ala Asrofil. Ambiyai wal mursalin sayyidina wamaulana muhammadin wa ala alihi washobihi ajmain ama ba'du. Hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, para tetamu yang hadir, juga pelajar-pelajar kolej yang turut serta pasangan seperjuangan saya, Ustaz Muhammad Shah Solehudin Al-Ayubi Bin Iman Syafie. Semoga kita semua dibawah lembayung rahmat Allah swt. Moga majlis ilmu ini diberkati dan dipermudahkan oleh Illahi Sang pencipta kita.
              Pertama sekali, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi menghadirkan diri dimajlis ilmu ini. Kehadiran saya dan pasangan seperjuangan saya membawa harapan agar masjid ini sentiasa dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu meskipun ini adalah kali pertama dan boleh jadi kali terakhir kali saya kesini. 
              Tanpa membuang masa, saya memulakan majlis ini dengan bacaan doa, serta Al-Fatihah. Ustaz Muhammad Shah Solehudin Al-Ayubi dipersilakan mengetahui bacaan doa." Mereka semua menadah tangan bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh Shah.
                 Sebaik sahaja mengaminkan doa, Cahaya Qaseh menyambung hujahnya. "Aamiin aamiin ya rabbal alamiin. Moga Allah memberkati doa kita tadi. Baiklah pada hari ini saya ingin mengongsi dan memperbincangkan berkenaan dengan penjagaan aurat serta batas-batas diantara bukan muhrim, yakni lelaki dan perempuan. Sebelum tu izinkan saya menyampaikan sebuah dalil berkenaan dengan aurat dan juga batas.
                       
"
Terpersona sebentar hadirin disitu termasuk Shah sendiri disaat mendengar Cahaya Qaseh membaca sepotong ayat al-quran berkenaan dengan aurat wanita.

                  "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka: dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur ayat 31.
                     Dizaman kini, kita sering didedahkan dengan akhbar, majalah, pogram-pogram tv, drama-drama dan filem yang ratanya menunjukkan aurat tanpa sempadan. Bersentuhan diantara lelaki dan perempuan. Jika yang berlaku itu kepada yang bukan islam, itu boleh dikatakan tak apa lagi. Sebab mereka memang tidak tahu hukum hakam sebenar. Tapi apa yang terjadi dizaman sekarang adalah kepada orang islam sendiri. Secara terang-terang melakukan kemungkaran, tanpa ada pencegahan. Siapa nak cegah? Siapa? Ustaz Muhammad Shah Solehudin Al-Ayubi ada pendapat?" Cahaya Qaseh menyerahkan panel kepada Shah.
                         "Na'am Ustazah Cahaya Qaseh. Saya dapat mengagak tuan-tuan dan puan-puan serta kakak-kakak, abang-abang, dan adik-adik yang comel ni, juga sahabat-sahabat sebaya saya pasti menganggap pencegahan itu harus dilakukan oleh ibu bapa? Betul?Memang! Memang kita boleh menganggap pencegahan kemungkaran ini perlu dilakukan oleh ibu bapa. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang dah berumur lingkungan 30-an, 40-an, 50-an? Mereka masih lagi tak mahu menutup aurat dengan sempurna dan menjaga batas dengan elok. Siapa pula yang nak cegah? Siapa?.
                           "Sebenarnya para hadirin, kita ni semua, setiap individu, diberi kuasa pencegahan dari Allah swt untuk kita cegah segala kemungkaran. Tidak menutup aurat dengan sempurna dan bersentuhan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga adalah sebuah kemungkaran, dan kita yang mampu mencegah, wajib mencegah. 
                                 Allah swt memberi kita tiga kuasa mencegah mengikut peringkat. Yang pertama cegah dengan tangan. Apa itu cegah dengan tangan? Kita cegah dengan kuasa, seperti ibu bapa, abang, kakak, atuk, nenek, guru, ketua, suami, anak lelaki dan yang sewajibnya. Kenapa mereka-mereka ni diberi kuasa untuk mencegah sesiapa diantara kita yang tak pakai tudung? Yang tak jaga batas pergaulan? Kerana dikalangan mereka ni ada kuasa tu, dan dikalangan mereka ni juga, boleh ditarik sama ke neraka ketika disoal jawab oleh Allah swt. Contoh tidak menutup aurat dengan sempurna bagi wanita. Dia akan menarik, bapanya, abang atau adik lelakinya, suaminya dan anak lelakinya untuk turut masuk ke neraka. 
                                  Jadi orang-orang yang saya katakan tadi, boleh memberi arahan kepada seorang wanita tu untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Contohnya, Ain nak pergi kedai, tak pakai tudung, abang lelakinya mengarahkan dia pakai tudung, wajib! Dia kena ikut, tak ikut, dapat dua kesalahan atau dosa. Pertama ingkar cakap abang, kedua ingkar arahan Allah swt. Full stop!
                                   Pencegahan yang kedua saya serahkan semula kepada ustazah Cahaya Qaseh bagi memberi penerangan." Shah memberi senyuman kepada tunangnya sebelum beralih pandangan kepada hadirin.
                                "Terima kasih Ustaz Shah Solehudin Al-Ayubi, teruja saya mendengar penerangan ustaz sebentar tadi. Baiklah pencegahan yang kedua, yang telah Allah swt, berikan adalah cegah melalui mulut. Apakah itu cegah melalui mulut? Pencegahan melalui mulut seperti kita memberi nasihat dan memberitahu itu salah. Dan itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.Tak kira suami, isteri, anak, ibu, bapa, kawan, tak kira. Sesiapa pun boleh. Tiada sebarang halangan. 
                                     Contohnya saya bersahabat dengan Ustaz Shah Solehudin Al-Ayubi. Saya tak pakai tudung, saya pakai baju singkat nampak aurat, saya tayang rambut sana-sini. Kemudian Ustaz Shah Solehudin Al-Ayubi, tahu itu salah. Dia wajib menegur yakni menasihati saya dan memberitahu saya bahawa itu salah. Bukan mendorong saya melakukannya lagi. 
                          Contohnya, dia cakap pada saya, Qaseh lawa kau pakai dress tu, cantik. atau dia cakap, Qaseh lawa rambut kau, ikal mayang. Itu sudah cukup boleh membuatkan saya diakhirat ketika dijatuhi hukuman, saya akan tarik dia sekali bersama-sama dengan saya ke neraka. Kenapa? Sebab dia tahu tu salah. Tapi dia boleh memuji lagi perbuatan salah tu. Bukan nak tegur, bukan nak nasihat, malah menggalakkan saya berbuat begitu. 
                           Ini yang kita tak mahu, tapi inilah yang terjadi dizaman sekarang. Dah tahu salah, itulah yang kita dok puji, suka puji. Dalam masa sama, kita tak tahu. Dengan cara memuji tu je, walaupun kita tak buat apa yang dia buat, tapi dia boleh tarik kita sekali ke neraka.
                                Sebab tu, gunakan kuasa kita sebagai orang Islam untuk mencegah dengan mulut. Cegahlah kemungkaran tu, Allah tak marah. Tapi biar betul dengan caranya.
                                 Jangan kau pun pakai baju tak cukup kain, kau pun pergi cakap dekat dia yang dia pakai baju tak cukup kain tu salah. Alamatnya tempah kasut tumit lima inci dekat muka. 
                             Faham ye? Baiklah pencegahan seterusnya dipersilakan Ustaz Shah Solehudin Al-Ayubi untuk memberi penerangan." Cahaya Qaseh tersenyum melihat para hadirin tertawa dengan selorohnya tadi.
                               "Pandai Ustazah Cahaya Qaseh kita berseloroh ye. Baiklah pencegahan seterusnya adalah Allah bagi kita cegah dengan hati. Apa itu cegah dengan hati? Cegah dengan hati ini, adalah cegah dengan selemah-lemah iman. 
                              Cegah dengan hati ni, boleh dilakukan sesiapa pun, umum. Tak kira siapa pun. Cegah dengan hati ini apabila kita benar-benar sudah tidak mampu mencegahnya dengan tangan dan mulut. Cegah dengan hati ini yakni kita membenci sifatnya. 
                                 Ini kena dengar baik-baik. Mencegah dengan menggunakan hati yakni membenci sifat. Dengar ye, benci pada sifat bukan pada zatnya. Faham? Saya ambil contoh seperti apa yang diajukan oleh Ustazah Cahaya Qaseh tadi, iaitu saya menjadi sahabatnya dan mencegah dia dari memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Saya sudah pun mencegah dengan mulut. Sudah berulang-ulang kali, tetapi Cahaya Qaseh tak mahu berubah. Tetap dengan pakaiannya yang begitu. Jadi barulah saya boleh mencegahnya dengan hati, yakni membenci sifatnya. Saya membenci sifatnya yang tidak mahu menutup aurat, tapi tidak beerti saya membenci zatnya yakni dirinya. Saya tetap berkawan dengan dia, tetapi tidak menyukai atau mendukung atau mendorong perbuatannya yang gemar tidak menutup aurat. Itulah cegah dengan hati.
                             Atau contohnya lagi, kita keluar dari masjid ni, kemudian kita ternampak seorang wanita atau seorang lelaki memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Kita nak cegah dengan tangan, kita bukan sesiapa dengan dia, kita nak cegah dengan mulut, ada dia cakap kita gila pula nanti. Jadi kita cegah dia dengan hati, iaitu membenci sifatnya dan kita doakan dia semoga Allah memberi dia hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna. Jangan sekali-kali kita benci dia, kita herdik dia, kita tolak dia, kita menyampah tengok dia. Hanya kerana apa? Sebab kita tahu tutup aurat, dia tak tahu tutup aurat. Sifat-sifat tu sama sekali dilarang didalam islam. 
                           Islam tak kejam. Malah Islam itu terlalu mulia. Mana mungkin kita yang berilmu membuang orang yang tak tahu ilmu. Memang wajar kita membenci sifatnya yang tak tahu tutup aurat, tapi jangan pula kita membenci diri dia, sampai membuatkan kita rasa, kita jauh lebih baik dari dia, sampai kita rasa jijik dengan dia, sampai kita rasa tak mahu tengok muka dia. Jangan sesekali macam tu. Jangan tuan-tuan, puan-puan, jangan. 
                            Sebab boleh jadi, dia yang kita hina, dia yang kita benci boleh jadi lebih mulia dari kita, bila dia tahu itu salah. Ingat tuan-tuan, puan-puan. Allah amat menyayangi hamba-hambaNya. Hanya Dia yang layak menghukum hamba-hambaNya. Kita tak layak. 
                           Sebaliknya, kita doakan dia, semoga dia terbuka pintu hati nak tutup aurat dengan sempurna. Boleh ye?" Shah menahan sebak didada. Dan menghulur senyuman kepada para hadirin.
                          "Alhamdulillah, sebuah penerangan yang mampu menyentuh qalbu saya Ustaz. Saya amat tersentuh dengan apa yang Ustaz Shah Solehudin Al-Ayubi kongsikan dengan kita. Baiklah jika ada sebarang pertanyaan, silakan." Cahaya Qaseh turut menahan sebak dengan perkongsian itu.
                        Bad, Emah, Niea, Najihah, Ikhwan, Najwa, Faiz dan Amel melayani perasaan masing-masing. Setiap yang terlontar dari bibir Shah dan Cahaya Qaseh menusuk masuk kedalam hati masing-masing.

Ya Rabbi beri kami
Cahaya penerang digelapnya hati
Jauh sudah langkah kaki
Lewati jutaan detik tak kembali

Ilahi ampuni kami
Dosa-dosa mewarnai diri
Hati lupa kadang terlena
Mimpi dunia menggoda sang jiwa

Andai waktu memanggilku
Berharap tersenyum di akhir masaku
Maafkanlah ampuni diriku
Hati 'kan memohon di kemahaan-Mu

Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu 'kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta

No comments: