Saturday, 5 April 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 15

AMEL menghampiri Najihah dengan penuh rasa bongkak. Dia berasa puas apabila melihat tepi bibir gadis itu kelihatan bengkak. Dia menghampiri gadis itu yang sedang duduk dibatu-batu besar yang terhias indah dipantai itu.
                 "Seronok?" Seloroh Amel.
          Najihah menoleh dan memandang kearah Amel, hatinya yang hampir tenang kembali berasap melihat kehadiran gadis itu. "Kau nak apa Amel? Dah tak ada kerja lain ke, selain dari ganggu keamanan aku?" Tempelak Najihah.
                 "This hobby is mine now. I happy sangat, becoz dapat tengok u kena lempang tadi. Tak pasal-pasal malukan. Tulah lain kali mulut tu jaga sikit. Jangan lancang sangat." Selamba Amel bersuara, senyuman sinis tetap terukir dibibir.
                  "Mulut kau ni pun, boleh tahan lancang aku tengok. Kau memang suka cari pasal dengan aku ke apa?" Tengking Najihah. Dia turun dari batu besar itu dan mendekati Amel. rambutnya diikat satu, lengan baju disingsing, dan kaki seluar disingsing sedikit keatas.
              "Mulut i lancang, lancang sampai nak kena lempang ke?" Soal Amel selamba. Dia berpeluk tubuh.
              "Memang! Aku yang nak lempang kau!" Najihah memberi lempangan kepada Amel, sejurus itu pipinya turut ditampar oleh Amel.
              "Najihah, Najihah. U sepatutnya kena serang hendap, barulah i tak boleh balas. U boleh tak, dalam sehari tu, guna otak sikit. I datang sini bukan nak cari pasal."
              "Habis tu? Kau nak cari apa?" Tempelak Najihah kasar. Dia memegang pipinya yang terasa perit. Dia rasa penamparnya belum sampai dimuka Amel lagi, kerana gadis itu berwajah selamba. Tapi dia merasakan seperti mahu pengsan, kerana penampar Amel terlalu kuat dipipinya.
                "U ni kalau nak bodoh, bodoh sorang-sorang! Jangan libatkan orang lain. U ingat Ikhwan tu macam u dengan kakak u ke? Dia jenis orang yang sedar diri, dan bukan kaki kikis!  Kalau u, yelah. Orang yang tak kenang budi! Pembiayaan u belajar dekat kolej tu pun, i yang tanggung lagi. Ada hati nak tangankan i pula. Kakak u pula, gaji pun i yang bagi. Ada hati nak rampas tunang i pula. Dasar kaki kikis. Tak cukup dengan apa yang i bagi, kahwin pula dengan anak jutawan. Nak cepat kayakan? Adik kakak sama je! Kurang ajar, tak tahu diri!" Tengking Amel sepuasnya. Dia merenung Najihah dengan penuh kebencian. Dia tidak pasti sama ada kebencian itu memang seratus peratus pada Najihah, atau turut tersumbang dari kebenciannya terhadap Najwa Atika.
                    "Sampai macam tu sekali kau hina kami Amel! Kau ingat duit yang kau bagi pada kami selama ni dari sumberyang bagus sangat ke? Pusing-pusing haram juga. Sebab apa, sebab kau jadi penyanyi, tayang suara sana sini!" Tempelak Najihah, dia cuba mempertahankan dirinya didepan gadis itu.
                     Satu penumbuk singgah diperut Najihah. Terkedu dia melihat tindakan drastik Amel. Cepat dia memegang perutnya yang begitu sakit.
                    "Sepatutnya kau sedar semua ni, dari dulu! Kalau kau rasa, apa yang aku bagi ni haram! Kenapa kau ambil? Kalau kau rasa aku sara kau dengan duit haram, kenapa kau tetap belajar dekat situ? Kenapa kau tak berhenti dan pergi cari duit yang lebih halal? Kau ada bukti untuk kata aku ni buat duit haram, cari duit haram? Kau ada dalil nak kata apa yang aku buat salah? Belajar agama baru sekangkang kera, ada hati nak nasihatkan aku pula? Eh! Perempuan, kau dengar sini baik-baik! Aku masih ada hati perut untuk sara hidup kau dengan kakak kau tu! Jangan sampai disebabkan mulut kau, kesabaran aku habis eh! Kau orang ni semua tak ubah macam 'anjing tersepit'! Bila dah ditolong, digigitnya kita balik!" Tempelak Amel panjang lebar, tanpa sedar airmatanya menitis. Dia tidak sangka sahabat yang selama ini dia sayang dan dia bela sanggup melontarkan kata-kata yang seperti itu. Dia berlalu untuk meninggalkan Najihah, namun langkahnya terhenti. Dia menoleh sebentar kearah Najihah dan berkata lagi.
                       "Kau pergi belajar agama kau tu dengan si Cahaya sampai habis, sebelum nasihatkan orang! Nak nasihat orang biar bertempat, biar kena pada caranya! Iman kau tu? Kuat ke? Pergi pulih dululah sebelum hadap aku! Kalau tak cukup dengan Cahaya, aku boleh bayarkan Ustaz atau Ustazah yang boleh ajar kau! Cakap je mana kau nak. Yang penting, kau boleh jadi seorang yang sedar diri, dan tahu mana asal usul kau!" Amel terus berjalan melepasi Najihah.
                      Najihah tercengang dan termangu dengan kata-kata Amel tadi. Dia kesal dengan butir bicaranya yang membuatkan gadis itu marah sehingga menitiskan airmata. Dia kenal siapa Amel, gadis itu tidak mudah menangis. Dan gadis itu hanya akan menangis jika ada perkara yang benar-benar telah menyentuh hatinya. Apa yang aku buat ni ya Allah.

NAJWA ATIKA berpimpin tangan dengan Faiz ketika berjalan dipersisir pantai. Kain labuh dan baju lengan panjang yang dipakai Najwa menampakkan keayuannya, apatah lagi rambut yang dibiar lepas. Sungguh cantik. Faiz berulang kali menkucup pipinya. Hati Najwa dihujani rasa cinta yang amat dalam terhadap Faiz. Dia baru tahu, ternyata begini rasa indahnya bercinta.
                   Faiz menghentikan langkahnya dan memusingkan tubuh Najwa Atika menghadapnya. Dia merenung mata gadis itu dengan pandangan matanya yang redup.
                          "Sayang, boleh abang minta sesuatu?" Soal Faiz lembut. dia mengelus rambut isterinya kebelakang.
                         Najwa Atika mengangguk dan memberi senyuman pada suaminya. Romantisnya suami aku ni.
                          "Sayang, abang bukanlah seorang suami yang sempurna. Dan abang juga bukanlah seorang hamba Allah yang baik. Abang serba kekurangan. Bila abang dengar taskirah Ustazah Cahaya tadi, hati abang tersentuh. Betapa selama ni abang lupa pada Allah. Dan ada juga taskirah dia yang buatkan abang rasa, abang perlu bertindak." Faiz amat takut kata-katanya akan mengubah mood isterinya. Tapi pada dia, dia harus bentangkan jua pada Najwa.
                          "Bertindak? Maksud abang?" Soal Najwa, dia ingin sekali untuk tahu.
                          "Sayang, sayang cantik, cantik sangat. Rambut sayang pun cantik, ikal, hitam pekat dan berseri. Tapi abang tak nak lelaki lain tengok kecantikan sayang. Sayang hanya milik abang, abang tak nak kongsi dengan lelaki lain. Dan abang tak sanggup dan tak kuat untuk jawab pada Allah, bila Dia soalkan bagaimana cara abang mendidik dan memimpin sayang." Kata-kata Faiz terhenti, dia menkucup dahi isterinya dengan penuh kelembutan. "Kalau boleh abang nak sayang pakai tudung, boleh tak?"
                          Najwa merenung redup mata suaminya dan mengangguk perlahan. "Baiklah, jika itu yang abang mahukan, saya akan lakukan. Saya akan lakukan kerana abang dan kerana Allah swt."
                          Faiz menadah kesyukuran kepada Allah swt kerana membuka pintu hati isterinya untuk berhijab.

Shah duduk dicelahan batu ditepi pantai dan merenung keindahan laut ciptaan Allah. Dia termenung dan merenung segala apa yang diutarakan oleh tunangnya Cahaya Qaseh tempoh hari. Betapa kini dia benar-benar membuka mata dan khilaf diatas segala perbuatannya. Dia kesal dengan dirinya sendiri, kata-kata Cahaya Qaseh benar-benar menikam dan tertanam jauh dalam lubuk hati Shah.
                        Dia dilahirkan dalam golongan yang berada, keluarganya bukan sekadar kaya harta benda, tapi turut kaya dengan ilmu agama. Sedangkan dirinya sendiri bekas penuntut Tahfiz, didikan agama amat sebati dalam jiwanya. Namun hanya kerana panahan cinta pada Amel, dia menjadi gagal mengawal perasaan dan keimanan. Dia gagal menjaga batasnya dan akidahnya. 
                         Dia benar-benar tersentap sewaktu mendengar Cahaya Qaseh membandingkan kehidupan di Malaysia dan di tanah arab sana. Dia benar-benar membuka mata dan mengiayakan segala yang dikatakan oleh Cahaya Qaseh didalam hati. 
                        Sepatutnya dia yang celik ilmu agama perlu membantu dan menyedarkan orang-orang yang buta agama. Sepatutnya dia yang celik agama menyebarkan agama diserata tempat. Sepatutnya dia yang celik ilmu agama perlu matfaatkan dan melakukan perkara-perkara yang makruf, bukan turut menyebar kemungkaran. Dia benar-benar kesal dan khilaf dengan segala perbuatannya selama.
                         Kedatangannya kepulau ini benar-benar membuka mata. Dia mendapat dua anugerah didalam satu benda. Yang pertama dia mendapat keinsafan disaat mendengar hujah Cahaya Qaseh. Yang kedua dia dapat bercinta dengan alam kurnian Allah swt.
                           Dia tekad untuk merubah dirinya menjadi lebih baik, dan menjadi seorang islam yang baik dimata dunia. Harapannya agar dapat mempertahankan islam didunia ini hingga kepenghujung nafasnya. Jihad Fisabilillah sudah mula tertanam didalam jiwanya.

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khothooya

Robbil zidniy 'ilman naafi'aa
Wawaffiqnii 'amalan maqbuula
Wawass'lii rizqoon thoyyiban
Fatub 'alayya taubatan nashuuha

HambaMu ini datang padaMuTuntunlah kami kemana pergiAku tersesat dijalan iniTak Tahu lagi arah kembaliSudilah Engkau mau peduli
Yaa man yaro sirri qorby hasbith-thila 'uka hasbiFamhu bi'afwika dzanby washlih qusudiy wal a'mal
Ya Illahi Ya TuhankuHambaMu ini menujuMuJiwa ragaku jadi belengguAgar mendapat keredhaanMuTujuan akhir jalan hidupku

No comments: