EPISOD 14
NAJIHAH berjalan menuju ke pergigian pantai. Awal pagi begini, begitu mendamaikan. Dia memakai baju kurung dan tudung bawal. Itulah pertama kali, dia cuba bertudung. Terasa begitu tenang dan mendamaikan. Dakwah yang dilemparkan oleh Cahaya Qaseh telah menampar hebat tangkai hatinya.
Langkahnya terhenti apabila terpandangkan Ikhwan yang berbual-bual dengan teman-temannya termasuk Cahaya Qaseh, Amel, Najwa dan Faiz. Dengan berat langkah dia melangkah mendekati kumpulan itu.
"Semoga segala apa yang kita pelajari pada pagi ini diberkati Allah swt." Cahaya Qaseh menyudahkan usrahnya.
"Cahaya, awak buat usrah tak ajak saya pun?" Sampuk Najihah tiba-tiba. Dia berdiri di luar bulatan itu.
Cahaya Qaseh terus berdiri kerana terlalu terkejut dengan pemakaian Najihah, jiwanya berasa begitu terharu. "Najihah, ini awak ke?" Soalnya seakan tidak percaya.
"Ye, saya Najihah, Cahaya. Awak tak kenal saya?" Soal Najihah pelik.
"Kenal, tapi awak kelihatan sungguh ayu dan manis berpakaian macam ni." Cahaya Qaseh terus mendapatkan gadis itu dan memeluknya erat.
"Saya masih mencuba, Cahaya. Tapi kenapa awak tak ajak saya ikut awak buat usrah pagi ni?" Soal Najihah sekali lagi.
"Bukan saya tak nak ajak, tapi Amel cakap awak kurang sihat. Jadi saya tak sampai hati." Tutur Cahaya Qaseh lembut.
"Kau memang suka cari pasal dengan akukan!" Najihah ingin berjalan untuk menyerang Amel yang sedang duduk disebelah Emah.
Amel sudah berdiri dan bersedia untuk bertekak dengan Najihah.
"Tenang Najihah. Jangan macam ni." Cahaya Qaseh memegang bahu gadis itu.
"Bila masa aku tak sihat? Kau memang sengaja tak nak aku libatkan diri dalam usrah nikan? Kau sengaja nak buat aku ketinggalan usrah nikan?" Tempelak Najihah.
"Whatever, but tadi i tengok u tidur sambil menggigil! Takkan i nak kejut u? U ingat i kejam sangat ke?" Amel mempertahankan alasannya, dia tahu dia tidak bersalah. Dia memang mahu mengejutkan Najihah tadi, tapi setelah melihat gadis itu menggigil dia membatalkan niatnya.
"Sudahlah Najihah, Amel. Usahlah meneruskan pertelingkahan ini, saya boleh buat usrah dengan awak nanti, Najihah. Jadi awak takkan ketinggalan. Sudahlah." Nasihat Cahaya Qaseh.
"Betul tu, lagipun kami tak belajar banyak hari ni. Cahaya cuma buat taskirah berantai je hari ni." Tutur Ikhwan pula.
"Tak payah masuk campurlah Ikhwan! Awak memang sengaja nak bela perempuan nikan?" Tempik Najihah.
"Bukan macam tu maksud saya Najihah. Saya cuma cakap apa yang saya rasa betul. Saya tak ada niat nak bela sapa-sapa!" Ikhwan mempertahankan kata-katanya, dia bangun dari duduknya.
"Tak payah nak tunjuk baguslah Ikhwan, awak memang sengaja nak bela perempuan gedik ni."
"Perlu ke sampai awak nak panggil dia 'perempuan gedik' Najihah?" Marah Ikhwan. Dia merenung tajam kearah Najihah.
"Sudah-sudah. Saya minta kamu semua hentikan perbahasan ni. Tolong hormat pada orang yang lebih tua dari kita. Kita perlu malu dengan kak Najwa dan Abang Faiz, dengan keadaan kita yang macam ni. Mari kita pergi makan di resort." Cahaya Qaseh menghentikan perbalahan antara mereka.
NAJIHAH menolak bahu Ikhwan yang baru sahaja mahu mengikut Shah berenang dipantai. Bad sudah lama berenang dipantai bersama Emah dan Niea. Amel hanya duduk dipasir pantai sambil bermain dengan telefonnya. Faiz dan Najwa berdiri di pergigian pantai merenung kearah pantai.
"Kenapa ni Najihah?" Soal Ikhwan pelik.
"Kenapa yang awak marah sangat bila saya panggil Amel 'perempuan gedik'? Kenapa?" Soal Najihah tidak puas hati. Dia tidak mengenakan tudung pula pada petang ini.
Cahaya Qaseh tidak kelihatan sejak tadi.
"Tak adalah, perlu ke sampai awak kena panggil dia perempuan gedik? Dah dia cakap, dia ingat awak tak sihat sebab tengok badan awak menggigil. Jadi bukan salah dialah." Ujar Ikhwan lembut.
"Bukan main bela lagi si Amel tukan?" Najihah senyum sinis merenung Ikhwan.
"Bukan saya bela dia, tapi saya cuma cakap apa yang dia rasa betul. Tak salahkan?"
"Yelah, bela si perempuan tu memang tak akan pernah salah. Yelah kalau bela saya apa awak dapatkan? Bela perempuan tu, dia boleh bagi macam-macam. Sebut je awak nak apa, dia boleh bagi!"
"Apa awak cakap ni Najihah?!" Tengking Ikhwan, membuatkan semua tertumpu kepada mereka semua, termasuk Amel sendiri.
"Yelah, awak lebih rela duduk dibawah telunjuk Amel. Sebab dia akan bagi apa je awak nak. Kalau awak dengan saya, apalah yang saya boleh bagi! Dasar kaki kikis!" Ujar Najihah berani.
Pang!
Terasa perit yang terlalu amat dipipi kanan Najihah. Cecair hangat mengalir di tepi bibirnya.
"Semiskin-miskin saya, saya masih tahu sedar diri Najihah! Dan saya sedar siapa diri saya. Tak perlu awak rendahkan saya sampai macam ni. Saya tak pernah berkasar dengan seorang perempuan Najihah! Tahniah awak jadi orang yang pertama!" Tengking Ikhwan, dia berlalu meninggalkan gadis itu disitu.
Najwa berlari mendapatkan adiknya dan membersihkan darah dibibir gadis itu. Shah dan Faiz mengejar langkah Ikhwan. Emah, Niea dan Bad saling berpandangan. Amel tersenyum sinis melihat adegan itu, kemudian kembali melayani gadgetnya.
"IKHWAN!" Tengking Faiz.
Langkah Ikhwan terhenti bila mendengar tengkingan Faiz, dia menoleh kebelakang.
"Apa yang kau buat ni Ikhwan?" Soal Shah bengang.
"Ikhwan, kenapa perlu sampai pukul perempuan? Apa yang dah jadi ni?" Soal Faiz.
"Semua takkan faham bang! Apa yang saya alami. Najihah tak sepatutnya cakap saya macam tu, sebab saya bukan macam tu!" Bentak Ikhwan.
"Kalau kau tak bersalah pun, kenapa perlu sampai nak memukul bro? Cuba kau fikir sikit, apa yang kau buat ni, salah!"
"Aku tertekanlah Shah, kau tak ada dekat tempat aku. Dan kau tak perlu tegakkan benang yang dah basah hanya kerana Najihah seorang perempuan!""Apa maksud kau ni Ikhwan? Abang tak faham." Faiz masih lagi berlembut bahasa.
"Kalau abang dan Shah sayang sangat dekat Najihah tu, suruhlah dia jaga mulut dia. Dia tak tahu apa yang saya pendam, apa yang saya telan. Jadi jangan sesuka hati tuduh saya kaki kikis. Walaupun dia perempuan dan tindakan saya tadi salah, tapi dia pun salah. Kau Shah, tolong pesan dekat kawan baik kau tu! Tak guna pakai tudung, tapi mulut macam baung!" Tempelak Ikhwan, dia terus berlalu meninggalkan Faiz dan Shah.
No comments:
Post a Comment