EPISOD 7
IKHWAN memberhentikan kenderaan dibahu jalan, dia merenung Amel dengan pandangan marah. Gadis yang memakai gaun pendek menampakkan peha dan atas dada itu dipandang dengan penuh benci. Walaupun hati menafikannya.
"Apa yang awak nak sebenarnya Amel? Kenapa sejak-sejak ni, awak macam nak musnahkan hubungan saya dengan Najihah? Kenapa?" Soal Ikhwan berani.
"Apa yang u merepek ni Wan? Jomlah balik, I dah penat ni. Esok pagi-pagi ada kelas, then ada rakaman dekat studio lagi." Amel malas untuk berbahas didalam keadaannya letih dan mengantuk.
"Tapi saya rasa awak perlu jawab pertanyaan saya ni!"
"Kalau tak?"
"Kalau tak saya tak akan jalan." Kata-kata Ikhwan mengundang kemarahan Amel.
"Apa masalah u sebenarnya? U nak i jawab apa?" Tengking Amel.
"Kenapa awak buat macam-macam penipuan pada Najihah tentang kita?" Soal Ikhwan pantas.
"U marah ke?" Soal Amel penuh sinis.
"Memang saya marah! Dulu saya cintakan awak, dan saya luahkan pada awak, awak tolak. Saya terima penolakan awak, sebab saya sedar siapa saya. Tapi bila saya dah bahagia dengan Najihah, awak nak hancurkan pula kebahagian saya dengan Najihah?" Ikhwan terasa berang dengan sikap majikannya ini.
"Ini bukan soal cinta Ikhwan! Ini soal dendam!"
"Dendam? Dendam pada siapa? Kak Najwa? Kalau pasal Kak Najwa kenapa perlu libatkan saya dan Najihah?" Soal Ikhwan lagi.
"Najwa i benci, seluruh keturunan dia i benci. Itu adalah termasuk Najihah." Jelas Amel dengan reaksi wajah yang penuh benci.
"Berani awak beritahu saya semua ni?" Ikhwan pelik, mengapa Amel seperti tidak kisah memberitahu sebab dia berbuat begitu, sedangkan dia tahu, Ikhwan adalah kekasih Najihah.
"Of course, because i need u in my game." Wajah Amel senyum bersahaja.
"Apa maksud awak?" Ikhwan mula dihujani kerisauan.
"I nak u ikut apa sahaja yang i suruh berkenaan Najihah dan Najwa. Sebagai ganjaran i lupakan apa sahaja yang i tolong pada u." Lancar Amel melontar strategi.
"Perangai awak memang melebihi akal dan fikiran saya Amel!" Ikhwan mula hilang sabar.
"Ini permulaan sayang. U dan mereka akan menerima kejutan demi kejutan. I pernah cakap pada u dulukan? Jangan pernah mencabar kebaikan i, sebab i boleh berubah lebih kejam dari apa yang u all jangka!" Amel sengaja mengingatkan kata-kata yang pernah diucap suatu ketika dahulu pada Ikhwan.
"Tapi perlu ke awak aniaya anak yatim sampai macam ni? Awak tahukan balasan bagi orang yang menganiya atau menzalimi anak-anak yatim?" Ikhwan cuba main psikologi bersama gadis itu.
"Gelaran 'anak yatim' bukan alasan untuk dia menggunakan kebaikan orang dengan sikap tak tahu sedar diri! Gelaran 'anak yatim' bukan alasan untuk dia bersifat penting diri. Gelaran 'anak yatim' bukan alasan untuk dia merampas hak orang lain! Yang penting gelaran 'anak yatim' bukan tiket untuk diaorang bahagia diatas penderitaan orang lain! Hanya kerana Najwa dan Najihah tu anak yatim, u nak i bersifat sahaja, tutup mata apa yang dia dah buat??" Tempelak Amel.
"Bukan macam tu maksud saya."
"Habis? Apa maksud u?"
"Perbuatan awak tu dah melebihi batas, menyakiti hati sekeliling. Termasuk saya sendiri! Awak faham tak?" Bidas Ikhwan.
"I tak peduli dengan pandangan u Ikhwan. Now, tugas u hantar i balik! I belum tugaskan u dalam permainan i. So tak payah nak menjadi pemain psikologi tak bergaji dekat sini!" Amel tahu Ikhwan sedang main psikologi dengannya, jadi dia tidak mahu terkalah.
Penangan pelajar jurusan Kaunseling apabila berdebat!
"AKU nak minta maaf sebab malukan kau depan Amel hari tu." Faiz membuka bicara setelah hampir seminggu dia tidak bertegus sapa dengan Najwa. Isterinya itu mengambil keputusan untuk berjauh diri. Setiap malam, Najihah pasti tidur disofa yang ada diruang tamu, manakala Faiz didalam bilik.
Najwa buat tidak tahu dengan apa yang suaminya suarakan. Dia hanya mendiamkan diri sambil menghidangkan sarapan untuk Faiz. Fikirannya melayang memikirkan keadaan adiknya, sudah lama dia tidak melawat Najihah selepas dia meninggalkan Najihah dan mengikuti Faiz.
"Kau dengar ke tidak aku cakap dengan kau ni Najwa?" Soal Faiz, mula naik berang.
"Aku dengarlah, tak payah kau nak terpekik macam aku dekat luar rumah! Jatuh gegendang telinga aku, kau nak ganti ke?" Najwa duduk didepan suaminya sambil menikmati sarapan pagi tanpa memandang walau sekilas kearah suaminya.
"Gegendang telinga kau jatuh aku nak fikir, anak tekak aku putus siapa nak fikir? Aku minta maaf kau diam je, tak sakit hati aku?" Sebenarnya Faiz suka bertikam lidah dengan isterinya. Kerana Najwa selalu mengeluarkan kata-kata yang mampu membuat hatinya berasa lucu.
"Kisah apa aku. Hati kau sakit, kau pergilah hospital buat check up! Apa susah, ingat aku doktor?" Bidas Najwa selamba.
"Aku nak minta maaf dengan kaulah singa.!" Selamba panggilan singa diberikan kepada Najwa.
"Kau panggil aku apa?" Najwa membaling sudu kearah Faiz. Mereka berkejaran didalam rumahnya, namun langkah Faiz terhenti apabila mendengar jeritan isterinya. Rupanya isteri dia tergelincir jatuh diruang tamu.
Cepat Faiz mendapatkan Najwa. "Kau okey tak?" Soal Faiz cemas. Dia memapah Najwa dan mendudukkan isterinya diatas sofa.
"Sakitlah!" Rengek Najwa. Dia memegang buku lalinya yang sudah biru, mungkin terseliuh.
Faiz terpegun melihat rengekan isterinya. Ternyata Najwa seorang yang manja.Dari itu dia yakin, sifat kekasaran yang ditunjukkan Najwa sekadar lakonan.
"Kita pergi kliniklah." Faiz membawa isterinya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
No comments:
Post a Comment