EPISOD 5
NAJWA ATIKAH mengemas seluruh bilik suaminya, sebelum bergerak ketempat kerja. Dia bersyukur kerana Amel masih memerlukan khidmat dia ditempat kerja.
Tiba ditempat kerja, dia terkejut melihat suaminya Faiz sudah ada disitu disisi Amel. Gadis itu pula sengaja memeluk lengan suaminya. Entah kenapa rasa meluat didalam hati semakin mendidih terhadap Faiz.
"Assalamualaikum Amel." Sapa Najwa.
"Nampaknya perampas tunang orang dah sampai." Tutur Amel selamba tanpa menjawab salam yang diberi oleh Najwa.
"Dear, tak mau cakap macam tu." Pujuk Faiz. Dia memluk bahu tunangnya.
"B jangan nak backup dia pula! Atau B memang dah jatuh hati dengan dia?" Soal Amel bengang, dia menepis pelukan tunangnya.
"Jatuh hati dengan dia? Minah macam jantan ni, Dear kata B jatuh hati? Memang tak lah Dear. Tak ada selera B." Herdik Faiz selamba pada isterinya. Dia tidak memikirkan langsung perasaan gadis itu.
Najwa mengecilkan mata merenung kearah suaminya. 'Mamat ni mulut dia boleh tahan jugakan! Kalau aku campak diari aku ni dekat muka dia memang bersegi-segilah jawabnya! Kau tunggu malam ni, memang nahas kau aku kerjakan!. Tekad Najwa didalam hati.
"Yang kau tercegat apa lagi dekat situ Najwa? Dah tak tahu kerja dah lepas rampas tunang aku?" Tempelak Amel, mematikan lamunan Najwa.
"Maaf Amel, aku masuk kerja dulu." Najwa melintasi mereka berdua. Yang peliknya perasaan cemburu tidak wujud didalam jiwanya.
"Dear, B nak masuk kerja ni. Nanti kita jumpa waktu lunch ok." Faiz mencium pipi tunangnya dan berlalu ke kereta.
Amel terus masuk kedalam mendapatkan Najwa. Dia menghampiri Najwa dan menolak bahu wanita itu.
"Apa ni Amel, cuba jangan macam ni dengan aku. Apa salah aku dengan kau?" Najwa tidak suka diperlakukan begitu.
"U tanya i apa salah u? U dah gila ke, atau hilang ingatan? I akan lakukan ini semua dengan u sampai bila-bila! U dengar sini baik-baik, Faiz tetap akan jadi milik i. Faham! Dia dah janji akan kahwin dengan i, so u tak payah nak mimpi jauh-jauh yang dia akan jadi milik u!" Tempelak Amel.
"Aku tak kisah pun Amel, dah memang dia tunang kau. Bila-bila kau nak kahwin, kau kahwinlah." Najwa menahan gelaknya. Dia fikir aku nak sangat ke tunang sengal dia tu. Kalau tak kerana tangkap basah tu, sampai ke sudah memang aku tak nak tengok muka mamat poyo tu. Mentang-mentang kacak, fikir diri dah bagus!
"Whatever lah. Now, u sediakan baju-baju i. Kejap lagi ada shoot untuk klip video lagu terbaru i. Now i nak masuk kelas!" Amel berlalu meninggalkan Najwa dan menuju keretanya yang sedang dipandu oleh Ikhwan.
Dikolej Najihah makan hati dengan kekasihnya yang buat tak tahu je, bila Amel memeluk lengannya. Najihah sejak tadi mencubit-cubit lengan Niea yang berada disebelahnya. Tak pasal-pasal lengan sahabatnya itu menjadi mangsa.
"Kau ni kenapa? Nak makan pelempang ke apa?" Pekik Niea. Sakit betul lengannya dicubit-cubit Najihah berulang kali.
"Dah kenapa kau terpekik macam ni Niea, nak bunuh aku ke apa?" Marah Shah. Mana tidaknya pekikan Niea yang tiba-tiba tu membuatkan dia tersedak ketika sedang minum air.
"Rileklah Shah, Si Jihah ni yang pergi cubit-cubit Niea." Tegur Emah.
"Yang kau cubit-cubit Niea kenapa Jihah?" Marah Shah lagi.
"Macam mana tak cubit, kau tengoklah si Ikhwan dengan Amel tu. Dah macam pasangan kekasih aku tengok. Memang cemburulah Jihah dibuatnya." Tambah Bad.
Mereka yang sedang minum disitu memerhati perbuatan Amel dan Ikhwan.
"Aku rasa Amel mesti ada plan nak kenakan Jihah ni, Amel dengan adik beradik Jihahkan dah tak sebulu." Susul Shah.
"Hye guys!" Tiba-tiba Amel menyapa dan duduk disebelah Shah, serta Ikhwan pun duduk disebelahnya.
"Hye Sweet. Minum?" Pelawa Shah, panggilan 'Sweet' memang dikhaskan untuk Amel. Tidak pula menunjukkan tanda-tanda nak marah pada gadis genit itu.
"Of course i datang nak minum. Takkan nak makan orang pula." Sempat Amel memerli Najihah yang merenung tajam kearahnya.
Ikhwan dapat menjangka akan terjadi perang dingin diantara dia dan kekasihnya Najihah apabila melihat Najihah berulang kali menjeling dia.
"Kau orang ni ada apa-apa ke?" Lancang benar kata-kata Bad. Benar-benar tidak menghormati Najihah yang berada disitu. Tak pasal-pasal disiku perutnya oleh Niea.
"Kalau kami ada apa-apa pun, ada effect ke kat u all? Hurm?" Soal Amel selamba.
"Mestilah ada.... "Tak sempat Niea habiskan kata-kata, tiba-tiba Emah menyampuk.
"Maksud Niea, mestilah sweet. Sama padan." Emah memang sentiasa menjaga hati Amel. Walaupun gadis itu melakukan kesalahan, dia sentiasa membela Amel. Sebab itu dia dan kembarnya Niea tak pernah sebulu.
"Tapi Sweet, kalau Sweet dengan Shah, Shah akan tambah sweet plus." Selamba Shah berseloroh.
"Of courselah. But now, belum lagi. Now bagi i dengan Ikhwan je dulu." Amel memang ingin mencetus perang dengan Najihah.
"Kau apahal ah Amel? Sengaja nak cari pasal dengan aku ke apa?" Tempelak Najihah, hilang sabar. Dia bangun dari tempat duduk dan merenung Amel dengan penuh amarah.
"Kalau u tak nak malu, lebih baik u duduk Najihah." Sinis Amel. Dia masih punya tahap kesabaran untuk tidak memalukan sahabatnya itu.
"Duduklah Jihah." Niea menarik tangan sahabatnya untuk duduk.
"Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan! Apasal kau menggedik dengan pakwe aku?" Marah Najihah, sebaik sahaja duduk semula. Mukanya yang putih sudah mula kemerahan menahan marah.
"Sebelum u marah i, dan tuduh i menggedik dengan boyfriend u! U suruh kakak u tu dulu jangan nak menggedik dengan tunang orang! Faham?!" Amel menengking Najihah dengan tengkingan padat. Sehingga membuatkan Najihah tertunduk.
"Siapa nak ikut i masuk kelas jom! Siapa yang tak nak, boleh duduk dengan minah ni sampai habis kelas! Ikhwan u follow me, or u tahu akibatnya." Amel berlalu dari situ sambil diikuti Shah, Bad, Emah dan Ikhwan.
Ikhwan sempat menoleh kearah Najihah dengan penuh simpati, namun lengannya cepat dipeluk oleh Amel.
"Sabar Jihah. Jangan macam ni." Pujuk Niea. Dia simpati dengan keadaan sahabatnya ini.
"Aku nak sabar macam mana lagi Niea? kau nampak dan dengarkan tadi? Dia buat aku sampai aku tak ada hak nak marah dia. Dia buat aku seperti aku ni memang layak dihukum oleh dia. Sakit hati aku ni Niea." Tutur Najihah lemah. Airmatanya bertakung.
"Aku faham perasaan kau Jihah. Tapi kau kena bersabar, jangan melayankan sangat sifat pemarah si Amel tu." Niea masih tak berputus asa memujuk sahabatnya.
"Mungkin nasib anak yatim piatu macam aku memang macam nikan Niea. Tak dapat nak bela diri." Tiba-tiba rasa rendah diri terkuasa dalam diri Najihah.
"Jangan cakap macam tu Jihah. Walaupun kau anak yatim piatu tak bermakna kau mudah untuk ditindas. Kau kena kuat. Sedangkan Nabi Muhamad saw yang mulia tu pun anak yatim piatu. Dia tetap dimuliakan dan diagungkan oleh Allah swt. Jadi kau tak boleh rasa macam tu, okey?" Pujuk Niea lagi.
"Tapi aku tak tahanlah dengan sikap Amel tu, dia suka buat aku macam ni." Najihah masih lagi punya hujah.
"Setakat hinaan manusia apalah sangat Najihah, jika nak dibandingkan dengan pujian Illahi. sudah-sudahlah. Lupakan semua tu, jom masuk kelas. Nanti kita lambat, dan kena denda, lagilah si minah genit tu suka." Niea bangun dan memimpin jemari Najihah untuk menuju kekelas.
No comments:
Post a Comment