EPISOD 9
NAJIHAH didepan kakaknya Najwa sepuas-puas dia. Airmatanya sudah membasahi wajah. Najwa Atika merasa bersalah dengan adiknya. Dek kerana takdir dia, nasib Najihah terheret sama.
"Maafkan kakak Jihah, kakak bukan kakak yang baik. Kerana kakak, Jihah turut terlibat dalam hal ni." Najwa memeluk bahu adiknya. Dia faham dan dia mengerti bukan ini yang Najihah mahukan.
"Sebab kita anak yatim piatu, sebab kita bergantung hidup dengan dia, sebab dia yang kutip dan bela kita, dengan mudah dan sewenangnya hati kita dilapah oleh dia kak! Dia memperhambakan jiwa kita. Yang peliknya, Ikhwan yang selama ni setia dengan saya pun, boleh termakan dengan godaan dia. Hati siapa yang tak hancur kak?" Najihah menangis lagi.
"Bertahanlah dik, bertahan selagi mampu kita. Biarlah apa sahaja yang dia mahu lakukan pada kita, jangan sekali kita meningkah. Ingat cakap akak ni. Kita perlu sedar, dari mana kita datang. Ingat!" Najwa tidak mahu Najihah lupa pada budi yang diberi oleh Amel terhadap mereka. Sampai sekarang pun, masih Amel yang menyara pembiayaan pendidikan Najihah, oleh kerana dia tidak mampu untuk mendapatkan pembiayaan sebesar itu.
Najihah sekadar mengangguk dan memeluk kakaknya dengan penuh erat.
FAIZ melayani perasaan dipejabatnya. Najwa menguasai dirinya perasaannya, jiwanya, hatinya dan fikirannya. Sifat isterinya yang kasar diluar lembut didalam meragut hatinya. Dia akur, kini dia jatuh cinta dengan insan yang bernama Najwa Atika.
Biarpun dia selalu menyakiti hati gadis itu. Najwa tetap setia menjalankan tanggungjawab dengan baik. Baju kerjanya diseterika dan disiapkan, tali leher, stokin disiapkan. Sarapan dan makan malam disediakan. Pendek kata semua tugas isteri sebenarnya dijalankan.
Bagi dirinya, dia tidak menyesal menikahi gadis itu. Gadis yang sebenarnya memiliki sekeping hati yang begitu lembut.
Ketukan dipintu membuatkan dia terkejut.
"Boss, Miss Amel nak jumpa. Dia ada dekat luar." Ujar Mas setiausahanya.
Faiz mengangguk tanda mengizinkan.
Amel masuk dengan wajah yang tidak menggambarkan apa-apa perasaan. Tiada senyuman seperti selalu. Melihat wajah Faiz, hanya mengingatkan peristiwa didalam kereta di beberapa hari lepas.
"Yes Dear, kenapa tak beritahu nak datang?" Soal Faiz lembut.
"Selama ni, kalau i datang, i ada beritahu u ke B?" Soal Amel kembali.
"Okey, sorry. Dear nak apa ni?" Soal Faiz lagi.
"Tak ada apa, saja je datang. Tak boleh ke?" Soal Amel lagi. Dia memandang wajah Faiz dengan penuh kerinduan. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk lelaki itu, namun ego lebih mengatasi segalanya.
"Dear, hari ni B banyak kerjalah. Kalau Dear datang lain kali boleh?" Faiz tidak tahu mengapa dia lebih gemar menolak Amel sejak-sejak ni.
"Boleh. But i nak u jawab i mengenai dua perkara B." Amel sudah bersedia untuk menerima penipuan tunangnya.
"Apa dia Dear?"
"Apa status hati u sekarang pada Najwa?" Soal Amel selamba.
"Kosong Dear, tak ada apa-apa." Pantas dan cepat Faiz membuat pembohongan.
"Bagus." Jawab Amel sepatah. Hatinya sudah mula merintih. Kosong sampai boleh bercium ye Faiz? Herdiknya didalam hati.
"Soalan lagi satu Dear?" Soal Faiz lagi.
"Adakah u akan tepati janji u untuk menikahi i?" Soal Amel lagi.
"Hurm.. Hurmm... Yup." Jawab Faiz tergagap-gagap.
Amel sekadar mengangguk dan hampir terkedu dengan tindak balas Faiz. Dahulu Faiz sentiasa berkata dengan bersungguh mahu menikahinya namun kini...
"I pergi dulu B." Amel bangun dari tempat duduknya dan berlalu dari pintu bilik itu.
SHAH membeli makanan di kafeterian bersama Emah dan Bad. Mereka duduk meja yang agak tersembunyi. Sebaik sahaja melihat Ikhwan menghampiri mereka dengan membawa makanan, Shah menghentikan makannya. Dia bangun dan meminta diri dari Bad dan Emah.
Namun Ikhwan lebih pantas mencegahnya. "Shah, kau marah dengan aku ke?" Soal Ikhwan pantas.
Shah sekadar menggeleng dan tidak memandang kearah Ikhwan walau sedikit.
"Habis tu kenapa, sejak-sejak ni kau dingin dengan aku?" Soal Ikhwan, dia mahukan kepastian.
Shah sekadar menggeleng lagi.
"Shah apa masalah kau Shah? Kenapa kau macam ni denga aku?" Soal Ikhwan lagi, dia tidak puas hati dengan cara Shah.
Lagi sekali Shah sekadar menggeleng.
"Shah kau dah kenapa??" Ikhwan mula putus harapan.
"Sebelum kau sakitkan hati orang yang sayangkan kau, kau bayangkan bila hati kau disakiti oleh orang yang kau sayang!" Pesan Shah dengan nada yang penuh tenang. Dia berlalu setelah memberi kalam itu pada Ikhwan.
EMAH, Bad, Shah, Ikhwan, Najihah, Niea dan Amel serta rakan-rakan lain didalam kelas mengambil perhatian mendengar pengumumam profesernya.
"Saya ingin memperkenalkan pada kamu, seorang pelajar baru. Silakan." Prof Faroq mempersilakan pelajar tersebut masuk kekelas.
Satu kelas terpesona melihat kecantikan gadis itu dan pakaian gadis itu. Begitu menutupi aurat dengan sempurna. Jubah, sarung tangan, tudung labuh menutup lagu dengan sempurna benar-benar membuatkan satu kelas itu berasa serba salah. Mana tidaknya, didalam kelas itu ada yang tidak menutup aurat dengan sempurna, Lebih-lebih lagi penyanyi terkenal tu, iaitu Amel!
Shah yang pegun melihat gadis itu serta merta membuka jaketnya dan, dan memakaikan dibahu Amel. Amel tidak menolak malah memakai jaket lelaki itu dengan sempurna.
Semua didalam kelas itu menjadi segan silu dan tidak terkata. Ada yang sampai tertunduk malu.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Cahaya Qaseh Binti Muhammad. Sahabat-sahabat semua boleh memanggil saya dengan panggilan Cahaya atau Qaseh. Selamat berkenalan, moga ukhwah ini membuat kita lebih kuat dalam kehidupan. InsyaAllah." Tutur Cahaya Qaseh dengan penuh kelembutan.
No comments:
Post a Comment