EPISOD 1
AMEL dan Faiz berjalan berpimpinan tangan menuju ke gerbang butik pengantin. Amel gadis yang amat dicintai Faiz. Gadis kelahiran Johor itu membesar di Melaka dan ditakdirkan menjadi penyanyi terkenal dan amat digemari ramai. Usianya yang baru berusia dua puluh tahun itu digilai peminat-peminat tanah air dan luar negara. Semenjak menjadi penyanyi yang dikenali ramai, Amel menetap di Kuala Lumpur kerana dia seringkali diminta untuk membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur.
Pertemuan dirinya dengan Faiz ketika berlanggar bahu disalah sebuah tempat membeli belah yang terkenal di Kuala Lumpur. Ketika itu Amel baru berusia lapan belas tahun dan baru bertapak didalam bidang seni dengan single pertamanya 'Cinta Kita'. Kerana kesetian yang dihulurkan Amel dan kesabaran yang dititipkan kepada Faiz hubungan cinta mereka berpanjangan sehingga dua tahun, dan kini Faiz mahu hubungan mereka disempurnakan dengan ikatan perkahwinan.
Faiz dan Amel bersama-sama mencuba pakaian pengantin yang disarankan oleh pemilik butik tersebut. Setelah dipersetujui bersama mereka mengambil empat kelima pasang pakaian untuk digunakan ketika malam persepsi perkahwinan nanti.
Faiz seorang ahli korporat yang dikenali ramai. Umur yang baru dua puluh lima tahun sudah memiliki empayar sendiri, hasil titik peluh beliau yang tidak pernah kenal erti lelah. Biarpun papanya sendiri ada syarikat yang sangat besar dan mampu menampung kehidupan dia dan mamanya, namun Faiz tidak pernah mengambil kesempatan diatas kemewahan yang diperolehi Datuk Farid.
"Dear, U tak nak makan ke?" Soal Faiz lembut. Dia memandu dengan penuh cermat dan tangan kirinya setia menggenggam jemari Amel disebelah.
"I tak ada mood nak makanlah B. I ada rakaman hari ni, Najwa dah call suruh I cepat. Sorry, B." Amel melentokkan kepalanya dibahu Faiz.
"Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki I nak lunch dengan U, Dear. Malam ni, kita dinner sama. Boleh?" Faiz masih tidak putus harapan memujuk tunang tercinta.
"Malam ni? Ok, tapi B kena ambil Najwa dululah. I akan drive sendiri, nanti U bagi alamat tempat dinner kita." Dalam apa jua keadaan, Amel tidak pernah melupakan Najwa pembantu pengurusannya.
"Ok, dear." Faiz mula terasa terubat apabila 'buah hatinya' mahu menerima pelawaannya.
Najwa Atikah menanti kedatangan tunang majikannya itu dengan penuh kesabaran. Walaupun sudah sejam menunggu, Najwa Atikah sentiasa berfikiran positif dan tidak mahu marah.
Najwa Atikah seorang gadis yang panas baran, walaupun umur sudah dua puluh empat tahun, dia tidak pernah punya kekasih. Sebab kerana itu dia tidak pernah bercinta dan tidak pernah kenal erti cinta. Kerana sikapnya yang agak kelakian, dia tidak pernah didekati lelaki biarpun memiliki paras rupa yang jelita.
Akhirnya kereta Honda Accord berwarna Putih terang milik Faiz berhenti disebelah Najwa Atikah yang sedang terduduk menunggu. Faiz yang menunggu didalam agak bengang dengan sikap Najwa Atikah yang masih duduk diam sambil memeluk lutut dan menakuk dagu. Dia keluar dari kereta mendapatkan gadis itu, rupa-rupanya Najwa Atikah sudah terlelap disitu.
"Najwa! Najwa!" kejut Faiz perlahan. Gadis itu tersedar dari lena dengan begitu pantas, seperti ditepuk seseorang dari belakang lagaknya.
"Kau tak ada lambat lagi dari ni?!" Tempelak Najwa Atikah. Dia merenung jarum jam ditangannya dan memasuki kereta lelaki itu dibahagian penumpang.
"Yang kau nak marah-marah ni kenapa?" Soal Faiz sebaik sahaja memasuki kereta. Bengang dia melihat sikap Najwa Atikah yang tidak pernah langsung menghormati dirinya sebagai tunang kepada majikan gadis itu.
"Kau boleh tanya aku kenapa aku marah-marah? Eh! Kalau kau tanya orang gila pun, orang gila tu akan bagi kau penumbuk sedepa kau tau? Dah tentulah aku marah, sebab kau lambat!" Tempiak Najwa Atikah selamba, marahnya membuak didalam hati.
"Banyak bunyi pula minah ni. Sekali aku bagi kau, kau pula yang bisu nanti." Rungut Faiz perlahan, tapi masih boleh didengari Najwa Atikah.
"Ada hati nak buat aku tu, cubalah mamat senget. Nanti nama kau terpapar dekat dada-dada akhbar jangan salahkan aku sudahlah." Bidas Najwa Atikah sambil membetulkan cap yang dipakainya. Rambutnya yang ikal disanggul habis dan diselitkan dibalik cap. Baju kemeja yang besar melindungi bentuk dan lekuk tubuhnya, seluar jeans lusuh lagi menampakkan dirinya tidak pandai bergaya. Namun dia tidak pernah mempedulikan.
"Kau duduk diam-diam dekat sebelah ni, sebelum aku cium kau separuh mati." Arah Faiz berbaur amaran. Bengang sungguh dia dengan gadis disebelahnya ini.
Dengan pantas Najwa Atikah menutup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan. terserlah merah pipinya.
AMEL menanti penuh setia dimeja makan, walaupun sudah hampir dua jam menunggu. Akhirnya Faiz muncul bersama pembantu pengurusannya. Dengan penuh ikhlas dia melemparkan senyuman pada Faiz dan Najwa Atikah.
"Sorry dear. I'm late." Sapa Faiz lembut, dengan selamba menkucup pipi Amel sebelum duduk disebelah tunangnya.
"I'ts okay. Najwa duduklah." Arah Amel, apabila melihat Najwa Atikah masih berdiri tegak didepannya.
Najwa Aatikah memberi senyuman plastik dan duduk didepan Amel. Melua benar dia melihat Faiz yang dengan selamba mencium pipi majikannya tanpa berfikir halal haram. Sakit benar hatinya.
Mereka menikmati makan malam bersama-sama dengan penuh keriangan, Amel tidak pernah melepaskan peluang untuk berkongsi gambar mereka di Instagram. Tidak menunggu sampai beberapa jam pun, sudah berpuluh ribu peminatnya yang 'like'.
Amel dan Najwa menaiki kenderaan Amel untuk pulang, dan Faiz menaiki kenderaannya sendiri. Mereka berjalan menuju ke destinasi berlainan. Amel kerumahnya, dan Faiz kerumahnya.
FAIZ dan Najwa berjalan beriringan ketempat parkir kereta untuk mendapatkan kotak hadiah hari jadi Amel. Amel sedang menunggu didalam hotel bersama peminat-peminat yang turut serta meraihkan hari kelahirannya.
Oleh kerana lokasi tempat parkir kereta itu terlalu gelap, Faiz mengajak Najwa Atikah menemaninya. Sedang elok mereka berdua memeriksa kotak hadiah tersebut didalam kereta, secara tiba-tiba tingkap kereta diketuk dari luar.
Faiz terkejut melihat sekumpulan lelaki berserban bersama beberapa anggota polis sudah menanti dia berdua diluar.
Faiz dan Najwa Atikah berpandangan.
No comments:
Post a Comment