EPISOD 3
NAJWA duduk dibirai katil dengan perasaan yang seolah-olah akan bertemu hantu sebentar lagi. Bilik suaminya ditatap tanpa minat. Dia tidak pernah membayangkan akan memasuki bilik yang sebesar ruang rumahnya.
Betapa jauhnya jarak aku dan dia Ya Allah. Mampukah aku bertahan dengannya? Soal Najwa didalam hati. Rambutnya yang ikal, disanggul dengan penuh rapi. Bersabar menanti kehadiran suaminya yang berada didalam bilik air.
Faiz keluar dari bilik air dengan hanya memakai kain pelikat dan t-shirt nipis berwarna putih. Dia memandang Najwa Atikah yang memakai pyjamas seluar panjang dengan perasaan yang bercampur baur. Perasaan benci dan meluat terhadap isterinya surut sedikit demi sedikit sebaik sahaja melihat Najwa Atikah begitu ayu memakai baju kurung dan tudung ketika mereka mahu dinikahkan tadi. Dia tidak menyangka akan menikahi gadis yang cantik dan ayu seperti Najwa Atikah. Biarpun kecantikan gadis itu tidak mampu menandingi Amel, namun cukup membuat jiwanya bergetar.
Dia naik diatas katil tanpa berkata apa-apa dengan isterinya. Mengenyakkan tubuh diatas tilam, dan terus melelapkan mata. Merenung wajah Najwa Atikah memang bencinya berkurang, namun tetap tidak dapat memadam perasaannya yang sedih dengan perubahan drastik dalam laluan kehidupan.
Najwa Atikah bengang dengan perlakuan suaminya ini. Tak akan aku nak jadi patung chendana dekat sini! Sekurang-kurangnya beritahulah aku nak tidur dekat mana! Kau ingat, kau seorang je ke yang mengantuk? Aku tak mengantuk? Pekik Najwa didalam hati.
Setelah beberapa minit menanti, Najwa Atikah yakin suaminya tidak akan menegurnya kerana dengkuran kecil sisuami itu sudah cukup meyakinkan bahawa lelaki itu sudah hanyut terlena.
Najwa mengambil keputusan untuk tidur di sebelah katil besar itu. Beralaskan permaidani empuk itu, Najwa Atikah terlena.
FAIZ tersedar apabila mendengar azan subuh berkumandang, dia membuka mata dengan perlahan dan meraba sesuatu disebelahnya. Apabila dia merasakan Najwa Atikah tidak berada disebelahnya, terus dia terbangun dengan pantas dan terduduk. Dia mencari kelibat isterinya tidak ada. Mana pula bini aku ni?? Pekiknya didalam hati. Dengan pantas dia turun dari katil tanpa memeriksa apa yang ada disebelah katilnya. Tanpa diminta dia terjatuh apabila terpijakan sesuatu yang lembik, serentak itu dia terdengar suara orang menjerit.
Faiz terkejut melihat Najwa yang mengerang kesakitan kerana dipijak oleh dia. Pantas dia mendapatkan isterinya yang sedang memegang perut.
"Kau buat apa dekat bawah ni? Kenapa tak tidur dekat atas?" Soal Faiz lembut. Dia memapah tubuh Najwa Atikah keatas katil.
"Kau boleh tanya aku macam tu! Perut aku ni sakit tau tak? Tak payahlah banyak tanya." Marah Najwa perlahan. Airmatanya menitis kerana kesakitan yang dia alami.
"Okey-okay. Kejap aku pergi ambil first aid." Faiz mahu meninggalkan isterinya namun tangannya dipaut dahulu oleh Najwa.
"Kau nak ambil first aid tu untuk apa? Kau ingat perut aku ni, koyak ke kau pijak? Kaki apa kau pakai, sampai nak terkoyak perut aku? Perut aku ni sakit, paling kuat hancur organ dalaman ni kau tahu. Kau pergilah ambil ubat angin ke, minyak cak kapak ke! Boleh juga aku sapu." Marah Najwa dalam tangisan.
"Yelah-yelah! Kau tunggu sini, aku cari minyak angin. Sebab aku tak ada minyak cak kapak, tapi kalau kau nak sangat, aku boleh ambil minyak masak dengan kapak bagi dekat kau!" Sempat Faiz berseloroh sebelum meninggalkan isterinya.
Beberapa minit kemudian, dia masuk semula kebilik untuk mendapatkan Najwa. Wanita itu masih lagi teresak-esak menahan kesakitan. "Kau baringlah, biar aku sapukan." Arah Faiz.
Najwa hanya menurut, dia tidak dapat menahan kesakitannya. Dengan perlahan Faiz menyapukan minyak angin itu diperutnya. Lelaki itu mengurut perutnya dengan perlahan. Dia berasa sedikit lega dan agak berkurangan kesakitannya.
"Dah kau rehatlah dulu. Aku nak pergi solat subuh kejap. Kalau kau rasa boleh solat, nanti kau solat." Faiz meninggalkan isterinya dan berlalu kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
AMEL menghempaskan tubuh disofa sebaik sahaja mencampakkan surat khabar yang memaparkan perkahwinan tunangnya dan Najwa. Hatinya begitu sakit disaat ini. Terasa bagai ditusuk dengan pisau-pisau yang tajam.
Airmatanya merembes laju. Dia tidak pernah berharap, perhubungan yang terjalin hampir tiga tahun itu terputus begitu sahaja.
Sepatutnya seminggu dari sekarang, majlis pernikahannya dan Faiz akan berlangsung, namun semuanya sudah hancur dan musnah.
Didalam dia berasa kehilangan, dia turut rasa bersalah kerana mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati Najihah dan Najw pada tempoh hari. Dia tekad untuk meminta maaf kepada dua beradik itu nanti.
Dalam pada dia marah, dia sedar, Faiz bukan untuknya. Cuma kekesalan menghantui dirinya dan membuatkan dia berasa marah dengan takdir hidupnya.
Dia berasa kehilangan.
Ku coba ungkap tabir ini
kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanmu
Ku merasa t'lah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
kau pergi jauh kerana salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Meningatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa ada kamu
aku gila
Seandainya kamu bisa
mengulang kembali cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
No comments:
Post a Comment