EPISOD 4
"AKU tengok kau bukan main beria tak suka dengan perkahwinan akak kau tu, dah kenapa?" Soal Niea penuh minat.
"Beria-ia aku ni pun, kakak aku kahwin juga dengan lelaki tu!" Tempelak Najihah kasar.
"Sebab dah jodoh kakak kaukan." Niea duduk disebelah sahabatnya ditempat perhentian bas. Mereka baru pulang dari kolej sebentar tadi.
"Aku tak suka lelaki yang mengahwini kakak aku hanya kerana untuk menjaga reputasi keluarga dia, bukan kerana cinta!" Tambah Najihah, dia merenung jalan raya dengan padangan kosong.
"Memang patutlah perasaan tu tak ada dalam diri si Encik Faiz tu, dah tentulah dia cintakan Si Amel tu, tunang dia pulak tu." bantah Niea selamba.
"Masalahnya dia dah kena tangkap khalwat dengan kakak aku, itu tak cukup ke nak buat dia cintakan akak aku?" Tengking Najihah.
"Jihah, kau nikan! Nilah masalah kau! Kau sedar tak dengan apa yang kau cakap? Encik Faiz tu kena kahwin dengan kakak kau, sebab kena tangkap khalwat. Lepas tu, dia kena tangkap khalwat masa dia nak ambil present birthday tunang dia. Nampak tak dekat situ, yang Encik Faiz memang tak ada perasaan dekat akak kau. So bukan salah Encik Faiz, kalau dia tak boleh cintakan kakak kau dan hanya mencintai Amel." Terang Niea panjang lebar.
"Masalahnya sekarang isteri dia kakak aku, bukan Amel. So, dia tak boleh ke cintakan kakak aku? Kenapa perlu ada nama Amel pula??"
"Jihah, Jihah. Sepatutnya kau sebagai adik, berdoa untuk kebahagian kakak kau. Kalau sekarang lelaki tu masih cintakan Amel, adatlah. Sebab sebelum ni pun dia tak pernah ada masalah dengan tunang dia tu. Jadi sekarang ni, kita kenalah beri dia masa untuk jatuh cinta pada kak Najwa. Kau kena ingat Jihah, cinta yang terjalin antara Amel dan Faiz dah makan hampir tiga tahun tau! Kakak kau kahwin dengan lelaki tu baru nak masuk tiga hari. Sabarlah, cintakan perlukan pengorbanan. Kau tu, jangan nak over pulak bencikan abang ipar kau. Dosa." Tutur Niea panjang lebar.
Najihah hanya mampu diam dan mengiakan kata-kata sahabat baiknya itu didalam hati. Dia menunggu kedatangan kekasihnya Ikhwan dengan penuh rasa sabar. Lelaki itu kalau tak lambat tak sah. Mesti kes, si Amel tu suruh hantar kesana kemari!
Ikhwan adalah pemandu peribadi Amel dan pelajar satu kolej dengan Amel dan Najihah. Mereka bertiga bersahabat baik termasuk Niea, Emah, Shah dan Bad. Bad seorang perempuan pengkid yang meminati Amel didalam diam, Ikhwan yang selalu menghalang perbuatan terlebih-lebih Bad terhadap Najihah.
Terkadang lahir rasa cemburu didalam hati Najihah bila Ikhwan sering membela dan berada disisi Amel berbanding dia, sedangkan dialah kekasih Ikhwan. Namun dia selalu mencuba membuang perasaan itu kerana dia tahu, Amel ada Faiz.
"Awak nak pergi mana lagi ni Amel? Saya nak kena ambil Jihah ni. Saya dah lambat ni." Rungut Ikhwan, dia bengang dengan sikap Amel yang sengaja melengah-lengahkan kerjanya.
"Ikhwan, u my driver so, ikut jelah mana i nak pergi. I nak u call Jihah, suruh dia balik sendiri. Dia ada kakikan, kalau rasa tak larat nak jalan kaki, naiklah teksi ke bas ke. Tak cukup duit claim dekat I nanti. I nak u bawak i pergi jalan-jalan hari ni." Amel sengaja menyakiti hati Najihah, dia tahu gadis panas baran itu pasti akan bengang dengannya kerana menahan Ikhwan. Tapi itulah hobinya kini.
"Awak, mana boleh macam tu. Kesianlah dekat Jihah, saya dah janji dengan dia." Ikhwan khuatir akan dimarahi kekasihnya yang panas baran itu.
"Ish! Susahlah u ni!" Pekik Amel, dai mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon bimbit Bad. "Hello Bad! U tolong ambil Jihah kat kolej dan hantar dia balik? Cakap dekat dia Ikhwan suruh."
"Okey. But kenapa u dengan Ikhwan tak masuk kelas hari ni, prof tanya kami." Soal Bad pantas.
"I dating dengan Ikhwan, sebab tu kami tak datang. Oklah, bye!" Cepat Amel mematikan telefon bimbitnya, dan merenung Ikhwan disebelah yang merenungnya tajam.
"Kenapa awak suruh Bad cakap dengan Jihah macam tu? Kenapa awak cakap dengan Bad kita dating?" Soal Ikhwan tegas.
"Lah, tak boleh ke? But, ada i kesah. Now jom kita pergi pantai" Amel dengan selamba melepaskan pandangan ke arah jalan raya tanpa mempedulikan renungan tajam Ikhwan disebelahnya.
Bad menjemput Najihah di tempat perhentian bas. Wajah mencuka Najihah, membuat dia dapat mengagak gadis itu sedang marah. "Jihah, jom aku hantar kau balik." Panggil Bad, dia menghulur topi keledar kepada Najihah.
"Tak apalah Bad. Aku tunggu Ikhwan, nanti dia sampai tengok aku tak ada, kesian pula." Najihah masih berharap kekasihnya akan datang.
"Pakwe kaulah yang suruh aku datang ambil kau ni." Bidas Bad lembut.
"Maksud kau? Dia pergi mana, sampai tak boleh ambil aku?" Najihah mula marah.
"Entah, katanya dia keluar dating dengan Amel." Jawab Bad selamba.
Najihah merasa letupan gunung berapi sudah terjadi, sakit dan panas rasanya perasaan ini kali ini. Jika disimbah petrol amat pasti akan meletup dengan cukup kuat.
"Dah kau tak payah ngangah sangat, cepat naik. Aku ada banyak urusan lagi ni, Shah pun mesti dah tunggu aku ni."Panggil Bad.
No comments:
Post a Comment