EPISOD 11
NAJWA menyusun pakaian suaminya kedalam baju, dan mengemas katil, kemudian dia membasuh pakaian suaminya semua. Najwa tidak tahu, mengapa dia berasa begitu senang setiap kali memperlakukan sesuatu untuk Faiz. Apatah lagi, sejak-sejak ni, Faiz tidak seperti dulu. Kini Faiz sangat baik terhadap dirinya. Dan Faiz tidak lagi digosipkan dengan Amel. Entah mengapa hati perempuannya bagaikan terusik.
Faiz tidak bekerja hari ini, dan pulang awal. Dia mendapatkan Najwa yang sedang masak di dapur.
"Sayang abang sorang buat apa ni?" Sengaja Faiz melembutkan bicaranya dan mengubah panggilan.
"Sejak bila aku jadi sayang kau? Sejak bila kau jadi abang aku?" Soal Najwa selamba. Dia tidak menoleh walau sekilas kearah Faiz, sebaliknya dia sengaja menyibukkan diri dengan meneruskan masakan.
"Najwa jadi sayang abang, sejak hati abang hanya untuk Najwa. Abang jadi abang Najwa, sejak Najwa jadi isteri abang. 'abang' yang abang maksudkan adalah menjadi suami untuk Najwa." Tutur Faiz dengan penuh kelembutan. Dia menghampiri Najwa yang berdiri tegak menghadap singki.
Jantung Najwa berdegup kencang dengan kata-kata Faiz. Apakah semua ini benar ya Allah?
"Abang akan mencintai dan menyayangi Najwa sepenuh hati abang." Faiz memeluk pinggang isterinya dari belakang dan menkucup kepala Najwa dengan penuh keikhlasan.
"Aku tak berani nak terima cinta kau Faiz." Tutur Najwa jujur, serentak dengan itu, pelukan dipinggang terlerai oleh Faiz sendiri."Kenapa Najwa cakap macam tu." Soal Faiz pantas.
"Hati tu mudah terusik, lebih-lebih lagi yang tidak berpagar." Najwa terus berjalan meninggalkan suaminya. Dia membawa masakan yang siap dimasak tadi, kedepan.
Faiz tercengang dengan kata-kata isterinya, 'sungguh mahal cintamu isteriku.'
NAJIHAH melepaskan keluhan ditaman mini itu, dia duduk dikerusi yang disediakan dan termenung merenung tasik disitu. Kenangan dia bersama Ikhwan disekitar sini suatu ketika dahulu, melawati ruang fikiran. Gugusan airmata melanda dipipinya.
Cahaya Qaseh yang berjoging disekitar itu ternampakkan Najihah yang sedang menangis, dia menghampiri gadis itu.
"Assalamualaikum, cik." Sapa Cahaya Qaseh lembut.
"Waalaikumusalam. Cahaya." Najihah cepat-cepat menyapu airmatanya.
"Boleh saya duduk?"
"Boleh, duduklah."
"Boleh saya tahu nama awak, nama saya awak dah tahu."
"Nama saya Najihah."
"Oh, Najihah. Cantik nama awak. Awak ada masalah ke?" Soal Cahaya Qaseh lembut.
"Saya ada masalah peribadi, dengan kekasih saya." Jawab Najihah perlahan.
"Oh, saya tidak tahu bagaimana permasalahan awak dengan kekasih awak. Tapi niat saya sekadar untuk menasihati. Hentikanlah tangisan tu, jika ia sekadar melukakan hati kita. Sebaiknya mengadulah pada Dia, kerana Dia maha mendengar. Menangisilah dosa kita lebih daripada kita tangisi perkara yang lain. Biarlah apa yang terjadi didunia ini, kita tidak boleh mengeluh. Tetapi itulah takdir dan tulisan Allah swt. Kita sebagai hambaNya menerima semua itu dengan penuh ikhlas, kerana ganjaran yang dijanjikan itu maha hebat." Tutur Cahaya Qaseh dengan penuh kelembutan.
"Tapi.."
"Tiada ketapian didalam usaha mencintai Allah. Kita cintakan Allah dulu, baru kita akan merasa cinta manusia. Cintakanlah penciptanya terlebih dahulu, sebelum kita cintakan dia." Cahaya memeluk bahu Najihah.
"Najihah melepaskan tangisannya didalam pelukan gadis itu. Dia tidak mampu mengawal perasaannya lagi.
No comments:
Post a Comment