EPISOD 2
NAJIHAH menjemput Najwa dipejabat agama islam.Perasaannya berasa kecewa dengan panggilan yang dibuat oleh kakak kandungnya Najwa. Dia tidak menyangka kakaknya yang bersifat kelakian itu boleh ditangkap khalwat oleh orang pejabat agama. Dia amat benar segala-galanya tidak benar.
Setibanya dipejabat, dia melihat kakaknya yang sedang menitiskan airmata sambil memberi penerangan. Dia amat yakin kakaknya tidak bersalah, cuma menjadi mangsa keadaan.
Najwa menghampiri Najihah dengan tubuhnya yang lemah gemalai. "Dik." Sapa Najwa perlahan.
"Kak? Apa yang dah jadi? Kenapa sampai macam ni?" Soal Najihah cemas. Dia merenung wajah kakaknya dengan pelbagai tanda tanya.
"Panjang ceritanya dik, nanti dekat rumah akak cerita. Jom balik." Najwa berjalan dengan membawa perasaannya yang hampa. Tiba-tiba Amel menyekat laluan mereka.
"Apa benda semua ni? Why sampai u kena tangkap khalwat dengan tunang i Najwa?" Soal Amel menahan kemarahan. Sejak tadi dia bersabar mendengar berita ini, dan kini dia mahu penjelasan.
"Ini semua salah sangka Amel. Kami terperangkap." Ujar Najwa perlahan. Dia tidak berani merenung wajah jelita majikannya.
"Terperangkap atau u all sengaja nak diperangkap?" Amel berserkap jarang
"Bukan macam tu Amel. Kami betul-betul diperangkap. Masa tu kami nak ambil hadiah Amel, tapi keadaan gelap dan hadiah Amel bersepah. Jadi kamu betulkan balik. Dalam pada kami sedang memperbetulkan, tiba-tiba Pencegah Maksiat datang tangkap kami. Kami tak mampu nak buat apa-apa." Terang Najwa penuh beria-ia."Senangnya jawapan u Najwa! U ingat i boleh terima penerangan u ni bulat-bulat??" Tempelak Amel, bengang!
"Kau tak faham ke, akak aku cakap, dia terperangkap! Yang kau punya bebal ni dah tahap gaban kenapa?" Sampuk Najihah dengan penuh kebengangan.
"Oi perempuan! Lain kali mulut u ni, simpan rumah eh! Suka-suka hati menyampuk orang bercakap! Diam-diam dekat situ sudah!" Bidas Amel garang.
"Kisah pula aku! Dia kakak aku, suka hati aku lah! Kau sibuk apa hal?" Balas Najihah, tidak takut.
"Aku ingat kakak kau je tak cukup ajar. Rupanya kau pun sama! Agaknyalah eh, anak yatim piatu ni, memang tak cukup ajar ke apa?" Kata Amel terlalu pedas sehingga membuat dua beradik itu tertunduk menahan rasa. Amel tersenyum sinis.
"Mama nak kamu kahwin dengan budak Najwa tu! Apa nak jadi, jadilah! Putuskan pertunangan kamu dengan Amel. Kamu tidak layak untuk Amel!" Putus Datin Fauziah.
"Mana boleh macam tu mama! Faiz cintakan Amel, bukan minah karat tu!" Bentak Faiz.
"Kamu rasa Amel masih cintakan kamu ke, bila dapat tahu kamu kena tangkap khalwat dengan pembantu pengurus dia sendiri? Jangan mimpilah Faiz. Amel tu cantik, dia boleh dapat lebih hebat dari kamu." Selamba Datin Fauziah membeza-bezakan anaknya dengan orang lain.
"Sampai hati mama cakap macam tu. Mama tolonglah jangan buat Faiz macam ni, Faiz sayangkan Amel."
"Mama tak peduli! Mama nak kamu kahwin dengan Najwa. Kamu tahu tak dengan cara kamu ni boleh buat mama dengan papa malu besar tau! Nasib baik papa kamu tak ada dekat sini, dia dekat Uruguay. Kalau dia ada sini, conform kena sakit jantung! Mama cakap kahwin dengan dia, kahwin! Jangan nak meningkah kata mama."
"Kalau Faiz ingkar?" Soal Faiz selamba.
"Mama takkan halalkan susu badan mama yang mengalir dalam badan Faiz tu!" Datin Fauziah juga menjawab dengan selamba.
"Mama janganlah buat Faiz macam ni, Faiz nak kahwin dengan Amel. Tolonglah mama." Faiz masih cuba memujuk mamanya.
"Sudah Faiz, jangan cuba cabar mama. Kalau kamu tak mahu hilang kerjaya kamu kerana melawan cakap mama, kahwin. Kalau tidak tahulah nasib kamu." Datin Fauziah berjalan meninggalkan anaknya dimuka pintu pejabat agama itu.
Akhirnya Najwa dan Faiz disatukan dengan majlis yang begitu ringkas. Mereka hanya bernikah di masjid berhampiran ditempat tinggal Najwa. Najihah yang pada mulanya menghalang pun turut membantu kakaknya.
Kini Najwa sah bernikah dengan Faiz. Lelaki yang dia tidak pernah cinta, lelaki yang dia tidak pernah membayangkan akan menjadi suaminya, kini sudah sah memilikinya. Najwa merasakan hari-harinya yang selama ini cerah akan diundang gelap gelita. Dia tidak mampu untuk membayangkan kehidupannya bersama Faiz. Dia tidak kuat.
Dia tahu dari gerak dan perlakuan Faiz terhadapnya, lelaki itu membencinya. Dia tertanya-tanya pada dirinya, bagaiman hari-hari yang dilalui bersama lelaki itu nanti.
Hanya Allah ya Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment