Wednesday, 26 March 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 12

IKHWAN  mengemas barang-barang lama didalam biliknya untuk dibuang, sebentar lagi cuti semestar. Mereka akan bertolak ke Pulang Perhentian untuk bercuti. Jadi dia takut tak sempat untuk mengemaskan biliknya.
           Sedang elok mengemas tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Dia terkejut melihat muka kacak Shah tiba-tiba bertukar bengis merenungnya.
           "Kau apahal ni Shah? Kena gigit tikus ke, sampai macam ni tegang muka kau." Gurau Ikhwan, meskipun dia tahu Shah tidak suka dengannya kini, namun dia tidak mahu bersikap seperti sahabatnya. Itu hanya akan merenggangkan lagi talian persahabatan mereka.
            "Apahal kau tanya aku. Ni apahal kau!" Penumbuk Shah menerja diperut Ikhwan sehingga menyebabkan lelaki itu terduduk.
            "Kau dah kenapa Shah?" Tengking Ikhwan, dia menahan kesakitan.
            "Kau tu yang kenapa! Asal kau buat Najihah macam tu? Kau tahu tak betapa Najihah tu cintakan kau?! Tiba-tiba kau couple dengan Amel! Apahal?" Tempelak Shah, berdiri tegak didepan Ikhwan.
             "Aku nak bercinta dengan siapa, suka hati akulah. Yang kau sibuk dah kenapa Shah? Sebab kau suka Amelkan? Macamlah aku tak tahu!" Ikhwan bangun dari duduknya, dia masih memegang perut yang sakit.
             "Aku suka Amel atau tidak, itu tak penting. Yang pentingnya sekarang aku tak sangka, aku boleh berkawan dengan kawan yang berhati binatang macam kau ni!" Tempelak Shah. Bergema rumah sewa mereka kala ini. Gamat dibuatnya.
             "Aku bercinta dengan Amel jadi penting pula? Kau sukakan Amel tak penting macam tu? Siapa yang binatang sekarang ni? Aku ke kau? Setahu aku, kau! Sebab suka-suka hati serang orang, lepas tu nak letak tuduhan tak tentu hala." Jawab Ikhwan tegang. Dia juga cuba menegakkan dirinya.
             "Lantaklah siapa binatang sekali pun! Sekarang ni tuduhan mana satu yang tak tentu hala? Kau nak aku buktikan yang kau dengan Najihah dah tak ada apa-apa disebabkan si Amel? Nak?" Tengking Shah, dia menjenggilkan matanya.
             "Kau pun tahu, aku suka tuduhan berbukti." Jawab Ikhwan selamba. Dia memeluk tubuh memandang keatas.
             Shah berlalu kebiliknya dan mengambil Samsung Galaxy Tab3 miliknya dan dibawah kedepan Ikhwan. "Ni, apa?" Shah menunjukkan status terakhir yang dimuat naik oleh Ikhwan dilaman facebook, 'Jangan tanya aku pasal Najihah lagi, aku dengan dia dah tak ada apa-apa.' "Ni?" Shah menunjukkan pula status hubungan cinta Ikhwan didalam laman facebook kini dengan akaun facebook Amel, bukan lagi dengan Najihah. "Ni?" status didalam Twitter terpapar kata-kata berbunga-bunga yang diberikan untuk akaun twitter Amel. "Ni?" Shah menunjukkan pula akaun Instagram Ikhwan yang menunjukkan gambar mesra dia dengan Amel.
             Ikhwan tercengang melihat semua itu, kerana bukan dia yang buat semua itu dan dia yakin itu kerja Amel. Ikhwan hanya diam.
             "Kau kalau nak jatuhkan maruah kau, dalam rumah ni pun dah cukup. Sekurang-kurangnya dalam rumah ni, kita berdua je. Aku masih boleh jaga maruah kau! Ni tidak kau siap share aib kau sendiri, biar satu kolej, satu malaysia dan kalau boleh satu dunia tahu kebodohan kau! Kau nak tahu apa kebodohan kau? Kebodohan kau, sebab kau tak boleh nilai intan permata, kau tak boleh nilai cinta dan nafsu!" Shah berlalu meninggalkan sahabatnya dan keluar dari rumah dengan menaiki Honda City hadiah harijadinya pemberian dari babanya.
             Ikhwan terduduk dikatilnya dan memikirkan apa nasibnya dimasa akan datang. Mengapa ini yang dia harus tempur.

Najihah dan Najwa keluar bersama-sama membeli barang-barang keperluan rumah masing-masing.
             "Adik macam mana sekarang? Selepas akak dah tak duduk dekat rumah tu? Tak rasa sunyi ke?" Soal Najwa lembut. Dia memilih pewangi yang dia rasa sesuai untuk diletakkan dirumah.
             "Taklah sangat, sebab Niea selalu tidur dengan Jihah dekat rumah. Sebab dia risau Jihah sorang-sorang." Jihah mencapai pewangi yang berbau bunga Lavender.
             "Baguslah kalau macam tu, lega sikit akak dengar. Hati adik macam mana pula? Semalam akak tengok dekat Instagram, gambar Amel dengan Ikhwan bukan main mesra lagi. Lepas tu dekat twitter, ayat bunga-bunga lagi." Soal Najwa, dia mahukan kepastian. Dia tidak mahu adiknya menyembunyikan apa-apa dari dirinya.
             "Lantak diaoranglah kak, Jihah malas nak ambil tahu pasal diaorang. Jihah sekarang pun tengah mengaji dengan seorang kawan Jihah ni, nama dia Cahaya Qaseh, Jihah panggil dia Cahaya. Dia baik kak, dia selalu mendengar luahan hati Jihah. Dan dia selalu sedarkan kealpaan Jihah. Hari makin hari, dia buat Jihah rasa, Jihah sedar. Segala dugaan yang Allah beri adalah kerana, Jihah alpa dan lalai. Jihah lupa pada Dia." Luah Najihah dengan penuh ketenangan. Dia dan kakaknya meneruskan perjalanan selepas memilih pewangi rumah.
             "Baguslah kalau macam tu, akak suka dengan perubahan adik. Nak ikut akak, akak agama kurang pandai. Jadi alhamdulillah, ada orang yang nak pimpin adik." Najwa berasa bangga dengan adiknya yang tabah. Dia sendiri belum sempat menerima cinta suaminya, sedangkan hati dia sudah lama menerima Faiz.
             "InsyaAllah, kita semua boleh baiki diri kita. InsyaAllah sempena hari jadi Jihah nanti, Jihah akan hijrah untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Cahaya Qaseh ada bercakap dengan Jihah soal aurat wanita. Bila Jihah dengar semua tu, Jihah kesal dengan perbuatan Jihah. Betapa selama ini, Jihah selalu bersentuhan dengan Ikhwan, tanpa memikirkan halal haram. Jihah akan cuba perbaiki diri Jihah kak. Dan Jihah harap akak akan suport Jihah." Jihah meluahkan dengan penuh ketenangan.
            "Akak akan suport adik, adikkan adik akak." Najwa memeluk adiknya. Dia menadah tangan mengucap syukur diatas hikmah yang Allah berikan. Akhirnya adik dia ingin berubah menjadi lebih baik.


PULAU PERHENTIAN kelihatan lebih indah dari gambar yang dilihat di laman sesawang. Bad, Emah dan Niea menikmati keindahan pulau itu dengan penuh kegembiraan. Amel dan Ikhwan sejak tadi berkepit tak sudah. Najwa, Najihah dan Cahaya Qaseh membuat usrah disebahagian tempat sambil diperhatikan Faiz dan Shah.
            "Macam mana hubungan abang dengan Kak Najwa sekarang?" Soal Shah, sengaja cari tahu. Dia memerhatikan tunangnya Cahaya Qaseh dari jauh, entah kenapa tiada segenap pun rasa cinta terhadap gadis itu.
            "Alhamdulillah, rasa cinta tu dah ada. Tapi hanya abang. Mungkin kak Najwa kau takut, abang tipu dia. Tapi tak apalah, itulah kemanisannya. Abang tengah usaha mendapatkan cinta dia." Tutur Faiz ikhlas. Dia merenung isterinya yang kelihatan manis memakai kain labuh dan blouse lengan panjang.
            "Alhamdulillah, moga-moga kekal hingga jannah. Abang tak ada feeling-feeling dengan Amel lagi ke?" Soal Shah pada abang suadaranya itu.
            "Feeling tu ada, tapi dah basi. Tapi abang kena juga hormat dia sebagai tunang abang. Cuma tulah, kau pun tengoklah dia tu, berkepit dengan Ikhwan tak sudah-sudah. Kesian pula abang tengok adik ipar abang Najihah tu." Faiz mengalihkan pandangannya kearah Amel yang sejak tadi bergurau senda dengan Ikhwan, sekejap-sekejap mereka berpelukan, sekejap-sekejap mereka bertepuk tampar.
            "Tak apalah bang, Allah tu maha adil. Yang baik dibalas baik, yang tidak baik dibalas dengan tidak baik. Shah doakan, Najihah mendapat yang lebih baik." Shah menahan rasa disaat melihat Amel dipeluk oleh Ikhwan. Dia sendiri tidak tahu, mengapa Amel yang dia suka. Sedangkan Allah berikan dia tunang yang cukup elok dari segala segi. Cahaya Qaseh seorang yang gadis yang cantik, cantik gadis itu, cantik fizikal, akhlak, akidah dan sahsiah. Tapi Amel yang rosak moral dan akidah tu juga yang dia gilakan.
            "Betul tu Shah, alhamdulillah dia sedang berkawan dengan orang yang tepat. Cahaya Qaseh, memang orang yang tepat. Dialah yang banyak memberi sokongan kepada Najihah, sehingga Najihah jadi orang yang kuat macam tu. Kau tu, tak nak cari pasangan kekasih ke? Cahaya Qaseh tu, abang rasa masih solo. Tak nak try?" Usik Faiz bersahaja, sambil tergelak kecil, terserlah ketampanannya.
            "Saya tak nak cari kekasih bang, tapi saya nak cari seorang isteri." Tutur Shah, penuh maksud. Dia memandang sekilas kearah Cahaya Qaseh sebelum menumpukan pandangan kearah pantai yang begitu jernih dan cantik.

kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan.

No comments: