EPISOD 13
FAIZ mendekati isterinya dan memeluk pinggang wanita itu dari arah belakang. Pandangan mereka terarah ke arah laut yang cukup indah tanda besarnya kuasa Allah.
"Indahnya laut ini, Najwa. Betapa besarnya kuasa Allah swt. Apa yang ada dimuka bumi ini semuanya ciptaan dari Dia, yang diberi pinjam kepada setiap hambaNya. Dan Najwa, telah dipinjamkan Allah swt untuk abang. Untuk melahirkan zuriat abang, untuk menyempurnakan kekurangan abang, untuk menjadi teman buat abang didunia ini, dan yang paling penting untuk abang sedar, betapa indahnya cinta itu jika ia berlandaskan kerana Allah dan bukan kerana nafsu." Tutur Faiz penuh tenang di telinga isterinya.
Najwa Atikah memejam mata dan menikmati nikmat kata-kata suaminya dan pelukan damai yang diberi Faiz. Begitu indah rasanya disaat ini.
"Hulurkan tangan, agar bisa abang genggam hingga ke akhir hayat. Hulurkan cinta, agar bisa abang semai dan jaga hingga ke Jannah. Betapa mahalnya cinta seorang insan bernama Najwa Atikah. Kata-katamu pada abang dulu terlalu dalam. Puas abang fikirkan, apa maksud 'Hati itu mudah terusik, lebih-lebih lagi yang tidak berpagar'. Setelah abang fahami, abang yakin Najwa turut mencintai abang, sepertimana abang cinta Najwa. Cuma Najwa takut untuk mengakuinya. Kan?" Faiz mencium ubun kepala isterinya dengan kelembutan. Dia merasakan memeluk Najwa jauh lebih indah dari memeluk Amel.
"Bolehkah kau berjanji tak akan sekali kau sakiti hati aku? Memang aku mengaku Faiz, aku cintakan kau. Tapi setiap kali aku nak akui, aku dihujani dengan pelbagai persoalan. Aku takut kau akan tinggalkan aku setelah kau peroleh apa yang ada pada aku. Aku takut, dihujani rasa bersalah pada Amel. Insan yang selama ini banyak menabur budi pada aku dan adik aku. Aku takut, cinta yang kau hulur pada aku adalah cinta terpaksa. Aku takut, kau akan kembali pada Amel, bila aku jadi tidak sempurna untuk kau." Luah Najwa sambil memusingkan badan menghadap suaminya, mata Faiz direnung dengan penuh tanda tanya.
"Abang tak mampu nak berjanji untuk tidak menyakiti hati Najwa, tapi insyaAllah, abang akan usaha. Najwa tak perlu takut dan fikir abang akan tinggalkan Najwa, sebab abang tak akan tinggalkan Najwa selagi Allah ingin kita bersama. Najwa tak perlu biarkan rasa bersalah pada Amel menguasai diri Najwa, sedangkan ini takdir Allah. Najwa tak perlu meragui cinta abang, kerana cinta abang pada Najwa adalah kerana Allah. Najwa tak perlu takut abang akan kembali pada Amel, kerana abang akan putuskan pertunangan abang dengan Amel. Dan manusia tidak pernah sempurna. Jika Najwa boleh melengkapi kekurangan abang, abang juga akan melengkapi kekurangan isteri abang agak kita boleh jadi sempurna. Tidak sempurnanya Najwa nanti itu kerana abang, abanglah yang perlu mendidik Najwa menjadi sempurna." Bersungguh-sungguh Faiz meyakini isterinya.
Najwa Atika tidak mampu mengungkap sepatah kata, sebaliknya tubuh Faiz diraih penuh erat. Dia bersedia kini menerima lelaki itu didalam hidupnya.
GUGUR airmata Amel disaat mendengar semua yang dibicarakan oleh Najwa dan Faiz sebentar tadi. Hatinya menjadi begitu sakit bila mendapat tahu, Faiz akan memutuskan tali pertunangan mereka.
Setelah hampir bertahun-tahun membina hubungan, sekelip mata cinta Faiz padanya hilang dan lesap dikuasai cinta Najwa Atika. Dia terduduk dipersisiran pantai itu dilindungi sebuah pokok besar. Dia bersandar di batang pohon itu dan menangisi pengakhiran cintanya. Cinta tunang yang menghiasi jari manisnya direnung penuh kesayuan.
Sudah tidak ada apa lagi yang dapat ditahan dan diselamatkan dalam hubungan cinta antara dia dan Faiz.
Tiba-tiba hatinya bersuara. 'Kau perlu membalas setiap apa yang mereka lakukan kepada dirimu. Jangan biarkan mereka bahagia diatas penderitaan dirimu. Kau perlu jatuhkan satu-persatu dari mereka.'
Pantas dia mengesat airmatanya dan berlalu mendapatkan Ikhwan yang elok berbual dengan Bad. Dia menarik tangan lelaki itu agar mengekorinya.
"I nak u hapuskan hidup dia sampai i puas! I nak u buat diaorang menangis satu persatu! Faham!" Tempelak Amel. Airmatanya turut menitis.
"Why Amel? Awak boleh tenang tak? Tenang! Jangan macam ni." Ikhwan cuba mengawal keadaan Amel yang mengamuk tidak bertempat.
"U suruh i tenang Ikhwan? Layak ke i tenang bila i tengok tunang i bahagia dengan orang lain! Hati i sakit Ikhwan!" Tengking Amel, berulang kali dia memukul badan Ikhwan disaat lelaki itu cuba menyentuhnya untuk menenangkan dia.
"Relax, relax." Ikhwan menarik Amel didalam pelukannya. Berulang kali belakang gadis itu diusap. Amel reda didalam pelukannya.
CAHAYA QASEH menyusun kertas-kertas kerja yang akan dihantar sebaik sahaja habis cuti sem ini. Matanya difokuskan terus pada kertas-kertas kerja tanpa menoleh sekilas kearah sekeliling.
"Assalamualaikum." Sapa Shah perlahan.
"Waalaikumusalam." Jawab Cahaya Qaseh perlahan. Dia tidak berani menoleh kepada insan itu.
"Saya minta maaf sebab tak beritahu semua yang awak tunang saya." Ujar Shah perlahan.
"Tak apalah, pertunangan bukan perkahwinan yang harus dihebahkan." Jawab Cahaya Qaseh perlahan, pandangannya masih difokuskan kearah kertas kerja. Jantungnya berdegup kencang.
"Qaseh, kenapa awak minta belajar satu kolej dengan saya? Kan awak dah elok belajar di Mesir? Kenapa awak tak habiskan dekat sana." Shah duduk dibahagian yang hampir dengan tunangnya.
Cahaya Qaseh menjauhkan dirinya dengan Shah sedikit. Dia sedar tiada siapa dikawasan itu selain dirinya dan lelaki itu, jadi dia rasa wajar dia melakukan hal itu. "Saya sendiri tidak tahu Shah, mengapa hati saya terpanggil untuk kesini."
"Kenapa? Dekat bumi yang terlalu banyak peperangan tu tak boleh bagi awak ketenangan ke?" Soal Shah, teruja ingin tahu.
"Jika nak dibandingkan tempat ni dengan disana, saya lebih rela berada disana Shah." Jawab Cahaya Qaseh perlahan, nada suaranya bergetar dan kolam matanya mula berkaca. Gerakan tangannya sudah berhenti melakukan pekerjaan, dan matanya diarahkan merenung pantai.
"Kenapa awak cakap macam tu?" Soal Shah lagi.
"Disana orang menzalimi orang lain itu banyak. Namun disini, orang menzalimi diri sendiri, itu lebih banyak." Gugur jua airmata yang ditahan sejak tiba dibumi Malaysia yang ditinggalkan dahulu hampir sepuluh tahun. Disaat dia pulang di Malaysia, dia mendapat tahu bahawa dirinya telah ditunangkan dengan lelaki bernama Shah. Dan dia hanya pernah bertemu dengan Shah sekali sahaja sebelum mereka bertemu semula di kolej. Pertemuan itu pun kerana Shah dan keluarganya dijemput untuk makan malam dirumah mereka.
"Saya tak faham."
"Shah, disana ramai yang ingin hidup bebas dan tenang, tapi mereka tetap dizalimi. Disini semuanya bebas dan hidup dengan tenang, tetapi mereka lebih gemar mengejar kezaliman. Disana orang bermati-matian mencari sesuap nasi. Tapi disini, begitu mudah orang membuang rezeki sesuka hati. Disana biarpun hidup mereka sehari harian tidak sudah-sudah diperangi, tapi mereka masih tidak lupa menjaga aurat dan batas pergaulan. Disini biarpun sehari harian ada didikan keagamaan dan panduan islam diberi, mereka tetap memilih untuk tidak menjaga aurat dan batas masing-masing. Disana meskipun hidup mereka ditelenggami penderitaan, mereka masih tidak lupa dan lelah dalam bersujud serta menadah tangan berdoa kepada Allah sang pencipta kita. Disini meskipun hidup mereka diterapungi kesenangan, mereka sering lupa dan alpa dalam bersujud serta berdoa kepada Allah. Disana meskipun mereka didatangi kekejaman, mereka menentang demi mempertahankan agama islam dimata dunia. Disini mereka tidak didatangi kekejaman, tapi dengan sengaja mereka menkafirkan diri dan mempersendakan agama islam dimata dunia. Disana mereka tidak takut mengejar syahid, kerana mereka tahu syurga yang kekal selamanya menanti mereka disana. Disini mereka lebih gemar arus permodenan menenggelami mereka dan rela membiarkan diri mendatangi neraka yang cukup binasa." Kata-kata Cahaya Qaseh terhenti disitu. Dia sudah tidak mampu menahan sebak ditangkai hati.
Dia mengakui, dunia dakwahnya bakal bermula disini. Dan mungkin kerana ini dia dihantar pulang semula kesini. Terkadang dia terlalu takut melihat anak melayu yang dia terserempak, sengaja menayang dada, betis dan peha disana sini. Apatah lagi pelakon serta penyanyi, tak lupa juga model-model.
Shah tersentak mendengar segala penjelasan tunangnya. Dia seperti baru tersedar dari lamunan panjang. Selama ini, didikan ibu dan babanya cukup sempurna buat dirinya. Tapi dek kerana panahan cinta Amel, dia sengaja membiarkan dirinya disentuh dan dipeluk gadis itu sesuka hati.
No comments:
Post a Comment