EPISOD 6
NAJWA ATIKA sudah menjangka suaminya pulang lewat kerana menghantar Amel dirumah gadis itu. Tidak terlintas cemburu didalam hati, sebaliknya dia mahu mengajak suaminya berperang.
Sebaik sahaja Faiz masuk kedalam rumah, dengan serta merta dibalingkan bantal kecil yang memang terhias disofa itu, kearah lelaki itu. Faiz memandang kearah dia dengan penuh rasa bengang.
"Kau dah tak ada kerja lain ke? Baling-baling bantal dekat orang." Rungut Faiz. Dia mengangkat bantal itu dan diletakkan semua diatas sofa, kemudian dia mengenyakkan tubuhnya di sofa tersebut.
"Kau nak makan ke apa ke, pergi dekat meja tu. Aku dah masak. Tapi aku rasa memang kau tak nak makankan?" Pesan Najwa sebelum berlalu keatas. Tangan cepat disentap oleh Faiz, namun dia lebih pantas menepis dengan menyepak jemari lelaki itu dengan tangan kanannya.
"Kenapa kau kasar sangat ni? Sakit doh!" Pekik Faiz, dia menggosok-gosok jemarinya.
"Bukan kau cakap, aku macam jantan ke siang tadi? Nak salahkan aku pula?"
"Oh, kau nak balas dendamlah ni ye?" Faiz bangun dari tempat duduknya.
"Kau rasa?"
"Suka hati kau je nak balas dendam dekat akukan, aku tumbuk muka kau, kau nak?" Rumah banglo milik Faiz yang baru dihuni tiga hari bersama Najwa itu menjadi gema.
"Kalau kau tak kisah nak jadi dayus, silakan." Najwa memang sengaja menyimbah petrol pada lelaki itu, cari nahas gamaknya.
"Minah ni makin hari makin mencabar, cubalah satu hari tu kau hormat aku sikit!" Tempelak Faiz.
"Kau nak aku hormat kau, sedangkan kau tak ajar aku macam mana nak hormat suami yang menjatuhkan maruah isteri sesuka hati depan orang." Bidas Najwa penuh berisi.
"Kau rasa layak ke aku anggap kau isteri?" Soal Faiz selamba.
"Bagi kau mungkin tak, tapi bagi aku perlu! Aku tak minta untuk dikahwinkan dengan kau, tapi itu yang ditakdirkan Allah! Siapa aku untuk tolak? Sejahil dan sekejam aku, aku masih boleh cuba jaga harga diri dan maruah suami aku! Tapi suami aku, memperlekehkan aku macam aku tak ada hati dan perasaan! Aku bukan minta untuk kau simpatikan aku, bukan minta belas kasihan pada kau. Cuma aku nak kau buka mata kau, kau berkahwin dengan seorang manusia bukan haiwan! Aku ada hati dan perasaan!" Perlahan Najwa bersuara tapi penuh dengan isi, dia berlalu keatas meninggalkan suaminya yang terpana dengan kata-kata berbisa dia.
"Kau nak aku hormat kau, sedangkan kau tak ajar aku macam mana nak hormat suami yang menjatuhkan maruah isteri sesuka hati depan orang." Bidas Najwa penuh berisi.
"Kau rasa layak ke aku anggap kau isteri?" Soal Faiz selamba.
"Bagi kau mungkin tak, tapi bagi aku perlu! Aku tak minta untuk dikahwinkan dengan kau, tapi itu yang ditakdirkan Allah! Siapa aku untuk tolak? Sejahil dan sekejam aku, aku masih boleh cuba jaga harga diri dan maruah suami aku! Tapi suami aku, memperlekehkan aku macam aku tak ada hati dan perasaan! Aku bukan minta untuk kau simpatikan aku, bukan minta belas kasihan pada kau. Cuma aku nak kau buka mata kau, kau berkahwin dengan seorang manusia bukan haiwan! Aku ada hati dan perasaan!" Perlahan Najwa bersuara tapi penuh dengan isi, dia berlalu keatas meninggalkan suaminya yang terpana dengan kata-kata berbisa dia.
NAJIHAH menahan Amel tiba-tiba dan satu lempangan maut singgah dipipi gadis itu. Namun dengan pantas penumbuk Amel sampai dibibir Najihah.
Sedang elok mereka bergelut, Shah dan Ikhwan datang untuk meleraikan mereka.
"Berhentilah! Kau orang dah tak malu ke bergaduh macam ni! Orang pandanglah!" Tengking Shah.
"Pagi-pagi buta dah macam kucing betina kena sawan ni kenapa?" Tambah Ikhwan.
"DIAM!" Tempelak Amel dan Najihah serentak. Mereka menyambung bertarik rambut. Namun Shah pantas meraih pinggang ramping berbentuk Amel dan Ikhwan meraih pinggang gebu molek Najihah.
"Sudahlah kenapa ni?" Soal Shah lembut. Kalau api bertemu api tak jadi apa. Jadi dia perlu menjadi air.
"Dia ni yang gila!" Tempiak Najihah.
"U yang mula dulu okay! Tiba-tiba tampar i, apahal?" Tengking Amel.
"Habis yang kau dah gedik semacam dengan pakwe aku, aku tukang tengok je ke?" Soal Najihah sambil berpeluk tubuh. Pinggangnya masih diraih oleh Ikhwan.
"Whatever. Tepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi Najihah. Sebelum u serang i tak tentu pasal, u tanya dulu dengan Ikhwan ni." Amel mula memasang api diantara Ikhwan dan Najihah. Shah berdiri tegak disebelahnya menjadi pemerhati.
Ikhwan memandang Amel penuh tanda tanya, dia tahu Amel memang ada permainan untuk mengenakan dia dan Najihah.
"Aku tak kiralah Ikhwan melayan atau tidak! Kalau kau tak menggatal, tak mungkin dia sangkutkan?" Najihah masih mempertahankan kekasihnya, walau hati sudah terbakar.
"U rasa i yang mula dulu ke? Najihah, Najihah, sudah-sudahlah tu. U jangan jadi manusia seperti 'kacang lupakan kulit' hanya kerana lelaki. Jangan sampai i cakap, i sedang menolong 'anjing yang tersepit'. Sebelum u nak main game dengan i, cermin diri u dulu, okey." Kata-kata pedas Amel menyentap jantung hati Najihah. Gadis itu berlalu meninggalkan mereka namun sempat menoleh kearah Najihah sekali lagi.
"Lagi satu Najihah, i nak u tahu satu benda. Permainan i baru bermula, dan u akan i heret sampai last level. Now kita akan masuk level one." Ujar Amel dengan penuh senyuman sinis.
Shah mengekori Amel dari belakang, mereka menuju kekelas.
"Kenapa dengan awak ni ma? Bergaduh tak tentu pasal, serang-serang Amel. Dah kenapa?" Marah Ikhwan perlahan.
"Pa nak backup Amel depan ma ye? Memang betullah apa yang Amel cakap tu? Papa memang ada hubungan dengan betina tukan?" Soal Najihah tegang.
"Pa tak cakap pun macam tu, tapi malulah sikit dekat kafeteria ni. Orang semua pandang. Nanti satu kolej kecoh, malu kita." Ikhwan menahan rasa dengan tingkah kekasihnya.
"Kenapa pa melayan je sikap gedik perempuan tu?" Marah Najihah.
"Ma tahukan, papa dengan ma sama. Anak yatim piatu, dan dia yang sara kehidupan kita. Segala keperluan pendidikan dan kehidupan Pa, dia yang tanggung. Kalau pa tak ikut cakap dia, apa yang papa boleh buat?" Ikhwan menerangkan dengan penuh ketenangan.
"Kesiannya papa ma ni, ma sorry k. Sepatutnya ma percayakan pa sebelum perempuan tu." Najihah cepat lembut hati dengan kekasihnya. Sekaligus dia dan kekasihnya itu jalan beriringan ke kelas.
No comments:
Post a Comment