Saturday, 26 April 2014

Ini Buku Cinta Kita


EPISOD 21

CAHAYA QASEH menjaga Bad pada malam itu. Selepas rakan-rakan yang lain, Najwa dan Faiz melawat, dia mengambil keputusan untuk bermalam disitu.
                     "Cahaya, kenapa sejak akhir-akhir ni, kau suka bagi aku baju lengan panjang dan seluar panjang? Kau tahu kan aku tak suka pakai itu semua?" Soal Badariah setelah sekian lama dia mendiamkan tindakan Cahaya Qaseh.
                           Cahaya Qaseh tersenyum sebelum menjawab, "Walaupun awak tak suka, awak kena pakaikan? Awak ada pilihan?" Soal Cahaya Qaseh. Dia sudah bersedia untuk memberi dakwah kepada sahabatnya itu.
                           "Sebab aku tengah sakit, dan tak boleh berjalan. Jadi pada aku buat masa ni, aku tak ada pilihan, melainkan ikut kehendak kau. Tapi bila aku sihat nanti, aku takkan pakai lagi." Jawab Bad selamba.
                            "Itu kalau awak sihat, dan itu kalau awak boleh berjalan lagi. Kalau awak tak boleh, dan memang tak ada pilihan. Macam mana?" Soal Cahaya Qaseh.
                            "Kau nak beritahu aku apa sebenarnya ni Cahaya? Tak payah main psikologi lagi, aku tahu taktik kau. Aku pun kaunselor. Jangan lupa tu." Bidas Badariah. Dia seolah-olah sudah mengerti maksud Cahaya Qaseh.
                              "Baguslah kalau macam tu, senang sikit kerja saya. Badariah, awak miliki rupa paras yang cantik. Awak tak teringin nak jadi wanita sejati." Soal Cahaya Qaseh, dia duduk dikerusi dan berpeluk tubuh sambil memandang Badariah dengan penuh kelembutan.
                                "Geli aku dengar kau cakap macam tu, yang cantik tu kau. Kalau macam aku ni, sesuai cakap, handsome. Baru kena. Lagi satu panggil aku Bad, bukan Badariah." 
                                 "Badariah, seorang manusia yang diciptakan Allah, akan diberikan pelbagai dugaan dan cabaran. Kerana itu wujudnya Syurga dan Neraka. Adilnya Allah, Dia tidak akan memberi dugaan melebihi kemampuan hambaNya. Sebaliknya, bagaimana hambaNya menggunakan kemampuan. Badariah, Allah menjadikan manusia, sebaik-baik rupa. Mengapa perlu kita mengubah ciptaanNya yang sedia ada? Jika Badariah selesa dengan cara macam ini, apakah Badariah tidak terfikir masa depan Badariah kelak?" Cahaya Qaseh terus mencuba nasib, menasihati Bad.
                                "Masih banyak waktu lagi. Aku masih muda, nanti bila dah tua, aku taubatlah. Itupun kalau aku nak. Hak akukan? Kau tak penat ke nasihatkan aku?" Soal Badariah. Dia nak bosan mendengar dakwah-dakwah Cahaya Qaseh.
                                  "Badariah, awak perlu tahu, mati itu tidak bersyaratkan tua. Tapi mati itu bersyaratkan hidup. Mati itu tidak berjodohkan kemungkinan, tapi mati itu berjodohkan kepastian. Awak rasa, esok awak masih ada masa lagi ke?" Cahaya Qaseh, meneruskan kata-katanya.
                                  "Kalau besok aku mati, biarlah. Kalau neraka tempat aku, biarlah. Memang aku layak kot." Bidas Badariah selamba. Dia merenung kearah Cahaya Qaseh.
                                 "Allahurabbi. Badariah, mampukah awak bayangkan seksanya neraka itu? Mampukah Badariah?" Cahaya Qaseh masih bertindak tenang.
                               "Kenapa? Kau takut?" Soal Badariah, macam orang hilang akal.
                               "Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda: Api neraka telah dinyalahkan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam.
                                 Diriwayatkan bahawa Yazid bin Marstad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya, dan ketika ditanya, maka dijawabnya:  andaikata Allah swt mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun, nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahun.
                                Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: Sesungguhnya di neraka jahanam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar keldai, maka larilah orang-orang ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka.
                                     "Abdullah bin Jubair meriwayatkan Rasulullah saw bersabda: Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa pedih bisanya terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedi bisanya selama empat puluh tahun.
                             Al-a'masy dari Yasib Bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bahagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidap dapat mempergunakannya.
                                    Muhajid berkata: Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah swt, dari neraka jahanam. Rasulullah bersabda: sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api neraka dan giginya berapi dan bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka.
                                     Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka. Kemudian mereka berdoa yakni memanggil Tuhan: Ya Tuhan keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kamiyang lalu itu beerti kami zalim. Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata apa-apa.
                            Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar yakni Keldai." Cahaya Qaseh terhenti seketika dan memandang kearah Badariah. Dia menyambung semula setelah melihat, Badariah benar-benar fokus mendengarnya.
                           "Qatadah berkata: Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah swt itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am sobama malana min mahish yakni bermaksud Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini. Lalu minta selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah swt berkata kepada Jibril: Apakah yang mereka minta?. Jawab Jibril: Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka meminta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar keldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka mereka meminta kepada Allah swt selama seribu tahun diturunkan hujan, maka nampak mereka awan hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya:  Zidnahum adzaba fauqal adzabi yakni  Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.
                             Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah swt, kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah swt harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah swt dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga diliputi syahwat-syahwat.
                                    Seorang punjangga berkata: Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat keanak-anakkan, apabila telah menyala api dirambutnya yakni beruban. Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijau. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya.
                             Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah swt mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diliputi kesukaran-kesukaran.
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a berkata: Nabi Muhammad saw bersabda: Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran. Dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorang pun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah suapaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya.
                            Juga Nabi Muhammad saw bersabda: Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya.
                              Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: Ketika turun ayat yang berbunyi: Wa inna jahannam lamau'iduhum ajma'in yakni bermaksud: sesungguhnya neraka jahanam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya.
                                 Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibril datang kepada Nabi Muhammad saw pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad saw: Mengapa aku melihat kau berubah muka? Jawab Jibril: Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. Lalu Nabi Muhammad saw bersabda: Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahanam. Jawabnya: Ya, ketika Allah menjadikan jahanam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga hitam, maka ia hitam  gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan kau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panad dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan cair orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
                            Nabi Muhammad saw bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami? Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah swt. sehingga bila telah sampai kepintunya oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus ke kemaluan, dan diikat tangan kirinya keleher, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya.
                             Nabi Muhammad saw bertanya lagi: Siapakah penduduk masing-masing pintu itu? Jawabnya: Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyirikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien yakni Nasara bernama Sa'ie.
                                      Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad saw sehingga Nabi Muhammad saw bertanya: Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh? Jawab Jibril: Didalamnya orang-orang yang berdosabesar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi Muhammad saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepada Nabi Muhammad saw dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar, Nabi Muhammad saw bersabda: Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka? Jawab Jibril: Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu." Cahaya Qaseh berhenti sebentar, untuk mengesat airmatanya. Hatinya menjadi sayu menceritakan saat-saat Nabi Muhammad berasa sedih mendapat berita dari Jibril. Manakala Badariah masih terpaku mendengar hujahan Cahaya Qaseh.
                             "Kemudian Nabi Muhammad saw menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad saw masuk kedalam rumahnya dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah swt dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a kerumah Nabi Muhammad saw mengucapkan: Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. Apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad saw. Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangism kemudian Umar datang datang dan berkata: Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah saw? Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Al farisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahma, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah saw? Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a dan dimuka pintunya ia mengucapkan: Assalamu'alaikum hai Puteri Rasulullah saw. Kebetulan pada masa itu Ali r.a tiada dirumah, lalu bertanya:Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah saw telah beberapa hati tidak keluar kecuali sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya. Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah saw dan memberi salam sambil berkata: Saya Fatimah, ya Rasulullah. Sedang Rasulullah saw sedang bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah saw mengangkay kepalanya dan bertanya:Mengapakah kesayanganku? Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah saw dan ketika melihat Rasulullah saw menangislah ia kerana melihat Rasulullah saw pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya" Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu? Jawab Rasulullah saw: Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkan bahawa bahagian paling atas dari semua tingkat neraka jahanam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita. Fatimah bertanya lagi: Ya Rasulullah bagaimana caranya masuk? Jawab Rasulullah saw: Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai. Ditanya Fatimah lagi: Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka? Jawab Rasulullah saw: Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari umatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik, dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang-orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa. Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: Siapakah wahai orang-orang yang celaka?
                            Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: Wahai Muhammad. tetapi setelah melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah saw kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: Siapakah kamu? Jawab mereka: Kami umat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan. Lalu Malaikat Malik berkata: Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada umat Rasulullah saw. Maka ketika itu mereka menjerit: Kami umat Nabi Muhammad saw. Maka Malaikat Malik bertanya: Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah swt. Dan ketika berada ditepi neraka jahanam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka bertanya: Ya Malik, diizinkan saya akan menangis. Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah swt, nescaya kamu kamu tidak akan disentuh oleh api neraka apda hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: Lemparkan mereka kedalam neraka. dan bila telah dilemparkan mereka serentak menjerit: La illaha illallah. maka surut api neraka, Malaikat Malik berkata: Hai api, sambarlah mereka. Jawab api: Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah. Malaikat Malik berkata: Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy. Maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai lutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat berkata: Jangan membakar muka mereka kerana mereka telah lama bersujud kepada Allah swt. juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan. Maka tinggallah dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan. kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah swt, memanggil Jibril dan bertanya: Ya Jibril bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari umat Nabi Muhammad saw? jawab Jibril: Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui. Lalu diperintahkan: Pergilah kau lihat keadaan mereka. Maka pergilah Jibril a.s kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: Ya Jibril mengakah kau datang kesini? Jawab Jibril: Bagaimanakah keadaan rombongan maksiat dari ummat Rusulullah saw? Jawab Malaikat Malik: Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman. Jibril berkata: Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka.Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu? Jawap Malaikat Malik: Itu Jibril yang selalu membawa wahyu kepada Nabi Muhammad saw. Ketika mendengar nama Muhammad saw, maka serentaklah mereka menjerit: Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad saw dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya. Maka kembalilah Jibril menghadap Allah swt. Lalu ditanya: Bagaimana kamu melihat umat Muhammad? Jawab Jibril: Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka. lalu Allah swt bertanya lagi: Apakah mereka minta apa-apa kepadamu? jawab Jibril: Ya, mereka minta sampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad saw dan beritakan kepadanya keadaan mereka. Maka Allah swt menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad saw yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari umatmu yang masih tersiksa didalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka. Maka pergilah Nabi Muhammad saw kebawah Arsy dan bersujud dan memuji Allah swt dan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah swt. menyuruh Nabi Muhammad saw: Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima. Maka Nabi Muhammad saw berkata: Ya Tuhan orang-orang yang durhaka dari umatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku. Allah swt berfirman: Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya yang pernah mengucap Laa ilaha illallah. Maka pergilah Nabi Muhammad saw ke neraka dan ketika dilihat oleh Malaikat Maka pergilah Nabi Muhammad saw keneraka dan ketika dilihat oleh Malaikat Malik, maka segera ia bangkit lalu bertanya: Hai Malik, bagaimanakah keadaan umatku yang durhaka? jawab Malaikat Malik: Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka. Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad saw maka mereka menjerit serentak: Ya Nabi Muhammad saw, api neraka telah membakar kulit kami. Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dipintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahanam yang telah dibebaskan oleh Allah swt dari neraka kemudiannya mereka masuk kedalam syurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: Aduh, sekiranya kami dahulu islam tentu kami dapat keluar dari neraka." Cahaya Qaseh berhenti lagi, dan melihat kearah Badariah. Badariah yang sedang menangis, mengangguk tanda meminta Cahaya Qaseh meneruskan hujahnya.
                               "Allah swt berfirman: Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin yakni bermaksud pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim.
                                  Nabi Muhammad saw bersabda: Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: Apakah kenal Maut? Maka mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati. Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati isz qudhiyal amru yakni bemaksud peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan.
                                 Abu Hurairah r.a berkata: Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya." Cahaya Qaseh menghabiskan kata-katanya dengan rentetan airmata tak terkira.
                              Badariah termenung dan memikirkan betapa selama ini, dia menyangka neraka itu tidak sesakit yang diceritakan Cahaya Qaseh. Badannya menjadi berpeluh-peluh tak terkira, dia berasa didalam ketakutan. Tubuhnya menggigil.

EMAH dan Niea berjalan beriringan ke pusat membeli belah. Entah kenapa malam-malam begini mereka berkeinginan hendak berjalan-jalan. Namun langkah Emah terhenti disaat melihat sesuatu yang amat dia tidak percaya.
                            "Kau dah gila ke apa? Berhenti tengah-tengah jalan??" Marah Niea, dia menarik tangan sahabatnya ketepi jalan.
                                "Niea cuba kau tengok sana. Mesti kau tak percaya." Emah menunjukkan kearah yang dilihatnya.
                               Niea amat terkejut melihat Faiz yang sedang berjalan terhuyung hayang sambil memeluk Amel ditepi jalan menuju ke kenderaan mereka.
                               "Babe, betul ke apa yang aku nampak ni?" Soal Niea seakan tak percaya.
                               "Kau rasa aku percaya ke? Aku lagi tak percayalah! Apa kita nak buat sekarang." Soal Emah cemas.
                               "Tak sangka betul aku, abang Faiz macam tu! Kesian kak Najwa." Marah Niea.
                               "Kau cakap apa ni?" Soal Emah pelik.
                               "Yelah, dah kahwin pun nak gatal dengan orang lain!"
                               "Ya Allah, sempat kau bersangka-sangka ye? Kita tak sahih lagi apa yang jadi, cuba jangan menuduh. Jom tanya dia ." Emah memimpin jemari Niea untuk  kearah Faiz dan Amel. Namun Niea menarik semula tangan Emah.
                               "Jangan-jangan. Kau jangan masuk campur hal orang. Nanti mesti akan jadi masalah besar lagi. Jom masuk tempat shoping je. Jom!" Niea mengheret sahabatnya itu masuk kedalam.

Najihah dan Najwa mengemas dapur sebelum masuk tidur. Selepas mengemas dapur mereka duduk berbual-bual sementara masuk bilik tidur.
                              "Barang persiapan kahwin adik semua dah siap?" Soal Najwa Atika sambil merenung wajah adiknya.
                              "Adalah sikit-sikit. Ala, lambat lagilah kak. Sabarlah." Kata Najihah selamba. Dia membelek telefonnya. Sahaja bermain wechat dengan tunang kesayangannya.
                                 "Lama apanya, tinggal dua bulan lebih jekan." 
                                 "Kak, akak rasa patut ke saya maafkan si minah gedik tu?" Soal Najihah, mengubah topik.
                                 "Siapa?" Soal Najwa pelik.
                                 "Amel lah!"
                                 "Patut dan wajib. Adik, sedangkan Muhammad SAW ampunkan umatnya. Takkan kita sebagai umatnya tak boleh mengampuni sesama umat? Dan akak rasa, adik pun patut minta ampun dengan dia." Terang Najwa tenang. 
                              "Kenapa pula nak kena minta ampun dari dia?" Marah Najihah.
                              "Kita ni dek, orang buat silap dengan kita, kita nampak. Tapi kita buat salah dengan orang, kita tak sedar. Adik, adik akak. Jadi akak rasa, memang patut adik nasihatkan adik. mintalah maaf dari dia. Jaga percakapan tu. Ingat pesan akak dulu, biar orang buat kita, jangan kita buat orang dik" Najwa Atika menggosok-gosok jemari adiknya lembut.
                                "Tapi dia tu kadang-kadang keterlaluanlah kak" Bentak Najihah lagi.
                                "Biarlah dia nak keterlaluan macam mana pun. Kalau kita tak melayan, dia takkan menjadi-jadi." 
                                Najihah terdiam dan memikir baik buruk nasihat kakaknya.

AMEL membaringkan Faiz diatas tilamnya, dia berlalu ke bilik air dan muntah kerana tidak tahan bau arak yang melekat ditubuh badan Faiz. Dia berasa hairan mengapa lelaki itu mabuk teruk malam ini. Setahu dia, Faiz bukan seorang pemabuk, mengapa dia boleh mabuk malam ni. Amel yang menemui lelaki itu ketika lalu didepan kelab malam itu, melihat lelaki itu berjalan terhuyung hayang, dia terus menuju kearah lelaki itu. Kebetulan waktu itu dia sedang berjalan kaki, menuju pulang kerumah, dan lebih kebetulan bila kelab itu memang berhampiran dengan rumahnya. Jadi dia hanya mengunci kereta Faiz, dan berjalan kaki membawa lelaki itu pulang.
                          Sebaik dia keluar dari pintu bilik air, dia terkejut melihat Faiz yang berdiri didepan muka pintu bilik air. Dia menolak tubuh lelaki itu yang seolah-olah mahu memeluknya. Namun langkahnya gagal, apabila tubuh sasa Faiz lebih pantas memeluk pinggangnya. Namun dia masih berusaha memboloskan dirinya. Setelah dapat memboloskan dirinya dari pelukan lelaki itu, dia berlari keatas katil. Tubuhnya sudah menggigil tidak menentu, dia takut diapa-apakan lelaki itu.
                            Faiz yang didalam keadaan tidak sedar itu naik keatas katil menghampiri Amel. Dia memegang kaki gadis itu dan menariknya sehingga gadis itu terbaring. Kemudian dia menindih badan gadis itu.
                             "U dah kenapa ni Faiz? Lepaskan i lah!" Jerit Amel. Dia berusaha menolak lelaki itu. Namun kekuatan lelaki yang sudah dirasuk syaitan tu, mampukah Amel bertubuh kecil itu mengatasinya. Akhirnya Amel gagal dalam perjuangannya mempertahankan dirinya. Dia pasrah dengan takdir Illahi. 

No comments: