EPISOD 20
PAKCIK BADRUL dan Badruzaman berdiri tegak didepan doktor yang merawat Bad. Wajah mereka pucat lesi, kerana menahan keinginan untuk menghisap dadah.
"Keadaan Badariah amat kritikal saat ini. Dia memerlukan darah, kerana dia kehilangan banyak darah ketika kemalangan tadi." Terang doktor tersebut kepada Pakcik Badrul dan Badruzaman.
"Habis tu kenapa aku pula yang kena??" Soal Pakcik Badrul dalam keadaan seperti orang lalok.
"Memanglah u yang kena! U kan bapa dia!" Tempelak Amel.
"Sabar Amel." Emah memegang bahu Amel.
"Macam ni pakcik, pihak hospital nak minta pakcik dermakan darah untuk Badariah. Sebab Badariah amat memerlukan bantuan darah sekarang ni, jika tidak ia boleh mengganggu gugat tahap kesihatan Badariah." Terang Faiz, yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati.
"Alah, kalau bapa aku tak nak dermakan pun ada masalah ke?" Sampuk Badruzaman yang juga kelihatan lalok.
"Jika bantuan darah gagal untuk didapatkan, kemungkinan besar ini boleh membawa maut terhadap pesakit." Terang doktor tersebut.
"Alah, dia nak mati biarlah dia mati. Tak payah susahkan akulah!" Marah Pakcik Badrul. Dia duduk dikerusi, kerana tak tahan berdiri.
"Pakcik, jangan cakap macam tu. Cuba pakcik ingat dulu, sewaktu pakcik menerima kelahiran dia dalam dunia ni. Pakcik qamatkan dia, pakcik cium dahi, dan kedua belah pipi dia. Pakcik berusaha mencari duit membesarkan dia sampai ibunya meninggal dunia. Pakcik menghantar dan mengambil dia pulang dari sekolah. Pakcik belikan dia baju baru, pakcik temankan dia tidur, pakcik memeluknya disaat dia ketakutan kerana mendengar bunyi guruh. Pakcik membelikan mainan baru. pakcik menyuapkan nasi kemulutnya. Pakcik bermain-main dengannya sewaktu pakcik punya kelapangan dirumah. Pakcik ingat tak?" Cahaya Qaseh sudah mulakan psikologinya. Airmata gadis itu turut bergenang, didadanya menahan sebak.
"Tapi tu semua dulu, sekarang dia bukan anak aku. Dia malukan aku, jadi macam jantan!" Bidas Pakcik Badrul perlahan. Matanya merah menahan sebak. Meskipun egonya menidakkan segala yang dikatakan oleh Cahaya Qaseh, tapi ditangkai hatinya, tersimpan sebak yang terlalu kuat.
"Pakcik, lahirnya Badariah kedalam dunia ini, berasal dari air mani milik pakcik. Itu beerti, didunia dan diakhirat Badariah tetap anak pakcik, meskipun serupa apa jadi dia. Dia tetap anak pakcik. Pakcik tanya dalam hati, tidak adakah sekelumit sayang terhadap Badariah? Tidak ada lagi ke sekelumit kasih terhadap Badariah?" Cahaya Qaseh berjaya bermain dengan psikologi terhadap Pakcik Badrul sehingga lelaki itu terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan.
"Dia bukan....." Kata-kata Pakcik Badrul tergantung. Dia tidak sanggup mengatakan Badariah bukan anaknya, sedangkan hati amat ingin memeluk anaknya itu.
"Pakcik, Badariah begitu mengasihi pakcik. Sungguh pun dia jadi macam tu, dia tak berhenti menjaga pakcik dan abang. Dia sentiasa menjaga makan, minum, dan pakai abang dan pakcik. Meskipun pakcik dah meragut sesuatu yang berharga didalam hidup dia, dia tetap menerima pakcik sebagai ayahnya, dengan hati yang terbuka. Anak mana yang mampu memadamkan bin atau bintinya? Bapa mana yang mampu membuang anaknya?"
Teresak-esak tangisan Pakcik Badrul, dia tidak mampu mendengar semua itu lagi dari seorang gadis yang tidak dikenalinya itu. Ketulusan gadis itu meragut segala egonya. "Aku tak boleh dermakan darah untuk anak aku sendiri." Ujar Pakcik Badrul perlahan didalam tangisannya.
"Tapi kenapa?" Soal Najihah dan Ikhwan serentak. Mereka berpandangan seketika.
"Aku penghidap HIV positif." Jawapan Pakcik Badrul berjaya membuatkan Shah terduduk, dan membuatkan Amel, Niea dan Emah berdiri agak jauh darinya. Tapi Cahaya Qaseh masih berdiri didepannya dan tertunduk.
Shah mengumpul semangat dan menuju kearah Badruzaman yang terduduk dipenjuru kerusi itu. "Bang, bang boleh tolong Bad kan?" Soal Shah, matanya sudah sepet kerana sejak tadi tidak berhenti menangis.
"Untuk apa aku tolong dia? Kan lebih bagus dia mati." Usul Badruzaman, seperti orang yang tidak punya perasaan.
"Memang seorang wanita boleh menarik bapa dan abang lelakinya masuk kedalam neraka. Tapi seorang wanita juga boleh memimpin bapa dan abang lelakinya masuk kedalam syurga. Apakah abang hanya mahukan tarikan Badariah dari pintu neraka? Apakah abang tak mahu pimpinan dari Badariah ke pintu syurga?" Shah pula memainkan peranan sebagai seorang kaunselor.
"Aku tak nak bazirkan darah aku untuk orang yang dah malukan nama keluarga." Jawab Badruzaman selamba.
"Hoi, Badruzaman! Bad jadi tomboy u rasa malu! Habis yang u hisap dadah, minum arak, main judi, rogol adik perempuan sendiri, tak rasa malu???? U jangan cakap macam u tu, malaikat! Tak pernah buat salah. Nak dibandingkan u dengan Bad, u lebih busuk dari bangkai!" Tempiak Amel, kesabarannya telah habis.
"Sabar Amel, sabar." Niea dan Emah memeluk bahu Amel. Mereka dapat merasakan gerakan nafas Amel yang bagaikan ombak.
"Lagipun apa nak dibandingkan darah abang, dengan apa yang abang dah ambil dari dia?" Tambah Najwa Atika perlahan.
"Abang, mungkin apa yang dilakukan Bad selama ini salah. Tapi dia tak minta untuk jadi macam tu. Kita sebagai seorang manusia yang tak pernah dapat lari dari melakukan kesilapan. Tapi kita sebagai manusia, Allah tak pernah berhenti memberi keampunan. Jadi tak salah kalau kita memaafkan kesalahannya. Mana kita tahu, hanya dengan sumbangan darah abang yang sedikit itu mampu membuat Bad bangkit dan menjadi seorang muslimah yang baik. Yang boleh menjaga nama baik keluarga abang." Tutur Shah penuh tenang.
"Jika kita jahil tidak selamanya kita perlu jadi jahil. Jika kita mahukan keinsafan, Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat untuk kita. Jangan biarkan diri kita terus berada didalam kejahilan." Tambah Cahaya Qaseh.
Badruzaman terpempam dengan kata-kata Cahaya Qaseh.
"Sewaktu kecil dahulu, pasti abang pernah menyapu luka ditubuh Bad. Kalau Bad diganggu orang, pasti abang pernah mempertahankan Bad, melindungi Bad. Mesti masa kecil dulu, abang pernah cakap pada Bad, abang akan jaga Bad. Abang mesti pernah jaga Bad masa demam, masa sakit, kan? Mesti masa tu abang cakap kalau Bad sakit, abang akan jaga Bad. Kan?" Shah cuba menguasai mental Badruzaman.
Badruzaman terdiam dan termenung, merenung ke lantai. Egonya sudah hancur, dan dia tahu itu. Dia bangun dan berjalan kearah doktor. Lalu dia mengangguk tanda dia bersedia untuk menjalani pemeriksaan sebelum mendermakan darah kepada Badariah.
Shah tersenyum dan bersyukur kepada Allah swt, kerana mempermudahkan segalanya. Cahaya Qaseh bangun dan berdiri dihujung kerusi dengan senyuman. Dia juga bersyukur dengan kerelaan Badruzaman.
BADARIAH sedar selepas seminggu koma. Dia dijaga dengan baik oleh doktor dan jururawat-jururawat. Kos pembiayaan dia didalam hospital swasta itu ditanggung oleh Shah dan Cahaya Qaseh.
Pakcik Badrul, Badruzaman, Shah, Cahaya Qaseh, Najwa, Faiz, Amel, Niea, Emah, Ikhwan dan Najihah datang untuk melawatnya.
"Bapak bersyukur kau sudah semakin baik Badariah." Tutur Pakcik Badrul lembut.
"Buat apa datang sini?" Soal Badariah tanpa memandang abang dan bapanya.
"Kami datang melawat keluarga sendiri Badariah. Itu pun salah ke?" Soal Badruzaman.
"Tak payahlah nak berlakon depan diaorang ni. Saya dah muak dengan lakonan bapak dan abang! Baliklah!" Marah Bad.
"Kami datang cara baik, macam ni kau buat kami Badariah?" Badruzaman hampa dengan sikap adiknya. Dia tahu adiknya tidak akan memaafkan dirinya.
"Habis tu, abang dengan bapak nak saya layan macam mana? Belai-belai, lembut-lembut? layak ke?" Tempelak Bad. Yang lain hanya mampu diam dan tak mampu untuk bersuara.
"Aku dah dermakan darah untuk kau. Maafkan aku Badariah, diatas salah silap aku selama ni pada kau." Ujar Badruzaman perlahan.
"Kalau abang derma semua darah-darah abang pada saya pun, abang takkan dapat pulangkan balik kesucian sayalah!" Tempiak Badariah kuat.
"Bapak tahu, bapak dan abang kamu salah. Tapi, kini kami sedar diatas kesilapan kami, dan kami berjanji akan perbaiki diri kami. Maafkanlah kami, dan beri kami peluang Badariah." Pakcik Badrul pula yang merayu.
"Berilah kami kesempatan ini Badariah, sebelum kami menyerahkan diri kepada pihak polis. Kau fikirkanlah baik-baik, nanti malam kami datang. Mari bapak. Assalamualaikum." Badruzaman memimpin jemari bapaknya keluar dari bilik itu. Dia sudah tidak tahan berdepan kebencian adiknya.
Bad hanya berdiam dan melelapkan mata.
CAHAYA QASEH, dan yang lain-lain berehat minum disebuah restoran yang tersedia dibawah hospital itu. Mereka berbincang berkenaan dengan hal yang dihadapi oleh Badariah.
"Bila bapak dah ok, Bad pula buat hal. Macam mana ni?" Soal Niea.
"Aku pun dah tak tahu nak cakap macam mana Niea, aku pun naik pening dengan sikap Bad. Hati macam batu." Tutur Emah. Dia menyedut minumannya.
"Kita tak boleh cakap macam tu, kita tak rasa apa yang dia rasa. Kita tak ada ditempat dia, kita tak rasa macam mana sakitnya dan macam mana nak berdepan dengan orang yang dah meragut kesucian kita." Tingkah Najihah lembut.
"Tapi sampai bila dia harus hanyut dengan kemarahan dia? Sampai bila dia nak biarkan dirinya dilanda rosak seperti ini? Sampai bila dia nak berlagak jadi lelaki macam ni?" Bidas Ikhwan pula. Dia telah mengeluh hampa.
"U tak layak nak marah macam tu Ikhwan! Selama ni, kita pernah ke nasihatkan dia untuk berubah? Selama ni, kita pernah ke nasihatkan dia agar dia memaafkan keluarga dia? Selama ni, kita pernah ke, pujuk dia supaya jangan berperangai macam lelaki? Tapi Ustazah Cahaya yang baru kenal kita tiga empat bulan ni, dia yang bersungguh-sungguh nak Bad berubah. Kita? Dah bertahun-tahun dengan dia, pernah ke kita selami hati dia? Pernah ke kita tanya dia, apa masalah dia, kenapa dia jadi macam tu? Pernah?" Marah Amel bersuara lantang.
"Sekarang ni, kita semua dah tahu salah kitakan? Jadi dah jadi tanggungjawab kita untuk sedarkan dia, bantu dia. Jangan kita semua saling tuding menuding sesama sendiri. Kita perlu bantu Bad." Shah mula mencelah.
"Sudah-sudahlah tu, kamu semua dah penat. Pada abang, baik kamu semua balik dan berehat. Malam nanti baru datang melawat Badariah. Abang dengan akak Najwa kamu, akan jaga Badariah hari ni. Jangan terlalu banyak fikir." Nasihat Faiz lembut.
"U jangan nak tunjuk baiklah Faiz! Menyampah i tengok, u tahu tak? Berabang-abang bagai!" Pekik Amel. Dia terus bangun dari kerusi dan berlalu pergi meninggalkan kumpulan itu.
"Bawak bersabar bang." Najwa mengurut-urut belakang suaminya.
"Aku rasa, ada orang yang tepat, yang boleh pimpin Bad." Ikhwan mula bersuara. Dia bersuara, seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi, sehinggakan yang lain terus memandang kearahnya.
"Maksud kau?" Soal Shah.
"Siapa?" Soal Niea pula.
"Ustazah Cahaya Qaseh." Jawab Ikhwan sepatah.
"Ustazah Cahaya?" Soal Najihah, seakan tidak percaya.
"Kau biar betul Ikhwan?" Tambah Niea.
"Akak setuju dengan apa yang Ikhwan cakap. Ustazah Cahaya, ada aura yang tersendiri. Dia pasti boleh memimpin Badariah." Najwa menyokong pendapat Ikhwan.
"Masalahnya kak, Badariah tu, hati dia keras. Takkan kita nak harapkan Ustazah Cahaya yang lemah lembut ni?" Soal Najihah seakan tak percaya.
"Kerasnya hati wanita bagaikan kerak nasi. Kerak nasi yang keras tu, kalau direndam, lembut juga." Sampuk Faiz. Dia bersetuju dengan pendapat Ikhwan juga.
"Betul apa abang cakap tu, saya setuju. Macam tu juga Amel, dia pun wanitakan? Dia pun ada hatikan? Kerasnya hati dia, siapa nak lembutkan? Pernah diantara kita mempertahankan Amel? Dia bermati-matian membela nasib kita, mempertahankan kita semua dalam apa jua situasi. Tapi dialah, orang yang kita selalu abaikan. Abang tahu tak, dulu Amel tak macam tu. Dia seorang gadis periang, bukan pendiam. Bukan kaki melenting, terpekik sana terpekik sini. Tapi siapa yang ambil peduli dengan perubahan dia? Shah? Kenapa setiap masa, Shah je yang temani dia disaat dia berduka, bersedih. Kenapa? Kenapa tak ada siapa diantara kita yang merawat luka dia?" Tiba-tiba Emah memberanikan diri untuk bersuara, bersuara untuk sesuatu yang selama ini dia diamkan dan pendamkan. Emah bangun dari kerusi, dan berjalan meninggalkan semua yang ada disitu.
"Cara dia yang buat kami tak suka dengan sikap dia Emah, mungkin sebab tu juga kami abaikan dia. Mungkin itu yang dia minta." Ujar Najihah, seolah-olah Emah masih berada disitu.
"Itu yang dia minta ye? Dia minta ke, orang yang dia cinta ditakdirkan bernikah dengan orang yang dia amat sayang? Dia minta ke, orang yang dia cinta buang dia macam tu je, macam buang kain buruk? Dia minta ke, orang yang dia cinta, tinggalkan dia tanpa sebarang titik nota? Kau tahu tak Najihah, sampai sekarang dia masih tunang abang Faiz. Pertunangan mereka tidak pernah putus, tapi pernah ke dia pertikaikan pada abang Faiz? Meskipun dia selalu memberontak macam tu, dah cukup beruntung dia tak minta apa-apa dari abang Faiz. Cuba kalau kau, aku kahwin dengan Ikhwan macam tu je. Lepas tu, Ikhwan abaikan kau. Apa kau rasa? Sakit tak? Kalau kau dapat rasa, aku nak kau tahu, itulah yang sedang dirasai oleh Amel. Dia tak minta untuk jatuh cinta, dan dia juga tak minta untuk berada diposisi ini. Kau kecamlah dia macam mana sekali pun, tapi kau kena ingat satu kata yang dia nak dari kau. Iaitu, ingat dari mana kau berasal!" Niea menepis airmata yang menitis dipipinya dan terus berlalu meninggalkan semua yang berada disitu.
Najihah tertunduk, begitu juga Najwa dan Faiz. Shah meminta izin untuk berlalu, dia mengejar Amel yang berjalan kaki dalam hujan. Langit gelap menandakan hujan akan lebat.
Ikhwan mengajak Najihah pulang, begitu juga Faiz, dia mengajak Najwa pulang. Tinggallah Cahaya Qaseh disitu, yang sejak tadi diam membisu.
Dia melepaskan pandangan pada luar kedai itu. Pelbagai perkara bermain difikirannya. Dia duduk diam sambil menilai satu persatu sifat yang ada pada setiap sahabatnya. Dan bila mengenangkan Shah yang meninggalkan dirinya dan mengejar Amel, itu membuatkan dia senyum dalam kesedihan.
Shah memberhentikan kenderaannya dan keluar dari kenderaan dengan membawa payungnya. Dia mendapatkan Amel, yang berjalan didalam hujan yang lebat.
"Amel, kenapa jalan dalam hujan ni?" Shah memayungkan Amel, yang sedang memeluk tubuh kesejukan.
"I lebih rela berjalan dalam hujan dari i nak duduk diam dekat situ dan dengar cakap orang tak ada hati perut tu!" Pekik Amel. Wajahnya basah terkena hujan, dan airmatanya.
"Amel, awak tak boleh bawak perasaan sampai memudaratkan kesihatan awak. Mari saya hantarkan awak balik." Shah mempelawa insan yang dia sayang itu masuk kedalam kereta.
"Tak apalah Shah, biarlah i jalan macam ni. Sejak Ikhwan berhenti jadi driver i, memang inilah kenderaan i." Ujar Amel perlahan, sambil menunjukkan kakinya.
Shah terasa sebak mendengar luahan hati Amel. "Tak apa Amel, saya betul-betul nak tumpangkan awak. Marilah."
Amel mengangguk perlahan dan menurutkan apa kehendak Shah.
NAJWA termenung dan mengenangkan setiap bait-bait kata Niea dan Emah. Kata-kata gadis berdua itu membuatkan dia berasa bersalah yang teramat. Dia merasakan seolah-olah dia sudah merampas kebahagian gadis itu didalam sedar.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Faiz lembut. Dia mencuit hidung isteri kesayangannya, dan duduk disebelah isterinya.
"Abang, Najwa ni memang pentingkan dirikan bang. Najwa ni memang tak kenang budi." Luah Najwa dengan airmata yang bergenang.
"Kenapa sayang cakap macam ni?" Riak wajah Faiz sudah berubah.
"Najwa tak minta untuk kahwin dengan abang, Najwa tak minta untuk jatuh cinta dengan abang. Tapi siapa Najwa untuk tolak takdir ni. Najihah tak ada niat nak rampas kebahagian Amel bang. Kalau Amel nakkan abang sekarang ni, abang kahwinlah dengan dia bang, dia berhak dapatkan abang." Najwa ikhlas dan meredhakan. Dia sedar, Faiz memang cinta pertama Amel, yang telah dia ambil menjadi suami.
"Sayang, kita bernikah diatas kehendak Allah, abang tak jadi kahwin dengan Amel, itu atas kehendak Allah. Kita bukan sesiapa yang berhak mempertikaikan takdir Allah. Kalau abang nak kahwin dengan Amel, enam bulan dulu lagi, abang dah kahwin dengan dia. Abang tak mampu menikahi dia dan menduai sayang. Biarlah Amel menjadi kenangan masa lalu abang." Faiz tidak mahu membuka hatinya untuk Amel lagi. Cukuplah ada Najwa dalam hidupnya.
"Tapi Amel masih tunang abang. Dia sanggup tak putuskan tali pertunangan tu, sebab tunggu abang. Kalau abang betul-betul tak mahu dia, lepaskan dia cara baik. Masih ada lelaki yang layak dan baik untuk dia. Kalau dia macam tu, dia dah terikat dengan abang." Jelas Najwa.
"Abang akan lakukan Najwa, demi cinta kita, dan demi kebahagian rumah tangga kita." Faiz memeluk tubuh isterinya dan mengucup dengan begitu kejap di dahi isterinya.
Najwa membalas pelukan suaminya penuh erat.
Jangan tinggalkan aku
Tetaplah bersamaku
Kuingin kau menjadi
Yang terbaik dalam hidupku
Tetaplah bersamaku
Kuingin kau menjadi
Yang terbaik dalam hidupku
Cintaku hanya satu
Hanya untuk dirimu
Maafkanlah diriku
Bila pernah menyakitimu
Hanya untuk dirimu
Maafkanlah diriku
Bila pernah menyakitimu
Aku tanpa kamu apa aku mampu
Melewati semua tanpa cintamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Melewati semua tanpa cintamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Aku tanpa kamu apa aku mampu
Melewati semua sendiri tanpamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Melewati semua sendiri tanpamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Cintaku hanya satu
Hanya untuk dirimu
Maafkanlah diriku
Bila pernah menyakitimu
Hanya untuk dirimu
Maafkanlah diriku
Bila pernah menyakitimu
Aku tanpa kamu apa aku mampu
Melewati semua tanpa cintamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Melewati semua tanpa cintamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Aku tanpa kamu apa aku mampu
Melewati semua sendiri tanpamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
Melewati semua sendiri tanpamu
Hati ini sudah terbalut kasihmu
Engkaulah hidupku
No comments:
Post a Comment