EPISOD 22
FAIZ tersedar dari tidur yang lena apabila terdengarkan bunyi telefon bimbitnya. Dia melihat keadaan sekeliling, dan dia tahu ini bukan bilik tidurnya dengan Najwa Atikah. Faiz mula mengingatkan daya ingatan terakhir sebelum dia lena atau tak ingat apa-apa semalam. Seingatnya dia keluar dengan klien perniagaannya di sebuah kelab. Dan dia didapati telah ditipu seorang wanita yang mengaku sebagai kliennya. Selepas dia menikmati coca-cola yang dipesan, dia mula berasa pening-pening dan tahu dia telah di perangkap. Kemudian dia berlari keluar dari kelab tersebut, setelah itu dia tidak berapa ingat apa yang terjadi.
Faiz menoleh kesebelah dan melihat ada seorang wanita yang baring membelakanginya. Dengan segera dia memaut tubuh gadis itu agar dapat dilihat paras rupanya. Alangkah terkejutnya bila dia melihat gadis itu bukan gadis yang mengaku sebagai kliennya tetapi tunangnya sendiri. Amel!
Dengan pantas dia menggoncang tubuh Amel sehingga menyebabkan gadis itu terbangun dari tidur dalam keadaan mamai tak sudah.
Apabila dapat merenung dengan baik dan berfikir dengan stabil, Amel menepis sentuhan Faiz. Dia menarik selimut tebal itu agar menutup tubuhnya yang tidak berteman seutas benang pun. Dia berasa malu untuk memandang lelaki yang telah menidurinya tanpa dia rela.
"Apa yang awak dah buat ni Amel?" Tempelak Faiz. Dia berasa amat marah dengan Amel, dia tahu pasti Amellah yang menyebabkan dia mabuk, dan dia menyangkal bahawa, klien wanita itu adalah upahan tunangnya.
Pang! Satu tamparan hangat menghiasi wajah Faiz. Dia sendiri tak perasan tindakan pantas Amel.
"Sepatutnya i yang tanya u, apa yang u dah buat pada i??" Tempelak Amel, airmatanya hampir gugur, bila mengenangkan mahkota yang dia jaga selama ini hancur ditangan lelaki yang cintai tetapi tidak menikahinya.
"Bukan awak ke yang upah klien palsu semalam? Bukan awak ke yang bubuh pil khayal dalam minuman saya semalam? Bukan awak ke yang bawak saya datang rumah awak ni? Bukan awak ke yang perangkap saya untuk tidur dengan awak?" Bentak Faiz, sakit hati melihat tunangnya yang berpura-pura seakan-akan tak tahu apa-apa.
Pang! Sekali lag tamparan Amel tepat pada sasaran. Kali ini ada darah yang keluar dari bibir Faiz, mungkin tamparan Amel benar-benar kuat.
"Mulut u memang tak ada insuran ke apa?? Memang i yang bawak u balik ke rumah i, sebab i tengok u dah macam orang tak betul keluar dari pub tu! But bukan i yang upah sesiapa nk jadi u punya klien mayen u, bukan i yang bubuh pil khayal ke, pil kuda ke, pil segala pil ke, dan bukan i yang perangkap u. But i yang terperangkap diatas pertolongan i sendiri!" Lantang Amel mempertahankan dirinya. Airmatanya menitis dengan penuh kekesalan.
"Boleh saya percaya ke dengan apa yang awak cakap ni?" Soal Faiz seakan tidak percaya, tangan kanannya masih memegang bibir yang berdarah.
Pang! Sekali lagi tamparan hinggap di pipi kanannya.
"U nak percaya atau tidak, tak penting bagi i. Yang penting sekarang, siapa yang nak bertanggungjawab diatas apa yang u dah buat pada i semalam??" Tempelak Amel.
"See? Awak memang terhegeh-hegeh lagi dekat saya kan Amel? Tak salah kalau saya buat semua tu pada awak kan? Sebab tu yang awak nak? Betul tak? Lepas tu, awak boleh perangkap saya macam ni. Betul tak? Lepas tu paksa saya kahwin dengan awak, betul tak?" Bidas Faiz lagi, dia yakin memang ini perangkap Amel.
Pang! Tamparan hinggap lagi di pipi kanan Faiz.
"I memang cintakan u Faiz, i cintakan u lebih dari mama dan papa i sendiri! I cintakan u sampai i terpaksa telan kenyataan yang u adalah suami kawan i sendiri, semata-mata sebab i nak tengok u bahagia. I cintakan u sampai i sanggup hidup dalam ibarat 'gantung tak bertali'. Sebab i cintakan u, i telan semua kemesraan yang u bagi pada Najwa depan i. Sebab i cintakan u, i tolong u semalam. Tapi u ragut semuanya dari i!!!!!!!!!!" Jerit Amel. Dia menumbuk-numbuk bahu Faiz. "U ambil semuanya dari i. And now, u tuduh i yang perangkap u! U fikir i ni binatang ke? Binatang pun ada hati dan perasaan, ada hati perut. I tak cukup kejam untuk buat u macam tu Faiz! Kalau i nak buat, enam bulan dulu i dah buat. Kenapa i perlu ambil masa selama ni?? Bodoh sangat ke i?" Air mata menitis laju dipipi Amel dia tidak menyangka sampai kesitu Faiz letakkan dia.
"U keluar dari rumah i sekarang! I tak nak tengok muka u, keluar Faiz!!!!!!!!!!!!!!" Jerit Amel.
Faiz terdiam seketika sebelum menjawab pada Amel. Dia membuka cincin pertunangannya, dan mencapai jemari Amel, kemudian mencabut cincin dijemari gadis itu. "Saya takkan gantung cinta awak lagi Amel. Dengan ni saya lepaskan semuanya. Kita putuskan pertunangan ni." Tutur Faiz perlahan.
Pang! Untuk sekian kali tamparan itu hinggap lagi.
"Setelah apa yang u dah ambil dari i, u buang i macam tu je Faiz. Faiz?" Soal Amel lntang. Dia memaut baju dibahagian bawah leher Faiz. Lelaki itu menepis perlahan dia berjalan keluar dari bilik itu. Amel mengejarnya dengan membungkus tubuh itu dengan selimut tebal.
Pintu dibuka dengan pantas oleh Faiz. Tapi dia terkejut disaat melihat isterinya Najwa, Najihah, Niea, Emah, Ikhwan dan Shah serta Cahaya Qaseh di muka pintu.
Najwa Atika yang melihat suaminya didepan pintu dan terpandangkan Amel dibelakang yang hanya berbungkuskan selimut tebal, terus jatuh pengsan.
NAJWA sedar setelah lima belas minit pengsan. Mereka berkumpul diruang tamu rumah Amel. Semuanya memandang kearah Amel dengan penuh rasa geram. Dan mereka pelik juga melihat pipi kanan Faiz yang merah menyalah dan ada darah di tepi bibir lelaki itu.
"Apa yang dah jadi sebenar ni bang?" Soal Shah sebagai adik saudara lelaki itu.
"Abang terperangkap dalam keadaan Shah." Jawab Faiz perlahan.
"Maksud abang? Yang sampai bibir berdarah tu kenapa?" Soal Najihah pula.
"Mana tak berdarah, satu kali cakap, satu pernampar, satu kali cakap, satu penampar. Abang rasa kalau sepuluh kali cakap tadi, sepuluh penampar sampai dekat muka." Tutur Faiz, sempat menjeling Amel.
"Kenapa kau tampar abang Faiz, Amel?" Soal Emah.
"Apa yang kau buat malam tadi dengan dia Amel?" Soal Niea pula.
"Cuba beritahu kami hal yang sebenar, Amel." Pinta Ikhwan.
"Apa yang abang dah buat dengan Amel, bang?" Soal Najwa sebak. Hatinya hancur melihat Amel yang masuk kedalam bilik tadi untuk menukar pakaian.
Cahaya Qaseh mendekati Amel, yang sejak tadi diam membatu. "Amel." Sapanya lembut.
"Semalam dia ditipu oleh seorang klien, klien palsu tu dah masukkan pil khayal dalam minuman dia, kemudian dia minum minuman tu. Dan bila dia keluar dari pub pun tu dalam keadaan yang jalan macam orang tak betul, kebetulan i lalu dekat situ. And i bawak dia balik rumah i, sebab rumah i paling dekat dengan pab tu. I nak hantar dia balik rumah, i tak tahu drive." Kata-kata Amel terhenti, apabila airmatanya menitis. Dia memeluk Cahaya Qaseh. Kemudian dia menyambung.
"Lepas i letak dia atas tilam, i lari masuk bilik air sebab i tahan bau arak. I muntah, then i keluar bilik air. I tengok dia depan pintu bilik air. I baru terfikir nak call Shah, nak suruh Shah ambil dia. Tapi niat i tak sampai bila dia peluk i. I tolak dia, then i lari atas katil. I takut sangat masa tu Cahaya...." Kata-kata Amel terhenti lagi. Dia memeluk Cahaya Qaseh sekuat hati. Cahaya Qaseh membalas pelukannya.
"I tak dapat nak lari, bila dia terjah naik katil. Dia tarik kaki i, sampai i terbaring. Then tindih i, then..... dia ro...rog..rogol i Cahaya.." Terhinjut-hinjut tubuh Amel, ketika menceritakan.
"Apa?" Serentak Emah, Niea, Ikhwan, Najihah, dan Najwa bersuara.
Faiz terkesima mendengar penjelasan Amel. Dengan mendengar penjelasan gadis itu, dia baru teringat segala apa yang terjadi malam tadi. Memang benar gadis itu hanya menyelamatkan dia, tapi dia yang merogol gadis itu. Dia mula kesal dengan perbuatannya terhadap Amel.
Najwa berjalan kearah Faiz, dan terduduk didepan suaminya. Wajah suaminya direnung sedalam-dalamnya. Dengan lembut, pipi suaminya dipegang. "Abang, ampunkan Najwa, kalau selama ni, layanan Najwa tak cukup bagi abang. Tapi perlu ke abang pilih jalan sesingkat ni? Kalau abang betul-betul nakkan Amel, Najwa akan uruskan urusan perkahwinan abang." Ujar Najwa Perlahan, airmatanya merembes laju.
"Tak sayang. Sayang dah cukup bagi abang. Maafkan abang sayang, apa yang abang buat semalam, semuanya abang tak sedar. Maafkan abang sayang. Maafkan abang." Berulang kali Faiz mengucup jemari Najwa.
"Abang tak perlu minta maaf pada Najwa. Tapi minta maaflah pada Allah bang." Tutur Najwa lembut, dia memeluk suaminya erat. Dia tahu suaminya tidak bersalah. Dia menerima suaminya apa adanya.
"Aku tak percaya apa yang kau cakap ni Amel, aku tak percaya. Kau kan cintakan Abang Faiz. So ni mesti kerja kau untuk perangkap abang Faiz. Kan?" Herdik Niea.
"Sabar Niea." Pujuk Emah.
"Takkan semudah tu awak biarkan abang Faiz buat pada awak? Atau sebab awak cintakan dia, awak rela diatas apa yang dia buat?" Soal Ikhwan mahukan kepastian.
"And, takkan dia rogol kau sampai pagi? Dah tak tahu nak selamatkan diri, lepas kena rogol ke?" Tambah Najihah.
"Sudahlah, janganlah kita bercuriga lagi, kita dah dapat penerangan diakan?" Shah cuba mengawal keadaan.
"Kau tak payah nak bela-bela dialah Shah!" Marah Najihah.
"Entah-entah kau nak balas dendam dengan kak Najwakan?" Tambah Niea pula.
"Terpulang pada u semua nak cakap apa." Tutur Amel lemah. Dia merenggangkan pelukannya dan melepas pandang kearah pasu yang berada diatas meja makan. Fikirannya kosong.
"Puaslah hati kau sekarang, sebab dah dapat apa yang kau nakkan?" Marah Najihah lagi.
"Sebelum i tampar u macam mana Faiz kena, baik u diam Najihah." Ujar Amel perlahan. Dia masih merenung pasu itu.
"Memanglah kau nak aku diam, sebab kau dah dapat apa yang kau nak. Kalau kau nak menyedap sekali pun, bukan abang ipar aku yang patut jadi mangsa....." Kata-kata Najihah tidak habis, apabila tamparan hangat Amel terkena dibibirnya.
"I dirogol, bukan i yang merogol! Kalau u nak tuduh i macam-macam pun, u tak boleh balikkan dara i balik! U faham tak? Sebelum i pijak u, baik u berambus dari rumah i sekarang! Berambus!" Pekik Amel.
"Kau nak tegakkan benang yang basah, sanggup kau lempang kawan kau sendiri Amel?" Marah Niea. Dia memeluk Najihah yang tersembam kelantai akibat tamparan itu.
Amel berlalu kepasu itu, dia mencapai pasu itu dan menghempaskannya kelantai. Lalu dia mengambil serpihan yang pecah itu dan mengelar pergelangan tangannya. Laju saja darah mengalir keluar.
Cahaya Qaseh berjalan mendapatkan Amel yang hanya mengenakan seluar sikny jeans pendek dan singlet tali halus.
"Amel, apa yang awak buat ni? Bawak mengucap." Pujuk Cahaya Qaseh. Dia mengambil serpihan kaca ditangan Amel. Dan membawa gadis itu duduk disofa. Kemudian Amel yang semakin lemah kerana kehilangan banyak darah merebahkan kepala diatas peha Cahaya Qaseh.
"Untuk apa i hidup lagi Cahaya. Mahkota yang i jaga selama ni, dah hancur. Setelah dia ambil semua tu dari i, dia putuskan pertunangan kami." Ujar Amel dengan nada yang sangat perlahan. Pandangannya kabur.
"Masih ada jalannya untuk kamu Amel, bukan jalan sesingkat ini, yang kamu harus pilih." Pujuk Cahaya Qaseh.
Faiz merenung Amel dengan penuh kekesalan. Jika dia tidak meragut kesucian gadis itu. Pasti gadis itu tidak cuba meragut nyawa sendiri.
"Biarlah i pergi je Cahaya, mungkin itu kepuasan bagi mereka." Nafas Amel mula tidak stabil.
"Belum masa awak pergi kalau ajal tak panggil lagi. Shah kita bawak dia pergi hospital sekarang!" Arah Cahaya Qaseh.
Dengan pantas Shah memapah Amel yang sudah pengsan dipangkuan Cahaya Qaseh.
Semua yang berada didalam rumah itu mengekori Cahaya Qaseh dan Shah.
AMEL dapat diselamatkan, benar kata Cahaya Qaseh. Belum masa Amel pergi, jika ajal tak panggil lagi. Cahaya Qaseh tidak membenarkan seorang pun melawat Amel, melainkan Shah, dia dan ibu bapa Amel sendiri.
Rakan-rakan yang lain terasa dengan tindakan tegas Cahaya Qaseh. Namun Cahaya Qaseh tetap dengan tindakannya. Sudah masanya dia perlu memperbetulkan pendirian sahabat-sahabatnya yang tidak elok.
"Kenapa kami tak boleh melawat dia Cahaya? Sedangkan kami kawan-kawan dia jauh lebih lama dari awak?" Soal Najihah.
"Tak perlu ganggu emosi dia buat masa ni. Kamu semua tahukan, sebagai seorang kaunselor, saya rasa kita semua sudah diberi penerangan berkenaan dengan mangsa yang mengalami trauma selepas dirogol. Dia akan berasa tertekan, berasa disisirkan, berasa rendah diri, berasa tidak berguna, berasa malu dan kebanyakan rasa-rasa negatif. Dan ada sesetengah mangsa rogol itu akan cuba bunuh diri, dan Amel tak ambil masa yang begitu lama untuk mencuba bunuh diri. Kamu semua nampakkan?" Terang Cahaya Qaseh.
"Tapi memang patut punkan kami cakap macam tu, supaya dia sedar. Dia yang salah bukan abang Faiz." Niea masih cuba mempertahankan kata-katanya.
"Kau rasa, dia minta ke untuk kena rogol? Kalau aku rogol kau, kau minta ke? Doktor dah maklumkan pada kami, ada kesan luka pada kemaluan Amel, dan doktor pakar telah membuat pemeriksaan yang lebih teliti keatas Amel. Mereka mengesahkan Amel memang dirogol. Kerana terdapat kesan bengkak di pergelangan tangannya, bahunya. Kalau dia rela dirogol, takkanlah sampai luka-luka? Itu bukan rela tapi paksa! kalau rela bukan rogol lagi dah! Faham tak?" Shah bersuara tegas, menampakkan kesabarannya sudah semakin habis.
"Bagi kami jumpa dia ustazah." Ikhwan masih mencuba nasib.
"Maafkan saya, saya tidak boleh mengizinkan. Saya tak mahu kamu semua menyebabkan emosi dia terganggu. Biarkan dia bersendirian sementara waktu ni. Mungkin itu lebih baik." Cahaya Qaseh mahu berlalu dari situ, namun langkanya terhenti selepas mendengar Najihah bersuara.
"Kalau kita nak masuk pun, biarlah. Bukan ada kena mengena dengan Cahaya kan." Tingkah Najihah.
"Boleh! Selangkah awak semua masuk kedalam bilik Amel, secara automatik awak merelakan sijil pengesahan awak sebagai seorang kaunselor digantung kerana telah menyebabkan seorang mangsa rogol mengalami tekanan perasaan melampau dan mengambil keputusan cuba membunuh diri. Kemudian awak semua boleh ucapkan selamat tinggal pada praktikal-praktikal awak." Bidas Cahaya Qaseh dan terus berlalu masuk kedalam bilik Amel.
Mereka baru teringat bahawa Cahaya Qaseh adalah anak pemilik kolej tempat mereka belajar dulu.
CAHAYA QASEH merenung Amel dengan penuh simpati. Dia kasihan melihat nasib Amel. Dia benar-benar tidak menyangka apabila ibu bapa gadis ini dihihubungi, katanya tidak dapat pulang ke Malaysia kerana banyak urusan kerja di oversea.
"Apa yang kita nak buat dengan dia, Qaseh?" Soal Shah lembut.
"Kita akan terus beri dia semangat. Kita akan tuntun dia, kita akan bimbing dia, Shah." Jawab Cahaya Qaseh yang masih merenung Amel dengan penuh kasih.
"Qaseh, maafkan saya, kalau selama ni, saya banyak abaikan awak dan lebihkan Amel." Akhirnya Shah bersuara.
"Awak manusia, dan saya pun manusia. Awak berhak lakukan apa yang awak mahu, dan saya tiada hak untuk menghalang." Cahaya Qaseh masih lagi tenang dan mengurut tangan Amel.
"Tapi saya tahu, saya dah berlebih-lebihan dengan Amel. Sepatutnya saya utamakan awak berbanding mereka."
"Shah, kita mungkin boleh menipu orang lain. Tapi kita takkan mampu menipu hati dan perasaan kita sendiri." Cahaya Qaseh bersuara tenang.
"Tapi saya tak sanggup nak lukakan hati awak." Tutur Shah perlahan.
"Tak ada yang terluka dihati ini Shah, malah saya akan menghormati awak. Kita tak minta untuk jatuh cinta, tapi dengan cara apa kita menggambar cinta?"
Shah terus terdiam dengan kata-kata terakhir Cahaya Qaseh.
NAJWA duduk diatas katil dengan linangan airmata. Dia berasa terlalu bersalah dengan Amel. Dia terasa bagaikan dirinya telah meragut kebahagian gadis yang telah banyak menabur jasa pada dirinya.
"Sayang, kenapa ni?" Faiz memeluk bahu isterinya.
"Kejamnya saya ni pada Amel, insan yang selama ni banyak menabur budi pada saya. Kejamnya saya ni bang." Najwa memeluk tubuh suaminya dan menghamburkan tangisannya.
"Jangan cakap macam tu sayang, jangan salahkan diri sayang diatas apa yang jadi ni. Kita kena beriman dengan qada dan qadar. Inilah takdir Illahi, yang telah ditetapkan untuk kita. Segala apa yang jadi adalah dugaan untuk kita. Allah mahukan kita selalu ingat pada Dia. Jangan sesekali kita menyalah diri sendiri, sebaliknya kita perlu selalu memohon keampunan diatas kelalaian kita didalam meningatiNya." Pujuk Faiz. Dia juga turut menitiskan air mata keikhlafan.
"Maafkan Najwa, kalau selama Najwa menjadi isteri abang, Najwa menjadi isteri yang tidak sempurna untuk abang." Pinta Najwa, dia merenung wajah Faiz dengan penuh kasih dan cinta yang menggebu.
"Sayang adalah isteri, sebaik-baik isteri untuk abang. Tak ada satu silap sayang pun yang abang ingat. Segalanya adalah kebaikan sayang. Sayang ingat dulukan abang pernah cakap, tak sempurnanya sayang kerana didikan abang. Abang pun mohon maaf kerana tak mampu menjadi suami sehebat Muhammad saw, tak mampu menjadi suami seteguh Nuh as, ampunkan abang sayang." Berulang kali Faiz mengucup dahi isterinya.
"Abang adalah penetap syurga bagi Najwa, tak ada silap yang abang buat pada Najwa. Terima kasih kerana menjadi suami Najwa bang." Menitis lagi airmata Najwa.
"Terima kasih kerana menjadi isteri abang sayang." Faiz juga menitiskan airmata.
"TAK patut kau tuduh Amel macam tu Niea." Tegur Emah sebaik mereka menghabiskan makan malam mereka.
"Aku tak tahu pula yang dia cakap tu semuanya betul. Bila Shah cakap, doktor pakar dah sahkan yang dia memang kena rogol baru aku percaya." Tutur Niea lemah.
"Kalau kita betul-betul sahabat, kenapa kita perlu tunggu pengesahan doktor pakar untuk percayakan kawan kita sendirikan?" Soal Emah sebak.
"Kau nak tuduh aku tak percayakan Amel ke apa?" Soal Niea semula.
"Niea, aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak sanggup nak tengok kita semua berpecah belah. Kau fahamkan maksud aku?" Soal Emah lembut.
"Jadi kau nak cakap, aku salah?" Soal Niea lagi.
"Aku tak cakap kau salah, tapi kita dah kenal Amel macam manakan? Memang Amel salah Niea. Mulut dia memang jahat, sikap dia memang buruk. Tapi hati dia? Kita kenalkan hati dia macam manakan? Tergamak kita sangka dia yang perangkap abang Faiz?" Emah mula berasa sebak.
Niea cuma terdiam dah sedia menerima nasihat Emah.
"Dulu, disaat Bad, lari dari rumah, dan cuba bunuh diri. Kita tak buat apa-apa, melainkan Amel yang mendekatinya dan mencapai pisau tu dengan berani dari tangan Bad. Amel yang tungkus lumus, beri semangat pada Bad, agar Bad teruskan kehidupan walaupun Bad dah dirogol. Dulu, disaat kau putus dengan kekasih kau, dan kau ambil keputusan untuk berhenti belajar, Amel yang banyak beri sokongan pada kau supaya jangan berhenti. Waktu aku hilang pedoman, bila dapat tahu kekasih aku main kayu tiga, dia yang selalu beri sokongan supaya aku jangan jadi bodoh kerana lelaki. Disaat Ikhwan tiada tempat bergantung, dia ambil Ikhwan bekerja dengan dia. Amel bagi dia rumah, kereta dan Amel lengkapi dia dengan segala macam keperluan. Disaat Shah hampir mengambil keputusan menyambung belajar keluar negara, dan kita tak sanggup melepaskan Shah, Amel yang puas memujuk Shah agar tidak meninggalkan kita. Pengorbanan paling besar yang Amel lakukan apabila dia sanggup menolak tawaran persembahan nyanyian yang bernilai satu juta ringgit semata-mata untuk menjaga Bad yang kemalangan hari tu dan dia juga korbankan cinta dia demi kebahagian kak Najwa. Kau buta ke Niea? Meskipun dia seperti tidak mampu terima hakikat bahawa kak Najwa dah kahwin dengan abang Faiz, tapi dalam dia tak sedar, dia terima semua tu. Kau masih tak nampak ke? Walaupun beribu kata cacian yang Najihah bagi pada dia, dia tetap tak ambil peduli dan masih menanggung kos pembiayaan Najihah belajar dekat kolej tu. Cuba kau beritahu aku, orang gila mana yang sanggup buat macam tu? Siapa?" Emah menyedarkan Niea dalam keadaan dia sendiri menangis mengenangkan keikhilafan dirinya.
"Tapi kita kena faham jugakan perasaan Kak Najwa bila dapat tahu suami dia meniduri Amel tadi?" Niea masih cuba menegakkan benang yang basah.
"Kita sendiri nampak dengan terang, kak Najwa menerima suaminya dengan hati yang terbuka. Sebab dia tahu, Abang Faiz dan Amel tak bersalah. Abang Faiz mabuk dan dia yang rogol Amel dalam keadaan dia tak sedar. Kau masih buta ke apa? Sekarang ni, kau fikirkan situasi Amel! Disaat dia tak boleh terima diri dia dirogol, kita letakkan macam-macam tuduhan pada dia. Kau fikir dia boleh hadap ke? Dia perempuan Niea, perempuan mana yang ada daya kekuatan untuk menolak lelaki yang sedang dirasuk syaitan? Cuba beritahu aku? Kalau kau ditempat Amel, mampukah kau hadap? Mampu? Kita ni tak ada dekat tempat dia, sebab tu, kita dengan bangganya bersuara. Tapi kalau kita ada ditempat dia? kau tak dengar tadi dia beritahu kita apa? Lepas je abang Faiz rogol dia, pagi tadi abang Faiz putuskan pertunangan diorang. Kau rasa? Mana yang mak ayah dia langsung tak nak balik Malaysia, sedangkan Cahaya dah beritahu yang Amel dirogol dan sekarang dalam hospital, mak ayah dia masih guna alasan ada kerja. Apa perasaan Amel sebagai anak masa tu? Kau rasa?" Emah tidak putus asa menyedarkan diri Niea yang sudah jauh tersasar dalam menilai erti persahabatan dan erti menilai manusia.
"Allahurabbi." Hanya itu yang mampu meniti dibibir Niea. Dia berasa lemah menerima itu semua, meskipun pahit itulah kenyataan. Memang diri dia silap, memang dia sudah buta dalam menilai. Allah...
CAHAYA QASEH menghulurkan air kosong dan ubat kepada Badariah. Gadis itu baru sudah bersarapan. Setelah makan ubat, Badariah mengajak Cahaya Qaseh berbual.
"Macam mana keadaan Amel?" Soal Badariah.
"Dia masih belum sedarkan diri. Shah tengah jaga dia sekarang, apa-apa nanti Shah beritahu." Terang Cahaya Qaseh lembut.
"Kesian dia, tak pasal-pasal jadi macam tu. Habis kawan-kawan lain ada tengok dia? Ada jaga dia?" Soal Badariah lagi.
Cahaya Qaseh hanya mampu senyum. "Awak dah hampir sembuhkan? Bila, dapat keluar hospital?" Cahaya Qaseh mengubah topik perbualan.
"Doktor cakap esok pemeriksaan terakhir, lusa kau dah boleh keluar dah." Jawab Badariah.
"Esok bapak dan abang awak akan datang sini." Tenang Cahaya Qaseh memberitahu Badariah.
"Cahaya, apa hukum bagi anak yang derhaka?" Soal Badariah, tanpa memberi tindak balas berkenaan dengan makluman Cahaya Qaseh tadi.
Cahaya Qaseh terdiam dan tersenyum kepada Badariah, kemudian mengangguk. Bersedia menjelaskan kepada Badariah.
"Bismillahirahmanirahim. Hukum derhaka kepada ibu bapa. Setiap anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.
"Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa' yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua yakni ibu bapa.
"Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah saw sebagaiman dinyatakan oleh at-Tabrani, bermaksud:"Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara dirinya.
"Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada kedua ibu bapanya, dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.
"Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari:"Sebesar-besar yakni daripada dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.
"Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.
"Apabila kandung semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?
"Tiba detik melahirkan, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa dihantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang baru dilahitkan.
"Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja, dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.
"Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.
"Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: "Dua yakni kejahatan yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.
"Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka didunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan." Terang Cahaya Qaseh lembut. Dia dapat melihat airmata yang ditepis oleh Badariah.
"Macam mana pula, kalau bapa yang macam bapa aku? Patut ke aku hormat dan berbakti pada dia lagi?" Soal Badariah.
"Sudah menjadi tuntutan didalam Islam, berbakti kepada ibu bapa itu suatu kewajipan. Walau salah apa pun yang mereka lakukan. Badariah, tugas awak sebagai anak yang diperkosa bukan membenci atau membuang ayah awak. Sebaliknya terimalah dia dengan hati yang terbuka. Memaafkan ayah adalah suatu kewajipan, dan memaafkan adalah sifat termulia. Seburuk apa pun ayah awak, sehina apa pun ayah awak, sekejam apa pun ayah awak, seteruk manapun ayah awak, dia tetap ayah awak. Tanpa dia, awak tak mungkin dapat melihat bulan, bintang, matahari, dan awak takkan berpeluang merasai dunia ini. Sudah menjadi satu kewajipan untuk awak hormat pada dia. Awak perlu dan wajar menghormatinya. Memaafkannya. Perbuatan buruk tak semestinya dibalas buruk. Apatah lagi, itu adalah ayah kandung kita sendiri. Apa yang kita nak banggakan dalam dunia ni, jika akhirat kita bunuh." Cahaya Qaseh setia memberi nasihat kepada Badariah. Dia berharap agar gadis itu sedar diatas segala perbuatannya selama ini.
Badariah menangis teresak-esak diatas kekesalan dirinya selama ini. Dia duduk dan memeluk lutuk kepalanya disembamkan dikepala lutut. Cahaya Qaseh memeluknya dengan penuh keikhlasan.
"Manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi manusia diberi peluang untuk mengelak dari melakukan kesilapan. Kerana ada azab Neraka dan ada nikmat Syurga." Cahaya Qaseh terus memberi dakwah kepada Badariah. Dia berdoa semoga terbuka pintu hati Badariah menerima Pakcik Badrul dan Badruzaman sebagai keluarganya semula.
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
No comments:
Post a Comment