Tuesday, 22 April 2014

Ini Buku Cinta Kita

EPISOD 19

NAJIHAH dilamar Ikhwan sebaik sahaja mereka tamat pengajian, dan itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan bagi Amel. Dia merasakan seakan usahanya selama ini sudah gagal. Dimajlis pertunangannya Najihah dan Ikhwan, diraihkan dengan penuh kesyukuran. Shah, dan Cahaya Qaseh tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai urusan luar. 
             Najwa Atikah, Faiz, Emah, Bad, Niea dan Amel duduk disebuah meja yang disediakan dimajlis itu. Mereka berbual-bual dengan penuh kegembiraan kecuali Amel.
             Hati Amel benar-benar sakit disaat melihat Faiz membelai pipi Najwa, airmata yang mahu menitis ditahan-tahan. Merenung Ikhwan yang berbual elok dengan Najihah, membuatkan hatinya menjadi cemburu. Dia begitu merindui layanan elok dari rakan-rakannya yang seperti dulu, dan layanan mesra dari Faiz untuk dirinya. Kini semuanya telah berubah.
              "Aku bangga dengan perubahan kau Emah, Najihah, Ikhwan. Aku tak sangka, tamparan ustazah Cahaya dan Shah amat kuat untuk kau orang. Emah dah mula pakai tudung, macam tu juga kau Jihah. Ikhwan pula dah tahu batas-batas pergaulan. InsyaAllah, kauorang doakan aku pula ye." Tutur Niea lembut.
                "Aamiin, semoga Allah berikan kita semua hidayah dan rahmatNya." Lafaz Ikhwan lembut.
                "Kau jaga kawan baik aku ni elok-elok! Jangan sakitkan hati dia! Faham?" pesan Niea pada Ikhwan.
               "InsyaAllah Niea, selagi Allah izinkan aku. Kau doakan kami, sampai ke jinjang pelamin." Ujar Ikhwan tenang. Dia merenung sebentar kearah Najihah yang duduk disebelah Najwa Atikah, sebelum mengalih pandangan ketempat lain. 
                  "Akak ni, bila nak berisi? Dah lama dah kami tunggu anak buah ni." Sampuk Emah tiba-tiba. Hampir kesedak Amel yang duduk disebelahnya.
                   "InsyaAllah Emah, bila ada rezeki nanti, merasalah kamu semua anak buah. Sekarang ni, abang dan kakak kamu sedang berusaha." Seloroh Faiz, membuatkan Amel betul-betul tersedak.
                     "Amel, kau okey?" Soal Emah cemas. Dia menepuk-nepuk perlahan belakang gadis itu.
                     Najihah dan Najwa berpandangan seolah-olah mengerti mengapa gadis itu tersedak.
                     "I dah terlebih ok lah ni!" Tipu Amel, sambil tersenyum palsu kepada Emah. Dia tidak mampu merenung Faiz lagi. Hatinya terlalu sakit. Lelaki itu seolah-olah sudah tidak nampak dia lagi.
                     "Abang Najwa pergi tandas dulu." Najwa bangun dan berlalu meninggalkan meja itu, dia tahu apa yang sedang dihadapi Amel, dan dia tidak sanggup menghadapi kenyataan itu.
                      "Bro, Shah asal tak datang ah?" Soal Bad, yang sejak tadi hanya diam. Dia datang dengan pakaian baju melayu dan seluar jeansnya. Benar-benar berlagak seperti lelaki.
                       "Dia ada temuduga hari ni, kan dia nak jadi dapat praktikal kaunselor dekat hospital swasta di Melaka." Terang Ikhwan.
                       "Yeke? Aku dapat praktikal kaunselor dekat sebuah sekolah menengah, kebetulan sekali dengan Emah." Sampuk Niea.
                       "Aku pula dapat praktikal dekat jabatan kebajikan masyarakat." Tambah Najihah senang.
                       "Aku dapat praktikal dekat sebuah badan kerajaan juga. Tapi untuk perbadanan pembangunan manusia." Ujar Bad.
                        "Aku dapat dekat praktikal dekat kolej kita sendiri." Tambah Ikhwan dengan senyuman penuh makna.
                       "Serius? Bestnya." Emah benar-benar tidak sangka Ikhwan dapat praktikal dikolej mereka sendiri.
                          "Kau Amel? Dapat dekat mana? Dah mohon?" Soal Bad.
                         "I? I tak sempat apply mana-mana pun. Maklumlah sekarang I sibuk sikit, terkejar sana-terkejar sini kan, Ikhwan?"
                           "Betul tu, tapi saya ada benda juga nak cakap dengan awak ni Amel." Ikhwan mengumpul kekuatan untuk bersuara.
                          "Apa dia?" Soal Amel sepatah.
                          "Mulai detik ni, saya nak berhenti menjadi pemandu awak. Sebab saya akan sibuk lepas ni dengan praktikal." Ikhwan menghulurkan kunci kereta kepada Amel.
                           "But, I... I nak balik naik apa Ikhwan kejap lagi? I bukan tahu memandu pun. Lepas ni, I nak pergi recording and show semua macam mana?" Soal Amel cemas.
                          "Saya betul-betul minta maaf, saya dah tak boleh nak buat semua ni untuk awak lagi Amel."  Ikhwan nekad dengan keputusannya. Dia tidak mahu mendengar sebarang rayuan dari Amel.
                       Amel mengeluh berat, dia melepaskan pandangan kearah lain. Sedang elok mencari pandangan lain, pandangannya bertaut dengan renungan Faiz. Mereka berpandangan mata, merenung diantara satu sama lain. Ada sebuah perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
                         "Kenapa kau tak buat notis berhenti dua puluh empat jam Ikhwan? Sekurang-kurangnya, dia boleh standby pekerja lain. Kesian dia." Marah Emah. 
                          "Tak apa Emah, I boleh balik naik teksi. I balik dulu. U simpan kereta tu Ikhwan. I hadiahkan untuk pertunangan u dan Najihah." Amel bangun dari tempat duduk dan meninggal semua yang ada disitu.

Bad balik dengan menaiki motosikal. Tanpa dia sedar, ketika membelok kekanan ada sebuah kereta yang bergerak laju dari arah yang bertentangan sehingga menyebabkan dia kemalangan.
                     Bad dikejarkan kehospital berhampiran. Berita kemalangannya sampai kepada rakan-rakan. Dalam sekejap cuma, semua rakan-rakannya tiba di hospital.
                      "Macam mana semua ni boleh jadi?"Soal Shah cemas. Dia benar-benar terkejut ketika menerima berita kemalangan teman baiknya.
                        "Kitaorang pun tak tahu Shah, kami semua tengah tunggu keputusan doktor." Jawab Ikhwan lemah. Dia masih berpakaian melayu. Tak sempat pun menukar pakaian, sebaik mendapat tahu kemalangan itu, dia bergegas ke hospital.
                       "I, nampak dia accident tadi Shah." Ujar Amel yang sejak tadi diam, menangis dan menggigil.
                       "Amel, kenapa ni?"Shah menghampiri gadis itu.
                       "I, nampak semuanya Shah. Dia terpelanting Shah, kereta langgar dia." Ujar Amel teresak-esak. Dia merenung kearah sesuatu tempat seperti membayangkan semula kejadian itu.
                     "Amel, tenang. Bawa mengucap. Beritahu Shah satu-satu." Shah mendengar setiap butir yang keluar dari bibir Amel.
                       "Masa i tengah jalan kaki tadi, i jalan and i nampak motor Bad... i nampak kereta laju...kereta langgar Bad.. Bad terpelanting jauh.. lepas tu, kereta lain datang langgar Bad lagi...I takut Shah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Tiba-tiba Amel menjeritkan nama Shah. Dia seperti benar-benar ketakutan, wajahnya yang putih berubah menjadi merah. Dia merentap tubuh Shah dan memeluk lelaki itu sekuat-kuatnya.
                   Lantas Shah beristigfar didalam hati, gadis itu pengsan didalam pangkuannya. Dia memapah Amel dan meminta bantuan doktor.
                    Cahaya Qaseh baru tiba dan menghampiri rakan-rakan yang lain. Kebetulan doktor keluar dari bilik pembedahan.
                    "Siapa waris pesakit?" Soal doktor tersebut cemas.
                     "Kami tiada pewarisnya doktor. Keluarga dia  tidak dapat datang. Kami kawan-kawan dia." Jawab Emah pantas.
                    "Badariah kehilangan banyak darah, organ dalamannya banyak yang rosak dan dia patah rahang muka, serta pata empat tulang rusuk. Dia memerlukan bantuan darah dengan segera. Boleh dapatkan keluarganya dalam kadar segera?" Pinta doktor tersebut.
                         "Kami bukan tak nak dapatkan keluarga dia, tapi belum tentu keluarga dia nak tolong dia doktor." Tutur Niea lemah. Dia tertunduk.
                    "Maksud awak?" Soal doktor itu dengan penuh hairan.
                    "Ibunya sudah meninggal dunia. Dan dia hanya ada seorang bapa serta seorang abang lelaki. Dan saya yakin abang atau bapanya tak kan tolong dia." Tambah Najihah perlahan.
                    "Habis macam mana ni?" Soal Doktor itu, dia mula cemas.
                    "Bapa dan abangnya akan datang doktor. Itu janji saya." Tiba-tiba Shah bersuara dari arah kiri mereka. Semua menoleh kearah Shah.
                    "Terima kasih. Saya amat berharap dia dapat datang."  Doktor itu berjalan kedalam bilik semula.
                     "Kau gila Shah? Kau tahukan bapa dengan abang dia macam mana?" Marah Ikhwan.
                     "Habis kau nak biarkan kawan kita mati macam tu je????" Tengking Shah dengan linangan airmata.
                     "Tapi kau tahukan perangai gila bapa dengan abang Bad? Takkan kau beria lagi nak pergi rumah dia orang?" Soal Najihah.
                      "Aku akan lakukan apa pun untuk Bad. Aku yakin masih ada harapan untuk Bad. Bad kawan kita yang paling kuat, dia selalu ada dengan kita. Aku takkan biarkan dia pergi dalam keadaan macam ni. Aku nak dia menjadi wanita yang solehah! Aku tak sanggup nak hilang dia." Shah terduduk dan menangis terhinjut-hinjut.
                       "Sabar Shah, bawa mengucap. Kita akan usahakan untuk kembalikan Badariah. Sesiapa boleh ceritakan siapa bapa dan abang kandung Badariah? Dan apa sebenarnya yang menyebabkan Badariah jadi macam tu?" Cahaya Qaseh bersuara setelah agak lama berdiam diri. Dia tidak sanggup melihat tangisan dan tangisan yang terjadi diantara sahabat-sahabatnya.
                       Ikhwan, Najihah, Emah, Niea dan Shah bercerita dari awal hingga akhir tentang diri Bad. Sehingga membuatkan gadis itu terduduk dari berdiri. Airmatanya menitis bila mengenangkan penderitaan seorang insan bernama Badariah.

NAJWA, Faiz, Emah, Shah, Niea, Cahaya Qaseh, Ikhwan, Najihah dan Amel sudah terpacak didepan rumah Bad.
                Puas Shah memberi salam, baru bapa Bad, pakcik Badrul keluar dari pintu rumah. "Apa yang kau orang memekak depan pintu rumah aku malam-malam buta dengan baju melayu, dengan baju kurung macam ni. Nak hantar orang mati ke apa?" Pekik Pakcik Badrul.
                "Assalamualaikum Pakcik." Sapa Cahaya Qaseh lembut. Dia menahan perasaan apabila terhidu bau alkohol yang sangat kuat ditubuh Pakcik Badrul.
                   "Kau nak apa ni si cantik manis. Ni siapa ni, aku tak pernah tengok pun selain dari kau orang." Tutur Pakcik Badrul sambil merenung Cahaya Qaseh dalam-dalam.
                   "Apa yang memekak ni Baba? Aku nak tidur pun tak senang!" Pekik Badruzaman yang  muncul dari belakang Pakcik Badrul. Terpaku dia melihat kecantikan Cahaya Qaseh.
                    "Macam ni Pakcik, bang. Badariah kemalangan, dan dia sedang tenat di hospital. Dia memerlukan darah, dan kami harap pakcik dan abang dapat datang kehospital sekarang." Pinta Cahaya Qaseh.
                   "Dah kenapa aku nak kena datang? Pergilah mampus dengan dia! Dia nak mati ke apa ke, ada aku peduli ke?" Bentak Pakcik Badrul.
                    "Memanglah sekarang kau orang berdua tak peduli! Tapi bila Bad betul-betul mati, dah tak ada siapa nak jaga makan minum pakai kau berdua, barulah kau terngada!" Tiba-tiba Amel melenting.
                    "Sabar Amel." pujuk Emah, berulang kali dia mengurut belakang Amel.
                    "Sabar? U pekak ke apa Emah? Bapak dengan abang Bad sendiri tak pedulikan Bad yang sakit tenat tu!!" Marah Amel.
                    "Pakcik, bang. Tolonglah kesiankan Badariah. Saya percaya didalam hati kecil pakcik pasti merisaukan Badariah. Mana mungkin seorang bapa membiarkan anaknya didalam sebuah penderitaan bertarung nyawa. Saya percaya dalam hati kecil abang, amat khuatirkan Badariah, insan yang selama ni, tetap menerima abang sebagai abangnya meskipun abang dah memperlakukan yang bukan-bukan pada dia." Tutur Cahaya Qaseh lembut. Didalam hatinya tidak berhenti mengucap ya latif.
                    Pakcik Badrul tertunduk dan begitu juga Badruzaman. Entah mengapa hati mereka yang selama ini tidak pedulikan Bad, terasa mahu melihat keadaan Badariah saat ini.
                    "Buat apa aku nak melawat dia, tak penting pun. Lebih baik dia mati, dari dia hidup menyusahkan aku. Berlagak jadi jantan." Tindas Pakcik Badrul lagi.
                          "Pakcik, apa yang terjadi pada dia, bukan itu yang dia mahukan. Sepatutnya pakcik dan abang bersyukur kerana mendapat Badariah. Dia tak minta jadi macam tu, tapi takdir dan menulisnya. Dia jadi macam tu, sebab siapa juga Pakcik? Pakcik dan abang dah kira beruntung sebab dia tak laporkan pada pihak polis. Tolonglah pakcik, bang. Saat ni, Badariah betul-betul perlukan abang dan pakcik." Tambah Shah pula.
                         "Kami merayu pada pakcik dan abang. Marilah ikut kami ke hospital. Apalah sangat jika pakcik dan abang lakukan ini untuk Badariah berbanding apa yang Badariah dah korbankan untuk kalian." Tambah Cahaya Qaseh pula.
                         "Tapi..." Badruzaman cuba untuk menidakkan, meskipun hatinya sudah termakan dengan kata-kata Shah dan Cahaya Qaseh.
                             "Nak tunggu kauorang punya tapi dan tidak, Bad pun boleh mati dekat hospital tu! Sekarang ni, ikut kami pergi hospital atau aku call polis dan beritahu perbuatan kau pada Bad dan kegiatan kau sekarang!" Bidas Amel pantas.
                      Pakcik Badrul dan Badruzaman menemui jalan buntu.



No comments: