Friday, 23 March 2012

Izinkan Aku Pergi [EPISOD 10]

EPISOD 10


NUR NAJIHAH merenung kearah pantai yang tidak pernah menjanjikan sebuah keselamatan tapi menjanjikan ketenangan dan kedamaian. Matahari yang hampir sahaja termenung dilihatnya dengan penuh keasyikan. Sesungguhnya ciptaan Allah S.W.T itu benar-benar indah.
              Sudah hampir mencecah lima bulan dia bekerja di klinik kekasihnya Zahiril. Dia berasa dibawa kealam kebahagian yang terlalu tinggi yang tak pernah dirasai semenjak dari kecil hingga sebelum dia mengenali Zahiril. Didikan agama yang Ustazah Isma Nur Atiqah dan Zahiril beri memberi dia kesedaran terhadap agama islam yang mudah lagi suci. Kasih sayang yang ditumpahkan oleh Zahiril buatnya menambahkan lagi kebahagian dalam hidupnya.
              Cuma satu yang menjadi tanda tanya ketika di klinik mahupun disaat mereka keluar berjalan, dia tidak pernah melihat Zahiril menerima atau membuat panggilan pada isterinya atau membuat atau menerima mesej dari isterinya. Seolah-olah kekasihnya itu tidak mempunyai isteri dan tidak mempunyai tanggujawab terhadap isterinya.
             Sedang leka memikirkan kekasihnya tiba-tiba dia terlihat seorang gadis cantik yang sedang bergaduh dengan seseorang di tempat parkir kereta. Nur Najihah sempat tergamam dengan kecantikan yang dimilik gadis itu, kulitnya sungguh putih dan licin, cantik berseri.
            Dia menghampiri gadis itu, sungguh dia terkejut apabila melihat gadis itu rupanya bergaduh dengan Hubby yang mengaku abang saudaranya. Dengan pantas dia melarikan dirinya dari kawasan itu. Tidak dia sangka akibat terpukau melihat kecantikan gadis itu dia hampir sahaja menempah maut.

MERLIEANA menepis kasar pegangan abang saudaranya Hubby. Dia sungguh kesal dengan sikap abang saudaranya yang sering melewatkan diri untuk menghadiri majlis-majlis diraja seperti ini.
           "I'm relly tried with you Hubby!! How much time do you want to do that?? Ayahnda asyik menyalahkan adinda bila kekanda Hubby tidak datang kemajlis tadi!! Kekanda Hubby ni kenapa? Kalau tak nak datang atau apa sekali pun beritahu Ayahnda awal-awal! Jangan jadikan adinda mangsa keadaan!" tempiak Merlieana dan terus berlalu meninggalkan abang saudaranya. Dia memandu BMW 7.5 Series miliknya ke arah istana ayahnya.
           Hubby tahu itu silapnya, dek kerana keinginan yang terlalu tinggi untuk mencari Nur Najihah dia terlupa ada perjumpaan rasmi diantara kelurganya semua. Dia masih lagi teringat detik-detik dia cuba memperkosa Nur Najihah. Sungguh dirinya kesal diatas perbuatannya itu. Niatnya cuma mahu membantu Nur Najihah keluar dari gelombang derita itu sehingga dia sanggup mengaku dirinya saudara kepada gadis itu sedangkan dia tidak mempunyai pertalian darah walau sedikitpun dengan gadis itu, malang tidak berbau apabila syaitan durjana meracun fikiran dan hatinya disaat dia ikhlas membantu Nur Najihah.
           Hubby berlalu dengan keluhan kekesalan.

NUR SANIEAH sudah pun pulih sepenuhnya dari kemalangan yang ditimpanya lima bulan lalu. Kini dia tidak lagi bekerja atas permintaan Zahiril sendiri. Nur Sanieah menjadi tanggungan dia sepenuhnya.
            Dia menemani Maisarah untuk membeli barang dapur yang sudah habis. Masih lagi dia teringat pesan abangnya yang jangan dibiarkan kakak iparnya itu keluar seorang diri kerana Maisarah itu sudah pun cukup bulan dan hanya menunggu saat untuk melahirkan.
            "Akak nak beli apa ni?"soal Nur Sanieah lembut sambil membelek bawang merah didepannya.
            "Nieah jom kita balik."ajak Maisarah secara tiba-tiba.
            "Kenapa pula kak? Kita kan belum beli barang lagi?" ujar Nur Sanieah pelik. Satu barang pun belum berisi didalam bakul trolinya. Tiba-tiba pula kakaknya mengajak dia pulang.
            "Jomlah. Ikut je cakap kakak."arah Maisarah, dia memaut tangan Nur Sanieah dan dibawa keluar dari kawasan membeli-belah itu.
            Sampai diluar dengan pantas dia mengarah Nur Sanieah masuk kedalam kereta. Dengan cepat dia berlalu meninggalkan tempat membeli-belah itu.
            "Kenapa kak?" soal Nur Sanieah aneh. Kakaknya memandu dengan tidak tenang.
            "Akak tak nak cerita benda bercakap mengenai benda yang boleh menyakiti hati adik kakak. Biarlah akak seorang je yang tahu Nieah."Ujar Maisarah kembali tenang memandu.
            "Apa maksud akak? Beritahu jelah Nieah. Nieah janji akan terima." janji Nur Sanieah.
            "Betul Nieah nak tahu ni?"soal Maisarah meminta kepastian.
            "Betul." jawab Nur Sanieah yakin.
            "Akak nampak Apex dengan isteri dia."

"AWAK nak beli apa ni? Dari tadi tak ada barang pun yang awak beli?" bisik Zahiril kasar pada isterinya.
            "You yang nak ikut i sangatkan? So shut up and just follow me. ok!" bidas Merlieana dengan berbisik semula pada suaminya. 'Kalau bercakap dengan aku tu tak pernah cuba nak berlembut! Asyik nak tengking-tengking je!' pekik Merlieana didalam hatinya.
            "Saya ni ada kerja tau. Nak melayan kerenah awak ni sampai esok pagi pun tak habis!"bisik Zahiril kembali. 'Geramnya aku dengan minah ni. Pak kan bini kalau tak memang aku tinggalkan dia.' Detik Zahiril didalam hati.
            "Siapa yang suruh you sibukkan diri follow i??" soal Merlieana dan bukan berbisik lagi.
            "Kalau saya tak ikut awak, saya tak tahulah apa yang awak buat."jawab Zahiril panas.
            "Yang you terbusybody nak follow up my life tu buat apa?"soal Merlieana balik. Sahaja menambahkan sakit hati suaminya. Dia tahu yang suaminya memang tidak ikhlas melakukan itu semua buat dirinya.
            "Awak isteri...." belum sempat menghabiskan kata-kata bibirnya sudah ditahan dengan jari telunjuk Merlieana yang runcing.
            "Awak isteri saya! itu yang you nak cakapkan? Eh i dah penatlah dengar perkataan isteri dari bibir you. Kalau you tak ikhlas tak payah sebut boleh tak??"ujar Merlieana dan terus meninggalkan suaminya. Sesungguhnya hati dia pedih apabila mendengar perkataan 'isteri' dari bibir suaminya. Kerana dia tahu suaminya tidak pernah ingin mengakui dia itu isteri kepada Zahiril. Dan sememang Zahiril tak pernah melayannya seperti mana isteri sebenar.

"Apa yang Syeera tak puas hati dengan Nia tu?"Soal Muhd Hafis lembut.
            "Syeera takkan pernah puas hati dengan perempuan macam tu! Dia pernah malukan Syeera depan kawan-kawan mama, takkan Syeera nak bagi muka kat dia?? Bagi muka memang Syeera tak boleh tapi kalau bagi kaki boleh lah!"tempiak Syeera. Dia memang ingin membalas dendam pada Nia bukan sahaja atas disebabkan Nia pernah memalukan dia pada teman-teman mamanya. Tapi juga disebabkan iri hatinya melihat semua yang Nia miliki selama ni. Kerana apa yang Nia miliki semuanya yang dia inginkan.


No comments: